Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Keharusan dan kesahihan penggunaan kalimah SALAFI

KESAHIHAN PENGGUNAAN KALIMAH SALAFI
By: FB Abid Faqeer
Menisbahkan diri kepada salaf adalah satu kemuliaan, ia tidak akan berlaku melainkan benar. Bahkan wajib setiap muslimah dan muslimah mengikut salaf yang salih, salafi zahir dan batin kerana golongan salaf (sahabat Nabi dan tabi’in) adalah golongan yang benar, diredhai Allah dan dijanjikan syurga.
Wajib seorang hafiz atau ahli hadith itu menjadi wara’ dan salafi. al-Imam al-Zahabi menulis dlm Siyar A’lam al-Nubala’ berkenaan ciri2 seorang al-Hafiz [13/380]:
فَالَّذِي يحتَاج إِلَيْهِ الحَافِظُ أَن يَكُون تقياً ذكياً، نَحْوِيّاً لُغَوِيّاً زكياً، حَيِيّاً، سَلَفياً
Maksudnya: “adapun yang diperlukan oleh seorang al-Hafiz hendaklah dia seorang yang bertaqwa, cerdik, alim nahw dan bahasa Arab, bersih jiwa, pemalu dan SALAFI”.
Asal penamaan Salaf dan penisbahan diri kepada manhaj Salaf adalah sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Fatimah radiyallahu ‘anha :
فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ
“Kerana sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya”. Dikeluarkan oleh al-Bukhari no.5928 dan Muslim no.2450.
Berkata al-Hafiz al-Sam’ani dalam Al-Ansab, jilid 3 hal 273 : “Salafi dengan difathah (huruf sin) adalah nisbah kepada Salaf dan mengikuti mazhab mereka”.
Berkata al-Zahabi,
السلفي بفتحتين من كان على مذهب السلف ) السير {21/5 و6
“al-Salafiyy dengan dua fathah ialah, sesiapa yang mengikuti mazhab salaf.” al-Siyar, jld 5, ms 21.
Dan berkata al-Hafiz As-Suyuti dalam Lubbul Lubab, jilid 2 hal.22 : “Salafi dengan difathah (huruf sin dan lam) adalah penyandaran diri kepada mazhab Salaf”.

1. Berkata al-Imam al-Zahabi dalam Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 13, hal.183 setelah menyebutkan hikayat bahawa Ya’qub bin Sufyan Al-Fasawi rahimahullah menghina ‘Uthman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu : “Kisah ini terputus, wallahu A’lam.
ما علمت يعقوب الفسوي إلا سلفيا
Dan saya tidak mengetahui Ya’qub Al-Fasawi kecuali beliau itu adalah seorang Salafi, dan beliau telah mengarang sebuah kitab kecil tentang As-Sunnah”.

2. Dan dalam biografi ‘Uthman bin Jarzad, al-Zahabi berkata : “Untuk menjadi seorang Muhaddith (ahli hadith), perlu lima perkara, sekiranya satu perkara tidak dipenuhi maka itu adalah suatu kekurangan. Dia memerlukan : Aqal yang baik, agama yang baik, dhabt (hafalan yang kuat), kecerdikan dalam bidang hadith serta dikenal darinya sifat amanah”.
3. Dan al-Zahabi berkata tentang al-Imam Ad-Daraqutni :
لم يدخل الرجل أبدا في علم الكلام ولا الجدال، ولا خاض في ذلك، بل كان سلفيا
“Beliau adalah orang yang tidak pernah ikut serta mempelajari ilmu kalam (ilmu mantik) dan tidak pula ilmu jidal (ilmu debat) dan beliau tidak pernah mendalami ilmu tersebut, bahkan beliau adalah seorang salafi”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 16, hal. 457.

4. Dan dalam Tadzkirah Al-Huffaz jilid 4 hal.1431 dalam biografi Ibnu al-Solah, berkata Imam Adz-Dzahaby :
كان سلفيا حسن الاعتقاد) التذكرة {4/1431}
“Dan beliau adalah seorang Salafi yang baik aqidahnya”. Dan lihat : Tabaqat al-Huffaz, jilid 2, hal. 503 dan Siyar A’lam An-Nubala` jilid 23, hal. 142.

5. Dalam biografi Imam Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Isa bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al-Maqdisi, Imam Az-Zahabi berkata : “Beliau adalah seorang yang thiqah, thabt (kuat hafalannya), pandai, seorang salafiyy…”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 23, hal.18.

6. Dan dalam Biografi Abul Muzaffar Ibnu Hubairah, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dia adalah seorang yang mengetahui madzhab dan bahasa arab dan ilmu ‘arudh, seorang salafi, athari”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 20, hal.426.

7. Berkata Imam Adz-Dzahaby dalam biografi Imam Az-Zabidi : “Dia adalah seorang Hanafi, Salafi”. Baca Siyar A’lam An-Nubala`, jilid 20, hal 316.

8. Dan dalam Biografi Musa bin Ibrahim Al-Ba’labaki, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dan demikian pula beliau seorang merendah hati, seorang Salafi”. Lihat : Mu’jamul Muhaddithin, hal.283.

9. Dan dalam biografi Muhammad bin Muhammad Al-Bahrani, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dia seorang yang beragama, orang yang sangat baik, seorang Salafy”. Lihat : Mu’jam Al-Shuyukh, jilid 2, hal 280 (dinukil dari Al-Ajwibah Al-Mufidah hal.18).

10. Berkata Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Lisanul Mizan, Jilid 5, hal.348 dalam biografi Muhammad bin Qasim bin Sufyan Abu Ishaq al-Maliki al-Misri:
( محمد بن القاسم بن سفيان أبو إسحاق المصري المالكي الفقيه كان سلفي المذهب)
“Dan Ia adalah seorang yang bermazhab salafi”.
Bahkan sebenarnya setiap muslim tiada pilihan melainkan wajib menisbahkan diri kepada salaf dan wajib menjadi muslim salafiyy.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: