Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “August, 2012”

Hukum Menyiram Kubur

SOALAN
Terdapat hadis dari Ja’far bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menyiram air ke atas kubur anaknya Ibrahim”.

(HR Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi)

Berdasarkan hadis ini sebahagian ulama’ –termasuk Imam Syafi’ie dan Imam Abu Hanifah berpandangan; disunatkan menyiram air ke atas kubur setelah mengkebumikan jenazah. Namun menurut ulama’-ulama’ hadis; hadis di atas adalah dhaif dan juga mursal. Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Adapun hadis kubur Ibrahim (anak Nabi s.a.w.) dan siraman air ke atasnya (oleh Nabi s.a.w.), hadis itu diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi dengan isnad (yakni jalan periwayatan) yang dhaif” (al-Majmu’, 5/258).
Berdasarkan riwayat ini maka adakah dibolehkan menyiram air (bkn air mawar, Yasin dll) ke atas kubur ? apa komen Ust Abid Faqeer?
…………………..,

JAWAPAN
AL-Hafiz al-Tabarani meriwayatkan dlm al-Awsat hadith 6313, dgn sanad hasan muttasil dari Aishah r’anha, maka ianya harus dan sunnah, Allahu a’alm.
Ini sanad dan matannya,
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زُهَيْرٍ الأُبُلِّيُّ ، قال : نا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ ، قال : نا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ الدَّرَاوَرْدِيُّ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ
، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رَشَّ عَلَى قَبْرِ ابْنِهِ إِبْرَاهِيمَ ” . لَمْ يَرْوِ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ إِلا الدَّرَاوَرْدِيُّ ، تَفَرَّدَ بِهِ : أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ
Berkata kd kami Muhammad ibn Zuhayr al-Ubulli, berkata kpd kami Ahmad ibn ‘Abdah al-Dabbi, berkata kpd kami al-Darawardi, dari Hisham dari ‘Urwah, dari ayahnya, dari Aishah r.anha berkata, “bahawa Nabi saw merenjis air ke atas kubur anaknya Ibrahim a.s.”
Begitu juga dengan al-Hafiz Ibn Shabah dalam Tarikh al-Madinah hadith 289 dgn sanad jayyid, para perawinya semuanya thiqat kecuali ‘Abdullah Muhammad al-Hashimi maqbul.

Amalan Malam Jumaat dan Hari Jumaat

1. Membaca surah al-Kahf (110 ayat), Surah2 penting spt Taha, al-An’am, Yasin, al-Dukhan, al-Sajdah dan al-Mulk.
2. Subuh Jumaat, solat jamaah, membaca surah al-Sajdah dan al-Insan. Dalam riwayat al-Bazzar disebutkan, sesiapa yang mendatanginya diampunkan dosa2nya.
3. Membaca surah al-Kahfi, atau mendengar bacaannya spt bacaan al-Minshawi

4.Hadir awal ke masjid untuk membaca al-Quran dalam solat sebanyak2nya dan mendengar khutbah.
Mandi, memakai wangian, memakai pakaian putih yang sesuai lagi baik dan cantik (bukan selekeh spt t-shirt lusuh atau pagoda). Allah SWT berkata,
(يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِد)) [الأعراف:31].
Wahai anak-anak Adam ambillah perhsan kamu ketika pergi ke setiap masjid…” Surah al-A’raf ayat 31. Ayat bukan semata2 menyuruh menutup aurat tetapi lebih dari itu iaitu bercantik2 ke masjid berhias2 di hadapan Allah Ta’ala.
5. Berdoa meminta keperluan dunia dan Akhirat.
6.Membanyakkan selawat setiap masa.
7.Bersedekah kepada org2 miskin
8.Berpuasa dengan digabungkan dgn hari Khamis atau Sabtu.

Aqidah Salaf al-Imam al-Sobuni

Keyakinan Ahli Hadith Tentang Sifat-Sifat Allah

عَقِيدَةُ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ
‘AQIDAH KEYAKINAN ASHABUL HADITH TENTANG SIFAT-SIFAT ALLAH
[al-Shaykh al-Imam Abu ‘Uthman al-Sobuni r.a. berkata]:
أَصْحَابُ الْحَدِيثِ ، حَفِظَ اللهُ أَحْيَاءَهُمْ وَرَحِمَ أَمْوَاتَهُمْ ، يَشْهَدُونَ للهِ تَعَالَى بِالْوَحَدَانِيَّةِ، وللرسول صلى الله عليه وآله وسلم بالرسالة والنبوة، ويعرفون ربهم عز وجل بصفاته التي نطق بها وحيه وتنزيله، أو شهد له بها رسوله صلى الله عليه وسلم على ما وردت الأخبار الصحاح به، ونقلته العدول الثقات عنه، ويثبتون له جل جلاله ما أثبت لنفسه في كتابه، وعلى لسان رسوله صلى الله عليه وسلم، ولا يعتقدون تشبيها لصفاته بصفات خلقه،
Semoga Allah melimpahkan taufik. Sesungguhnya Ashabul Hadith (Ahl Sunnah yang berpegang teguh kepada Al-Kitab dan As-Sunnah) – semoga Allah menjaga mereka yang masih hidup dan merahmati mereka yang telah wafat – adalah orang-orang yang menyaksikan wahdaniyyah keesaan Allah Ta’ala, dan menyaksikan kerasulan dan kenabian Muhammad shallallahu `alaihi wa sallam.
Mereka mengenal Allah subhanahu wa ta’ala dengan sifat-sifatNya yang Allah sebutkan melalui wahyuNya dan kitabNya, atau melalui kesaksian RasulNya sallallahu’alaihi wa sallam dalam hadith-hadith sahih yang dinukil dan disampaikan oleh para perawi yang adil lagi sangat dipercayai.
Mereka ithbatkan (menetapkan) dari sifat-sifat tersebut seperti yang Allah tetapkan sendiri dalam KitabNya atau melalui perantaraan lisan Rasulullah
sallamshallallahu `alaihi wa sallam. Mereka tidak menyerupakan sifat-sifat tersebut dengan sifat-sifat makhluk.

TANGAN ALLAH YANG HAQIQI
فيقولون: إنهُ خَلَقَ آدَمَ بِيَدِهِ ، كما نص سبحانه عليه في قَوْلِهِ- عز من قائل: (يا إبليسُ مَا منعك ان تسجد لما خلقت بيدي) وَلَا يُحَرِّفُوْنَ الكلامَ عن مواضعه بحمل اليدين على النعمتين، أو القوتين، تحريف المعتزلة الجهمية، أهلكهم الله، ولا يكيفونهما بكيف أو تشبيههما بأيدي المخلوقين، تشبيه المشبهة، خذلهم الله، وقد أعاذ الله تعالى أهل السنة من التحريف والتكييف، ومن عليهم بالتعريف والتفهيم، حتى سلكوا سبل التوحيد والتنزيه، وتركوا القول بالتعطيل والتشبيه، واتبعوا قول الله عز وجل: ليس كمثله شيء وهو السميع البصير).
Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam dengan TanganNya, sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Qur’an:
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ
“Allah berfirman:”Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada (Adam) yang telah AKu ciptakan dengan Dua TanganKu. (Saad: 75).

Mereka tidak (tahrif) menyimpangkan atau menyewengkan Kalamullah dari maksudnya-maksudnya yang sebenar, dengan mentafsirkan Dua Tangan Allah sebagai dua kenikmatan atau dua kekuatan, seperti yang dilakukan oleh Mu’tazilah dan Jahmiyyah -semoga Allah membinasakan mereka-. (Tafsiran batil ini diikuti oleh segelintir pelampau ahli ta’wil Asha’irah dan Maturidiyyah). (Jahmiyyah : kelompok sesat yang menafikan istiwa’ Allah di atas arash dan mengatakan Allah di setiap tempat).
Mereka juga tidak takyif (mereka-reka bentuknya) atau menyerupakan Dua tanganNya dengan tangan-tangan makhluk, seperti yang dilakukan oleh kaum al-Musyabbihah – semoga Allah menghinakan mereka. Allah subhanahu wa ta’ala telah memelihara Ahlus Sunnah dari tahrif (menyimpangkan), dan takyif iaitu mereka-reka atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan makhluknya. Allah telah memberi kurniaan atas diri mereka dengan ta’rif (kefahaman:ma’rifat) dan tafhim (pengertian), sehingga mereka mampu meniti jalan tawhid (mentauhidkan) dan tanzih (mensucikan) Allah ‘azza wa jalla.
Mereka meninggalkan ucapan-ucapan yang bernada ta’til (meniadakan), dan tashbih menyerupakan dengan makhluk. Mereka benar-benar mengikuti firman Allah ‘azza wa jalla:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“…tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (al-Shuraa: ayat 11).
Al-Qur’an juga menyebutkan tentang “Dua tanganNya” dalam firman-Nya:
لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ
“…yang telah Aku ciptakan dengan Dua Tangan-Ku… ” (Shaad: 75)
Dan juga firman-Nya:
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ
“(Tidak demikian), tetapi kedua-dua Tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” (Al-Ma’idah:64). (Yakni tanganNya yang haqiqi tidak seperti tangan makhluk, bukan majaz (metafora sahaja), atau kuasa atau nikmat. Adapun mu’tazilah dan jahmiyyah mereka menolak Tangan Allah atau menta’wilkannya sebagai nikmat Allah atau qudrat Allah. Ta’wilan ‘aqliyy ini tidak mempunyai sandaran dari Kitabullah, sunnah Rasul atau Ulama’ Salaf. Bahkan sahabat dan tabiin ijma’ bahawa wajib menerimanya sebagaimana adanya tanpa ta’wil).

Dan diriwayatkan dalam banyak hadith-hadith sahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menyebutkan Tangan Allah, seperti kisah
perdebatan Musa dengan Adam ‘alaihimassalam, tatkala Musa berkata:
خَلَقَكَ اللهُ بِيَدِهِ وَأَسْجَدَ لَكَ مَلَائِكَتَهُ
“Allah telah mencipta dirimu dengan TanganNya dan membuat para malaikat bersujud kepadamu”. (HR Muslim, Ahmad dalam al-Sunnah, Ibn Khuzaimah dalam al-Tauhid dan al-Darimi dalam al-Radd ‘ala al-Jahmiyyah).
Firman Allah,
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Maha suci Allah lagi banyak kurniaanNya yang di Tangannya kerajaan (langit dan bumi dunia dan Akhirat)…” (al-Mulk:1).
Firman Allah,
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ
“Tidakkah mereka melihat bahawa Kami ciptakan untuk mereka dari yang dibuat oleh Tangan Kami dari binatang-binatang ternakan lalu mereka memilikinya…” (Yasin ayat 71).

Amalan 29 Ramadhan 1433H dan ‘Idulfitri dan 2 Shawwal

1.Membayar Zakat Fitrah terus kepada faqir miskin
Setiap muslim dan muslimah dianjurkan agar segera membayar zakat fitrah, kpd faqir dan miskin satu cupak beras, tamar atau secupak gandum, sebagai ibadah wajib ke atas stp muslim, kecil atau dewasa, lelaki atau perempuan, merdeka atau hamba, kaya atau miskin. Hinggakan janin dalam kandungan juga disunatkan zakat untuknya, tetapi tidak diwajibkan. Nabi saw bersabda,
أَغْنُوهُمْ عَنِ الطَّوَافِ فِي هَذَا الْيَوْمِ
“Cukupkanlah makan mereka, janganlah biarkan mereka yang miskin dari meminta2 pada hari ini.” Dari Ibn ‘Umar r.anhuma berkata, Sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh kami agar mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat raya.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah selepas solat raya, maka ia telah berdosa, dan zakat fitrahnya dikira sebagai sedekah biasa.
Sekiranya orang kaya berzakat, maka zakat itu membersihkan hartanya dan puasanya, apabila seorang faqir berzakat, maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih banyak.
Dari Jarir ibn ‘Abdillah radhiyaLLAHu ‘anhuma berkata, Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ مُعَلَّقٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لا يُرْفَعُ إِلا بِزَكَاةِ الْفِطْرِ
“Segala ibadat bulan ramadhan tergantung antara langit dan bumi, ya’ni tidak diangkat ke langit di sisiNya (untuk diberikan keampunan), melainkan dengan membayar zakat fitrah.” HR al-Hafiz Ibn Shahin. Berkata Ibn ‘Abd al-Barr dlm al-Istizkar, jayyidul isnad.

2. Tidak Memungut Duit Orang ramai secara batil (cukai) Kununnya utk Jamuan Raya
Perkaitan antara sahur, iktikaf, puasa dan memakan yang haram sangat rapat, krn disebut dalam al-Quran secara berturut2 dalam ayat 187 dan 188 surah al-Baqarah.
وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ 188
Buatlah jamuan raya, tetapi bukan dengan menungut wang orang ramai secara jahil, paksaan atau spt ugutan, kerana ini termasuk memakan harta orang ramai secara batil. Hanya Allah dan RAsul yang berhak memungut harta manusia,…dgn tujuan kegunaan fi sabilillah, biarlah jamuan raya ikhlas, walaupun kecil, tanpa mengambil harta manusia.
Ketahuilah, memungut duit org ramai tanpa darurat disamakan dengan memakan riba yang diharamkan. Di akhirat, mereka yang berbuat demikian akan diazab dengan azab yang amat pedih. Surah al-Nisa’ ayat 161.
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 161
Perbuatan itu juga adalah spt perbuatan para paderi yahudi dan rahib nasrani yang mengambil harta manusia secara batil, menghalng agama Allah dan menimbun2kn harta., maka gembirakanlah mrk dgn azab yang amat pedih.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِـزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Oleh kerana telah berpaling jauh dr ilmu, krn sombong atau malu, maka memakan haram telah tidak terasa lagi. Kununnya atas nama taman, kelab dan pemerintah,..!. ingatlah, dalam hadith sahih disebutkan bhw pemungut cukai darahnya wajib ditumpahkan, ia adalah penghuni APi Neraka Jahnaanm..! Nabi saw juga menyatakan bhw, Berapa ramai orang yang menguruskan harta dan Rasulnya, mengikut keinginan nafsunya, tiada bagi nya di AKhirat melainkan Api Neraka.
Bertaubat berdoa dan menangisi Ramadhan dan umur yang semakin pendek.
Adalah golongan salaf berdoa dan menangis2 kpd Allah selama 6 bulan, memohon dari agar Allah menerima ibadah solat, puasa dan sedekah mereka pada bulan ramadhan. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan dan kekurangan, temukanlah kami dengan ramadhan pada tahun yang akan datngg…, janganlah kami mati dan bertemu dgnMu dengan kecewa dan membawa dosa-dosa…amin ya rabbal ‘aalamin.

Selepas Maghrib, bertakbir hingga subuh sehingga sebelum solat raya ‘Eidulfitri

1 SHAWWAL : SOLAT EID
Solat Raya ini dianjurkan hatta kepada anak-anak dara dan perempuan2 yg haid agar sama2 mendengar khutbah dan berdoa bersama jamaah muslimin. Sunnah ini banyak dilalaikan oleh golongan muslimat.
Antara lain ialah: mandi raya, memakai wangian (untuk lelaki), memakai pakaian yang cantik, makan tamar sebelum solat raya, berjalan kaki ke masjid, pergi dan pulang masjid dengan jalan yang berlainan.

2 SHAWWAL. Mula puasa Shawwal 6 hari, kemudian puasa qadha’.

DOA DAN AMALAN UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI BARANG HILANG

Hilang duit? Hilang dompet? Hilang RM10,000? Cuba usahakan dengan meminta dari Allah Yang Maha Berkuasa Lagi maha Mengetahui
1. Mula2 dirikan solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAH, YAA SHAAHID(Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali. Ya Hayyu ya Qayyum 100x
2. Baca surah ad-Dhuha 7 kali dan al-Fatihah sekali, selawat 20 kali,
Kemudian baca doa ini :
يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه ، اجمع علي ضالّتي
” Ya Jaamia’an Naasi Li Yawmil Laa Rayba Fiih, Ijma’ ‘Alayya Dhaallatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula”
3. baca Ya ‘Aliyyu ya ‘Aziim, ya ‘Aliim ya Haliim
4. Istighar 1000x
InshaAllah, mujarrab, telah terbukti pada diri penulis sendiri, wassalam.

Bagaimana menyambut Ramadhan (Pecutan Ramadhan)

1. Taubat (radd mazalim, istihlal) tanpa taubat tidak diperolehi taqwa dan falah. Tidak terhasil perubahan dan taqwa kerana tiada taubat, mengembalikan huquq, menginsafi dosa2 besar seperti kezaliman, merampas tanah atau harta org lain, dan tidak bertaubat dari mendedahkan aurat (tabarruj). hasad, dendam, ghibah, namimah, qazf, buhtan dan …
al-Bayhaqi meriwayatkan dalam al-Sunan al-Kubra dgn sanad jayyid (12485),
عَنْ أَبِي أُذَيْنَةَ الصَّدَفِيِّ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” خَيْرُ نِسَائِكُمُ الْوَدُودُ الْوَلُودُ الْمُوَاتِيَةُ الْمُوَاسِيَةُ ، إِذَا اتَّقَيْنَ اللَّهَ ، وَشَرُّ نِسَائِكُمُ الْمُتَبَرِّجَاتُ الْمُتَخَيِلاتُ وَهُنَّ الْمُنَافِقَاتُ لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْهُنَّ ، إِلا مِثْلُ الْغُرَابِ الأَعْصَمِ ”
dari Abu Uzaynah al-Sadafi r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda, “…seburuk2 wanita kamu ialah yang mutabarrijat lagi sombong, mereka itulah perempuan2 munafiq, mereka tidak memasuki syurga melainkan spt gagak putih.”

Antara tujuan terbesar Ramadhan ialah untuk mendapatkan keampunan dan selamat dari Api Neraka Jahannam.
al-Hafiz Abu Ya’la aml-Mawsili meriwayakan dgn sanad (hasan sahih) dalam al-Musnad,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَعِدَ الْمِنْبَرَ ، فَقَالَ : ” آمِينَ ، آمِينَ ، آمِينَ ” ، فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ حِينَ صَعِدْتَ الْمِنْبَرَ ، قُلْتَ : آمِينَ ، آمِينَ ، آمِينَ ؟ قَالَ : ” إِنَّ جِبْرِيلَ أَتَانِي ، فَقَالَ : مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ ، قُلْ : آمِينَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ ، أَوْ أَحَدَهُمَا ، فَلَمْ يَبَرَّهُمَا ، فَمَاتَ ، فَدَخَلَ النَّارَ ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ ، قُلْ : آمِينَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، وَمَنْ ذُكِرْتَ عَنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ ، قُلْ : آمِينَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ”
Sesiapa yang memasuki bulan Ramadhan lalu ia tidak mendapat keampunan lantas masuk Api Neraka, maka ia dijauhkan Allah dari rahmatNya, jauh dari sisiNya…
Juga Ahmad dgn sanad hasan sahih, al-Bukhari dlm al-Mufrad (hadith 642) dgn sanad hasan, al-Tirmidhi dgn sanad hasan, Ibn Hibban dgn sanad da’if jiddan.
Baginda saw tidak pernah menyebut tentang tazkirah sebegini berat berkaitan bulan-bulan yang lain.
Antara tujuan lain ialah untuk membersihkan dari semua sifat nifaq (qawl al-zur: kata dusta, khianat amanah, mungkir janji, bergaduh berlebihan). Termasuk qawl zur ialah kalimah2 syirik dan kufur, berkata tentang agama Allah tanpa ilmu (dalil sahih), kalimah2 bid’ah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ وَالْجَهْلَ ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ”
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata dusta dan beramal dengannya serta perbuatan jahil, maka Allah tidak perlu kepada puasanya yg mana ia meninggalkan makan dan minumnya.” HR Ahmad, al-Bukhari, Ibn Majah, Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasaei dan lain2.
Memelihara lidah dan seluruh anggota dari yang haram.
2. Ikhlas (iman, ihtisab, yakin, ridha dan mahabbah).
3. Mengikuti Sunnah (spt Solat Jamaah, bersahur dan berbuka dengan tamar, melewatkan sahur, membaca doa ketika berbuka, meninggal semua jidal yang bodoh, berdoa ketika masuk Ramadhan
اللهم أهلّه علينا باليُمن والإيمان والسلامة والإسلام، ربي وربك الله
Ya Allah, jadikanlah bulan ini untuk kami, penuh dengan keberkatan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan tuhan kamu ialah ALLAH.
4. Tarawih dan witr.
Jarak antara 2 solat tarawih , seumpama bacaan 30 ayat. al-Imam Ayyub al-Sakhtiyani. Manakala
selawat antara tarawih : tiada dalil yg diturunkan dari langit” al-Imam Hasan al-Banna r.a.
5. Tilawah al-Quran. salaf berhabisan membaca al-Quran siang malam, setiap masa.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” أَجْوَدَ النَّاسِ وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ ” .
HR al-Bukhari dalam al-Manaqib, Bab Sifat Nabi saw, hadith 3313
رمضان هو شهر القرآن، قال تعالى: {شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي اُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَان} [البقرة: 185]. وكان جبريل عليه السلام يدارس النبي –صلى الله عليه وسلم- القرآن في رمضان. ولذلك كان سلف الأمة وساداتها يتفرغون للقرآن في رمضان، فكانوا يتلون القرآن في الصلاة وفي غيرها.
وكان الزهري إذا دخل رمضان قال: فإنما هو تلاوة القرآن وإطعام الطعام
Apabila daang Ramadhan al-Zuhri berkata, “Sebenarnya bulan ini hanyalah tilawah al-Quran dan memberi makan.”
6. Iftar al-Sa’im
7. Kalimah tawhid dan istighfar
8. Doa dan tasbih
9. Jihad
10.Uzlah dan I’tikaaf
قال الإمام الزهري :”عجباً للمسلمين تركوا الاعتكاف مع أن النبي -صلى الله عليه وسلم- ما تركه منذ قدم المدينة حتى قبضه الله -عز وجل-“.
Al-Imam az-Zuhri berkata, “Menghairankan org2 Islam, merka meninggalkan I’tikaaf sedangkan Nabi saw tidak pernah meninggalkannya sejak datang ke Madinah sehingga Baginda diwafatkan.”
AKHIRNYA, maghfirah dan syurga yang lebarnya 7 petala dan 7 petala bumi bg yg berjaya mdptkan maqam taqwa dengan rahmatNya. Allahumma aamiin.

Post Navigation