Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kelebihan Ahl Sunnah Ahli Hadith

Antara petikan khutbah 24 Feb 2012
“…Sudah ditetapkan dalam agama ini, di dalam hadith2 Nabi saw, bahawa ahl sunnah adalah satu2nya golongan yang benar, selamat dari bid’ah dan kesesatan, selamat dari Neraka, satu2nya gol yg memasuki syurga. Selain ahl sunnah, semuanya ahli neraka. Antara kata2 ulama’ salaf yg masyhur ialah,
1.al-Imam Ibn Shihab az-Zuhri berkata, “Berpegang teguh dengan Sunnah (zahir dan batin serta beramal dengannya) adalah keselamatan.”

2.Al-Imam Malik ibn Anas berkata, “Sesungguhnya sunnah seperti bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya maka ia selamat, sesiapa yang tertinggal dari menaikinya, ia tenggelam.”

3.Al-Imam al-Awza’ei berkata, “Hendaklah kamu berpegangteguh dengan hadith, walau orang ramai meninggalkan kamu, tinggalkanlah bid’ah walau zahirnya cantik dan hebat.”
4.al-Imam ash-Shafiei r.a. berkata, “Hendaklah kamu mengikuti ahli2 hadith kerana mereka adalah org2 yg paling banyak kebenarannya.”

Tajuk: Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith,

Penulis: Abid b Muhammad Noor, Malaysia:

Penerbit:   AL-RABBANI Publisher, 2011.

Dapatkan dengan harga RM35.90, (+poslaju RM5.00, jumlah RM40.00), sms 012-5123014.    BIMB  08086020005552 atas nama Pengarah :

Maklumkan pembayaran dalam FB kami : Hareez Faqiir atau FB Abid Faqeer, annuriyy@yahoo.com atau sms 12-5123014.

Harga RM35.90, + poslaju RM4.50. Jumlah RM40.00 shj (Malaysia).

Brunei dan Singapura kos pos laju + RM44.00, jumlah RM 79, (pos biasa +RM20.00 sampai selepas seminggu, jumlah RM55).

Saiz besar B5, satu jilid sahaja, 230 muka surat, softcover.

Keistimewaan Buku Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith (Minhaj al-Huffaz).
• Mengandungi lbh kurang 400 hadith sahih dan hasan, kebanyakan hadith diberikan ulasan ringkas.
• Banyak hadith2 riqaq iaitu hadith2 penenang dan pelembut hati, serta hadith2 aqidah ahlussunnah.
• Diberikan kata aluan oleh tokoh ulama hadith Syria al-Muhaddith Shaykh ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi.
• Boleh belajar bahasa Arab terus dari hadith2 Nabi. Sangat sesuai untuk menjadi teks majlis talaqqi ilmu hadith secara beramai-ramai di masjid, surau dan rumah kediaman.
Buku ini membicarakan tentang:
1. Kelebihan-kelebihan Ahli Hadith menurut al-Quran, al-Hadith dan ulama’ salaf.
2. Cara-cara mendapat kelepasan dari azab kubur, (tasawwuf).
3. Cara-cara mendapat keringanan sakit mati (ini tidak terdapat dalam buku2 lain)
4. Fadilat-fadilat besar solat jamaah dan aqidah ahlussunnah.
5. Cara-cara mendapat mati syahid walau tidak pergi berperang (ini tidak terdapat dalam buku2 lain)
6. Cara-cara dan amalan-amalan untuk mendapat kekayaan
7. Fadilat jihad. Cara-cara mendapat naungan Arsy Allah ketika panas terik melampau di Bumi Mahsyar
8. Cara-cara berjaya melintasi titian sirat menuju ke syurga Allah , Cara-cara berjaya masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab, (ini tidak terdapat dalam buku-buku lain)
9. Doa untuk menghafaz al-Quran (ms 157), Zikir pagi, petang dan malam, syarat2 menjadi ‘alim.
10. Sifat-sifat nifaq (ms 179-180), Kelebihan-kelebihan uzlah dan Sifat-sifat wali Allah.

Al-Hafiz Isma’il ibn ‘Ali al-Samman al-Razi (370-443H) berkata, “Sesiapa yang tidak mempelajari, membaca dan menulis hadith, ia tidak akan merasai kemanisan islam.” Sahih, al-Hafiz Abu Sa’d al-Samman. Al-Imam Hasan al-Banna (1906-1949M) berkata, “Banyakkanlah membaca hadith Rasulullah saw dan sebaiknya hafazlah matan 40 Imam Nawawi.”
Ahli hadith akan selamat dari azab kubur, berjaya melintasi titian sirat dan memasuiki syurga tanpa hisab.

TESTIMONIAL PEMBACA.
1.Suzana Ibrahim. Rasa tak tertahan airmata. Terima kasih ust, saya suka dan suami saya juga suka buku ini.
2.Ku Zara. Terima kasih. Saya suka bacanya.
3.Assalamu ‘alaykum ya Ustaz, sampai halaman 68 kitab Minhajul Huffaz, ana trasa nak menangis, barakallahu feek, moga Allah berkati usahamu mengumpulkan akhbar (hadith-hadith) ini. Abu Humayd Sufri Mahmud, Sarawak.
4.

Kata Aluan : Shaykh al-Kharsah terhadap Buku Minhaj al-Huffaz
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات ، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله الأطهار وأصحابه الأخيار وأتباعه الأبرار وعلينا معهم برحمتك يا أرحم الراحمين ، يا عزيز يا غفار ، أما بعد،
1. Sesungguhnya al-Ustaz Abid Muhammad Nur (semoga Allah memeliharanya dan menambahkan taufiq untuknya) telah menunjukkan kepada saya buku beliau Minhaj Huffaz al-Muhaddithin ila Jannati Rabb al-‘Alimin, lalu saya menyelaknya dan membacanya, lalu saya dapati ia sebuah kitab yang kemas dan mantap, dikarang oleh penulisnya di mana beliau mengumpul didalamnya hadith-hadith Nabi yang ia pilih dari Kitab-kitab Sihah dan Masanid, ia mensyarahkannya dengan keterangan ringkas lagi bermanfaat untuk masyarakat awam, InSha Allah Ta’ala.
2. Buku ini sebagaimana yang dinamakan oleh penulisnya Minhaj al-Huffaz al-Muhaddithin ila Jannati Rabbil ‘Alamin akan menyampaikan orang yang beramal dengannya dan mengikhlaskan amal untuk Allah Ta’ala semata-mata, kepada syurga Tuhan sekalian alam yang maha agung kebesaranNya dan maha luas kurniaanNya. Telah sabit dari doa Rasulullah saw, “Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepadaMu syurga dan yang mendekatkan kepadanya dari perkataan dan amalan.”
3. Di dalam buku ini terdapat perkataan-perkataan dan amalan yang mendekatkan kepada syurga dan keredhaan Allah dan ia mewajibkan rahmat kasihsayang Allah dan punca keampunan. Dalam hadith dari Nabi saw, “Ya Allah, sesungguhnya saya meminta dariMu perkara yang mewajibkan rahmatMu, keampunanMu, keuntungan dari setiap kebaikan, keselamatan dari segala dosa, kejayaan meraih syurga dan keselamatan dari Api Neraka Jahannam.”
4. Saya berharap dari Allah Ta’ala agar menambahkan saudara kita penulis dengan taufiq dan bantuan serta membuka di tangan beliau manfaat yang meluas untuk umat Islam dan menjadikan muslimin mengambil manfaat dari tulisannya ini, menjadikannya diterima di kalangan hamba-hambaNya yang solih, memberinya balasan pahala sebagaimana beliau menunjukkan kepada kebaikan dan mengajak kepada hidayah. Amiin. Selawat dan salam sebanyak-banyaknya ke atas pemimpin kita Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, saudara-saudara dan pewaris baginda.

Oleh, ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi,
Semoga Allah mengampuninya, kedua ibubapanya dan sekalian muslimin.
Ahad, 30 Sha’ban 1432H.

Single Post Navigation

Leave a comment