Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Uncategorized”

Evolusi syirik musyrikin

Pada mulanya golongan taqlid dan jumud mengambil tokoh-tokoh ilmu dan ibadah mereka sebagai ulama dan sembahan selain Allah dalam halal dan haram.

Kemudian mereka mengambil orang-orang salih sebagai sembahan. Orang-orang salih didewakan dan dianggap wali-wali serta wakil Tuhan dan perantaraan.

Akhirnya orang-orang jahat kafir musyrik dijadikan tuhan dan ikutan.

Yang paling teruk dan buruk, orang-orang jahil dianggap ulama yang suci, diikuti secara taksub dan jumud.

Yang teramat sesat juga ialah mengambil falsafah musyrikin sebagai agama dan aqidah. Falsafah dinamakan qawati’, manakala al-Quran dan hadith bukan qawati’.

Maafkan Diriku Emak

Aku rasa aku telah membanggakan emak kerana aku pelajar terbaik di kampung. Aku berjaya memilki ijazah dan Master.

Aku masih teringat ketika aku terbaring sakit tidak mampu berjalan, setiap kali berdiri aku rebah, emak menghantarku ke sekolah menaiki basikal demi menduduki peperiksaan. Begitu besar pengorbanan emak, dan beribu2 lagi yang tidak dapat aku hitung dan sebutkan.

Maafkan Doy mak kerana …

banyak merajuk ketika kecil

Banyak kemitian (gabenor)
banyak cerewet susahkan mak
Kadangkala ponteng tolong mak di sawah, walau banyak juga menanam padi, menyabit padi dan membanting padi masak bersama emak,
Tidak menjual petai emak,
banyak bulan tidak mengirim duit kepada emak
pernah sekali tidak sabar menunggu di klinik jempol,

tinggal berjauhan dari mak (tidak memenuhi cadangan emak agar mengajar di gemas dan mjd imam kampung)

tidak menziarahi mak selalu ketika mak sakit (kerana jauh, selalu sakit2, kurang berduit, selalu terlelap ketika memandu, sibuk mengajar dan menguruskan anak-anak)

Ya Allah, sampaikanlah tulisanku ini kepada emak, dan sampaikanlah salam ku kepada emak…

Mak Menghadapi Kematian Dua Anaknya

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana sedihnya hati emak melihat anak sulongnya (Abg Wahab) meninggal terlebih dahulu. Aku tahu mak sangat menyanyangi Abg Wahab, mungkin melebihi sayangnya kepada aku sendiri.

Kemudian belum sampai sebulan Abg Shukri pula meninggal kerana kemalangan. selepas mensolatkan jenazah abg shukri, Aku melihat betapa sedihnya emak. Wajah abg shukri tidak dibuka. Cuma emak telah sakit teruk, lumpuh dan tidak mampu bersuara untuk menangis, meraung dan meratap.

Sebelum itu mak telah puas menangis kerana pemergian Abah dan Kakak Fatimah.

Isnin Okt 2018 emak bertemu Tuhannya, membawa hati yang pilu, meninggalkan kami yang akan menyusulinya tidak lama lagi.

Pulang ke rumah mak, aku terasa kehilangan yang amat sangat, sunyi, dan kosong. Aku melihat katil emak, tongkat emak, kerusi emak, katil emak, baju emak…dan…dan

Aku teringat hampir segala kenakalanku, kemanjaan berlebihan dan segala ‘kemitian’ terhadap emak. Mungkin antara anak emak, aku lah yang paling kuat merajuk, dan paling banyak kemitian.

Semoga emak memaafkan segala kenakalan anaknya ini, semoga emak Norjannah Yunus menunggu kami di Pintu Jannah. Di sana, kita semua akan bertemu semula dan ketika itu tiada lagi sebarang kesedihan. In shaAllah.

Emak 2018

Ahad 21 Okt 2018 –  Dapat wasap famliy bahawa emak telah hampir bertemu Tuhannya. Nadinya telah berhenti. Aku mula merasa cemas yang amat sangat.

Isnin – emak dibawa masuk ke Hospital Gemas, kemudian Kuala Pilah lalu dipindahkan ke Hospital Segamat.

Tengahari aku mula bertolak bersama isteri dan 5 anak. Atiyyah tidak dapat kami bawa sekali kerana sedang menduduki peperiksaan. Isteriku mengambil Aishah dan Hasna di SK Felcra dan aku mengambil Kak Yong Alyaa di SABK al-Aziz Parit.

Dari Seri Iskandar Perak, aku memecut ke Gemas.

Jam 4 petang, dapat berita bahwa emak telah pun meninggal dunia. Aku memandu dengan penuh kesedihan , pilu dan kecewa sambil menyembunyikan airmata.

8.00 malam aku sampai ke rumah emak dan melihat orang ramai berkumpul di sekeliling jenazah emak. Aku sempat mengucup wajah emak yang tenang.

Aku mensolatkan jenazah emak dengan penuh kesungguhan agar emak dirahmatiNya dan diampunkan. Bersungguh dan berulang2 aku berdoa utk emak dalam solat. (Aku mjd imam walau ada imam masjid datang kerana berpegang bahawa di rumah, tuan rumah paling berhak menjadi imam. berbeza di masjid, imam masjid lbh utama mengiimamkan jenazah).

Selepas solat jenazah, aku menjamakkan solat maghrib dan isyak di depan jenazah emak.

Apabila sampai di kawasan perkuburan bersama Bg Did, Bg Jalit dan Pakcik Udin (adik emak), aku agak terperanjat kerana emak telah pun ditanam.

Di kubur emak, aku membaca satu ayat quran dan  dua hadith, kemudian berdoa untuk emak. sambil berdiri sebagaimana sunnah Nabi saw.

Terasa kesedihan yang teramat sangat kerana tidak sempat memenuhi hasrat emak yg meminta aku pulang melihatnya. Aku ada menelefon emak bulan lepas. “Baliklah Doy, baliklah Doy tengok emak,” kata emakku.

 

Aku tidak pulang kerana ingin bercuti bersama emak di rumah emak ketika cuti sekolah hujung tahun. Tetapi taqdirNYA mendahului segala rancangan hambaNYA.

Aku terbayang betapa sedihnya emak kerana aku tidak pulang melihatnya. Pastilah emak kecewa dan sedih, menahan rindu yg sarat kepada anak-anaknya yang kebanyakannya tinggal berjauhan darinya. Ditambah lagi kesedihan dengan kematian Abg Wahab (abg sulongku) dan Abg Shukri yang baru meninggal kerana kemalangan. Pastilah bertimpa2 kesedihan mak. Sebelum itu kakak Fatimah meninggal dan aku lihat emak menangis sehingga 6 bulan. Emak bersangatan menangisi kematian kakak Fatimah seperti mana menangisi pemergian Abah.

Semalam adalah tangisanku yang terakhir. Tetapi hari ini apabila membaca tulisan Abg Ad tentang emak, aku berduka kembali.

Raya Haji lepas aku diminta menjadi imam dan berkhutbah, tidak berjaya pulang ke gemas. Selepas itu ke Penang untuk Dawrah Aqidah. Setiap  hari menghantar dan mengambil anak ke sekolah yang agak jauh. Selain menyampaikan kuliah-kuliah. Rindu kepada emak hanya terpendam di dalam hati…

Hukum Menolak Ijma’

[10/15/2018]Assalammu’alaikum warahmatullah ustaz. Ana nak bertanya berkenaan tentang ijmak. Apakah hukum apabila sesuatu perkara dalam agama telah ijmak tetapi kita mengambil pendapat lain? Dan apakah status seseorang yang menolak ijmak?
Masih ramai yg belum faham berkenaan ijmak.

Jawapan

Ustaz Abid Annuriyy: Menolak ijmak Sahabat yg mempunyai sandaran nass dan masyhur adalah kufr. Menolak ijmak yg tidak zahir dan tidak masyhur dihukum fasiq mubtadi’ menurut pendapat rajih.
Dalilnya ialah,
وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا (115)النساء

(Al Nisa’: 115)
Ijmak adalah sabil al-mu’minin dan sesiapa menentangnyanya diazab dlm api neraka jahannam.
Sengaja menentang ijmak2 yg sahih adalah kufr riddah

Haram Mengambil Ilmu dari Ahli Bid’ah

Haram mengambil ilmu dari yang bukan ahlinya dan itu termasuk dosa besar sepeti dosa zina dan arak. Para salaf mengambil ilmu dari ilmuan yang thiqah walau ilmuan itu lebih muda atau masih remaja.

Hakim ibn Hizam r.a. seorang pembesar Quraisy ketika berumur 76 tahun dia datang kepada pemuda khazraji Mu’az ibn Jabal untuk mempelajari ilmu.
‘Abd Rahman bin ‘Awf dan lain-lain datang kepada budak remaja bernama Ibn ‘Abbas untuk mempelajari al Quran.
Al-Imam ‘Ali al-Madini lebih tua 3 tahun dari Ahmad ibn Hanbal, tetapi meminta fatwa dari Ahmad.
قال الإمام أحمد بلغني عن ابن عيينة قال الغلام أستاذ إذا كان ثقة

Berkata al-Imam Ahmad, telah sampai kepada saya bahawa Ibn ‘Uyaynah berkata, “Budak remaja adalah Ustaz sekiranya ia adalah thiqah.”

Thiqah bermakna dipercayai agamanya yakni aqidah dan ibadahnya, berilmu mantap, mengetahui dalil-dalil. , tidak melakukan dosa besar, tidak mengulangi dosa kecil dan perbuatan yang merosakkan maruah.

Penguasaan ilmu ilmu disebut ad-dabt atau ma’rifat ad-dalil. agama disebut juga thiqah dan taqwa atau warak.

 

قال صاحب فتاوى أئمة المسلمين بقطع لسان المبتدعين:” أجمع الأئمة المجتهدون على أنه لايجوز أخذ العلم عن مبتدع, وقالوا: الزنا من أكبر الكبائر أخف من أن يسأل الرجل عن دينه مبتدعاً” [بواسطة الموقف].

Khattab al-Subki berkata, “Telah ijma’ imam-imam mujtahid bahawa tdak hars mengambil ilmu dari mubtadi’ (ahli bid’ah). Para imam mujtahid berkata zina termasuk sebesar-besar dosa besar, tetapi zina lebih ringan dari seseorang itu bertanya tentang agamanya kepada ahli bid’ah.” (Fatawa A’immat al-Muslimin)

والعالم هو : من كان عالماً بالكتاب والسنة على فهم السلف الصالح : أخرج الترمذي وأبو داود في السنن عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أنه قال :”إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ”.

Alim ialah orang yang alim tentang al-Kitab dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman salaf. (bukan alim ilmu kalam dan tasawwuf syirk). Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. para nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, mereka hanya mewariskan ilmu , sesiapa yang mengambil ilmu itu maka ia telah mengambil bahagian keuntungan yang sangat banyak.

Kefahaman salaf ilah kefahaman Nabi dan Sahabat Nabi.

وأخرج الترمذي في السنن عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :”إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي”.

فدل هذان الحديثان على أن المقصود بالعالم هو من اتصف بهذه الصفات وهي العلم بالكتاب والسنة على ما كان عليه النبي عليه الصلاة والسلام وأصحابه .

قال الشيخ ابن عثيمين :”الكتيبات كثيرة ، وكثيرة أيضاً من أناس مجهولين لا يعلم عنهم سابق علم ، ولا سابق فقه ، فيحصل فيها إذا خالفت الحق ضرر على العامة ، ولهذا أنا أنصح أن لا يتلقى من هذه الكتيبات إلا من عرف أصحابه ، وأنهم من العلماء الموثوقين بهم ديناً وعلماً حتى لا يضل ، وكما قال بعض السلف :”إن هذا العلم دين ، فانظروا عمن تأخذون دينكم”اهـ

ويدخل في الجهال كثير من القصاص والمذكرين والخطباء والمحاضرين حتى كثير حملة شهادة الدكتوراه ومن تاب من الفساق ومن أسلم من الكفار إذا لم يكن عندهم علم شرعي .

وأخرجه الخطيب في الفقيه عَنْ أَبِي أُمَيَّة الْجُمَحِيِّ أَنَّ رَسُول اللَّه صلى الله عليه وسلم قَالَ ” مِنْ أَشْرَاط السَّاعَة أَنْ يُلْتَمَس الْعِلْم عِنْد الْأَصَاغِر”.

قال ابن المبارك : الأصاغر من أهل البدع

Ulama ialah Ulama al-Sunnah atau Ulama al-Salafiyyah.

قال العلّامة الوادعي رحمه الله تعالى :
#المسلمون الآن #أحوج ما يكونون إلى معرفة #العلماء، حتى يردوا ما اختلفوا فيه إلى علمائهم، فإنّ المسلمين انتهى بهم الحال إلى أن أصبحوا لا يُميزون بين العالم والمُنجِّم، بل بين العالم والفاسق.

‏الفواكه الجنية 108.

al-Imam Muqbil al-Wadi’i berkata, “Setiap muslim hari ini sangat perlu untuk mengenal ulama, agar mereka dapat merujuk perselisihan mereka kepada ulama mereka. Muslimin sudah sampai ke tahap tidak tahu lagi membezakan antara alim dan tukang tenung, bahkan tidak tahu membezakan antara alim dan fasiq.” (al-Fawakih al-Janiyyah, ms 108).

Ulama Ahli Kalam bukanlah ulama.

وقال ابن عبد البر:”أجمع أهل الفقه والآثار من جميع الأمصار أن أهل الكلام أهل بدع وزيغ ، ولا يعدون عند الجميع في طبقات الفقهاء ، وإنما العلماء أهل الأثر والتفقه فيه ، ويتفاضلون فيه بالإتقان والميز والفهم”.

قال الشيخ صالح الفوزان :”لا يجوز الأخذ عن المنحرفين في العقيدة بشرك أو تعطيل ، ولا الأخذ عن المبتدعة والمنحرفين وإن سموا علماء”. اهـ

Shayk Salih al-Fawzaan berkata, “Tidak harus mengambil ilmu dari orang-orang yang menyeleweng dalam aqidah kerana syirik atau ta’til (ta’wil tahrifi), tidak harus mengambil ilmu dari mubtadi’ah dan orang-orang yang menyeleweng walau mereka dinamakan ulama.”

ويدخل في أهل الأهواء والبدع المفكرون وفقهاء الواقع ودعاة الصحوة إذا لم يتبعوا الكتاب والسنة وفهم السلف الصالح .

وكذا لا يؤخذ العلم عن الفساق الذين يحلقون لحاهم أو يخالطون النساء أو يسبلون ثيابهم أو يسمعون الأغاني ونحو ذلك من المعاصي قال الشيخ صالح الفوزان :”لا تأخذ دينك إلا عن عالم تقي قال تعالى إنما يخشى الله من عباده العلماء فخذ من العلماء الذين يخشون الله بشرطين : أن يكون عالماً وأن يكون يخشى الله. فإن كان عالماً لا يخشى الله فلا تأخذ عنه ، وإن كان يخشى الله لكنه ليس بعالم فلا تأخذ عنه” اهـ .

Ulama ialah Ulama al-Sunnah atau Ulama al-Salafiyyah.

قال العلّامة الوادعي رحمه الله تعالى :
#المسلمون الآن #أحوج ما يكونون إلى معرفة #العلماء، حتى يردوا ما اختلفوا فيه إلى علمائهم، فإنّ المسلمين انتهى بهم الحال إلى أن أصبحوا لا يُميزون بين العالم والمُنجِّم، بل بين العالم والفاسق.

‏الفواكه الجنية 108.

al-Imam Muqbil al-Wadi’i berkata, “Setiap muslim hari ini sangat perlu untuk mengenal ulama, agar mereka dapat merujuk perselisihan mereka kepada ulama mereka. Muslimin sudah sampai ke tahap tidak tahu lagi membezakan antara alim dan tukang tenung, bahkan tidak tahu membezakan antara alim dan fasiq.” (al-Fawakih al-Janiyyah, ms 108).
Termasuk orang-orang jahil (ustaz-ustaz palsu) yang tidak diambil ilmu dari mereka ialah tukang cerita, penceramah, pentazkirah, pemidato, pensyarah Phd yang sesat, fasiq yang baru bertaubat dan kafir yang baru masuk Islam, sekiranya mereka tidak mempunyai ilmu syariah yang jelas dan mantap.
juga penulis, ulama politik, pendakwah yang tidak mengikut al-Kitab, al-Sunnah dan kefahaman salafus salih. yang sentiasa isbal, yang mendengar nyanyian (muzik) dan lain-lain maksiat yang jelas.

Dar al-Fawzan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، إخواني الأعزاء،
💕 *JOM INFAQ* 💕
.
.
✒ Antara amalan pembuka PINTU REZEKI adalah memperbanyak SEDEKAH.
.
ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
.
{ قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ }
.
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka ALLAH akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
[Surah Saba’, 34 : ayat 39]
.
Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat yang lain,

{ مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ }
.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ALLAH Maha Luas kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.”
[Surah Al Baqarah, 2 : ayat 261]
.
.
↪ Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
.
{ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ }
.
“Sedekah tidaklah mengurangi harta.”
[Shahih Muslim, no. 2588 ; At-Tirmidzi, no. 2029]
.
.
↪ Daripada Asma’ binti Abi Bakr radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padaku,
.
{ لَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ }
.
“Janganlah engkau menyimpan harta (tanpa mensedekahkannya). Jika tidak, maka ALLAH akan menahan rezeki untukmu.”
[Shahih Al-Bukhari, no. 1433]
.
↪ Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

{ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ }

“Jika manusia itu mati, maka akan putus amalannya kecuali dari tiga perkara: (1) sedekah jariyah, (2) ilmu yang diambil manfaatnya, (3) anak sholih yang mendo’akan orang tuanya.”
[Sahih Muslim, no. 1631]
.
.
.

.
.
Assalamu’alaikum warahmatullah buat semua sahabat muslimin dan muslimat.
.
Sesiapa yang ingin berinfaq untuk kerja-kerja dakwah & kebajikan oleh Dar al Fawzan, Perak, Malaysia, boleh disalurkan kpd
.

.
🏦 Akaun Maybank
Maybank 158118254115 Abdullah Mohd Noor
Maybank 112905014990 Shahrul Saleh Alang
.
Untuk maklumat lanjut boleh whatsapp ke

.
.
…Jazakumullahu khairan…

Maybank 112905014990 Shahrul Saleh Alang
Maybank 158118254115 Abdullah Mohd Noor

Program Dar al Fawzan li Tahfiz wa Dirasat al Quran, Seri Iskandar, Perak. Malaysia.

Tahfiz al Quran
Pengajian Berkitab (Melayu dan Arab )
Pengurusan Jenazah

 

Post Navigation