Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Tazkirah”

Wanita Solat Di Masjid

Dari Ibn ‘Umar, Rasulullah saw bersabda, “Izinkanlah wanita2 bersolat di masjid2 pada waktu malam.” Hadith sahih.

Riwayat al-Imam Ahmad, al-Tayalisi, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, dll.

Oleh itu, ternafilah pendapat batil yang mengharamkan wanita bersolat di masjid.!!

Gangguan Seksual: Haram Menyentuh Perempuan

Islam telah mengharamkan gangguan seksual sejak ribuan tahun yang lalu.
al-Imam al-Tabarani dalam al-Kabir meriwayatkan dengan sanad sahih, dari Ma`qil ibn Yasar r.a., Rasulullah saw bersabda, “Sekiranya ditusuk kepala kamu dengan jarum besi, itu lebih baik dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.”

Berkata al-Hafiz al-Haythami, perawi2nya adalah perawi2 sahih. al-Suyuti, al-Jami` al-Kabir.

4 Permintaan Ubai ibn Ka`b r.a.

Ubai seorang sahabi,

al-Imam Ahmad dan al-Hafiz Abu Ya`la mengisnadkan, Abu Sa`id berkata. Seorang lelaki bertanya kepada Rasululah saw. “Wahai Rasulullah. Apa makna penyakit2 yang menimpa kita ini?”

Rasulullah berkata, “Kaffarat (penghapus dosa2).”

Lalu Ubay berdoa kepada Allah agar ditimpa demam panas sehingga kematiannya tanpa menghalangnya dari 4 perkara, dari haji, ‘umrah, jihad di jalan Allah dan solat fardu berjamaah. Hadith sahih.

Berkata al-Haythami, perawi-perawinya semuanya thiqah.

Kewafatan Abu al-Darda'

al-Imam Ibn Abi Shaybah mengisnadkan dalam al-Musannaf al-Kitab,

Ketika menjelang kematiannya, Abu al-Darda’ r.a. berkata, “Bawalah saya ke masjid!”  Lalu orang ramai membawanya menuju ke masjid. Kemudian Abu al-Darda’ berkata, “Dengarlah dan sampaikanlah kepada orang-orang di belakang kalian.
Peliharalah 2 solat ini Subuh dan Isya’ berjemaah. Sekiranya kamu tahu kebesaran keduanya, nescaya kamu pasti mendatanginya walau merangkak dengan tangan dan lutut kamu.”

al-Musannaf, jld 1, ms 332.

Menghilangkan Stress

1. Uzlah dan iktikaf di masjid serta puasa nafil. (Utk tujuan ini cuti amat diperlukan)
2. Memendekkan angan-angan, mengingati mati
3. Membaca buku2 para ahli ibadah dan ahli zuhud spt al-Ihya’, Sifat Safwah, Hilyat al-Awliya’, Minhaj al-‘Abidin, Sayd al-Khatir
4. Bersolat jamaah di masjid (lelaki dan perempuan)
5. Menziarahi kubur orang2 salih

6. Qiyamullayl dan qaylulah

Kepada Para Dekan dan Ketua Jabatan

Akm wbt,.

MB, Pegawai-pegawai daerah, Dekan-dekan, ketua2 jabatan, pengetua, guru besar, guru-guru agama yang dirahmati Allah

Tuan2 yang dihormati,

Sebagai pemimpin terdapat amanah berat dan kewajipan yang amat besar di bahu kalian.

1. Memperjuangkan al-Quran, kitabullah dan kalamullah yang ‘azim, termasuk Ilmu Tafsir, bahasa Arab, hadith, tahfiz.

2. Menegakkan solat jamaah dan kalin menjadi imam sekiranya boleh. Solat adalah asas iman, mengabaikannya punca segala fahsya’ dan munkar seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Sekiranya abai dan berpaling, maka tanggunglah segala kerosakan generasi umat ini, dan azab yang berganda2 di Akhirat.

In urid illa al-islah ma istata`tu, wama tawfiqi illah billah, wassalam.

Masuk Syurga Tanpa Hisab

Bismilah

Hisab Akhirat amat berat dan panjang di Mahsyar iaitu satu bersamaan 50,000 tahun di dunia seperti yang sabit dalam hadith2 sahih. Matahari didekat di atas kepala sejauh sejengkal atau 2 jengkal.

Memasuki syurga tanpa hisab mempunyai syarat-syarat yang ketat iaitu tauhid yang benar dan iman yang sahih, tidak ramai manusia yang berjaya masuk syurga tanpa hisab dan azab melainkan golongan yang disebut oleh Allah SWT sebagai wali2Nya yang “sabiqun muqarrabun”, hatta orang2 solih (as-habul yamin) akan dihisab

Antara syarat-syaratnya ialah;-

1. Memelihara solat 5 waktu berjemaah (al-Tabarani). Dan mereka itu paling cepat ke masjid.

2. Paling cepat dalam segala fardu, paling cepat keluar berjihad, dan paling cepat meninggalkan segala yang haram. Infaq harta ketika senang dan susah, menahan marah dan memaafkan kesalahan manusia. Apabila terjatuh ke dalam maksiat segera teringat kepada Allah, istighfar dan bertaubat kepada Allah, tidak mengulangi dosa-dosa. Diserukan pada Hari Qiyamat, Dimanakah ahli ma`rifah? Dimanakah golongan muhsinun?
3. Zuhud di dunia, berjihad melawan nafsu kerana Allah, beribadat malam dan sentiasa berpuasa siang (kecuali hariraya dan tashriq). Di dalam Tazkirah al-Qurtubi disebutkan bahawa antara yang memasuki syurga tanpa hisab ialah yang hanya mempunyai satu periuk di rumahnya. Di dalam hadith, “Di manakah orang yg jauh badan mereka dari tempat tidur mereka?…”. Lalu mereka masuk syurga tanpa hisab dan azab. Lalu Nabi saw membacakan ayat 16 surah al-Sajdah.
4. Sabar dalam kefakiran, penyakit2 dan ketika perang (al-Baqarah: 177)
5. Tidak pernah mendatangi bomoh dukun, tidak mempercayai kesialan (tatayyur), tidak berubat secara kayy (api), bertawakkal penuh kepada Allah. Sahih muttafaq ‘alayh.

6. Menjalankan kewajipan dakwah dengan istiqamah dan mati dalam dakwah seperti Habib al-Najjar. Lihat tafsir surah yasin.

7. Mencegah munkar pemerintah zalim dan menyuruhnya melakukan yang makruf (syariah), lalu ia dibunuh. Hadith sahih.

8. Tidak terleka dengan dunia, perniagaan dan jual beli dari banyak berzikir kepada Allah, menegakkan solat jamaah, memberikan zakat, berpuasa dan mengingati Akhirat. Surah al-Nur: ayat 3-38. Hadith riwayat Ibn al-Mubarak dari Ibn ‘Abbas (mawquf) dan Ibn Abi Hatim dari Asma’ Binti Yazid r.anha. dari Nabi saw.

Di dalam hadith sahih disebutkan bhw mereka itu dapat memberi syafaat kepada ibubapa dan kaum keluarga mereka. Antaranya ‘Ukkashah ibn Mihson r.a.

Post Navigation