Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Tafsir”

Penyakit Pemimpin

SOALAN

Adakah semua pemimpin yang tidak melaksanakan syariah yang diturunkan Allah adalah kafir? Adakah sah solat di belakang mereka?

Fahmi, Melaka.

JAWAPAN

Ayat dalam surah al-Ma’idah menunjukkan kekufuran orang yang tidak melaksanakan syariah. Pemimpin yang tidak melaksanakan syariah terdapat 2 jenis.

1.Tidak melaksanakan syariah, kerana jahil, ta`wil, alasan-alasan akal, taqlid, rasuah, kepentingan diri, maka ini adalah kafir nikmat atau kufr duna kufr, yakni kafir yang tidak mengeluarkan dari agama. Ini adalah irja’. Dalam masa yang sama, ia kasih kepada syariah dan berharap akan berjaya dilaksanakan serta tidak pernah mencaci syariah. Adapun yang tidak berusaha langsung ke arah syariah, maka masa depan adalah Neraka Jahannam.

2.Pemimpin yang tidak melaksanakan syariah, membenci syariah, menghalang perlaksanaannya, mengugut golongan yang berjuang untuk melaksnaakannya, mencaci undang-undang syariah dan memberikan gelaran-gelaran buruk kepada hudud cthnya, menangkap para ulama dan membunuh golongan yang mengajak kepada syariah, menggunapakai undang-undang jahiliyyah dengan bangganya, mengutamakannya lebih dari syariah, mengubah syariah dan menikamnya, maka ini tidak syak lagi akan syirik dan kekufurannya, bahkan ia adalah taghut. Tidak sah solat bersama mereka, tidak boleh dimakan sembelihannya, tidak dihadiri jenazahnya, tidak disolatkan dan bangkainya tidak dikuburkan di perkuburan muslimin, bahkan dibuang di lubang tahi atau lubang sampah. (Spt fatwa al-Imam Ibn Khuzaymah)

Sabit dalam nas al-Quran bahawa orang zalim dalam Neraka dan orang-orang yang cenderung kepada mereka.Firman Allah, “Dan jangan kamu cenderung kepada orang-orang zalim, nanti kamu disentuh Api Neraka…(Hud: 113)

Istiwa’ dan Fawqiyyah

Allah bersifat istiwa’, uluww (tinggi) dan fawqiyyah (di atas) secara haqiqi. Dia berada di atas langit ke tujuh, istiwa’ (bersemayam) di atas arasy secara haqiqi tanpa menyerupai istiwa’ makhluk. Inilah keyakinan dan aqidah ASWJ, ahli hadith dan para imam mujtahid.
Dari Salim ibn Abi al-Ja`dal-Ghatafani al-Kufi (tabi`i thiqah, w.98H), Dalam mentafsirkan ayat Inna rabbaka labil mirsad, Ibn Mas`ud r.a., berkata,

“Sesungguhnya di belakang Sirat, terdapat jambatan-jambatan. Satu jambatan di atasnya amanah, satu jambatan di atasnya silaturrahim, satu jambatan di atasnya Allah azza wa jall (duduk bersemayam di atas Arasy).” Sahih. Riwayat al-Hakim dan mensahihkannya, al-Bayhaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat.

Lihat Tafsir Fath al-Qadir, al-Imam al-Shawkani, al-Mansurah: Dar al-Wafa’, jld 5, ms 585. Rujuk Bab Istiwa’ dan Fawqiyyah, buku al-‘Aqidah Fi Bina’ al-Jil, al-Imam Dr. ‘Abdullah Yusuf  ‘Azzam.

BERSEMAYAMNYA ALLAH DI ATAS ‘ARSY (SIFAT ISTIWA’ ALLAH, ‘ULUWW DAN FAWQIYYAH)
Berkata al-Imam Abu ‘Uthman al-Sabuni;
وَيَعْتَقِدُ أَهْلُ الْحَدِيثِ وَيَشْهَدُوْنَ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى فَوْقَ سَبْعِ سَموَاتٍ عَلَى عَرْشِهِ كَمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُهُ فِي قَولِهِ عَزَّ وَجَلَّ
Ahli Hadith Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berkeyakinan dan bersaksi bahawa Allah subhanahu wa ta’ala berada di atas langit ke 7, di atas ‘Arsy-Nya (secara haqiqi tanpa menyamai istiwa’ makhluk dan sifat ini antara yang paling jelas menunjukkan kewujudan Allah), sebagaimana firmanNya ‘azza wa jall dalam:
1.surah al-A’raf ayat 54 dan surah Yunus: ayat 3
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
“Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy (singgahsana),…” al-A’raf ayat 54.
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأَمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy (singgahsana) untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa’at kecuali sesudah ada keizinanNya” (Surah Yunus: 3)
2. Surah al-Ra’d ayat 2, dan Taha ayat 5 ;
اللهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
“Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu”.(Surah Ar-Ra’d: 2).
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Allah yang maha pemurah di atas Arasy Dia bersemayam.” Taha: 5.
3.Surah al-Furqan,
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
“… kemudian Dia bersemayam di atas Arsy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang Maha Mengetahui” (Al-Furqan: 59).
4.al-Sajdah ayat 4
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا شَفِيعٍ أَفَلا تَتَذَكَّرُونَ
“…kemudian Dia pun bersemayam di atas ‘Arsy…”.(As-Sajdah:4)
Al-Hadid: ayat 4
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْـزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Dialah yang telah mencipta 7 petala langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, Ia mengetahui apa sahaja yang masuk dalam bumi, dan apa sahaja yang keluar darinya, dan Dia bersama kamu sekalian (iaitu ilmuNya) dimana saja kalian berada,…”
5.Fatir ayat 10,
إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ
“…kepadaNya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amalan yang salih Dia mengangkatnya…”. (Fathir: ayat 10)
6.al-Sajdah ayat 5,
يُدَبِّرُ الأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya..”. (As-Sajdah:5).
7.al-Mulk ayat 16,
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di atas langit bahawa Dia menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi itu bergoncang”. (Al-Mulk: 16)
8.Allah subhanahu wa ta’ala memberitakan tentang Fir’aun yang dilaknat, bahawa ia pernah berkata kepada Haman (pembantunya):
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأَظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ [غافر: 36-37]
“Dan berkata Fir’aun: “Wahai Haman, buatkanlah untukku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, lalu aku melihat Ilah Musa (Tuhan Musa di atas langit) dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta…” (Al-Mu’min:36-37).
وَإِنَّمَا قَالَ ذَلِكَ لِأَنَّهُ سَمِعَ مُوْسَى عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَذْكُرُ أَنَّ رَبَّهُ فِي السَّمَاءِ ، أَلَا تَرَى إِلَى قَوْلِهِ ((…وَإِنِّي لأَظُنُّهُ كَاذِبًا…))[غافر: 37] يَعْنِيْ فِي قَوْلِهِ : إِنَّ فِي السَّمَاءِ إِلهًا.
Fir’aun berkata demikian kerana ia mendengar Nabi Musa a.s. mengkhabarkan bahawa Rabbnya berada di atas langit.! Tidakkah kamu lihat kepada firmanNya, “…dan sesungguhnya aku benar-benar menyangka dia ini menipu…” (Ghafir ayat 37) iaitu dalam kata-katanya “sesungguhnya di atas langit ada Tuhan.”
‘ULUWW DAN FAWQIYYAH
1.al-Baqarah ayat 255, “…dan Dialah yang maha tinggi dan maha besar.”
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ [البقرة : 255]
2.al-Nisa’ ayat 34, “…sesungguhnya Allah maha tinggi lagi maha besar.”
إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا [النساء:34]
3.al-Nahl ayat 50, “…mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka…”
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
4.al-Ra’d ayat 9, “…yang mengetahui yang ghaib dan nyata, yang maha besr lagi maha tinggi.”
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ) [الرعد : 9]
5.al-Hajj ayat 62 dan Luqman ayat 30
ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ} (62) سورة الحـج
6.Saba’ ayat 23
وَلا تَنْفَعُ الشَّفاعَةُ عِنْدَهُ إِلاَّ لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قالُوا ماذا قالَ رَبُّكُمْ قالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ
7.Ghafir 12
ذَلِكُم بِأَنَّهُ إِذَا دُعِيَ اللَّهُ وَحْدَهُ كَفَرْتُمْ وَإِن يُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُوا فَالْحُكْمُ لِلَّهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيرِ} (12) سورة غافر
8.al-Shura ayat 4
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ [الشورى: 4]، أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاء إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ} (51) [سورة الشورى: 51]
9.al-A’la ayat 1.
سَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى [الأعلى: 1]، إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى [الليل:20]
*****
وَعُلَمَاءُ الْأُمَّةِ وَأَعْيَانُ الْأَئِمَّةِ مِنَ السَّلَفِ – رَحِمَهُمُ اللهُ – لَمْ يَخْتَلِفُوْا فِي أَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَعَرْشهُ فَوْقَ سَمَوَاتِهِ
Para ulama dan tokoh imam-imam dari kalangan salaf tidak pernah berbeza pendapat, bahawa Allah ‘azza wa jalla’ berada di atas ‘arsyNya. Dan ‘arsyNya berada di atas langit yang ketujuh. Mereka menetapkan segala yang ditetapkan Allah, mengimaninya serta membenarkannya.
يُثْبِتُونَ لَهُ مِنْ ذَلِكَ مَا أَثْبَتَهُ اللهُ تَعَالَى، وَيُؤْمِنُوْنَ بِهِ وَيُصَدِّقُونَ الرَّبَّ جَلَّ جَلَالُهُ فِي خَبَرِهِ، وَيُطْلِقُونَ مَا أَطْلَقَهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى مِن اسْتِوَائِهِ عَلَى الْعَرْشِ ، وَيُمِرُّوْنَهُ عَلَى ظاهِرِهِ وَيَكِلُونَ عِلْمَهُ إِلَى اللهِ ، وَيَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ ، كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا ، وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ [آل عمران: 7] ، كَمَا أَخْبَرَ اللهُ تَعَالَى عَنِ الرَّاسِخِيْنَ فِي الْعِلْمِ أَنَّهُمْ يَقُوْلُوْنَ ذَلِكَ ، وَرَضِيَهُ مِنهُمْ، فَأَثْنَى عَلَيهِمْ بِهِ.
Mereka ithbatkan (menyatakan dengan yakin) seperti yang Allah Ta’ala ithbatkan, mereka beriman dengannya dan membenarkan Tuhan jalla jalaluh dalam khabarNya. Mereka mengitlaq (membiarkan makna) ayat itu berdasarkan zahirnya yang Allah SWT itlaqkan, antaranya ialah Allah istiwa’ (bersemayam) di atas ‘ArsyNya (tinggi dan menetap), menerimanya menurut zahirnya dan menyerahkan ilmu hakikatnya yang sebenar kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Mereka mengatakan:”Kami mengimani dengannya, semuanya itu dari sisi Rabb kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal”. (Ali ‘Imran: 7). Sebagaimana Allah Ta’ala terangkan tentang orang-orang yang mendalam ilmunya bahawa mereka mengatakan demikian itu, dan Allah ridhai mereka serta memuji mereka. 3
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا (آل عمران: 55)
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu kesisiKu,…”
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (الأنعام: 18) وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ …(الأنعام: 61)
“Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir, takdir dan zatNya)…” al-An’am ayat 18.
ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (الأعراف: 17) قَالَ قَتَادَةٌ : أَتَاكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ كلِّ وجهٍ، غَيْرَ أَنَّهُ لَمْ يَأْتِكَ مِنْ فَوْقِكَ ، لَمْ يَسْتَطِعْ أَنْ يَحُوْلَ بَيْنَكَ وَبَيْنَ رَحْمَةِ اللهِ! رَوَاهُ ابْنُ جَرِيْرٍ.
“Kemudian aku pasti datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” Al-A’raf ayat 17. Qatadah berkata, “Dia (syaitan) datang kepada kamu wahai anak Adam dari segala arah, tetapi ia tidak kepadamu dari atasmu, ia tidak mampu menghalng kamu dari rahmat Tuhanmu.” Riwayat Ibn Jarir.
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (النحل : 50)
“…mereka takut Tuhan mereka yang di atas mereka dan mereka melakukan segala yang diperintah.” Al-Nahl: ayat 50.
Ulasan:
Sifat istiwa’ haqiqi thabit dalam al-Quran, hadith-hadith mutawatir, ijma’ salaf, akal dan fitrah. IlmuNya, penglihatanNya, pendengaranNya, qudratNya dan iradatNya di setiap tempat. Tetapi ahli ta’wil yang bid’ah mentafsirkan istiwa’ bukan dengan makna tinggi (‘uluww, irtifa’) dan menetap (istiqrar), tetapi menguasai (istila’, mulk dan haymanah). Ini pemesongan dan penyelewengan makna yang bersalahan dengan zahir nas al-Quran dan hadith, ijma’ salaf, bersalahan dengan perbuatan Nabi dan sahabat serta bersalahan dengan bahasa Arab.

MAKNA Taghut

SOALAN

Akm wbt. Apakah makna taghut yang selalu disebut oleh ulama’ dan para ahli gerakan islam? Adakah pemimpin secular itu taghut? Apakah makna kufur kepada taghut?

Husaini, Ipoh.

JAWAPAN

Taghut dalam  bahasa Arab berasal dari perkataan tughyan bermaksud melampaui batas yakni stp manusia yang melampaui batas (Tafsir al-Baghawi, 1, 314). Kepentingan mengetahui tentang taghut amat besar kerana tanpa kufur kepada taghut, iman seseorang kepada Allah SWT tidak sah. Yakni serentak dengan keimanan kepada Allah, wajib menafika, bara’, mengingkari dan kufur kepada semua taghut. Inilah maksud kalimah La Ilaha illa Allah.

Terdapat beberapa tempat dalam al-Quran menyambut tentang taghut iaitu al-Baqarah ayat 256-257, al-Nisa’ ayat 60, ayat 76, al-Ma’idah ayat 60, al-Nahl ayat 36, al-Zumar ayat 17.
لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَؤُلاءِ أَهْدَى مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلا (النساء 51)

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْـزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْـزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Ulama tafsir telah menyebutkan tentang tafsiran taghut. Antara makna taghut dalam syariah ialah

  1. Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun jg stp yang mengatakan ia tahu perkara ghaib spt   ‘arraf
  2. (Sa’id Jubayr, Ibn Jurayj)

  3. Syaitan
  4. Tafsiran ‘Umar al-Khattab, Mujahid, al-Shab’bi, Qatadah, al-Dahhak dan al-Suddi (lihat al-Tabari, jld 5, ms 417). Berkata Ibn Kathir
    ومعنى قوله في الطاغوت: إنه الشيطان قوي جدًّا فإنه يشمل كل شر كان عليه أهل الجاهلية، من عبادة الأوثان والتحاكم إليها والاستنصار بها.
    “Tafsiran taghut dengan makna syaitan sgt kuat kerana ia meliputi semua kejahtan yang dilakukan oleh ahli jahiliyyah iaitu penyembhan berhala2, berhukum kepadannya dan meminta tolong/kemenanngan darinya.”
    li>Setiap pemimpin kesesatan dan bid`ah lg mengajak kpdnya

  5. Berhala
  6. Ahli sihir
  7. (Abu al-‘Aliyah)

  8. Setiap yang disembah selain Allah dan ia redha. Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn ABi Hatim.
  9. Setiap pencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah (Lihat al-Imam al-Shawkani (1997), Fath al-Qadir, al-Mansurah: Dar al-Wafa’, jld 1, ms 471-473; Tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tabari; Tafsir al-Qurtubi; Tafsir Ibn Kathir).

al-Imam Abu Ja’far al-Tabari mengisnadnya dlm Jami’ al-Bayan (5/418 hadith 5845)
عن ابن جريج: ” فمن يكفر بالطاغوت “، قال: كهان تنـزل عليها شياطين، يلقون على ألسنتهم وقلوبهم = أخبرني أبو الزبير، عن جابر بن عبد الله، أنه سمعه يقول: – وسئل عن الطواغيت التي كانوا يتحاكمون إليها فقال-: كان في جهينة واحد، وفي أسلم واحد، وفي كل حي واحد، وهي كهان ينـزل عليها الشيطان.
dari Ibn Jurayj berkata tagut ialah kahhan (dukun bomoh) yang didatangi oleh syaitan2, yang melontarkan kesesatan kpd lidah2 dan hati mereka.
tagut2 yg dirujuk hukum kpd mrk ialah seorg di juhaynah, seorang dari kaum Aslam, seorg di setiap perkampungan, dan mrk ialah para bomoh yang didatangi syaitan2.
قال أبو جعفر: والصواب من القول عندي في” الطاغوت “، أنه كل ذي طغيان على الله، فعبد من دونه، إما بقهر منه لمن عبده، وإما بطاعة ممن عبده له، وإنسانا كان ذلك المعبود، أو شيطانا، أو وثنا، أو صنما، أو كائنا ما كان من شيء.
Berkata Abu Ja’far al-Tabari 5/419, Yang betul di sisi saya tentang makna taghut ialah yang melampaui batas terhadap Allah, lalu ia disembah selain ALlah, sama ada dengan kekuasaan (kekerasan) darinya terhadap yang menyembahnya, atau dengan ketaatan dari yang menyembahnya, sama ada yang dsembah itu manusia, syaitan, berhala, patung apa sahaja yang disembah selain Allah.

Pemimpin secular adalah taghut apabila memimpin berdasarkan system sesat atau jahiliyyah dan mencipta undang2 yang tidak diizinkan oleh Allah lalu ia redha dan mencari redha para pengikutnya. Pengikut2 mereka adalah pejuang dan penyembah taghut serta disebut dalam al-Quran sebagai wali-wali syaitan.
al-Qurtubi menukilkajn tafsiran al-Jawhari, yang mengatakan
قال الجوهري: والطاغوت الكاهن والشيطان وكل رأس في الضلال
taghut itu ialah al-kahin (bomoh dukun), syaitan dan setiap pemimpin dalam kesesatan (aqidah/pemikiran). al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran.

KEWAJIPAN2 TERHADAP taghut.

Pertama, Kufur kepada taghut bermaksud mengingkari ketuhanan dan menentang ketuanan semua taghut yg disembah dan ditaati selain Allah, menjauhinya dan meninggalkannya. Kemudian tidak bertahakum atau bertahkim, merujuk dan mengadu kepada taghut dalam setiap urusan dan masalah yang muncul dalam kehidupan. (Lihat Sa`id Hawwa, (1989) al-Asas Fi al-Tafsir, Dar al-Salam. Jld 1, tafsir al-Baqarah ayat 256).

Apabila kita telah merujuk kepada syariah Allah, al-Quran dan hadith dalam segenap aspek kehidupan, kita selamat dari taghut, insha Allah Ta`la. WalLahu a`lam.

Post Navigation