Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Hayat al-Sahabah”

3 Mata Tidak Dibakar Dalam Neraka Jahannam

By: Ust Abu ‘Azzam Abid ibn Muhammad Nuur (Master of Shari’ah)

Ulama’ salaf mengatakan, “3 mata tidak akan menangis ketika kedahsyatan Qiyamat dan tidak akan dibakar dalam Api Neraka Jahannam iaitu: – Mata yang menangis kerana Allah (takut kepada Allah), mata yang berjaga malam dalam jihad di jalan Allah dan mata yang berjaga malam kerana membaca dan mengkaji kitabullah.” Dalam al-Fawa’id al-Hisan oleh ‘Ali al-Khal’ei (w492H), dari Mu’awiyah ibn Haydah r.a., “…dan mata yang menundukkan pandangannya dari perkara2 yg diharamkan Allah.”

Mati itu Lebih Baik Dari Hidup.
al-Imam Ibn Jarir al-Tabari, meriwayatkan dgn sanadnya bhw Abu Darda’ r.a. berkata,

ما من مؤمن إلا والموت خير له، وما من كافر إلا والموت خير له، ومن لم يصدقني فإن الله يقول: ( وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلأبْرَارِ ) ويقول:  وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لأَنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ 

“Tiada seorg mu’min pun melainkan mati lebih baik baginya. Firman Allah; … dan apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi org2 yg baik (beriman dan bertaqwa) iaitu syurga serta sungai2 yg kekal abadi. Ali ‘Imran ayat 198. Tiada seorg kafir pun melainkan mati itu lebih baik baginya Allah swt berfirman, Dan janganlah sesekali org2 kafir menyangka bhw sesungguhnya Kami tangguhkan bgi mereka itu suatu yg baik baginya, krn sesungguhnya KAMI memanjngkn umur mrk supaya bertambah dosa dan bagi mrk azab yg menghinakan.Ali ‘Imran 178.

Juga kerana mati itu adalah taqdir Allah, maka semua taqdir Allah adalah lbh baik bg stp hamba. Dalam hadith, “Tidaklah ALlah mentaqdirkan utk seseorg hamba suatu taqdir melainkan itu adalah lebih baik baginya.” HR Ahmad.

Dalam mentafsir ayat 157 Ali ‘Imran, al-Hafiz Ibn Kathir berkata,

‘Aqidah al-Imam al-Ghazali

al-Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah (505H) dlm kitabnya Iljam al-Awamm ‘An ‘Ilm al-Kalam:

اعلم ان الحق الصريح الذي لا مراء فيه عند أهل البصائر هو مذهب السلف أعني مذهب الصحابة والتابعين وها أنا أورد بيانه وبرهانه (فاقول): حقيقة مذهب السلف وهو الحق عندنا أن كل من بلغه حديث من هذه الأحاديث من عوام الخلق يجب عليه فيه سبعة أمور: التقديس ثم التصديق ثم الاعتراف بالعجز ثم السكوت ثم الإمساك ثم الكف ثم التسليم
لأهل المعرفة.

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa kebenaran jelas nyata yang tiada perselisihan atau bantahan padanya di sisi ahli ilmu ialah Mazhab Salaf, maksud saya ialah mazhab para Sahabat radhiallahu ‘anhum dan Tabi’en. Inilah saya bawakan penjelasan dan buktinya, maka saya berkata: “Hakikat mazhab salaf yang benar di sisi kami adalah bahawa setiap orang awam yang sampai kepadanya sebuah hadith daripada hadith-hadith (berkenaan Sifat spt Allah di atas langit, Tangan Allah, Wajah Allah dll), wajib ke atasnya tujuh perkara: taqdis (pensucian), tasdiq (pembenaran), al-‘i’tiraf bil ‘ajz (pengakuan kelemahan diri), diam (tidak berbahas), menahan diri (dari membahas), berhenti (dari membahas) dan menyerahkan kepada orang yang tahu.”

Iljam al-‘Awamm ‘an Ilm al-Kalam (tahqiq: Muhammad Mu’tashim biLlah; Dar al-Kitab al-‘Arabi; Beirut 1985), ms. 53.

PENGAJARAN.

1.Aqidah al-Ghazali ialah aqidah salaf, ahli sunnah ahli hadith yang tulen dan sahih.

2.Wajib sentiasa mengkaji ilmu tanpa lesu, bosan, malas , sombong dan malu.
3.Sifat2 Allah dan perbuatanNya semuanya haqiqi, bukan majaz (metafora atau gambaran)
Al-Hafiz Ibn ‘Abdil Barr (368-463H) berkata,
أهل السنة مجمعون على الإقرار بالصفات الواردة في الكتاب والسنة وحملها على الحقيقة لا على المجاز إلا أنهم لم يكيفوا شيئا من ذلك . وأما الجهمية والمعتزلة والخوارج فكلهم ينكرها ولا يحمل منها شيئا على الحقيقة ويزعمون أن من أقر بها مشبه وهم عند من أقر بها نافون للمعبود

Ahlus-Sunnah telah ijma’ bersepakat mengiqrar (mengakui) sifat-sifat yang warid dalam Al-Kitab dan As-Sunnah dan membawanya kepada makna haqiqi, bukan kepada makna majaaz. Namun, mereka tidak men-takyif sesuatupun dari sifat-sifat tersebut. Adapun jahmiyah, mu’tazilah, dan khawarij; mereka semuanya mengingkarinya dan tidak membawanya kepada maknanya yang haqiqi. Dan mereka menyangka bahawa sesiapa saja yang mengatakannya (iaitu meyakini makna sifat Allah sesuai dengan hakikatnya) bererti telah menyerupakanNya dengan makhluk. Padahal, mereka di sisi orang yang menetapkan sifat Allah secara hakiki, sama saja menafikan yang disembah (iaitu Allah)” [Mukhtashar Al-‘Uluww, hal. 268-269 no. 328].
4.al-Juwayni
sebelum wafatnya beliau berkata
لقد قرأت خمسين ألفاً في خمسين ألفاً ثم خليت أهل الإسلام بإسلامهم فيها وعلومه الطاهرة، وركبت البحر الخضم وغصت في الذي نهى أهل الإسلام عنها، كل ذلك في طلب الحق وكنت أهرب في سالف الدهر من التقليد، والآن قد رجعت عن الكل إلى كلمة الحق، عليكم بدين العجائز.

وقال: اشهدوا علي أني رجعت عن كل مقالة يخالف فيها السلف، وأني أموت على ما يموت عجائز نيسابور ….
aku telah membaca lbh dari 50,000 perbahasan aqidah dan aku merenangi lautan dalam yang dilarang oleh ulama Islam. itu semua untuk mencari kebnaran dan melarikan diri dari taqlid. Kini, aku kembali dari semua itu kepada kalimah yang benar. Hendaklah kamu ikuti aqidah orang2 tua (aqidah salaf).
Saksikanlah bahawa aku telah rujuk dari semua kepercayaan yang menyalahi salaf…

5.al-Fakhr al-Razi
وقد اختبرت الطرق الكلامية والمناهج الفلسفية، فما رأيت فيها فائدة تساوي الفائدة التي وجدتها في القرآن العظيم، لأنه يسعى في تسليم العظمة والجلال بالكلية لله تعالى ويمنع عن التعمق في إيراد المعارضات والمناقضات، ولا ذاك إلا العلم بأن العقول البشرية تتلاشى وتضمحل في تلك المضايق العميقة والمناهج الخفية. فلهذا أقول: كل ما ثبت بالدلائل الظاهرة من وجوده ووحدته وبراءته عن الشركاء في القدم والأزلية والتدبير والفعالية، فذاك هو الذي أقول به وألقى الله تعالى به، وأما ما انتهى الأمر فيه إلى الدقة والغموض فكل ما ورد في القرآن والأخبار الصحيحة المتفق عليها بين الأئمة المتبعين للمعنى الواحد فهو كما هو، والذي لم يكن كذلك … أقول ديني متابعة محمد سيد المرسلين، وكتابي هو القرآن العظيم، وتعويلي في طلب الدين عليهما
Beliau kembali kpd aqidah salaf aswj dalam Aqsam al-Lazzat dan al-Matalib al-‘Aliyah.

Mengimani Tangan Allah yang Haqiqi Lagi Agung

‘AQIDAH SALAF ASHABUL HADITH
I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan Imam yang Empat
لآ إله إلا الله ، محمد رسول الله

Oleh: Shaykhul Islam al-Imam al-Hafiz
Abu ‘Uthman Isma’il ibn ‘Abd al-Rahman Ash-Shabuni al-Shafi’ei.

(Terjemahan: Ust Abu ‘Azzam Abid b Muhammad Noor : Hareez Faqiir)

Kitab ini ditulis oleh Syaikhul Islam Abu Isma’il Ash-Shabuni r.a. (373H – 449 H). Beliau tokoh
ulama’ yang gigih menuntut ilmu, pada umur 10 tahun sudah menjadi wa’iz (juru nasihat dan penda’wah). Imam
Al-Baihaqi berkata :” Beliau adalah syaikhul Islam sejati, dan imam kaum muslimin sebenar-benarnya”. Abu ‘Abdillah al-Maliki berkata, “
Al-Hafiz ‘Abd al-Ghafir berkata, “Seorang ulama’ yang unggul di zamannya, mengajarkan agama selama 70 tahun, solat di masjid selama 20 tahun, seorang hafiz hadith,..”

Yang ada dihadapan pembaca ini merupakan ringkasan, pembahasan yang hampir mirip tidak diulang-ulang serta tidak disebutkan para perawinya. Takhrij hadith yang ada sebahagian besar merujuk kitab yang ditahqiq oleh Badr bin ‘Abdullah al-Badr.

KEYAKINAN ASHABUL HADITH TENTANG SIFAT-SIFAT ALLAH
[al-Shaykh al-Imam Abu ‘Uthman berkata]:
Semoga Allah melimpahkan taufik. Sesungguhnya
Ashhabul Hadith (Ahl Sunnah yang berpegang teguh kepada Al-Kitab dan As-Sunnah)-semoga Allah menjaga mereka yang masih hidup dan merahmati mereka yang telah wafat-adalah
orang-orang yang menyaksikan wahdaniyyah keesaan Allah Ta’ala, dan bersaksi atas kerasulan dan kenabian Muhammad shallallahu `alaihi wa sallam.
Mereka mengenal Allah subhanahu wa ta’ala dengan sifat-sifatnya yang Allah utarakan
melalui wahyu dan kitab-Nya, atau melalui persaksian Rasul-Nya sallallahu’alaihi wa
sallam dalam hadith-hadith sahih yang dinukil dan disampaikan oleh para perawi
yang sangat dipercayai.
Mereka menetapkan dari sifat-sifat tersebut seperti yang Allah tetapkan sendiri dalam
KitabNya atau melalui perantaraan lisan Rasulullah shallallahu’alaihi wa
sallamshallallahu `alaihi wa sallam. Mereka tidak meyerupakan sifat-sifat tersebut
dengan sifat-sifat makhluk.
TANGAN ALLAH
Mereka menyatakan bahawa Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam dengan TanganNya, sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur’an:
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ
“Allah berfirman:”Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah
Ku-ciptakan dengan Dua TanganKu. (Saad: 75).

Mereka tidak menyimpangkan atau menyewengkan Kalamullah dari maksudnya-maksudnya yang sebenar, dengan mentafsirkan dua tangan Allah sebagai dua kenikmatan atau dua kekuatan, seperti yang dilakukan oleh Mu’tazilah dan Jahmiyyah-semoga Allah membinasakan mereka-. (Tafsiran sesat dan batil ini diikuti oleh segelintir Asha’irah dan Maturidiyyah).
Mereka juga tidak mereka-reka bentuknya atau menyerupakan dengan tangan-tangan makhluk, seperti yang dilakukan oleh kaum al-Musyabbihah -semoga Allah menghinakan mereka. Allah subhanahu wa ta’ala telah memelihara Ahlus Sunnah dari menyimpangkan,
mereka-reka atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan makhluknya. Allah telah
memberi karunia atas diri mereka pemahaman dan pengertian, sehingga mereka
mampu meniti jalan mentauhidkan dan mensucikan Allah azza wa jalla.
Mereka meninggalkan ucapan-ucapan yang bernada meniadakan, menyerupakan dengan
makhluk.
Mereka benar-benar mengikuti firman Allah azza wa jalla:
“…tidak ada sesuatupun yang
serupa dengan-Nya, dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syuraa:11).
Al-Qur’an juga menyebutkan tentang “Dua tanganNya” dalam firman-Nya: “…yang telah
Ku-ciptakan dengan Dua Tangan-Ku… ” (Shaad: 75)
Dan juga firman-Nya:
بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ
“(Tidak demikian), tetapi kedua-dua Tangan Allah terbuka, Dia
menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” (Al-Maidah:64) Yakni tanganNya yang haqiqi tidak seperti tangan makhluk, bukan majaz (metafora sahaja), atau kuasa atau nikmat. (Adapun mu’tazilah dan jamhmiyyah mereka menolak Tangan Allah atau menta’wilkannya sebagai nikmat Allah atau qudrat Allah. Ta’wilan ‘aqliyy ini tiada sandarannya, tidak mempunyai dari Kitabullah , sunnah Rasul atau Ulama’ Salaf. Bahkan sahabat dan tabiin ijma’ bahawa wajib menerimanya sebagaimana adanya tanpa ta’wil. editor).

Dan diriwayatkan dalam banyak hadith-hadith shahih dari Rasulullah shallallahu’alaihi
wa sallamshallallahu `alaihi wa sallam yang menyebutkan tangan Allah, seperti kisah
perdebatan Musa dengan Adam ‘alaihimassalam, tatkala Musa berkata:
خلقك الله بيده وأسجد لك ملائكته
“Allah telah mencipta dirimu dengan TanganNya dan membuat para malaikat bersujud kepadamu”
(HR. Muslim, Ahmad, dalam al-Sunnah, Ibn Khuzaimah dalam al-Tauhid dan al-Darimi dalam al-Radd ‘ala al-Jahmiyyah).
Firman Allah, “Maha suci Allah lagi banyak kurniaanNya yang di Tangannya kerajaan (langit dan bumi dunia dan Akhirat)…” (al-Mulk:1)
Firman Allah, “Tidakkah mereka melihat bahawa Kami ciptakan untuk mereka dari yang dibuat oleh Tangan Kami dari binatang2 ternakan lalu mereka memilikinya…” (Yasin ayat 71).

Aqidah Ahli Hadith Ahl Sunnah Imam 4

1. Al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H) berkata:
فما ذكره الله تعالى في القرآن من ذكر الوجه واليد والنفس فهو له صفات بلا كيف، ولا يقال: إن يده قدرته أو نعمته لان فيه إبطال الصفة وهو قول أهل القدر والاعتزال ولكن يده صفته بلا كيف وغضبه ورضاه صفتان من صفاته تعالى بلا كيف.
Maksudnya: “Maka apa yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam Al-Quran daripada sebutan Wajah, Tangan dan DiriNYA, maka ia adalah sifat-sifat bagiNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat (bentuk rupa). Tidak boleh dikatakan bahawa TanganNya (bermaksud) kuasa atau ni’matNya kerana padanya berlaku pembatalan (penafian) sifat, sedangkan yang ia adalah pendapat puak Al-Qadariyyah dan Al-Mu’tazilah. Akan tetapi TanganNya adalah sifatNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat, manakala MarahNya dan RedhaNya juga adalah dua sifat daripada sifat-sifatNya tanpa (digambarkan) kaifiyyat.

Muhammad ibn Hasan Asy-Shaybani rahimahullah (189H) pula berkata: “Telah bersepakat para fuqaha’ dari Timur hingga ke Barat seluruhnya atas (kewajipan) beriman dengan Al-Quran dan Al-Hadith yang diriwayatkan oleh para perawi thiqah (yang paling dipercayai) daripada Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan sifat Rabb (Allah) Azza Wa Jalla tanpa mengubah, menggambar dan menyerupakan. Sesiapa yang menafsirkan sesuatu daripada yang demikian itu pada hari ini, maka sesungguhnya dia telah terkeluar daripada pegangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga telah berpecah daripada Al-Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Ini kerana mereka (Ahli Sunnah Wal Jamaah) sesungguhnya tidak menggambar dan tidak menafsirkan, tetapi menfatwakan dengan apa yang ada dalam Al-Kitab dan As-Sunnah, kemudian mereka mendiamkannya (tanpa ta’wil)”.
2. Seorang perawi hadith bernama Al-Walid ibn Muslim rahimahullah (194H) berkata:
سألت الأوزاعي ومالك وسفيان الثوري والليث بن سعد عن هذه الأحاديث فقالوا: أمِرُّوها كما جاءت بلا كيف.
Maksudnya; “Aku telah bertanya Al-Awza’ie (157H), Malik (179H), Sufyan Ath-Thawri (161H) dan Al-Layth ibn Sa’d (174H) berkenaan hadith-hadith (sifat) ini, lalu mereka menjawab: “Perjalankanlah (terimalah) ia sebagaimana ia datang tanpa (digambarkan) kaifiyyat (rupa bentuk).
3. Al-Imam Ash-Shafi’ie rahimahullah (204H) pula berkata dalam Muqaddimah al-Risalah:
ولا يبلغ الواصفون كنه عظمته الذي هو كما وصف نفسه وفوق ما يصفه به خلقه.
Maksudnya: “Dan para penyifat tidak mampu menyifatkan hakikat keagunganNya yang Dia adalah sebagaimana Dia sifatkan diriNya (dalam Al-Quran) dan melebihi apa yang disifatkan oleh makhlukNya bagiNya.”
Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Yunus Ibn ‘Abd Al-A’la, katanya:
سمعت الشافعي يقول: لله أسماء وصفات لا يسع أحدا ردها ومن خالف بعد ثبوت الحجة عليه فقد كفر، وأما قبل قيام الحجة فإنه يعذر بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا الرؤية ولا الفكر، فنثبت هذه الصفات وننفي عنه التشبيه كما نفى عن نفسه.
Maksudnya: “Aku dengar Ash-Shafi’ie berkata: “Allah mempunyai Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang tidak boleh sesiapa pun menolaknya, dan sesiapa yang menyalahinya setelah nyata hujah ke atasnya, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun sebelum tertegaknya hujah, maka sesungguhnya dia dimaafkan di atas kejahilan itu kerana ilmu yang demikian tidak boleh dicapai melalui akal, mimpi atau fikiran. Maka kita menetapkan Sifat-Sifat ini dan kita juga menafikan tasybih dariNya sebagaimana Dia menafikannya dari diriNya”.
4. Ketika al-Imam Ahmad ibn Hanbal ditanya oleh muridnya Musaddad Ibn Musarhad (228H) berkenaan hadith-hadith sifat, Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H) menjawab:
…أَمِرَّ كما جاءت ويُؤمن بها ولا يرد منها شيء إذا كانت بأسانيد صحاح.
Maksudnya: “Hendaklah dia terima sebagaimana ia datang (diriwayatkan), dia beriman dengannya dan janganlah dia tolak daripadanya sedikitpun jika ia dengan sanad yang sahih

Mengimani Sifat al-‘Uluww (Tinggi) Dan al-Fawqiyyah (Di Atas).

Di dalam kitab Maqalat al-Islamiyin wa Ikhtilaf al-Musollin, al-Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari telah berkata, “Sesungguhnya Allah Istiwa’ (MahaTinggi) di atas ArasyNya sebagaimana firmanNya: “ar-Rahman (Allah Yang Maha Pemurah)  Istiwa’  di atas Arasy.”  Hal ini beliau ulangi lagi di dalam kitab beliau yang lain bertajuk al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, “(Ahli Sunnah)  Percaya bahawa Allah Istiwa di atas ArasyNya sepertimana firman Allah di dalam al-Qur’an: “al-Rahman (Allah) yang Istiwa’ di atas Arasy.”

Dua sifat Allah yang termasuk sifat zatiyyah adalah ketinggianNya di atas
makhluk dan Dia di atas mereka. Antara dalilnya ialah Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman:
1. “Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah: 255)

2.”Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.” (Al-A’la: 1)

3.”Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di atas langit.” (Al-Mulk: 16)

Maksudnya “Zat yang ada di atas langit” apabila yang dimaksudkan dengan
sama’ (dalam ayat tersebut) adalah langit, atau “Zat yang di atas”
jika yang dimaksud dengan sama’ adalah sesuatu yang ada di atas.
Sebagaimana Dia menggambarkan tentang diangkatnya apa-apa kepadaNya:
“… sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kematian dan
mengangkat kamu kepadaKu …” (Ali Imran: 55) “Tetapi (yang
sebenarnya), Allah telah mengangkat `Isa kepadaNya.” (An-Nisa’: 158)

Dan tentang su’ud (naik)nya sesuatu kepadaNya: “… KepadaNyalah
naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang salih dinaikkanNya.”
(Fathir: 10)
Dan tentang ‘uruj (naik)nya sesuatu kepadaNya: “Malaikat-malaikat dan
Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan …” (Al-Ma’arij: 4)

‘Uruj dan su’ud adalah naik. Dalil-dalil  ini menunjukkan
kepada ‘uluww (ketinggian) Allah di atas makhlukNya. Begitu juga sifat
fawqiyyah-Nya ditetapkan oleh berbagai dalil, antaranya adalah
firman Allah Subhannahu wa Ta’ala :
i. “Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hambaNya …” (Al-An’am: 18). Bermakna DIA berkuasa ke atas segala makhlukNYA dan ZatNYA berada di atas segala makhluqNYA.

ii. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka.” (An-Nahl: 50)

Perbezaan antara ‘uluww dan istiwa’ adalah bahwasanya ‘uluww adalah
sifat zat, sedangkan istiwa’ adalah sifat fi’l (ya’ni perbuatanNYA). ‘Uluww mempunyai tiga makna iaitu:
– ‘Uluww az-Zat (ZatNya di atas segala makhluk)
– ‘Uluww al-Qahr (kekuatanNya di atas segala makhluk)
– ‘Uluww al-Qadr (kekuasaanNya atau keagunganNYA di atas segala makhluk). atau ‘uluww az-Zat dan ‘uluww al-Sifat.
Kesemuanya itu adalah sifat yang benar untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Zat Allah di atas langit ke 7, di atas Arasy. Manakala ilmuNya, pendengaranNya, penglihatanNya dan qudratNya di mana-mana di setiap tempat. Wassalamu ‘alaykum wbt.

Kewajipan ‘Alim Rabbani

al-Imam ‘Ali ibn Abi Talib r.a. berkata,
النَّاسُ ثَلَاثَةٌ : فَعَالِمٌ رَبَّانِيٌّ ، وَمُتَعَلِّمٌ عَلَى سَبِيلِ النَّجَاةِ ، وَهَمَجٌ رِعَاعٌ أَتْبَاعُ كُلِّ نَاعِقٍ يَمِيلُونَ مَعَ كُلِّ رِيحٍ لَمْ يَسْتَضِيئُوا بِنُورِ الْعِلْمِ ، وَلَمْ يَلْجَئُوا إِلَى رُكْنٍ وَثِيقٍ ،
“Manusia itu 3 golongan, alim rabbani, penuntut ilmu yang mencari keselamatan, dan golongan hampas yang tidak berpendirian tidak beragama…” Amali Khamisiyyah al-Shajari, no 241.
Abu Ja’far al-Tabari berkata (ms 342),
و”الربانيون ” جمع ” رباني ” ، وهم العلماء الحكماء البصراء بسياسة الناس ، وتدبير أمورهم ، والقيام بمصالحهم
Rabbaniyyun ialah jama’ kpd rabbaniyy dan mrk ialah ulama’, hukama’, yang pakar mengurus manusia dan mentadbir serta memenuhi keperluan2 mrk. Tafsir al-Tabari.
Antara sahabat yang masyhur digelar rabbani (selain khulafa’ dan kibar sahabah) ialah Zayd ibn Thabit dan Ibn ‘Abbas r.a. Ketika Zayd mati, Abu Hurairah berkata,
الْيَوْمَ مَاتَ رَبَّانِيُّ هَذِهِ الأُمَّةِ وَلَعَلَّ اللَّهَ يَجْعَلُ فِي ابْنِ عَبَّاسٍ مِنْهُ خَلَفًا
“Hari ini telah rabbani umat ini, semoga Allah menjadikan Ibn ‘Abbas sebagai penggantinya.” Lihat Ibn Abi ‘Asim, al-Ahad wa al-Mathani, 1817.
Antara kewajipan ‘alim rabbani ialah:

1. berakhlaq dengan akhlak para nabi iaitu lemah lembut (bukan lembek dan dayus atau bacul), penyayang, tidak kasar, tidak keras hati, agar manusia tidak lari darinya. Banyak memaafkan, memohon keampunan untuk umat, bermesyuarat dengan ulama’ dan mereka yg takutkan Allah, berazam dan bertawakkal kpd Allah.

2. amat mengambil berat ttg umat Islam, amat mengharap hidayah untuk umat, sangat susah hati apabila umat ditimpa bencana

3.berdakwah kpd Allah, bersyukur apabila manusia menerimanya dan bersabar apabila manusia berpaling dari dakwahnya

4.sentiasa mengkaji kitabullah dan sunnah dan sentiasa mengajarkannya. Allah Ta’ala berkata,
وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ (79)
“…jadilah kamu rabbaniyyin kerana sebab kamu mengajarkan al-kitab dan disebabkan kamu sentiasa mempelajarinya (yakni tafsirnya dan menghafaz lafaz2nya).” yakni jadilah ulama, fuqaha’, hulama’, ahli ibadah dan taqwa. (bukan mjd tuhan). Berkata al-Dahhak,
حق على من تعلم القرآن أن يكون فقيها
semestinya org yang mempelajari al-Quran itu mjd seorang yang faqih.
5.berjihad (perang) apabila tiba waktu wajib berperang, tidak wahan, tidak lemah dan tidak menyerah kalah, sabar , sentiasa mengakui dosa2, sentiasa memohon pertolongan Allah. (Surah Ali ‘Imran 146)
وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصابرين ( 146 )
6.mencegah pemerintah dan umat dari kalimah2 dosa, kalimah2 kufur dan syirik, menasihati pemerintah dengan kalimah yang benar, dan makanan2 haram yakni rasuah dalam hukum dan pemerintahan (Surah al-Ma’idah: ayat 63). Tidak menyembunyikan kebenaran

لولا ينهاهم الربانيون والأحبار عن قولهم الإثم وأكلهم السحت لبئس ما كانوا يصنعون ( 63
“…mengapa tidak ulama’ rabbaniyyun itu mencegah mereka dari kata-kata dosa mereka dan makanan mereka yang haram?? demi sesungguhnya amat2 buruk sekali apa yang mereka lakukan.” al-Ma’idah ayat 63.
7.menegakkan undang2 kitab Allah spt para nabi (al-Ma’idah: ayat ) lihat Tafsir al-tabari ttg kejujuran 2 anak Asriya dr ulama yahudi kpd Nabi saw. seorg darinya rabbani dan seorg lagi habr.
والربانيون والأحبار بما استحفظوا من كتاب الله وكانوا عليه شهداء
8.Tidak takut celaan dalam mengakkan agama Allah…alangkah sukarnya…! Lihat Akhlaq Jundullah dan Hizbullah dalam al-Ma’idah 44-46.
Dakwah, Ta’lim dan Terang2an dalam menyatakan kebenaran termasuk perintah Allah yang wajib khasnya ke atas ahli ilmu. Surah Ali ‘Imran: ayat 187.
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ
أحب الصالحين ولست منهم

لعلي أن أنال بهم شفاعة

وأكره من تجارتهاالمعاصي

ولو كنا سواء في البضاعة

Wassalam.

Hadith Pilihan

Al-Hafiz al-Bazzar dan al-Tabarani meriwayatkan dengan sanad sahih dari Abu Darda’ r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda, “Masjid adalah rumah setiap orang bertaqwa, Allah menjamin bagi orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan rawh (kerehatan), rahmat dan kejayaan melintasi titian sirat menuju ridha Allah ke syurga.”

Sumber : Buku Minhaj al-Huffaz | Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith | Ust Abid Bin Muhammad Noor, al-Rabbani Publisher Malaysia, Perak, 2011, ms 23. Harga RM35.90.

 

 

 

Merindui Nabi s.a.w.

Dapatkan buku Jalan Ke Syurga Menurut Ahli Hadith

Keistimewaan buku ini (Minhaj al-Huffaz)

Hadith-hadith sebanyak lebih kurang 400 hadith, dipilih dari hadith-hadith sahih dan hasan, kebanyakan hadith diberikan ulasan ringkas. Banyak hadith2 riqaq iaitu hadith2 penenang dan pelembut hati. Diberikan kata aluan oleh tokoh ulama hadith Syria al-Muhaddith Shaykh ‘Abd al-Hadi Muhammad al-Kharsah al-Dimashqi.

Buku ini membicarakan tentang:

        1. Kelebihan2 ahli hadith
        2. Cara2 mendapat kelepasan dari azab kubur (ms )
        3. Cara2 mdpt keringanan sakit mati
        4. Fadilat2 besar solat jamaah
        5. Cara2 mdpt mati syahid walau tidak pergi berperang
        6. Cara2 dan amalan2 utk mdpt kekayaan
        7. Fadilat jihad
        8. Cara2 mendapat naungan arsy Allah ketika panas terik melampau di Bumi Mahsyar
        9. Cara2 berjaya masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab
        10. Cara2 berjaya melintasi titian sirat menuju ke syurga Allah
        11. Doa untuk menghafaz al-Quran
        12. Sifat2 munafiq (ms 179-180)
        13. Kelebihan2 uzlah
        14. Sifat2 wali Allah

TUJUAN PENULISAN
1.Untuk dijadikan teks kuliah2 hadith di msjid2 dan surau2 dan rumah2 kediaman
2.Untuk majlis bacaan tanpa syarah selepas subuh dan asar di masjid dan di rumah
3.bacaan untuk anak2 sebelum tidur
4.untuk bacaan umum dan peribadi
5.untuk dijadikan teks usrah

Antara Wasiyyat al-Mujaddid al-Imam Hasan al-Banna r.a.
أن تكثر من القراءة في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وأن تحفظ الأربعين النووية
Banyakkanlah membaca hadith2 Rasulillah saw dan hafazlah hadith 40 Imam Nawawi. al-Hafiz al-Samman berkata, Sesiapa yang tidak mempelajari, membaca dan menulis hadith, ia tidak akan merasai kemanisan islam. Sahih, al-Hafiz Abu Sa’d al-Samman

    1. Harga RM35.90
            1. Dapatkan segera! Cetakan terhad.
            1. BIMB: 08086020005552. BSN: 05100-29-87439082-1. Dengan nama Pengarah Urusan :
            1. . Tel: 012-5123014. Setiap buku yang dihantar melalui pos dikenakan caj penghantaran sebanyak RM5.00. Pengedar diperlukan.

 

BIODATA PENULIS

Dilahirkan di Gemas, Negeri Sembilan. Bertutur dalam bahasa Arab sejak berumur 13 tahun. Berjaya menghafaz al-Quran ketika berumur 18 tahun. Pernah memasuki pertandingan tahfiz peringkat kebangsaan beberapa kali.

Mendalami ilmu Shariah peringkat Master di Universiti al-Yarmouk, Irbid, Jordan. Kini beliau ialah pemegang ijazah MASTER of Shari’ah The Islamic Law, Bachelor of Shariah The Islamic Law,  Ijazah Hadith Musalsal bi al-Awwaliyyah wa al-Musalsal bi al-Mahabbah (dari Dr Sayyid Muhammad  ‘Alawi al-Maliki), Ijazah Sahih al-Bukhari dan Abu Dawud oleh Shaykh ‘Abd al-Hadi al-Kharasah al-Dimashqi, Ijazah Hadith (Sahih al-Bukhari oleh Shaykh ‘Abd al-Hamid Hashim), Ijazah Beberapa Hadith dari al-Habib ‘Umar Hafiz al-Tarimi, dan Ijazah Hadith Wajabat Mahhabati (oleh al-Banjari). Juga sempat belajar ilmu hadith dari al-Muhaddith Shaykh Sh’uayb al-Arna’ut.

Antara karya beliau ialah, Tafsir Surah Yasin Kefahaman dan Pengiktibaran 2001, Tafsir Surah al-Sajdah, Tafsir Surah al-Mulk , Tafsir al-Waqi’ah, Surah al-Muzzammil, Tafsir Mawdhu`ei Taqwa Dalam al-Quran, Kayf li Nayl al-Shahadah wa Takhfif Sakarat al-Mawt (arab), Kewajipan Solat  Jamaah, Tafsir Surah al-Fatihah, Tafsir Surah Muhammad Surah Jihad, Aqidah Salaf Ahl Sunnah, Tafsir Surah al-Kahfi, Niza’  al-Shaykh Muhammad al-Ghazali, Tafsir Surah Yasin al-Imam Ibn Jarir al-Tabari dan Minhaj al-Huffaz al-Muhaddithin  (Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith).

Kini mengajar Tafsir al-Quran, Fiqh Sunnah Sayyiq Sabiq, dan bertugas sebagai Imam Bertauliah di Masjid al-Siddiq, Seri Iskandar, Perak. Akan datang, diskusi Buku (Jalan ke Syurga Menurut Ahli Hadith).

Post Navigation