Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Hadith”

Keagungan Hadith

Kepentingan ilmu hadith.

1.Hadith adalah Sumber dan asas Islam. Berkata al-Hafiz ‘Abd al-Rahim al-‘Iraqi, Ilmu hadith sangat besar kepentingannya dan manfaatnya, ia adalah (madar) yakni asas atau sumber segala hukum-hakam, penentu atau asas halal dan haram. Menolak hadith bermakna menolak Islam yakni kufr , shirik dan riddah. Hadith asas aqidah.

Kerana itulah ulama sangat mengambil berat tentang hadith2 Nabi saw. Boleh dikatakan Imam Shafiei (150-204H) antara yang terawal membicarakan ilmu secara jelas dan teratur dalam al-Risalah. Beliau menyebut tentang syarat2 hadith yang menjadi hujah, ahad, syarat hafazan rawi, riwayat dengan makna, hadith mudallis, mursal, hasan , . seperti yang disebut oleh al-Iraqi dalam Hashiyah Muqaddimah Ibn al-Solah.

2.Hadith syarat ilmu dan syarat seorang alim. Muhammad ibn Ismail al-Bukata saya mendngar ‘Ali al-Madini berkata,

التَّفَقُّهُ فِي مَعَانِي الْحَدِيثِ نِصْفُ الْعِلْمِ ، وَمَعْرِفَةُ الرِّجَالِ نِصْفُ الْعِلْمِ

“Ilmu itu ada dua, mengenal rijal (sanad) dan mendalami makna hadith (fiqh dan hukum-hukum yang terdapat dalam hadith).” Seseorang tidak dikira alim sehinggalah ia mengetahui ilmu hadith, Sahih dan daif. (Ahmad dan Ishaq)

3.Ilmu hadith memelihara keaslian agama, dan pengawal agama dari tahrif (penyelewengan) dan tabdil ubah suai, ulama umat ini telah menukilkan hadith2 Nabi saw membezakan antara sahih dan daif, sekiranya tidak bercampur aduklah sahih daif mawdhu’, sesat neraka, campur antara kalam Nabi dan orang lain, rosaklah agama ini. Hadith Memelihara ketulenan syariah.

4.Menyelamatkan dari bahaya besar menipu ke atas dana api neraka .

5.Menyelamatkn dari khurafat2, dongeng2, adat2 batil, israeiliyyat, melayuwiyyat, yg merosakkan akal dan aqidah.

6.Hadith sahih adalah mazhab setiap muslim, hujah dalam setiap bidang ilmu.

7.Hadith Mentafsirkan murad Allah dalam quran.
8.Hadith mmperincikan tentang Nabi, dgn hadith kita Megetahui keadaan Nabi, rupa dan akhlak baginda
9.Ilmu bersambung kepada Nabi saw.
10.Ahli Hadith Paling banyak selawat dan dekat dengan nabi , berkumpul bersama nabi, nabi imam mereka .
11.Mempelajari mengajar hadith bermakna menyampaikan hadith dan taat kepada arahan baginda dalam hadith ballighu anni wala aayah…

Setiap zaman akan ada ahli2 hadith yang membela agama, menyelamat umat dari tafsiran sesat, jahil, batil, dan ubah suai para zindiq. Imam Shafiei berkata, Law la Ahl al-Mahabir, la khatabat az-zanadiqatu alal manabir, Sekiranya tidak ada ahli hadith, nescaya zanadiqah sesuka hadith berbicara di atas minbar.”
12. Mencintai hadith adalah iman, Ta’zim dan mahhabbah kepada Nabi saw. memebenci hadith adalah kufr.
13. Ibadat taat qurubat terbesar kepada Allah. hadith adalah syarat cinta, spt dlm Ali Imran ayat 31. Mengikuti hadith nabi dikurniakan keampunan dosa. Tidak benar kecintaat kpd Allah sehingga seseorg mencintai Nabi dan hadith2 baginda. hadith adalah solat.
14. Mencitai hadiith melebihi melalbih segala perkataan lain adalah syarat untuk mendpat kemanisan iman.

15. Bertahkim kpd hadith adalah iman, ini dgn syarat disertai ridha dan taslim, bertahkim kpd taghut adalah kufr.
Oleh itu sangat perlu mempelajari, memahami, hafaz, mengajar hadith.
16. Mengikuti hadith nabi syarat untuk mendapat hidayah dan rahmah. taat hadith bermakna taat kpd Allah. Berpegang teguh kpd al-Quran Hadith adalah benten dari kesesatan. Ahli bid’ah semuanya mengikuti akal, meninggalkan hadith, sedikit hadith, sekiranya ada hadith mrk tidak memahami hadith dgn kefahaman sahih.
17.hadith adalah tanda dan syarat kewalian seeorang muslim. Penentang hadith adlah musuh Allah walau zahirnya ibadah dan wara’.
18.Hadith adalah wahyu Allah. akal semata2 adalah hawanfsu dan wahyu syaitan.
Ahli Hadith Salafiyyun adalah ahl Sunnah, taifah mansurah, firqah najiyah, ghuraba’ salihun muslihun, sabiqun mujaddidun.

Fadilat.
Di Dunia
Wajah berseri di dunia dan akhirat.
Disebut dipuji oleh Allah, kesaksian alim spt kesaksian malaikat.
Hanya penuntut ilmu sahaja yang dikira takut dan taat kpdNya
Menafikan persamaan ahli ilmu orang jahil.
Mereka pewaris para Nabi.
Malaikat mamayungi dan sayap kerana redha

Barzakh
Kubur nya satu taman dari taman2 syurga.

Akhirat
Berkumpul bersama Nabi, berimamkan Nabi, plg uatam dan plg dekat kpd nabi, berjiran dengan Nabi saw.

Siapakah Ahli Hadith?
Dalam ilmu aqidah, Ahli hadith ialah yang mengikuti aqidah aswj, disebut juga sunni salafi.

Dalam ilmu hadith, Ahli Hadith merujuk kepada ulama hadith. Ahli hadith seumpama seorang sahabat Nabi.

Hukum menolk hadith sahih, spt hadith jariyah dalam Sahih Muslim.

Adakah hadith Ahad hujjah aqidah? Ya.

Solat dan Sabar

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana ujian2 orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh pelbagai malapetaka (kefaqiran) dan kesengsaraan (penyakit2), serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada pada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menemui Allah s.w.t tanpa membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Abu ‘Isa al Tirmizi.
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
– Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ujian Tanda Cinta. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Rasulullah sallahu ‘alayhi wa sallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-Ashajj ‘Abdul Qays;

“Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Darajat Hadith 73 Firqah

al-Imam Abu ‘Isa berkata
2584
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْحَفَرِيُّ ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زِيَادٍ بْنِ أَنْعَمُ الْأَفْرِيقِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِي مَا أَتَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ ، حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلَانِيَةً لَكَانَ فِي أُمَّتِي مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ ، وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً ، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً ، قَالُوا : وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي ” , قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مُفَسَّرٌ ، لَا نَعْرِفُهُ مِثْلَ هَذَا إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ .
جامع الترمذي » كِتَاب الْإِيمَانِ » باب مَا جَاءَ فِي افْتِرَاقِ هَذِهِ الْأُمَّةِ
al-Afriqi, seorang lelaki qadhi, salih, beberapa imam hadith memandangnya thiqah, walau ramai yang memandangnya daif dalam hadith yakni hadith2 ghara’ib dan manakir.
Sekiranya beliau menyampai kan hadith dengan kitab maka beliau sahih al-kitab. Sekiranya menepati riwayat thiqat, maka hadithnya hasan.

وحسَّنه ابن العربي في ” أحكام القرآن ” ( 3 / 432 ) ، والعراقي في ” تخريج الإحياء ” ( 3 / 284 ) ، والألباني في ” صحيح الترمذي

عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رضي الله عنهما قَالَ : أَلَا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فِينَا فَقَالَ : ( أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً ، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ، ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ )
رواه أبو داود ( 4597 ) والحاكم (443) وصححه ، وحسنه ابن حجر في ” تخريج الكشاف ” ( ص : 63 ) ، وصححه ابن تيمية في ” مجموع الفتاوى ” ( 3 / 345 ) ، والشاطبي في ” الاعتصام ” ( 1 / 430 ) ، والعراقي في ” تخريج الإحياء ” ( 3 / 199 ) وقد ورد عن جماعة من الصحابة بطرق كثيرة .

Hadith Abu Hurairah , hasan li zatih.

حديث أبي هريرة رضي الله عنه
أخرجه التّرمذي في جامعه (رقم 2640)، وأبو داود (رقم 4596) في سننه ومن طريقه البيهقي في السّنن الكبرى 10/208 رقم (20901)،وابن ماجه في سننه (رقم 3991)، وابن حبّان في صحيحهِ 14/140 رقم (6247) وفي 15/125 رقم (6731)، والحاكم في المستدرك (رقم 10 و441 و442)، وأحمد 14/124 رقم (8396) وأبو يعلى 10/317 رقم (5910) وفي 10/502 رقم (6117) في مسنديهما، وابن أبي عاصم (رقم 67) والمرْوَزي (رقم 58) كِلاهما في كتاب السنّة له، والآجري في الشّريعة (رقم 21 و22)، وابن بطّة في الإبانة الكبرى 1/374 (رقم 273)، وعبد القاهر الجرجاني في الفَرق بين الفِرق (ص4)..
كلّهُم من طُرُقٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:” افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً.”
وهذا إسنادٌ حسنٌ، ولو لا محمّد بن عمرو لكَان صحيحًا، وذلك أنّ محمّدًا هذا حسنُ الحديث،

 

 

 

Sebab Ujian

Dari Mus’ab bin Sa’id -seorang tabi’in- dari ayahnya, ia berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً

“Wahai Rasulullah, manusia manakah yang paling berat ujiannya?” Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam menjawab,

« الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ »

“Para Nabi, kemudian al-amthal (al-aslah yakni yang paling salih) semisalnya dan semisalnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai dengan agamanya. Apabila agamanya begitu kuat (teguh), maka semakin berat pula ujiannya. Apabila agamanya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kualiti agamanya. Seorang hamba senantiasa akan mendapatkan ujian hingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
[1] HR Tirmidzi no. 2398, Ibnu Majah no. 4024, Ad Darimi no. 2783, Ahmad (1/185). Al-Albani dalam Sahih at-Targhib wa At-Tarhib, no. 3402 mengatakan bahawa hadith ini sahih. Ibn ‘Uthaymin, Liqa’ al-Bab al-Maftuh.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan,

وَاِذَا عَظُمَت المِحْنَةُ كَانَ ذَلِكَ لِلْمُؤْمِنِ الصَّالِحِ سَبَبًا لِعُلُوِّ الدَرَجَةِ وَعَظِيْمِ الاَجْرِ

“Cobaan yang semakin berat akan senantiasa menimpa seorang mukmin yang sholih untuk meninggikan derajatnya dan agar ia semakin mendapatkan ganjaran yang besar.”[2]

Syaikhul Islam juga mengatakan,

واللهُ تَعَالَى قَدْ جَعَلَ أَكْمَلَ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَعْظَمُهُمْ بَلاَءً

“Allah akan memberikan cobaan terberat bagi setiap orang mukmin yang sempurna imannya.”[3]

Al Munawi mengatakan, “Jika seorang mukmin diberi cobaan maka itu sesuai dengan ketaatan, keikhlasan, dan keimanan dalam hatinya.”[4]

Al Munawi mengatakan pula, “Sesiapa yang menyangka bahwa apabila seorang hamba ditimpa ujian yang berat, itu adalah suatu kehinaan; maka sungguh akalnya telah hilang dan hatinya telah buta. Betapa banyak orang sholih (ulama besar) yang mendapatkan berbagai ujian yang menyulitkan. Tidakkah kita melihat mengenai kisah disembelihnya Nabi Allah Yahya bin Zakariya, terbunuhnya tiga Khulafa’ur Rosyidin, terbunuhnya Al Husain, Ibnu Zubair dan Ibnu Jabir. Begitu juga tidakkah kita perhatikan kisah Abu Hanifah yang dipenjara sehingga mati di dalam buih, Imam Malik yang dibuat telanjang kemudian dicambuk dan tangannya ditarik sehingga lepaslah bahunya, begitu juga kisah Imam Ahmad yang disiksa hingga pingsan dan kulitnya disayat dalam keadaan hidup. … Dan masih banyak kisah lainnya.”[5]

Semakin kuat iman, semakin berat cubaan, namun semakin Allah cinta. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

“Sesungguhnya balasan terbesar dari ujian yang berat. Jika Allah mencintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan cobaan kepada mereka. Barangsiapa ridho, maka Allah pun ridho. Dan barangsiapa murka (tidak suka pada cobaan tersebut, pen), maka baginya murka Allah.”[6]

Kewajiban kita adalah bersabar dan bersabar. Ganjaran bersabar sangat luar biasa. Ingatlah janji Allah,

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar, ganjaran bagi mereka adalah tanpa hisab (tak terhingga).” (QS. Az Zumar: 10). Al Auza’i mengatakan bahwa ganjarannya tidak bisa ditakar dan ditimbang. Ibnu Juraij mengatakan bahwa balasan bagi orang yang bersabar pahala bagi mereka tidak bisa dihitung sama sekali, akan tetapi akan diberi tambahan dari itu. Maksudnya, pahala mereka tak terhingga. Sedangkan As Sudi mengatakan bahwa balasan bagi orang yang bersabar adalah surga.[7]

Ijma’ 4 Mazhab.

Empat (4) Mazhab Menolak Kenduri Arwah.
Kenduri arwah munkar dan tidak disyariatkan.
***************************************
al-Hanafiyyah.
قال ابن الهمام الحنفي: ” وَيُكْرَهُ اتِّخَاذُ الضِّيَافَةِ مِنْ الطَّعَامِ مِنْ أَهْلِ الْمَيِّتِ ؛ لِأَنَّهُ شُرِعَ فِي السُّرُورِ لَا فِي الشُّرُورِ، وَهِيَ بِدْعَةٌ مُسْتَقْبَحَةٌ “. انتهى من “فتح القدير” (2/142).
Ibn al-Humam al-Hanafi berkata, “Dibenci bertamu memakan kenduri arwah yang dibuat oleh keluarga si mati kerana Kenduri disyariatkan dalam perkara menggembirakan, bukan perkara kejahatan (kesedihan). Ia adalah bid’ah yang dipandang sangat hodoh.” Fath al-Qadir, 2, 142.
Imam Ibnu ‘Abidin al-Hanafi berkata :
ويكره اتخاذ الضيافة من الطعام و من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة.
“Dimakruhkan hukumnya (yakni haram) menghidangkan makanan oleh keluarga mayat, kerana hidangan hanya disyariatkan untuk waktu gembira bahagia, bukan dalam waktu-waktu musibah. Dan hal itu merupakan bid’ah yang hodoh.” (Hashiyat Ibn ‘Abidin 2/240, Dar al-Fikr, 1386).
Kenduri arwah ini diambil dari agama kafir hindu.
Umat Islam wajib berilmu dan sedia berubah dan tidak jumud dengan tradisi nenek moyang yang bercanggah dengan Islam dan Sunnah. Berbelit2 mempertahankan amalam ini menunjukkan kejahilan, kejumudan dan bid’ah.

al-Malikiyyah.

وقال الحطَّاب المالكي : ” أَمَّا إصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا ، وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ : فَقَدْ كَرِهَهُ جَمَاعَةٌ ، وَعَدُّوهُ مِنْ الْبِدَعِ ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يُنْقَلْ فِيهِ شَيْءٌ ، وَلَيْسَ ذَلِكَ مَوْضِعَ الْوَلَائِمِ “. انتهى من “مواهب الجليل في شرح مختصر خليل” (2/228).
Al-Hattab al-Maliki berkata, “Adapun membuat makanan oleh keluarga simati, lalu mengumpulkan org ramai utk makan, sesungguh telah dibenci oleh sejamaah ulama (malikiyyah), mereka menganggapnya termasuk dari bid’ah-bid’ah, kerana tidak dinukilkan pensyariatannya dlm mana-mana ayat al-quran dan hadith, dan itu bukan tempat untuk berkenduri bergembira.” (Mawahib al-Jalil fi SHarh Mukhtasr Khalil, 2/228).

Fatwa Ulama’ Shafi’iyyah.
al-Imam An-Nawawi al-Shafi’i dalam Rawdat al-Talibin berkata :
وقال النووي : ” وَأَمَّا إِصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا ، وَجَمْعُهُمُ النَّاسَ عَلَيْهِ ، فَلَمْ يُنْقَلْ فِيهِ شَيْءٌ ، وَهُوَ بِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ “. انتهى من “روضة الطالبين” (2/145).
“Adapun hidangan makanan oleh keluarga mayat dan mengumpul orang ramai dalam acara tersebut tiada dinukilkan dalil sahih, dan hal tersebut merupakan perbuatan yang tidak disukai. Perbuatan itu adalah bid’ah tidak disukai.” (al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab 5/186 Daarul-Fikr, Beirut, 1417).
al-Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’i berkata :
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه بدعة منكرة مكروهة لما صح عن جرير بن عبد الله
“Dan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dari penghidangan makanan oleh keluarga mayat dengan tujuan untuk mengundang masyarakat, hukumnya bid’ah munkarah (dilarang) lagi dibenci, berdasarkan hadith sahih dari Jarir bin ‘Abdillah.” (Tuhfatul-Muhtaj 1/577, Dar al-Fikr, tanpa tahun).
Shaykh An-Nawawi al-Bantani berkata :
أما الطعام الذي ويتجمع عليه الناس ليلة دفن الميت – المسمى بالوحشة – فهو مكروه ما لم يكن من مال الأيتام وإلا فيحرم.
“Adapun menghidangkan makanan yang ditujukan bagi orang-orang yang berkumpul di malam selepas disemadikan jenazah – yang biasa disebut al-wahshah – adalah dibenci, bahkan diharamkan (dengan sangat) apabila biayanya diambil daripada harta-harta anak yatim.” (Nihayat az-Zayn fi Irshad al-Mubtadi’in halaman 281, Dar al-Fikr, Beirut, tanpa tahun). Yang sahih bukan sekadar makruh tetapi haram dan munkar.

Fatwa al-Hanabilah
al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi al-Hanbali dalam al-Mughni, jld 3, ms 496-497 (tahqiq ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Muhsin al-Turki) menyatakan,
فَأَمَّا صُنْعُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِلنَّاسِ فَمَكْرُوْهٌ، لِأَنَّ فِيْهِ زِيَادَةً عَلَى مُصِيْبَتِهِمْ وَشُغْلًا لَهُمْ إِلَى شُغْلِهِمْ، وَتَشَبُّهًا بِصَنِيْعِ أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ. وَرُوِيَ أَنَّ جِرِيْرًا وَفَدَ عَلَى عُمَرَ فَقَالَ: هَلْ يُنَاحُ عَلَى مَيِّتِكُمْ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَهَلْ يَجْتَمِعُوْنَ عِنْدَ أَهْلِ الْمَيِّتِ وَيَجْعَلُوْنَ الطَّعَامَ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: ذَاكَ النَّوْحُ.
“Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram) kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliyyah. Dan telah diriwayatkan bahawa Jarir pernah bertemu kepada ‘Umar. Lalu ‘Umar bertanya, “Apakah mayat kamu diratapi?” Jawab Jarir: “Tidak!” ‘Umar bertanya lagi: “Apakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makanan?” Jawab Jarir: “Ya!” Berkata ‘Umar: “Itulah ratapan!.”

Mutiara Nasihat al-Bukhari

Perkataan al-Imam al-Bukhari Buat Para Penghidup Sunnah;

قال ابو عبد الله محمد بن اسماعيل البخاري: “أفضل المسلمين رجل احيا سنة من سنن الرسول صلى الله عليه وسلم قد أميتت ، فاصبروا يا أصحاب سنن رحمكم الله ، فإنكم اقل الناس.” (الجامع لأخلاق الراوي و أداب السامع 1/112 ، رقم 90 )

Berkata Abu ‘Abdillah Muhammad bin Isma’il al-Bukhari:

“Seutama-utama orang Islam ialah orang yang menghidupkan sunnah daripada sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam yang telah dimatikan (ditinggalkan).
Maka bersabarlah wahai ashabus sunnan (ahli sunnah) semoga kalian dikasihi Allah, sesungguhnya kamu adalah amat sedikit.” (Al-Jami’ Li Akhlaq Ar-Rawi Wa Adab As-Sami’, juz 1, muka surat 112, no. 90)

12508978_1255324464483539_1206229957550083709_n

Solat Munafiq

Kaki masjid juga perlu muhasabah.
قال الخلال في السنَّة (4/119) رقم [ 1308] حدثنا أبو عبدالله قال ثنا وكيع عن سفيان عن الأعمش عن خيثمة عن عبدالله بن عمرو قال (( يأتي على الناَّاس زمان لا يبقى مؤمن إلا لحق بالشَّام ، ويأتي على النَّاس زمان يجتمعون في المساجد ليس فيهم مؤمن )) ”
al-Hafiz al-Khallal berkata, dalam al-Sunnah, berkata kepada kami Abu ‘Abdillah (Ahmad ibn Hanbal), (beliau berkata) berkata kepada kami Waki’, dari Sufyan (al-Thawri), dari al-A’mash, dari Khaythamah, dari ‘Abdullah ibn ‘Amr r.a. berkata,
“Akan datang satu masa, manusia berkumpul (bersolat) di masjid tapi tiada pun yang mukmin.” sahih mawquf.

Berkata shurrah, yakni tiada yang sahih dan sempurna iman, kerana banyaknya sifat-sifat nifaq seperti tidak amanah, menipu, mungkir janji, mengajak kepada bid’ah, bakhil, menentang hadith al-Sifat, melampau batas dalam berkelahi dll.

Oleh itu tidak perlu bangga, megah dan ujub walau ia tablighi kaki masjid.
-apa maknanya serban jubah tapi maki dan pukul ulama contohnya?
-solat masjid tapi memukul orang dalam masjid
-solat masjid tetapi mengikuti ajaran sesat, tariqat sesat, syiah, jahmiyyah atau sufi zindiiq gila

Post Navigation