Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the category “Aqidah”

Kesesatan Parti Politik dan Taksub Kepartian

Farid bin Ahmad bin Manshur menyatakan bahwa Ikhwanul Muslimin (PAS dan PAn) banyak dipengaruhi oleh pemikiran Jamaludin Al-Afghani pada beberapa hal, antaranya:

1. Menjadikan politik sebagai matlamat utama
2. Mengorganisasikan secara rahsia
3. Menyeru kepada demokrasi
4. Menghidupkan dan menyebarkan seruan nasionalisme
5. Mengadakan gabungan , peleburan dan pendekatan dengan Syiah Rafidhah, berbagai kelompok sesat, bahkan kaum Yahudi dan Nashrani serta musyrikin.

Oleh sebab itu, jamaah Ikhwanul Muslimin banyak memiliki penyimpangan dari dasar-dasar Islam yang difahami As-Salaf As-Shalih. Di antara penyimpangan tersebut misalnya:

TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH AQIDAH DENGAN BENAR
Syaikh Abdul Aziz bin Bazz berkata sebagaimana dalam majalah Al-Majalah edisi 806 tanggal 25/2/1416 H halaman 24 :..”Harakah Ikhwanul Muslimin telah dikritik oleh para ahlul ‘ilmi yang mu’tabar ? terkenal-.Salah satunya (karena) mereka tidak memperhatikan masalah da’wah kepada tauhid dan memberantas syirik serta bid’ah. Maka sewajibnya bagi Ikhwanul Muslimin untuk memperhatikan da’wah Salafiyah da’wah kepada tauhid, mengingkari ibadah kepada kubur-kubur dan meinta pertolongan kepada orang-orang yang sudah mati seperti Hasan, Husein, Badawi dan sebagainya.Wajib bagi mereka untuk mempunyai perhatian khusus dengan makna Laa Ilaaha Illallah Karena inilah pokok agama dan suatu yang pertama kali didakwahkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang mulia di kota Mekkah!!) Bukti nyata bahwa jama’ah Ikhwanul Muslimin tidak memeperhatikan perkara aqidah dengan benar, adalah banyaknya anggota-anggota yang jatuh dalam kesyirikan dan kesesatan, serta tidak memiliki konsep aqidah yang jelas.

Hal itu juga bahkan terjadi pada para pemimpin dan tokoh-tokohnya, yang menjadi ikutan bagi anggota-anggotanya seperti: Hasan Al-Banna, Sa’id Hawwa, Sayyid Qutb, Muhammad Al-Ghazali, Umar Tilimsani, Musthafa As-Siba`i dan lain-lain.

Seorang tokoh Islam (Muhammad bin Saif Al-A`jami) menceritakan bahwa Umar Tilimsani yang menjawat jawatn  Al-Mursyidu Al-`Am dalam organisasi Ikhwanul Muslimin dalam jangka waktu yang lama, pernah menulis buku yang berjudul “Syahidu Al-Mihrab Umar bin Al-Khattab (Umar bin Al-Khattab yang wafat syahid dalam mihrab) “Buku ini penuh dengan ajakan kepada syirik, menyembah kuburan, membolehkan beristighatsah kepada kuburan dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla di samping kubur. Tilimsani juga menyatakan bahwa kita tidak boleh melarang dengan keras penziarah kubur yang melakukan amalan seperti itu.

 

Kesesatan Harakiyyin

Allah telah menegaskan bahawa merujuk kepada Nabi dan hadith adalah hidayah. Akhirnya muqallid jahil dan jumud menganggap mentaati Nabi dan hadith baginda sebagai salah. Yang betul hanyalah yang menentang Nabi, berpaling dari kata-jata baginda, membenci sunnahnya dengan mengikuti mazhab atau shaykh, parti atau tokoh parti dan lain-lain.

Telah terjerumus ke dalam taqlid muharram ini ramai manusia termasuklah yang mendakwa ahli ilmu dan para penulis dalam fiqh, hadith dan Sunnah. Kemudian mereka menjadi jumud dan menganggap berbeza dengan mana-mana pendapat mazhabnya atau gurunya dianggap dosa besar atau terkeluar dari islam.

Biasanya penyembah parti adalah menyeleweng dari Sunnah Nabi saw.

Sekiranya buruk adab bersama Rasulullah membatalkan amal salih, bagaimana dengan orang yang buruk adab terhadap hadith dan Sunnah baginda, mengangkat pendapat-pendapat manusia lebih tinggi dari kata-kata dan hukum-hukum baginda? Wajib menolak pendapat Malik dan Abu Hanifah sekiranya menyalahi pendapat Rasulullah, bagaimana dengan pendapat selain kedua-duanya?

Tetapi penyembahan ulama dan ahli ibadah dianggap sebaik-baik amal. Mereka menamakannya sebagai kewalian dan penyembahan tokoh-tokoh adalah ilmu, fiqh, hikmah dan kebenaran. Kemudian disembah orang-orang tidak salih yakni fussaq. Akhirnya disembah orang-orang jahil. Mereka menolak al-Quran dan al-Hadith demi mengikuti pendapat-pendapat para tokoh. Hingga orang yang tidak mengikuti tokoh mereka dianggap kafir atau bid’ah.

Para muqallid jahil itu mengajarkan syirik dan bid’ah atau menganggap syirik dan bid’ah itu baik, lalu mereka mentaati tokoh mereka itu dan mereka menyangka itulah ulama muslihun. Hakikatnya mereka itu mufsidun tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dalam parti-parti bid’ah, khasnya yang memakai nama Islam, tokoh2 dan pemimpin mereka didewakan. Maka muncul golongan yang membenci mereka dan menentang lalu menubuhkan parti baru. Parti kedua itu sesat seperti parti yang mereka tinggalkan.

Muncul juga para ilmuan yang mengkkrtiik secara ilmiah dan jujur, tetapi tidak mendapat respons yang baik dari ahli2 parti yang buta hati dan aqidah.

Aqidah Bid’ah.

Dalam parti bid’ah, tiada diajarkan aqidah yang sahih aqidah salaf sawj yakni Aqidah Nabi dan Sahabat. majoriti mereka bertaqlid buta, ramai yang tidak menuntut ilmu, redha dengan kejahilan,  dan ramai juga yang mengikut ideologi jahmiyyah muktazilah. Bagaimana mereka mahu mentahkim syariah, sedangkan dalam aqidah mereka tidak bertahkim kepada al-Quran, Hadith sahih dan ijma’? bahkan merujuk kepada falsafah asha’irah jahmiyyah ?

Ceramah dan kuliah hanya berlegar aqidah asas dan cetek, tidak dapat menyelamaatkan dari azab kubur dan Akhirat. Sedikit Sirah, yang diisi dengan cerita2 dan unsur2 politik kepartian ala jahiliyyah ‘asabiyyah.

Dakwah tawhid uluhiyyah, rububiyyah dan Asma’ wa SIfat cukup terabai dalam kalangan mereka. Kalau ada pun hanya sekadar sentuhan secara cetek dan rambang sepintas lalu.

Wala’ Batil.

Cinta dan wala’ mereka bukan kerana Allah, Rasul, Islam dan Sunnah. tetapi kerana parti. sesiapa yang mengikuti parti mereka , mereka cintai dan sanjungi walaupun orang itu sesat, rafidi, jahmiyy, fasiq atau musyrik.

Sesiapa yang tidak menyertai mereka, akan dianggap ‘bukan orang kita’ atau musuh. Musuh mereka dan musuh islam. ini adalah aqidah sesat dan kufr. Ini membuktikan aqidah harakiyyin adalah rosak. Mereka terlibat dengan kesesatan hizbiyyah (taksub dan penyembahan parti). Mereka mengajak kepada parti, bukan berdakwah kepada Allah dan Rasul, Islam , Tawhid dan Sunnah.

Ibadat Batil.

Pengikut parti beribadah tidak menepati sunnah kerana mrk tidak peduli sunnah. tidak mempelajari sunnah dengan serius, masa dan umur diahbiskan dengan program parti karut dan sia-sia. Solat mereka tidak menepati sunnah, zikir doa dan selawat mereka tidak menepati sunnah, sekadar mengikut ajaran lama orang dulu2.

Ahli parti tidak mempedulikan syirik2 dan bid’ah2. Dengan andaian bid’ah itu benda baik tidak salah yang mereka namakan  bid’ah hasanah.

Mereka meremehkan ilmu, ahli ilmu, syirik dan bid’ah tetapi merasakan mereka muslimin haqiqi dan calon syurga sebiji seperti golongan yahudi dan kristian. Mereka adalah ahli bid’ah tegar.

Beriman Kepada Demokrasi dan Pilihanraya. 

Ini syirik atau wasilah kepada syirik akbar. Program, aktiviti, kuliah, ceramah mereka hanyalah bermatlamatkan menang pilihanraya. Matlamat teragung hanyalah kerusi dan kuasa.

Bila ditanya mereka akan menjawab “kami tidak beriman kepada demokrasi barat tetapi demokrasi hanya alat dan wasilah.” Seperti orang yang beriman dengan pengharaman zina dan arak tetapi asyik berzina dan menunggang arak.  Mereka juga ada mencela jihad sebagaimana mereka mencela sunnah dan salafiyyah. Pilihanraya seolah mjd tuhan dan tujuan hidup. Sedangkan islam tidak dapat ditegakkan dengan pilhanraya bahkan dengan ilmu sahih, dakwah dan jihad.

Menyokong Fatwa Gila dan Syirik. 

Apabila ada pemimpin tertinggi mereka yang pro syiah, membela syiah, atau beraqidah syiah, mempertahankan syiah sebagai muslimin dan mazhab islam, masing2 bisu seolah mengiyakan fatwa gila pemimpin mereka. Pemimpin mereka dianggap sentiasa betul, tidak akan salah, suci dan bermaqam tinggi. Sedangkan fatwa itu jelas batil, kufr dan syirik. Fatwa irjaa’ yang ekstrem yakni jahmiyyah!!

Kesimpulan

Parti Isle dan harakiyyin bukanlah ahl sunnah bukan salafiyyah. Mereka bukan parti islam, bahkan ahli bid’ah murji’ah jahmiyyah yang wajib dijauhi.

 

Evolusi syirik musyrikin

Pada mulanya golongan taqlid dan jumud mengambil tokoh-tokoh ilmu dan ibadah mereka sebagai ulama dan sembahan selain Allah dalam halal dan haram.

Kemudian mereka mengambil orang-orang salih sebagai sembahan. Orang-orang salih didewakan dan dianggap wali-wali serta wakil Tuhan dan perantaraan.

Akhirnya orang-orang jahat kafir musyrik dijadikan tuhan dan ikutan.

Yang paling teruk dan buruk, orang-orang jahil dianggap ulama yang suci, diikuti secara taksub dan jumud.

Yang teramat sesat juga ialah mengambil falsafah musyrikin sebagai agama dan aqidah. Falsafah dinamakan qawati’, manakala al-Quran dan hadith bukan qawati’.

Hukum Bacaan al-Quran selepas Pengebumian

Soalan

Salam ustaz. Dlm kitab Azkar, Ada sebut imam Syafie menganjur membaca ayat alquran juga Ibnu Umar … selepas jenazah ditanam. Selepas Doa baca 5 ayat pertama Dan 2 ayat terakhir Surah albaqarah
[10/27, ]

~Ustaz Abid Annuriyy: Jawapan🔵

Ya, itu x sahih.
Ustaz Abid Annuriyy: Ibn amr tidak membaca al Quran, dia hanya menunggu kubur ayahnya beberapa waktu dengan byk berdoa
قال الامام ابن باز ،
الجواب: هذا ليس عليه دليل ولو صح عن الشافعي إن صح عن الشافعي فليس عليه دليل، والصواب: أنه لا يستحب، والشافعي رحمه الله من العلماء المعروفين بالسنة ولكن كل يخطئ ويصيب كل عالم له أخطاء، مثلما قال مالك رحمه الله: ما منا إلا راد ومردود عليه إلا صاحب هذا القبر، يعني: النبي ﷺ، والنبي عليه السلام يقول: كل بني آدم خطاء وخير الخطائين التوابون فليس على القراءة عند القبر دليل والسنة أن لا يقرأ عند القبور ولكن يدعى للميت بعد الدفن كان عليه الصلاة والسلام إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه وقال: استغفروا لأخيكم واسألوا له التثبيت فإنه الآن يسأل ولما زار قبر أمه استأذن ربه أن يستغفر لها فلم يؤذن له، فجلس عندها وبكى وأبكى عليه الصلاة والسلام لما حصل من المصيبة في عدم إذنه له سبحانه في الاستغفار لها وكانت ماتت في الجاهلية.
ولما حضرت الوفاة عمرو بن العاص  أوصى بنيه ومن يحضر قبره أن يجلسوا عنده قدر جزور قدر ما تنحر الجزور ويقسم لحمها كي يستأنس بهم حتى ينظر ماذا يراجع به رسل ربه. وهذا قاله من اجتهاده وليس في هذا قراءة إنما قصده الدعاء له والترحم عليه.
وسنة الرسول ﷺ بينة في هذا وهي أنه يدعى له بالمغفرة والثبات، أما كونه يجلسون قدر ما تنحر جزور ويقسم لحمها فهذا من اجتهاد عمرو وليس عليه دليل، إنما المشروع أن يدعى له ويستغفر له الميت المسلم بعد الدفن هذا هو المشروع.
أما قراءة القرآن عنده سورة أو سور أو ختم القرآن هذا ليس عليه دليل والذي ينبغي تركه. نعم.
Riwayat dari ibn umar daif jiddan tidak sahih sanadnya
Adapun kitab, dan pendapat tokoh itu bkn hujjah agama, semua itu terdedah kpd betul dan salah
Agama itu adalah al Quran, hadith sahih dan ijma’ Sahabat.
Begitu juga pendapat Shafi’i, Ghazali atau nawawi bukanlah hujjah agama. Hanya Diterima apabila mereka mendatangkan dalil sahih
Manakala pendapat peribadi seseorang sahabat bukanlah hujjah syarak
Ijmak Sahabat adalah agama dan wajib diterima diikuti
Mana2 pendapat tokoh atau kitab yg tersalah tidak boleh diikuti.
Dlm hadith2 sahih, membaca al quran itu di rumah
Bukan semua yang ada dalam kitab itu sahih. Yang sahih ialah al Quran, hadith sahih dan ijma’ Sahabat yang ada dalam kitab tersebut.
Pendapat-pendapat peribadi para tokoh dalam kitab-kitab tidak semestinya sahih, mungkin betul dan mungkin salah. Pendapat yang tersalah tidak boleh diterima dan tidak boleh dipakai
Apabila hadith itu diriwayatkan dengan sanad sahih maka wajib menerimanya, dan meninggalkan pendapat manusia semuanya. Pendapat ulama sebesar mana sekalipun wajib ditinggalkan apabila bersalahan dengan hadith sahih.

Al-Imam al-Shafiei r.a. berkata,
إِذَا وَجَدْتُمْ فِي كِتَابِيْ خِلَافَ سُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُوْلُوْا بِسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدَعُوْا مَا قُلْتُ. وَفِيْ رِوَايَةٍ فَاتَّبِعُوْهَا وَلَا تَلْتَفِتُوْا إِلَى قَوْلِ أَحَدٍ. (النووي في المجموع 1/63)
“Apabila kamu temui dalam kitab saya yang bersalahan dengan sunnah Rasulullah saw maka ambillah sunnah Rasulullah saw dan tinggalkan apa yang saya katakan. Ikutilah ia jangan kamu menoleh kepada pendapat sesiapa pun.”

Sesiapa yang mengikuti ulama dan umara’ yang menghalalkan yang haram atu mengharamkan yang halal sedangkan ia mengetahui ia bersalahan dengan sunnah, maka ia telah menyembah ulama atau umara’ tersebut. Ia menjadi musyrik.

Al-Imam al-Shafiei juga berkata,
كُلُّ مَسْأَلَةٍ صَحَّ فِيْهَا الْخَبَرُ عنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ أَهْلِ النَّقْلِ بِخِلَافِ مَا قُلْتُ فَأَنَا رَاجِعٌ عَنْهَا فِيْ حَيَاتِيْ وَبَعْدَ مَوْتِيْ. (أبو نعيم في الحلية 9/107)
“Setiap masalah yang sahih padanya khabar (hadith) dari Rasulullah saw di sisi Ahl al-Naql (ahli hadith) menyalahi apa yang saya katakan, maka saya rujuk kembali darinya ketika saya hidup dan selepas kematian saya.”

~Ustaz Abid Annuriyy

Siapakah Ulama’ dan Asatizah Muslimin?

Antara punca kesesatan adalah gagal mengenal siapakah ulama. Apabila ada individu yang dianggap tokoh agama dikritik, ramai yang mengatakan

“jangan menghina ulama, ulama pewaris nabi.”

“Sila beradab kepada ulama.”

“Daging ulama beracun,” dsb. Persoalannya, benarkah mereka itu ulama? Atau sekadar menyamar ulama? Siapa ulama menurut islam? Siapa yang mengiktiraf guru pujaan mereka itu sebagai ulama?

Ulama dan ustaz-ustaz muslimin ialah yang

1.beraqidah salaf aswj, mempunyai tawhid yang sahih dan taqwa meninggalkan segala syirik dan bid’ah. Disebut juga sebagai khashyatullah (takut Kepada Allah disebut juga wara’ dari perkara-perkara haram). Khashyah menghasilkan ridha Nya. Ithbat sifat-sifat Allah tanpa tahrif dan tamthil.
Adapun ilmuan yang beraqidah jahmiyyah atau quburiyyah, mereka itu adalah ulama syirik, ahli kalam, kazzabun dan sesat, bukan ulama muslimin.

Siapa Ulama dan Asatizah?

Ulama dan Asatizah (ustaz-ustaz) adalah ilmuan yang menyaksikan uluhiyyah Allah, keadilan Nya, ‘izzahNya, hikmahNya serta mengetahui tentang tawhid dan syirik secara terperinci. Ulama adalah muwahhidun.

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ [آل عمران: 18]

Allah telah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang benar melainkan Dia, malaikat juga menyaksikan dan ahli ilmu, …(Ali ‘Imran : 18)
Puak syirik bukanlah ulama dan asatizah. Hanya ilmuan bertawhid itulah ulama, mereka mengenal Allah, lalu takut kepada Allah dan Allah ridha kepada mereka. Mereka faham makna shahadatayn. Hari ini manusia yang dianggap ulama asatizah tidak tahu membezakan antara tawhid dan syirik, Sunnah dan bid’ah, sahih dan da’if, makruf dan munkar.

Ulama dan Asatizah melihat keadilan Allah dalam penciptaan dan perbuatanNya, qada’ dan qadarNya lalu ia ridha syukur dan sabar, melihat segala qada’ Allah SWT adalah terbaik.

2.Menguasai ilmu-ilmu syariah iaitu menguasai al-Quran dan Hadith, banyak membaca hadith, mengetahui sahih dan daif, dan mengetahui Fiqh Hadith. Mengetahui Bahasa Arab, Usul al-Fiqh atau Usul al-Shari’ah, Ijma’ dan Khilaf, Fiqh Empat Mazhab, dan Maqasid al-Shari’ah. Untuk memgsai al-Quran seseorang perlu membaca Tasir al-Tabari, al-Baghawi, al-Qurtubi, Ibn Kathir, Shawkani, Sa’di, Shinqiti. Al-Imam al-Shafi’i berkata,
أَخي لَن تَنالَ العِلمَ إِلّا بِسِتَّةٍ * سَأُنبيكَ عَن تَفصيلِها بِبَيانِ
ذَكاءٌ وَحِرصٌ وَاِجتِهادٌ وَبُلغَةٌ * وَصُحبَةُ أُستاذٍ وَطولُ زَمانِ

3.Mengajar al-Quran dan Hadith dengan tafsiran salaf bukan dengan pendapat sendiri atau pendapat khalaf atau pendapat tokoh semasa.

كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ (79) سورة آل عمران

Jadilah kamu rabbaniyyin disebabkan kamu mengajarkan al-Kitab dan dengan sebab kamu sentiasa belajar (dan mengamalkan al-kitab). (Ali ‘Imran: 79).

Untuk menjadi ustaz dan alim, wajib mempelajari bahasa Arab dan tafsir al Qur’an, Tafsir Tabari, Baghawi, Ibn Kathir, Shawkani, Shinqiti dan Sa’di. Wajib mempelajari Sunan Sittah, bukan ilmu kalam dan tasawwuf syirik. Yang alim, mengajar dan beramal adalah Rabbani sebaik-baik manusia di muka bumi (khayr al-bariyyah). Alim ulama mengajarkan hadith-hadith sahih, mampu membezakan antara sahih dan daif.

4.Beramal dengan al-Quran, hadith dan Ijma’. Bukan sekadar hafazan, tajwid dan tartil. Sekiranya tidak maka akan sama dengan ulama bani isra’il yang disebut himar dan kalb. Bani israil menyeleweng dari aqidah yang sahih, derhaka, melakukan yang haram, meninggalkan ketaatan dan ibadah, mengubah hokum Allah, menyewengkan makna tawrat dan injil.
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ} (الجمعة، 5)
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) Perumpamaan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (al-Jumu’ah: 5)

5.Mencegah kemunkaran, syirik, kufr, bid’ah, dan maksiat. Yakni kalimah-kalimah dosa, perbuatan dan makanan haram yakni tidak mengampu dan bacul. Ini sifat ulama rabbaniyyun yang diikuti.

لَوْلا يَنْهَاهُمُ الرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمُ الإِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ (63)

Mengapa tidak rabbaniyyun dan ahbar itu mencegahkan mereka dari kata-kata dosa (kufr dan maksiat) dan makanan haram (rasuah), sesungguhnya amat-amat buruk apa yang mereka lakukan. (al-Ma’idah: 63).

Sekiranya tokoh yang dianggap ulama itu mengajak kepada syirik dan bid’ah, itu musyrikin bukan muslimin apalagi ulama. Alim adalah faqih, faqih adalah pilihan Allah dan Allah hendakkan untuknya kebaikan sebagaimana dalam hadith sahih.

6.Ulama dan Asatizah adalah ulil amri yang wajib ditaati dan dirujuk umat, mampu istinbat dan berfatwa. Ahli iman dan ahli ilmu dangkat darjat oleh Allah. (al-Mujadilah 11). Mereka Ahl al-Zikr wajib bertanya kepada mereka sahaja bukan bertanya kepada alim separa masak, jadian, palsu, sesat atau bid’ah, ulawa tasawwuf atau ulama kalam.
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا ” [النساء: 83] .
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka segera menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurunian dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu). (Nisa’: 83)

8.Membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, berdiri, sujud dan rukuk kepada Allah, dalam keadaan sangat khashyah dan sangat khushu’, bukan ghafilun pada waktu malam.
Alim dan jahil tidak sama di sisi Allah. (Zumar: 9). Encik? Sebagaimana tidak sama ahli syurga dan ahli neraka, celik dan buta, mampu mendengar dan pekak. Allah telah mencela kejahilan dalam al-Quran dalam banyak tempat.

9.Ulama dan Asatizah memahami akhbar, ahkam, amthal dalam al-Quran. (Al-‘Ankabut: 43). mereka rasikhun fi al-ilm, ilmu mantap teguh dan mendalam. Beriman dengan al-Quran dan kitab-kitab, melihat al-Quran dan Hadith sebagai al-Haqq (kebenaran dan pemutus). Bukan adat, pendapat, mimpi atau emosi.
” وَيَرَى الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ الَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ هُوَ الْحَقَّ ” [سبأ: 6] .
Melihat orang-orang yang diberikan ilmu bahawa al-Quran dan Hadith yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itulah yang benar (al-haqq)…(Saba’: 6)
Ulama dan Asatizah itu memahami al-Quran dan al-Hadith dengan kefahaman salaf.

10.Ulama dan Asatizah itu mengetahui pintu-pintu kejahatan, pintu-pintu syaitan.
Allah berfirman,
إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُون ، إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ [النحل:99-100]
“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kekuasaan atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Allah, Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) itu hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang menyekutukan Allah.” (An-Nahl: ayat 99-100)

Bahaya Ulama Palsu dan Ustaz2 Jadian

4 Jenis Ulama Sesat dan Palsu.

1.Ulama al-fitnah yang mengambil mutashabih dan tidak yang muhkam, tidak mengembalikan mutashabih kepada muhkam, sengaja menta’wil al-Quran dan Hadith secara batil. Dalam hati mereka ada zaygh. Tujuannya adalah fitnah (menyesatan) dan ta’wil batil mengikut hawa nafsu mereka dan keinginan syaitan-syaitan mereka.

2.Ulama ar-rasikhun fil ‘ilm, teguh dan mendalam ilmunya. Beriman dengan semua ayat Allah muhkamat dan mutashabihat. Mereka tidak menta’wil ayat-ayat Allah hawa nafsu mereka, tidak melakukan tashri’. Mereka adalah ahli hikmah dan ulul albab.

3.Ummiyyun (juhala’ yang menganggap diri mereka ulama) sedangkan mereka tidak mengetahui dalil-dalil, tidak mengetahui bahasa Arab, sahih da’if palsu, hanya taqlid buta, mengikuti cerita dongeng, membuat andaian-andaian, sangkaan-sangkaan dan rekaan-rekaan. Sedangkan zann tidak sampai kepada kebenaran sedikit pun.

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ}(البقرة، 78)

Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. (al-Baqarah: 78).

Kebanyakan mereka ada menghafaz sedikit ayat, mereka berniat baik tetapi mereka jahil dan taqlid buta, seperti pencari kayu api waktu malam. Mereka mengambil maklumat dari orang-orang terdahulu, dari situ dan sini.

Ulama ummiyyun ini menyesatkan manusia, dengan merekacipta kedustaan terhadap Allah, apa yang mereka tidak ketahui, dan awam tertipu dengan mereka.

Ada dari mereka yang menulis buku-buku mencampurkan antara haq dan batil, zahirnya haq dan hakikatnya batil. Sekiranya ia mengetahui bahawa apa yang dilakukan itu salah, maka mereka diancam wayl .

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ} (البقرة، 79)

Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; “Ini dari Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan. (al-Baqarah: 79).

4.Ulama ad-dalal.

Ini golongan yang bahaya kerana mereka sengaja menyembunyikan kebenaran, dan melakukan tahrif terhadap kalam Allah. Seperti mendakwa diri mereka wusata’ antara makhluk dan tuhan, mereka menjatuhkan orang ramai ke dalam syirik. Mereka sesat dan menyesatkan.

Segolongan ahli kitab melakukan kesesatan ini. Dalam hadith disebut munafiq ‘alim al-lisan. Antara sifat ulama ad-dalal ini
Pertama, menyembunyikan kebenaran dengan tujuan kasb. (Ali ‘Imran: 187). carma
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ} (آل عمران، 187)
Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): “Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima. (Ali ‘Imran: 187)

Mungkin menzahirkan kebenaran menyebabkan kemarahan orang ramai atau para pemimpin. Ulama seperti ini dilaknat Allah dan seluruh makhluk. Al-Baqarah 159-160)
إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ. إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ} (البقرة، 159_ 160)
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknat. (al-Baqarah:159).
Kedua, tahrif kalam Allah. Mereka mentafsirkan kalimah atau ayat dengan mencari tafsiran baru yang batil, mereka merosakkan janji Allah, dilaknat dan dijadikan hati mereka keras. Ma’idah 13.
فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ } (المائدة، 13)
Maka dengan sebab mereka memungkiri janji mereka, Kami laknat mereka dan kami jadikan hati mereka keras, mereka menyelwengkan kalimah Allah dari tempat-tempatnya (maknanya yang sebenar)…(al-Ma’idah: 13)

Ketiga, sengaja lupa. Akibat nya berlaku permusuhan dan kebencian sesame manusia.
3_ تعمد النسيان، لتبديد الاهتمام بقضية أو بحكم شرعي. وفي مثل هذا قال تعالى {وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ} (المائدة، 14}.
Dan dari kalangan orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani”, ada yang telah kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan. (al-Ma’idah: 14).

Keempat, enggan bertahakum kepada kitab Allah ketika ikhtilaf.
قال الله تعالى {أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُدْعَوْنَ إِلَى كِتَابِ اللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّى فَرِيقٌ مِنْهُمْ وَهُمْ مُعْرِضُونَ} (آل عمران، 23)
Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab (Taurat), mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran). (Ali ‘Imran:23)

Kelima, meninggalkan kitab dan sibuk dengan yang lain. Sedangkan ia telah mengetahui kebenaran dan tertegakkan kepadanya hujjah. Seperti bal’am atau cendekiawan arab yang disebut seperti anjing yang menjelir-jelir, fa kana min al-ghawin.
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ. وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ} (الأعراف، 175_176)
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (Al-A’raf 7:175)
Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (Al-A’raf 7:176)

Ada ulama yang merujuk tasawuf dan ilmu kalam syirik, fahaman liberalism, pluralism, sekulerism, scientism dsb. Mengambil undang-undang jahiliyyah ciptaan taghut.

Keenam, tajahul al-kitab ketika bertentangan hawanafsu mereka. Al-Quran telah menyebut tentang golongan ini.

وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ} (البقرة، 101).

Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang membenarkan apa (kitab) yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi kitab (Taurat) melemparkan kitab Allah ke belakang (punggung)nya, seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahwa itu adalah kitab Allah). (al-Baqarah: 101).

Penyembah Parti dan Kelompok

Hizbiyyah yakni ta’sub kepartian dan perpecahan. Cinta, benci, wala’ dan bara’ berdasarkan parti, jamaahnya atau tokoh mereka. Sesiapa yang menyokong mereka maka akan diangkat, walau sufi quburi rafidi jahmi. Semua keburukan penyokong mereka itu akan ditutup.

Sesiapa yang mengkritik mereka dan parti mereka, mereka akan musuhi dan hinakan walau orang itu alim Rabbani dan wali Allah. Parti dan kelompok disembah dan dijadikan berhala dan taghut. Mereka ahli parti, bukan ahli Sunnah. Parti dijadikan sebagai tuhan dan nabi.
Ini syirik.

Post Navigation