Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “November, 2019”

Pembatal2 Islam

Pembatal-pembatal Dua Kalimah Shahadah.

.

.

اعْلَمْ أَنَّ نَوَاقِضَ الإِسْلَامِ عَشَرَةُ نَوَاقِض :

Ketahuilah, bahawa pembatal-pembatal islam itu banyak, yang paling masyhur 10 pembatal.

الأَوَّلُ : الشِّرْكُ فِي عِبَادَةِ اللهِ، قَالَ تَعَالَى: ﴿ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء ﴾[1] وَقَالَ تَعَالَى: ﴿ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ ﴾[2] وَمِنْهُ الذَّبْحُ لِغَيْرِ اللهِ، كَمَنْ يَذْبَحُ لِلْجِنِّ أَوْ لِلْقَبْرِ.

Pertama, syirik dalam ibadah. Allah Ta’ala berkata, “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang mensyirikkanNYA dan mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang DIA kehendaki…”

Allah berkata, “…sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan Allah maka sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya syurga dan tempat tinggalnya yang kekal abadi ialah api neraka, dan tiada bagi orang-orang zalim itu sebarang pembantu.” Antaranya ialah menyembelih untuk selain Allah seperti orang yang menyembelih untuk jin atau kubur. Antara lain bernazar untuk selain Allah berdoa kepada selain Allah, sujud atau rukuk kepada selain Allah, mencintai selain Allah seperti mencintai Allah atau lebih dan sebagainya.

الثَّانِي : مَنْ جَعَلَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ وَسَائِطَ يَدْعُوهُمْ وَيسْأَلُهُمْ الشَّفَاعَةَ، وَيَتَوَكَّلُ عَلَيْهِمْ كَفَرَ إِجْمَاعًا.

Kedua, sesiapa yang menjadikan antaranya dan antara Allah perantaraan-perantaraan yang ia meminta dari mereka itu dan memohon pertolongan dari mereka dan bergantung kepada mereka, maka ia kafir menurut ijma’. Adapun megambil wasitah tanpa memohon dari wasitah tersebut maka itu syirik asghar atau wasilah kepada syirik.
.

الثَّالِثُ : مَنْ لَمْ يُكَفِّرْ المُشْرِكِينَ أَوْ شَكَّ فِي كُفْرِهِمْ، أَوْ صَحَّحَ مَذْهَبَهُم،ْ كَفَرَ.
Ketiga, sesiapa yang tidak mengkafirkan musyrikin atau ragu dengan kekafiran mereka atau menganggap sahih mazhab mereka itu, ia menjadi kafir.
.

الرَّابِعُ : مَنْ اعْتَقَدَ أَنَّ غَيْرَ هَدْيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ مِنْ هَدْيِهِ وَأَنَّ حُكْمَ غَيْرِهِ أَحْسَنُ مِنْ حُكْمِهِ كَالذِينَ يُفَضِّلُونَ حُكْمَ الطَّوَاغِيتِ عَلَى حُكْمِهِ فَهُوَ كَافِرٌ.
Keempat, sesiapa mengi’tiqadkan bahawa petunjuk selain Nabi saw lebih sempurna dari petunjuk baginda, dan ada hukum selain baginda lebih baik dari hukum baginda seperti orang-orang yang melebihkan hukum taghut-taghut berbanding hukum baginda maka ia kafir.
.

الخَامِسُ : مَنْ أَبْغَضَ شَيْئًا مِمَّا جَاءَ بِهِ الرَّسُولُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَم – وَلَوْ عَمِلَ بِهِ -، كَفَرَ.
Kelima, sesiapa yang membenci sesuatu dari yang dibawa datang oleh Rasul saw walau ia mengamalkannya, maka ia kafir.
.

السَّادِسُ : مَنِ اسْتَهْزَأَ بِشَيْءٍ مِنْ دِينِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَم، أَوْ ثَوَابَ اللهِ، أَوْ عِقَابِهِ، كَفَرَ، وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِؤُونَ * لاَ تَعْتَذِرُواْ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُواْ مُجْرِمِينَ ﴾]
Keenam, sesiapa yang mempersendakan sesuatu dari agama Rasul saw, atau pahala Allah, atau azabNYa, ia kafir. Dalilnya fiman Allah Ta’ala, “Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka nescaya mereka berkata ‘kami hanyalah bergurau dan main-main.’ Katakanlah: ‘Adakah dengan Allah, ayat-ayatNYA dan RasulNYA kamu persendakan?’ Jangan kamu meminta maaf, sesungguhnya kamu telah kafir setelah kamu iman kamu… (al-Tawbah: 65-66)
.
السَّابِعُ : السِّحْرُ – وَمِنْهُ: الصَّرْفُ وَالعَطْفُ-، فَمَنْ فَعَلَهُ أَوْ رَضِيَ بِهِ كَفَرَ، وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ﴾[]
Ketujuh, sihir. Antaranya sihir sarf (sihir pemisah) dan ‘atf (sihir pengasih). Sesiapa yang melakukannya atau ridha dengannya, maka ia kafir. Dalilnya firman Allah Ta’ala, “…dan tidaklah kedua-duanya mengajar seseorang pun melainkan kedua-duanya berkata, sesungguhnya kami ini hanyalah ujian maka jangan kamu kafir…” (al-Baqarah: 102). Begitu mempercayai bomoh atau dukun atau tukang ramal, adalah kufr.
.
الثَّامِنُ : مُظَاهَرَةُ المُشْرِكِينَ وَمُعَاوَنَتُهُمْ عَلَى المُسْلِمِينَ وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِين﴾[].
Kelapan, membantu dan menolong musyrikin untuk menewaskan muslimin. Dalilnya firman Allah Ta’ala,
﴿ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِين﴾
“…sesiapa yang menyokong mereka (membantu musyrikin) dari kalangan kamu, maka sesungguhnya ia dari kalangan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang zalim.”
.

التَّاسِعُ : مَنْ اعْتَقَدَ أَنَّ بَعْضَ النَّاسِ يَسَعُهُ الخُرُوجُ عَنْ شَرِيعَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَم كَمَا وَسِعَ الخَضِرُ الخُرُوجَ عَنْ شَرِيعَةِ مُوسَى عَلَيهِ السَّلَامُ، فَهُوَ كَافِرٌ .
Kesembilan, sesiapa mengi’tiqadkan bahawa sesetengah manusia harus keluar dari syariat Muhammad saw sebagaimana harus bagi Khadir keluar dari syariat Musa a.s. maka ia kafir.
.

العَاشِرُ: الإِعْرَاضُ عَنْ دِينِ اللهِ تَعَالَى لَا يَتَعَلَّمُـهُ وَلَا يَعْمَـلُ بِهِ، وَالدَلِيلُ قَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ ﴾[.

Kesepuluh, berpaling dari agama Allah Ta’ala, tidak mempelajarinya dan tidak beramal dengannya (secara total). Dalilnya firman Allah Talaa, “Dan siapakah yang lebih zalim dari orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu ia berpaling darinya…tiada…” (al-Sajdah: 22).
.
وَلَا فَرْقَ فِي جَمِيعِ هَذِهِ النَّوَاقِضِ بَيْنَ الهَازِلِ وَالجَادِّ وَالخَائِفِ إِلَّا المُكْرَهِ.
وَكُلُّهَا مِنْ أَعْظَمِ مَا يَكُونُ خَطَرًا، وَأَكْثَرِ مَا يَكُونُ وُقُوعًا، فَيَنْبَغِي لِلْمُسْلِمِ أَنْ يَحْذَرَهَا وَيَخَافَ مِنْهَا عَلَى نَفْسِهِ. نَعُوذُ بِاللهِ مِنْ مُوجِبَاتِ غَضَبِهِ، وَأَلِيمِ عِقَابِهِ.
.
Tiada beza antara semua pembatal ini antara gurauan, sungguh-sungguh dan takut kecuali dipaksa. Semuanya termasuk bahaya paling besar dan paling banyak berlaku. Maka wajib bagi setiap muslim berhati-hati dengannya dan takut kepadanya berlaku ke atas dirinya.
.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

Post Navigation