Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “March 21, 2019”

Pengharaman Muzik

Pengharaman Muzik
.
Muzik adalah arak kepada jiwa. Apabila manusia mabuk dengan suara-suara muzik dan nyanyian, berlakulah syirik lalu mereka cenderung kepada fawahish dan kezaliman. Ulama 4 mazhab bersepakat mengharamkan semua jenis alat muzik. Mereka berdalilkan kepada ayat al-Quran dan beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak.
.
Dalil2 Pengharaman Muzik.
.
Ulama Sunnah telah mendatangkan beberapa nas-nas al-Quran dan hadith-hadith sahih dalam fatwa mereka. Antara dalil dari al-Quran ialah: surah Luqman ayat 6 dan Surah al-Isra’ ayat 63-64. Al-Furqan ayat 72.
Firman Allah:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (6) وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّى مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا …

Maksudnya:

Dan ada di antara manusia ada orang yang memilih serta membelanjakan hartanya untuk lahwal hadith iaitu cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang ilmu pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
(Surah Luqman: 6)
.
Perkataan ‘lahwal hadith’ di dalam ayat ini ditafsirkan sebagai nyanyian. Ini menurut riwayat yang sahih daripada Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar. Malah Ibnu Mas’ud telah bersumpah 3 kali dengan berkata, “Demi Allah, yang tiada sembahan yang benar melainkan DIA, maksudnya adalah nyanyian.” Mujahid berkata al-lahw ialah hiburan gendang. (al-Tabari).
.
Al-Hasan al-Basri berkata, “Ayat ini turun berkenaan nyanyian dan seruling-seruling.” (Ibn Kathir).
.
Al-Wahidi berkata, “Ini menunjukkan pengharaman nyanyian (muzik).” Ini disebut oleh Ibnu al-Qayyim dalam Ighathat al-Lahfan dan lain-lain. Lihat al-Qurtubi dan al-Jalalayn.
Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada pada tahap hadis yang marfu’. Ibnul Qayyim turut menambah yang hadis para sahabat adalah lebih berautoriti dan lebih layak diterima berbanding tafsiran para ulama yang datang selepasnya.

.
Dalil pengharaman nyanyian dan muzik juga adalah:-

Firman Allah

قَالَ اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا (63) وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (64) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلا (65) }
Maksudnya :
“Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau mampu)! sesiapa yang mengikutimu dari kalangan mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. (63).
Dan goda, desak, perbodohkan serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dari kalangan mereka dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (64).
(Al-Israa’: 63 dan 64)
Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa maksud
وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ
“…dengan suaramu…” dalam ayat tersebut ialah nyanyian. Mujahid berkata, “Suara syaitan ialah nyanyian, seruling, dan hiburan.” Ad-Dahhak berkata, “suara syaitan ialah tiupan seruling (muzik).” Serta semua seruan kepada maksiat.
وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ
“…dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka…” yakni dari kalangan jin dan manusia yang mentaatinya untuk mengajak mereka kepada syirik dan maksiat.
وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ
“…dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka)…” yakni menyuruh mereka agar membelanjakan pada yang haram, bukan untuk mentaati Allah, mencarinya dari yang haram, memakan dari yang haram seperti tipu dan riba, Ibn Zayd berkata, yakni hiasilah kepada mereka bahawa itu halal sehingga mereka meakukannya. Berkata Ibn Abbas dan Qatadah, Sehingga mereka mengharamkan yang halal seperti bintang-bintang baha’ir, sawa’ib, waso’il, ham, kerana diwaqaf kepada selain Allah. Al-Dahhak berkata, menyembelih binatang-binatang untuk tuhan-tuhan mereka. (Lihat al-Tabari).
“…dan anak-anak mereka…” iaitu sertailah mereka dengan menghasut mereka sehingga berzina dan melahirkan anak-anak zina. Ini tafsir Ibn ‘Abbas, Mujahid dan Dahhak. Dalam tafsiran lain Ibn ‘Abbas berkata, Hasutlah mereka agar melakukan haram sehingga menanam anak-anak mereka dan membunuh anak-anak mereka.
Juga bermakna sertailah mereka sehingga mereka (sibghah) mengajar anak-anak akan kekufuran agar menjadi yahudi, Kristian dan majusi, tidak dicelup dengan sibghah celupan islam, dan mengkhususkan beberapa harta mereka untuk syaitan. Ini tafsiran al-Hasan dan Qatadah. Juga sehingga mereka menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama syirik yang dibenci Allah seperti abd harth dan abd shams (abd husayn, abd Mahdi, abd rasul). Ini tafsiran Ibn ‘Abbas.
وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (64)
“…dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.” (64).
.
Antara janji syaitan ialah akan membantu mereka sekiranya mereka ditimpa bala dan selamat dari api neraka. (lihat al-Tabari). Tetapi itu bukanlah janji, hanya ghurur (penipuan) semata-mata.
.

Firman Allah,
و قال الله عز وجل: {وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا} [الفرقان: 72]. وقد ذكر ابن كثير في تفسيره ما جاء عن محمد بن الحنفية أنه قال: الزور هنا الغناء، وجاء عند القرطبي والطبري عن مجاهد في قوله تعالى: {وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ} قال: لا يسمعون الغناء.
“Dan orang-orang yang bertaqwa itu (‘ibadurrahman) ialah yang tidak menyaksian az-zur (kedustaan) dan apabila mereka melalui akan laghw mereka lalui dengan memelihara diri. (Furqan: 72). Ibn Kathir menukilkan dari Muhammad ibn al-Hanafiyyah ia berkata az-zur di sini ialah nyanyian. Dalam Tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi dari Mujahid ia berkata, maksud ayat ini ialah mereka tidak mendengar nyanyian. (Ada yang mengatakan perayaan-perayaan kuffar).

Dalil Hadith.
Abu Umamah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ بَعَثَنِي هُدًى وَرَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ، وَأَمَرَنِي بِمَحْقِ الْمَعَازِفِ ، وَالْمَزَامِيرِ ، وَالأَوْثَانِ ، وَالصُّلُبِ ، وَأَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ ،
“Bahawa Allah telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin. Allah telah memerintahkan saya supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliyyah ….”. (Sahih Hadith Riwayat Abu Dawud al-Toyalisi, no. 1218).
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Abu Dawud al-Toyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ibn Hanbal.
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya ‘Ali ibn Yazid al-Alhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibn Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi hasan.
Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدف حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: “Kubah (gendang) itu haram, duff itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram.” Sahih, al-Bayhaqi. HR Ahmad, Abu Dawud, Abu Ya’la al-Mawsili dan Ibn Hibban. Duff adalah kompang tamborin.
Selain itu terdapat juga hadis yang berkaitan dengan pengharaman alat ma’azif. Antaranya hadith Ibn Majah, Rasulullah saw bersabda,
لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ ، يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا ، يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ ، يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمْ الْأَرْضَ ، وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ
“Akan datang masanya di mana beberapa golongan orang-orang dari umatku akan meminum khamar(minuman keras)yang mereka menamakannya dengan selain namanya, diendangkan atas kepala mereka rentak-rentak muzik dan nyanyian-nyanyian para wanita, nanti Allah akan tengelamkan mereka ke dalam bumi, dan akan menjadikan mereka itu monyet-monyet dan babi-babi.” (Riwayat Ibn Majah, 4020). Dinilai sahih dengan shawahid dalam Sahih Ibn Majah. Lihat al-Bukhari, Kitab al-Ashribah.

Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya, Rasulullah saw bersabda,
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ، وَلَيَنْزِلَنَّ أَقْوَامٌ إِلَى جَنْبِ عَلَمٍ يَرُوحُ عَلَيْهِمْ بِسَارِحَةٍ لَهُمْ، يَأْتِيهِمْ ـ يَعْنِي الْفَقِيرَ ـ لِحَاجَةٍ فَيَقُولُوا ارْجِعْ إِلَيْنَا غَدًا‏.‏ فَيُبَيِّتُهُمُ اللَّهُ وَيَضَعُ الْعَلَمَ، وَيَمْسَخُ آخَرِينَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ‏”‏‏.‏
“Akan ada dari kalangan umatku beberapa golongan manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma’azif (alat-alat muzik). Akan datang beberapa kaum ke sebelah gunung, dengan membawa kambing ternakan mereka, datang kepada mereka kerana sesuatu hajat. Mereka berkata, ‘Datanglah esok.’ Lalu mereka diazab Allah pada malam itu dan meruntuhkan gunung tersebut sehingga menimpa mereka, mengubah mereka menjadi kera dan babi dan hingga Hari Qiyamat.” (Sahih al-Bukhari, no. 5590).
Hadith dinilai sahih mawsul oleh Abu Dawud, Ibn Hibban, al-Tahawi, al-Isma’ili, Ibn al-Solah, al-Nawawi, Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Ibn Hajar, al-San’ani, serta imam yang lain. Dinilai mawsul oleh al-Tabarani dan al-Bayhaqi. Termasuk nyanyian ialah yang disebut nasyid-nasyid islamik dan qasidah yang hakikatnya batil dan munkar.
Dalam riwayat Tirmidhi dengan sanad hasan, dari Jabir ibn ‘Abdillah, Nabi menamakan muzik sebagai suara yang bodoh dan fajir. Dinilai hasan dalam Sahih al-Jami’.
نَهَيْتُ عَنْ صَوْتَيْنِ أَحْمَقَيْنِ فَاجِرَيْنِ صَوْتٍ عِنْدَ مُصِيبَةٍ خَمْشِ وُجُوهٍ وَشَقِّ جُيُوبٍ وَرَنَّةِ شَيْطَانٍ ‏”‏ ‏.‏ وَفِي الْحَدِيثِ كَلاَمٌ أَكْثَرُ مِنْ هَذَا ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏
“…tetapi saya larang dari dua suara bodoh dan jahat, ratapam ketika musibah …dan seruling syaitan.”

Dalam hadith lain, baginda menamakan muzik sebagai suara yang dilaknat.
صوتانِ ملعونانِ في الدُّنيا والآخرةِ مزمارٌ عندَ نعمةٍ ورنَّةٌ عندَ مصيبةٍ.
“Dua suara yang dilaknat, iaitu suara seruling ketika mendapat nikmat dan suara ratapan ketika ditimpa musibah.” HR al-Bazzar dan Abu Bakr al-Shafi’i dalam al-Ruba’iyyat. (Al-Sahihah, hasan, 427). al-Munziri, Ibn Qayyim, al-Haythami dan al-Haytami menilainya bagus, wa fi isnadih kalam.

وعن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: «ليكونن في هذه الأمة خسف، وقذف، ومسخ، وذلك إذا شربوا الخمور، واتخذوا القينات، وضربوا بالمعازف» (صحيح بمجموع طرقه، السلسلة الصحيحة 2203)

Rasulullah saw bersabda, “Pasti akan berlaku dalam umat ini gempa bumi, lontaran batu, dan perubahan rupa. Iaitu apabila mereka meminum arak, mengambil penyanyi-penyanyi wanita, dan memainkan alat-alat muzik..”. (al-Sahihah, no 2203).
قال صلى الله عليه وسلم: «إن الله حرم على أمتي الخمر، والميسر، والمزر، والكوبة، والقنين، وزادني صلاة الوتر» (صحيح، صحيح الجامع 1708). الكوبة هي الطبل، أما القنين هو الطنبور بالحبشية (غذاء الألباب).

Rasulullah saw bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas umatku arak, judi, nabiz jagung, kubah (gendang), dan qanin (rebana dan gitar). DIA menambah untuk saya solat witr.” (hadith sahih. Sahih al-Jami’, 1708).
.
Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya, dari Nafi’ ia berkata, Ibn ‘Umar mendengar seruling ditiup, lalu ia meletakkan dua jarinya di dua telingannya. Dia menjauh dari jalan itu. Dia berkata, wahai nafi’ adakah kamu masih terdengar sesuatu? Saya berkata, Tidak. Lalu Ibn umar melepaskan dua jarinya dari dua telinganya. Dia berkata, “Dulu saya bersama Nabi saw, lalu baginda mendengar seruling seperti ini dan baginda berbuat seperti ini.” (Sahih, Sahih Abi Dawud, 4116)
.
Berkata al-Qurtubi, “Ini ketika seruling ditiup secara biasa sahaja. Bagaimana dengan nyanyian manusia zaman ini dan seruling mereka.?” (al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an).
.
‘Umar ‘Abd ‘Aziz berkata, “Nyanyian datangnya dari syaitan, kesudahannya kebencian Ar-Rahman.” Al-Qurtubi, Ibn al-Solah dan Ibn Rajab telah menukilkan ijma’ pengharaman muzik dan nyanyian.

Al-Qasim ibn Muhammad berkata, “Nyanyian (dan muzik) itu batil. Batil itu di dalam api neraka.” Al-Hasan al-Basri berkata, “Sekiranya dalam walimah itu ada lahw (nyanyian dan muzik) maka tiada wajib menghadiri jemputan mereka.” (al-Qayrawani, al-Jami’). Al-Nahhas berkata, lahw dilarang dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Tabari berkata, “Telah ijma’ ulama akan karahat (pengharaman) nyanyian.” Al-Awza’i berkata, “Jangan kamu masuk walimah yang di dalamnya ada tabl (gendang) dan ma’azif (muzik).”
.
Malik ibn Anas berkata, “Yang memainkan muzik di sisi kami hanyalah fussaq.” (Tafsir al-Qurtubi,14/55)
.
Al-Shafi’i berkata, “Yang terawal melakukannya ialah zanadiqah di Iraq, sehingga mereka melalaikan manusia dari solat dan zikr.” (al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir).
Ahmad ibn Hanbal berkata, “Nyanyian menumbuhkan nifaq di dalam hati.” Beliau memerintahkan agar dipecahkan semua alat muzik yang ditemui. (Ighathah al-Lahfan).
.
Orang yang telah terbiasa mendengar muzik, ia tidak rindu mendengar al-Quran, tidak gembira dan tidak merasa lazat. Apabila mendengar al-Quran ia mendengar dengan hati yang lalai dan lidah mereka leka. Apabila mendengar siulan dan gerakan-gerakan hatinya tenang. (Majmu’).
Kamu tidak mendapati seseorang yang suka mendengar nyanyian dan muzik melainkan dalam dirinya ada kesesatan dari jalan petunjuk dalam ilmu dan amal.
Ada kebencian kepada al-Quran, dan suka mendengar nyanyian. Nyanyian adalah jampian zina, syirik syaitan, arak bagi akal, dan menghalang dari al-Quran lebih dari kalam (suara) batil lain kerana sangat cenderung dan minatnya hati kepadanya. Ia menjadi hamba fulan dan fulanah. Tidak berkumpul dalam hati cinta al-Quran dan cinta lagu (qasidah).

Post Navigation