Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “March 14, 2019”

Haram Menguatkan Bacaan al-Qur’an

Kebelakangan ini, telah menjadi satu penyakit di mana bilal2 masjid memasang bacaan sekuat-kuatnya dengan sangkaan itu adalah ibadah dan amal salih. Yang sahih perbuatan itu adalah bid’ah yang diharamkan.

 

Dalil pertama, dalam hadith sahih,

عن أبي سعيد رضي الله عنه قال: اعتكف رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسجد، فسمعهم يجهرون بالقراءة، وهو في قبة له، فكشف الستر وقال: “كلكم مناج ربه، فلا يؤذ بعضكم بعضاً، ولا يرفعن بعضكم على بعض بالقراءة”، أو قال: “في الصلاة” (رواه أحمد وأبو داود) (1)،

dari Abu Sa’id, ia berkata, Rasulullah saw i’tikaf di masjid lalu mendengar mereka membaca al-Quran dengan kuat sedangkan baginda berada dalam qubbah. lalu baginda membua langsir dan bersabda, ” Setiap dari kamu sedang bermunajat kepada TUHANnya maka jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. dan jangan sebahagian kamu mengangkat suara dengan bacaan al-Quran.” (HR Ahmad dan Abu Dawud).

Dalil kedua,

 

وعن البياضي واسمه عبد الله بن جابر، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خرج على الناس وهم يصلون، وقد علت أصواتهم بالقراءة، فقال: “إن المصلي يناجي ربه، فلينظر بما يناجيه، ولا يجهر بعضكم على بعض بالقرآن” (رواه أحمد) (2)،

al-Bayadi berkata, Rasulullah keluar sedangkan orang ramai sedang bersolat, dan tinggi suara mereka dalam membaca al-Quran. Lalu Nabi saw bersabda, ” Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang bermunajat (berbisik ) kepada Tuhannya, dan jangan sebahagian kamu menguatkan bacaan al-Quran sehingga mengganggu orang lain.” (HR Ahmad).

Dalil ketiga,

وعن علي: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى أن يرفع الرجل صوته بالقراءة قبل العشاء، أو بعدها، يغلط أصحابه وهم يصلون (رواه أحمد وأبو نعيم في “تاريخ أصبهان”) (3).

Dari ‘Ali berkata, bahawa Rasulullah saw melarang seseorang itu mengangkat suara ketika membaca al-Quran sebelum isya’ atau selepasnya, ia mengganggu sahabat-sahabatnya yang bersolat. (HR Ahmad dan Abu Nu’aym dalam Tarikh Asbahan).

Suatu ketika Nabi mendengar bacaan yang kuat di dalam masjid, lalu Nabi saw menyingkap tabir dan bersabda,

“Janganlah sebahagian kamu menguatkan bacaan al-Qur’an dalam masjid.”

Maka bagaimana ada dalam kalangan bilal-bilal masjid yang berani melanggar larangan Nabi saw ini? Adakah kerana, degil, jahil, bodoh, bebal atau hawanafsu? Bagaimana kalian boleh berani menghina Nabi saw dan menentang hadith-hadith baginda?

 

Ingatlah, ibadah itu ialah yang diperintahkan Nabi, Apa yang tidak dilakukan oleh Nabi jangan sesekali dibuat kerana itu bid’ah yang diharamkan lagi sesat. Ia termasuk dalam salah satu bentuk syirik, mensyariatkan perkara yang tidak diizinkan oleh Allah.

.

Dalil keempat Kaedah Fiqh.

Ingatlah kaedah Islam,

“Semua ibadah adalah dilarang dan haram, sehinggalah ada dalil yang menyuruh.”

Dalam urusan dunia atau mualamat, “Semuanya harus kecuali ada dalil yang mengharamkan.”

Post Navigation