Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kelebihan Menghafaz al-Quran

KELEBIHAN HAFIZ AL-QURAN.

Terdapat sangat banyak kelebihan menghafaz al-Quran.
1.Apabila menghafaz al-Quran, seseorang itu dapat membaca al-Quran pada bila-bila masa dan di mana sahaja, mudah berpegang teguh dengan al-Quran (khuzil kitaba bi quwwah) setelah memahami isi kandungannya. Di dalam al-Quran ada tawhid, hidayah dan jalan yang lurus.

2. Orang yang menghafaz al-Quran merupakan seorang yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkan hafazan dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa “muraja’ah” atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafazan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Ra’d, ayat ke 28 yang berbunyi :
{الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ}
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (al-Ra’d: 28)
Ketenangan itu menambah iman dan membersihkan hati. Manakala orang yang berpaling dari al-Quran hidupnya kan sengsara dan sempit. Kuburnya juga akan gelap, panas dan sempit.

3.Kekasih Allah dan PilihanNYA.
Hafiz al-Quran yang beramal dengan suruhan dan menjauhi larangan al-Quran adalah kekasih Allah, insan terpilih, disayangi dan dicintaiNYA.
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” Sahih. (Riwayat lbn Majah). Lihat lah adakah kita mencintai al-Quran. ?
4.Menghormati Orang Yang Menghafaz al-Quran Bererti Mengagungkan Allah.
Rasulullah bersabda:
“Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan, serta menghormati pemimpin muslim yang adil.”
5.Hati Penghafal Al-Quran Tidak Dibakar Api Neraka
‘Abdullah Bin Mas’ud r.a. ,
“Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafaz al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, sesiapa yang memasukinya dia akan aman (selamat). Dan barangsiapa yang mencintai al-Quran maka hendaklah dia bergembira kerna ia mencintai Allah dan RasulNYA.”
6.Lebih Disayangi Rasulullah
Jabir bin ‘Abdillah r.a. berkata bahawa Nabi menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian Nabi bertanya, “Daripada mereka berdua siapakah paling banyak hafaz al-Quran?” Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka Nabi memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad. (Sahih)
Sangat wajar seseorang itu menghafaz banyak ayat al-Quran agar disayangi Rasulullah saw.

7.Manfaat menghafaz al-Quran bukan sahaja untuk empunya diri bahkan juga kepada ibu bapanya, keluarganya dan masyarakat. Ibu bapa seorang hafiz akan dimahkotakan di syurga (dinaikkan tingkat dan darajatnya dalam syurga). Selain dijamin syurga, diriwayatkan bahawa seorang hafiz al-Quran dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya yang masuk Neraka (HR al-Tirmidhi).
8.Penghafaz-penghafaz al-Quran disebut sebagai ‘urafa’ ahl al-jannah iaitu orang-orang termasyhur, pemimpin-pemimpin terbesar dan cendekiawan di syurga.
9.Mereka akan sentiasa terbang menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga (dengan rahmat Allah) mengikut hafazan mereka di dunia. Satu tingkat syurga seumpama perjalanan 1000 tahun. Dikatakan kepada mereka (Ahli al-Quran), “Bacalah al-Quran, naiklah ke tingkat yang lebih tinggi dan bacalah secara tartil sebagimana engkau baca al-Quran di dunia dulu. Sesungguhnya kedudukanmu menurut bacaan yang terakhir yang kamu hafaz.”
Ketika itu menyesal besar lah orang-orang yang tidak menghafaz al-Quran di dunia.
10.Di Bumi Mahsyar yang teramat panas itu, di mana matahari dekatkan di atas kepala sejengkal atau 2 jengkal, mereka dapat syafaat al-Quran iaitu naungan di bawah Arasy Allah bersama para Nabi dan wali-wali Allah. ‘Ali ibn Abi Talib berkata, “Ajarilah anak-anak kamu 3 perkara, mencintai Nabi kamu, kasihkan keluarga baginda, dan menghafaz al-Quran. Sesungguhnya penghafaz-penghafaz al-Quran dipayungi Arasy Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama Nabi-nabiNya dan wali-waliNya.” (al-Tabarani)
11. Tahfiz al-Quran adalah perintah Allah, sunnah nabi, amalan sahabat dan tabiin serta ulama sepanjang zaman.
12. Orang yang menghafaz al-Quran adalah orang yang paling layak dilantik sebagai pemimpin negara dan masyarakat, imam kepada umat. Sebagaimana paling layak menjadi imam solat.
13. Menghafaz al-Quran beserta tafsirnya adalah asas dan syarat terawal untuk menjadi alim ulama’, faqih dan pendakwah, seperti hadith, “Sesiapa yang menghafaz 7 surah terpanjang dan terawal dalam al-Quran, maka dia adalah habr (alim).” HR Ahmad.
14.Hafiz al-Quran pengumpul pahala yang sangat banyak di mana membaca satu huruf diberi sepuluh 10) pahala!
15.Program tahfiz adalah ibadah dan amal salih menghindarkan anak-anak terjerumus kepada perkara yang sia-sia, maksiat, jenayah, penyakit membuang masa, membunuh waktu dan umur, dan pengaruh kawan-kawan yang jahat.
16.Menghafaz ayat-ayat al-Quran berkaitan tawhid (uluhiyyah, Nama-nama dan Sifat-sifat Allah dengan ilmu, faham, dan yaqin) dan ayat-ayat berkaitan syirik lalu bertawhid bersungguh-sungguh akan menyebabkan seseorang itu berjaya ketika fitnah kubur (soal jawab kubur) dan menyelamatkan dari azab kubur. “Dan sembahlah Allah (tawhidkan Allah) dan jangan kamu syirikkan DIA dengan sesuatu pun…”
17.Fardhu Kiyafah. Penghafaz-penghafaz al-Quran mesti diramaikan agar al-Quran sentiasa terpelihara. Ini adalah fardhu kifayah. Untuk tujuan ini perlu ada kerjasama ahli masyarakat terutamanya ulama al-Quran, aktivis muslim dan orang-orang kaya untuk menubuhkan sekolah-sekolah Tahfiz dan Arab. Perlu diwujudkan program tahfiz secara serius di semua sekolah rendah, menengah, masjid, surau, kolej dan universiti.
Menjadi kewajipan setiap masjid dan surau mengadakan program tahfiz al-Quran. Menjadi kewajipan setiap ibubapa mentahfizkan anak-anak mereka.
Menghafaz al-Quran adalah mudah sepertimana yang diulang-ulang sebanyak 4 kali oleh Allah dalam surah al-Qamar bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh menghafaznya. Pastikan agar ada seorang hafiz al-Quran dan hafizah al-Quran dalam setiap keluarga muslim. Usaha menghafaz al-Quran boleh dimulakan dengan
i. surah-surah yang masyhur fadilatnya, atau dimulai
ii. dengan al-mufassal, juz 27, 28, 29 dan 30
iii.juz 15,
iv. juz 30 atau
v. juz 1.
Untuk memudahkan hafazan, adalah baik
1.menghafaz surah yang masyhur terlebih dahulu iaitu Yasin, ad-Dukhan, al-Sajdah dan al-Mulk
2. melakukan solat sunat taqwiyatul hifz (menguatkan hafazan) 4 rakaat setiap malam Jumaat , kemudian beristighfar, berselawat dan berdoa
3.mengamalkan secara istiqamah membaca 10 ayat dari al-Baqarah sebelum tidur iaitu awal surah al-Baqarah, ayat Kursiyy serta 2 ayat selepasnya dan 3 ayat terakhir al-Baqarah.
Al-Quran menyuruh agar bertanya fatwa dan ilmu kepada ahlinya. Jangan mengambil ilmu dan fatwa dari kazzab, jahil, alim palsu dan ustaz jadian. Adakah sesiapa yang peduli perintah ini?

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: