Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “December, 2018”

Kesesatan Wujud tanpa tempat

Soalan .
Dari manakah muncul ungkapan Allah mawjud bila makan (Allah wujud tanpa tempat)?

Jawapan.
Syiah terawal beraliran mujassimah dan syiah mutakhir menganuti fahaman jahmiyyah.
Melalui pemerhatian, falsafah sesat “mawjud bila makan” (Allah wujud tanpa tempat) diambil dari syiah rawafidh seperti al-Kulayni dan al-Saduq.
(Lihat al-Kafi oleh al-Kulayni, jld 1, ms 90 dan ms 442; al-Tawhid, oleh al-Saduq, ms 78 & 311). Al-Kulyani lahir di Kulayn, Ray Iran, sekitar tahun 255H. Namanya Muhammad ibn Ya’qub al-Kulayni al-Razi, faqih dan muhaddith besar syiah, pengarang buku terbesar syiah al-Kafi fi al-Usul wa al-Furu’, mati tahun 329H.

Al-Kulayni mempelajari hadith di Qom, bermusafir ke Baghdad tahun 327H, tinggal di Baghdad selama 20 tahun, menulis dan mengajar. Dia juga mengambil ilmu dari tokoh-tokoh Asha’irah. Dikatakan kononnya kerana ketokohan dan kemasyhurannya, puak syiah dan Sunnah (Asha’irah) merujuk kepadanya. Hakikatnya dia adalah pendusta, dajjal, sesat lagi menyesatkan. Mati tahun 329H dan dia dikuburkan di Kufah atau Baghdad.

Al-Saduq (yang sebenarnya al-kazzab) adalah seorang tokoh Syiah Imamiyyah Rafidhah Jahmiyyah, bernama Muhammad ibn ‘Ali ibn Husayn al-Babawayh al-Qummi, lahir di Qom Iran, sekitar tahun 306H. al-Saduq adalah penulis kitab hadith muktamad syiah iaitu Man La Yahduruh al-Faqih, datang ke Baghdad tahun 355H, mati di Rayy Iran tahun 381H.

Zaman itu adalah zaman periwayatan hadith. Tokoh-tokoh syiah mengambil riwayat dari ahl Sunnah dan begitu juga sebaliknya. Besar sangkaan Abu Mansur ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (360H-429H) mengambil kesesatan “mawjud tanpa tempat” dari buku-buku Imamiyyah seperti al-Kafi oleh al-Kulayni dan al-Tawhid karangan al-Saduq. Kulayni dan Saduq mengambil kesesatan “wujud tanpa tempat” dari buku-buku Aristotle dan Falasifah Yunani Greek yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, lalu menisbahkannya Kepada ‘Ali dan Ahl al-Bayt secara dusta.

Abu Mansur wafat di Isfarayin, Iran.

Kelebihan Menghafaz al-Quran

KELEBIHAN HAFIZ AL-QURAN.

Terdapat sangat banyak kelebihan menghafaz al-Quran.
1.Apabila menghafaz al-Quran, seseorang itu dapat membaca al-Quran pada bila-bila masa dan di mana sahaja, mudah berpegang teguh dengan al-Quran (khuzil kitaba bi quwwah) setelah memahami isi kandungannya. Di dalam al-Quran ada tawhid, hidayah dan jalan yang lurus.

2. Orang yang menghafaz al-Quran merupakan seorang yang lebih dekat dengan Allah SWT. Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka berusaha untuk mengekalkan hafazan dengan baik. Para penghafal al-Quran akan sentiasa “muraja’ah” atau mengulang bacaan al-Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafazan mereka. Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Ra’d, ayat ke 28 yang berbunyi :
{الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ}
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (al-Ra’d: 28)
Ketenangan itu menambah iman dan membersihkan hati. Manakala orang yang berpaling dari al-Quran hidupnya kan sengsara dan sempit. Kuburnya juga akan gelap, panas dan sempit.

3.Kekasih Allah dan PilihanNYA.
Hafiz al-Quran yang beramal dengan suruhan dan menjauhi larangan al-Quran adalah kekasih Allah, insan terpilih, disayangi dan dicintaiNYA.
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” Sahih. (Riwayat lbn Majah). Lihat lah adakah kita mencintai al-Quran. ?
4.Menghormati Orang Yang Menghafaz al-Quran Bererti Mengagungkan Allah.
Rasulullah bersabda:
“Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan, serta menghormati pemimpin muslim yang adil.”
5.Hati Penghafal Al-Quran Tidak Dibakar Api Neraka
‘Abdullah Bin Mas’ud r.a. ,
“Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafaz al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, sesiapa yang memasukinya dia akan aman (selamat). Dan barangsiapa yang mencintai al-Quran maka hendaklah dia bergembira kerna ia mencintai Allah dan RasulNYA.”
6.Lebih Disayangi Rasulullah
Jabir bin ‘Abdillah r.a. berkata bahawa Nabi menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian Nabi bertanya, “Daripada mereka berdua siapakah paling banyak hafaz al-Quran?” Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka Nabi memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad. (Sahih)
Sangat wajar seseorang itu menghafaz banyak ayat al-Quran agar disayangi Rasulullah saw.

7.Manfaat menghafaz al-Quran bukan sahaja untuk empunya diri bahkan juga kepada ibu bapanya, keluarganya dan masyarakat. Ibu bapa seorang hafiz akan dimahkotakan di syurga (dinaikkan tingkat dan darajatnya dalam syurga). Selain dijamin syurga, diriwayatkan bahawa seorang hafiz al-Quran dapat memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya yang masuk Neraka (HR al-Tirmidhi).
8.Penghafaz-penghafaz al-Quran disebut sebagai ‘urafa’ ahl al-jannah iaitu orang-orang termasyhur, pemimpin-pemimpin terbesar dan cendekiawan di syurga.
9.Mereka akan sentiasa terbang menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga (dengan rahmat Allah) mengikut hafazan mereka di dunia. Satu tingkat syurga seumpama perjalanan 1000 tahun. Dikatakan kepada mereka (Ahli al-Quran), “Bacalah al-Quran, naiklah ke tingkat yang lebih tinggi dan bacalah secara tartil sebagimana engkau baca al-Quran di dunia dulu. Sesungguhnya kedudukanmu menurut bacaan yang terakhir yang kamu hafaz.”
Ketika itu menyesal besar lah orang-orang yang tidak menghafaz al-Quran di dunia.
10.Di Bumi Mahsyar yang teramat panas itu, di mana matahari dekatkan di atas kepala sejengkal atau 2 jengkal, mereka dapat syafaat al-Quran iaitu naungan di bawah Arasy Allah bersama para Nabi dan wali-wali Allah. ‘Ali ibn Abi Talib berkata, “Ajarilah anak-anak kamu 3 perkara, mencintai Nabi kamu, kasihkan keluarga baginda, dan menghafaz al-Quran. Sesungguhnya penghafaz-penghafaz al-Quran dipayungi Arasy Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya bersama Nabi-nabiNya dan wali-waliNya.” (al-Tabarani)
11. Tahfiz al-Quran adalah perintah Allah, sunnah nabi, amalan sahabat dan tabiin serta ulama sepanjang zaman.
12. Orang yang menghafaz al-Quran adalah orang yang paling layak dilantik sebagai pemimpin negara dan masyarakat, imam kepada umat. Sebagaimana paling layak menjadi imam solat.
13. Menghafaz al-Quran beserta tafsirnya adalah asas dan syarat terawal untuk menjadi alim ulama’, faqih dan pendakwah, seperti hadith, “Sesiapa yang menghafaz 7 surah terpanjang dan terawal dalam al-Quran, maka dia adalah habr (alim).” HR Ahmad.
14.Hafiz al-Quran pengumpul pahala yang sangat banyak di mana membaca satu huruf diberi sepuluh 10) pahala!
15.Program tahfiz adalah ibadah dan amal salih menghindarkan anak-anak terjerumus kepada perkara yang sia-sia, maksiat, jenayah, penyakit membuang masa, membunuh waktu dan umur, dan pengaruh kawan-kawan yang jahat.
16.Menghafaz ayat-ayat al-Quran berkaitan tawhid (uluhiyyah, Nama-nama dan Sifat-sifat Allah dengan ilmu, faham, dan yaqin) dan ayat-ayat berkaitan syirik lalu bertawhid bersungguh-sungguh akan menyebabkan seseorang itu berjaya ketika fitnah kubur (soal jawab kubur) dan menyelamatkan dari azab kubur. “Dan sembahlah Allah (tawhidkan Allah) dan jangan kamu syirikkan DIA dengan sesuatu pun…”
17.Fardhu Kiyafah. Penghafaz-penghafaz al-Quran mesti diramaikan agar al-Quran sentiasa terpelihara. Ini adalah fardhu kifayah. Untuk tujuan ini perlu ada kerjasama ahli masyarakat terutamanya ulama al-Quran, aktivis muslim dan orang-orang kaya untuk menubuhkan sekolah-sekolah Tahfiz dan Arab. Perlu diwujudkan program tahfiz secara serius di semua sekolah rendah, menengah, masjid, surau, kolej dan universiti.
Menjadi kewajipan setiap masjid dan surau mengadakan program tahfiz al-Quran. Menjadi kewajipan setiap ibubapa mentahfizkan anak-anak mereka.
Menghafaz al-Quran adalah mudah sepertimana yang diulang-ulang sebanyak 4 kali oleh Allah dalam surah al-Qamar bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh menghafaznya. Pastikan agar ada seorang hafiz al-Quran dan hafizah al-Quran dalam setiap keluarga muslim. Usaha menghafaz al-Quran boleh dimulakan dengan
i. surah-surah yang masyhur fadilatnya, atau dimulai
ii. dengan al-mufassal, juz 27, 28, 29 dan 30
iii.juz 15,
iv. juz 30 atau
v. juz 1.
Untuk memudahkan hafazan, adalah baik
1.menghafaz surah yang masyhur terlebih dahulu iaitu Yasin, ad-Dukhan, al-Sajdah dan al-Mulk
2. melakukan solat sunat taqwiyatul hifz (menguatkan hafazan) 4 rakaat setiap malam Jumaat , kemudian beristighfar, berselawat dan berdoa
3.mengamalkan secara istiqamah membaca 10 ayat dari al-Baqarah sebelum tidur iaitu awal surah al-Baqarah, ayat Kursiyy serta 2 ayat selepasnya dan 3 ayat terakhir al-Baqarah.
Al-Quran menyuruh agar bertanya fatwa dan ilmu kepada ahlinya. Jangan mengambil ilmu dan fatwa dari kazzab, jahil, alim palsu dan ustaz jadian. Adakah sesiapa yang peduli perintah ini?

Tafsiran Sahih vs Tafsiran Sesat terhadap Sifat 20

SALAH TAFSIR TERHADAP SIFAT 20
Sifat wujud dihuraikan secara batiniyyah sesat, panjang lebar, dicampur dengan khilaf-khilaf ahli kalam. Sedangkan yang sahih, sifat wujud telah ada dalam diri setiap muslim secara fitrah dan diterima oleh akal. Mempelajari sifat 20 tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu muslim. Ada yang mentafsirkan wujud sebagai wahdatul wujud dan hululiyyah iaitu kononnya “Allah wujud di setiap tempat”, atau “Allah wujud tidak bertempat.” Ini batil diambil dari mu’tazilah jahmiyyah. Jahmiyyah mengambilnya dari buku-buku falsafah yunani yang diterjemahkan zaman al-Rashid dan al-Ma’mun. Falsafah syirik ini bersalahan dengan al-Quran, al-hadith dan Ijma’ yang menjelaskan bahawa “Allah fi as-sama’, wa ‘ilmuhu fi kulli makan.” Yang sahih ialah “Allah fi as-sama’, wa ‘ilmuhu fi kulli makan. ‘ala al-‘arsh istawa.”

Sifat 20 zahirnya adalah bagus, tetapi dihuraikan dengan ilmu kalam, mantiq dan jidal yang sesat. Ia sia-sia, bukan ilmu bahkan tanattu’ dan tidak perlu. Sifat 20 Hanya sekadar membicarakan tentang rububiyyah Allah yang diketahui hampir semua manusia di dunia, hatta musyrikin arab lebih mengenal sifat-sifat Allah, rububiyyah dan uluhiyyahNya berbanding kelompok Ahli Kalam sifat 7 atau Sifat 20.
1.Wujud. Antara kedangkalan perbahasan dalam sifat 20 ialah panjang lebar membicarakan tentang sifat wujud (hakikatnya wujud itu khabar tentang Allah bukan sifat Allah), adalah wujud itu Allah sendiri atau sifat bagi Allah? Lalu didatangkan pelbagai pendapat dan khilaf. Ini persoalan bodoh dan sia-sia. Ini ilmu aqidah atau ilmu khilaf?
Sedangkan aqidah yang dibawa oleh para rasul ialah la ilaha illa Allah, Wajib memahami takrifnya, syarat-syaratnya dan pembatalnya. Inilah aqidah yang sahih yakni tawhid. Mengajak beribadah kepada semata-mata meninggalkan segala syirik dan penyembahan kepada segala taghut.
Wajib kembali kepada aqidah hadith dan Sunnah. Aqidah Nabi dan Sahaabat, Aqidah salaf, wajib menjadi sunni salafi. Wajib mempelajari aqidah Islam dari guru-guru salafi. Inilah tawhid yang sahih dan membawa ke syurga menyelamatkan dari api neraka Jahannam.

2.Qidam menurut ahli kalam untuk menafikan huduth (baru) yakni untuk menafikan jawhar, aradh dan jism.
Aswj tidaklah menafikan jism secara total memberikan perincian.
Menurut Ahli Kalam, Sama’ dan basar bukan sifat haqiqi bagi Allah kerana itu jism dan tajsim. Kononnya sekiranya Allah maha mendengar dan maha melihat secara haqiqi pastilah mempunyai telinga dan mata. Lalu Mereka selewengkan makna sama’ dan basar kepada ilmu.
3.Al-Mukhalafah li al-hawadith.
Mukhalafatuhu lil hawadith, Wahdaniyyah juga mereka tafsir secara batil. Kalam mereka tafsirkan secara jahmiyyah sesat dan kufr.
Yang tidak membantah bid’ah dan ahli bid’ah sedangkan ia alim (tahu) maka ia dilaknat Allah
{ إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ } [ البقرة : 159 ]
((لعن الذين كفروا من بني إسرائيل على لسان داود وعيسى ابن مريم ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون كانوا لا يتناهون عن منكر فعلوه لبئس ما كانوا يفعلون))،
والرسول يقول: “من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه

4.Konon qiyamuhu bi nafsih untuk menafikan tempat yakni istiwa’ tinggi di atas arasy.!
Lafaz qiyamuhu bi nafsih ini tidak wujud dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih. Ini lafaz ahli kalam. Dalam al-Quran Allah menggunakan nama al-Qayyum dan sifat qayyumiyyah yang bermakna Allah tidak perlu pertolongan dari mana-mana makhluknya, tidak malaikat, jin, iblis, syaitan atau manusia.
Konon qiyamuhu bi nafsih untuk menafikan tempat yakni istiwa’ tinggi di atas arasy.!
Lafaz ini tidak wujud dlm hadith2 sahih. Ini lafaz ahli kalam.
Yang sahih dalam al Quran, Allah menggunakan nama al-Qayyum dan sifat qayyumiyyah yang bermakna Allah tidak perlu pertolongan dari mana-mana makhluknya, tidak malaikat, jin, iblis, syaitan atau manusia.

• القيُّوم : اسم من أسماء الله الحُسْنى ، ومعناه : القائم على كلّ شيءٍ بما يجب له ، والمتكفّل بتدبير خلقه فلا قوامَ بغيره :- { اللهُ لاَ إِلَهَ إلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ } .

Al-Qayyum : adalah satu nama dari Nama-nama Allah Yang Mulia, maknanya ialah da’im al-qiyam ‘ala kulli shay’
دائم القيام على كلّ شيء .

iaitu sentiasa mengurus dan mentadbir segala sesuatu (segala makhluqNYA) secara bersendirian. Tanpa perlu bantuan dari selainNYA.
Al-Qayyum di sisi Ahbash dan ahli kalam ialah Allah wujud tanpa tempat! Lafaz qiyamuhu bi nafsih mereka gunakan untuk menafikan tempat yakni menafikan sifat ‘uluww dan istiwa’ Allah. Ini batil dan kufr. 👎🏿
Mukhalafah li al-hawadith digunakan oleh jahmiyyah untuk menafikan hulul hawadith dalam zat Allah, menafikan semua sifat zat dan sifat-sifat perbuatan Allah yang menurut mereka ada unsur hawadith dan jism. Lafaz ini termasuk lafaz umum, bukan sifat bagi Allah kerana sifat Allah adalah laysa ka mithlihi shay’ wa huwa as-sami’ al-basir. Dengan itu kaedah sesat ini mereka menolak wajah Allah, tangan Allah, mata, tangan, genggamannya, kalam haqiqi, ‘uluww, istiwa’ dan nuzulNYa. Cinta, marah, redha dan benci. Hakikatnya mereka menolak al-Quran dan Hadith. !

Jahmiyyah Merosakkan Sifat 20 . mereka mentafsirkan sifat 20 secara batil. Bukan dengan tafsiran yang sahih.
5.Wahdaniyyah.

Tawhid atau Wahdaniyyah itu esa iaitu Allah satu, iaitu hanya Allah tuhan sebenar yang berhak disembah dan menunggalkan segala ibadah semuanya untuk Allah semata-mata.
Ahli Kalam Asha’irah tersesat dalam mentakrifkan wahdaniyyah ini dengan mengatakan
– Wahid fi zatihi la qasima lah (zatNYA satu tanpa bahagian-bahagian),
– wahid fi sifatih la shabiha lah (satu dalam sifat-sifatNYA tanpa ada yang menyamaiNYA),
– wahid fi af’alihi la sharika lah (satu dalam perbuatanNYA tanpa ada yang perkongsian bagiNYA).
Ungkapan-ungkapan Ini sekadar berkaitan rububiyyah. Ifradullah bi ar-rububiyyah.
Di sisi Ahli Kalam, wahdaniyyah bermakna pencipta alam adalah satu (tawhid al-af’al) lalu mereka menyangka itulah sebenarnya makna tawhid dan itulah makna la ilaha illa Allah iaitu ‘tiadayang berkuasa mencipta melainkan Allah.’ Yakni tawhid di sisi Asha’irah sekadar percaya Allah itu pencipta. Sedangkan perkara ini dipercayai oleh musyrikin. Ini bukan tawhid tetapi hanya tawhid musyrikin Arab.
Ahli Kalam mentafsirkan wahdaniyyah sebagai Wahid la qasima lahu iaitu tidak berjuzuk-juzuk, dan tidak berbahagi-bahagi, tidak bercantum-cantum, yang hakikatnya untuk menafikan istiwa’ Allah dan berpisahnya Dia dari makhlukNYA. Menurut Abu al-‘Abbas, mungkin ini diambil dari falsafah Plato dan al-Kindi.
6.Sifat Qudrat.
Qudrat ditambah dengan pelbagai istilah-istilah pelik, seperti qabdah, ta’alluq, tanjizi dan sebagainya. Ini batil dan sia-sia.
Jahmiyyah Mu’tazilah menyelewengkan tafsiran Sifat 20. Termasuk jahmiyyah ialah pondokiyyah, ahbash dan azhariyyah.

____________________________________
8.Sam’ Dan basar.

Termasuk bahaya Ahlul Kalām ialah pada hakikatnya, asha’irah tidak beriman kepada sifat sam’ dan basar Allah yang haqiqi. Asha’irah mengembalikan sama` dan basar kepada ilmu. Mereka tidak beriman sama` itu idrak al masmu`at dan basar itu idrak al mubsarat kerana konon kedua-duanya melazimkan hulul hawadith dan tajsim.
Hakikatnya, ghulat ashairah jahmiyyah tidak menerima sifat hayatNya Allah kerana sifat hayat (hidup) itu aradh-aradh seperti makhluk. Yakni Allah itu tidak hidup dan tidak juga mati.

8.Sifat Kalam.

Sifat Kalam pula ditafsirkan secara batil oleh jahmiyyah iaitu kalam nafsi semata-mata yang tidak didengar oleh sesiapa pun. Yakni kononnya kalam Allah itu bukan dengan suara dan huruf tetapi hanya majaz bukan kalam haqiqi, hanya berkata-kata dalam diriNYA. Ini bermakna Allah itu bisu. Di sini kekufuran Asha’irah Jahmiyyah. Konon ingin lari dari tajsim akhirnya jatuh ke dalam kekufuran.
Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah (al-Salafiyyah), Allah berkata-kata dengan kata-kata yang haqiqi, dengan suara dan huruf yang dapat didengar oleh sesiapa yang dikehendakiNYA dari kalangan para nabi di dunia, dan manusia umumnya di Akhirat.
Jelas bahawa Asha’irah Maturidiyyah menyelewengkan tafsiran sifat 20 dengan tafsiran-tafsiran batil. Hakikatnya mereka itu jahmiyyah mu’tazilah.

Post Navigation