Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kesesatan Harakiyyin

Allah telah menegaskan bahawa merujuk kepada Nabi dan hadith adalah hidayah. Akhirnya muqallid jahil dan jumud menganggap mentaati Nabi dan hadith baginda sebagai salah. Yang betul hanyalah yang menentang Nabi, berpaling dari kata-jata baginda, membenci sunnahnya dengan mengikuti mazhab atau shaykh, parti atau tokoh parti dan lain-lain.

Telah terjerumus ke dalam taqlid muharram ini ramai manusia termasuklah yang mendakwa ahli ilmu dan para penulis dalam fiqh, hadith dan Sunnah. Kemudian mereka menjadi jumud dan menganggap berbeza dengan mana-mana pendapat mazhabnya atau gurunya dianggap dosa besar atau terkeluar dari islam.

Biasanya penyembah parti adalah menyeleweng dari Sunnah Nabi saw.

Sekiranya buruk adab bersama Rasulullah membatalkan amal salih, bagaimana dengan orang yang buruk adab terhadap hadith dan Sunnah baginda, mengangkat pendapat-pendapat manusia lebih tinggi dari kata-kata dan hukum-hukum baginda? Wajib menolak pendapat Malik dan Abu Hanifah sekiranya menyalahi pendapat Rasulullah, bagaimana dengan pendapat selain kedua-duanya?

Tetapi penyembahan ulama dan ahli ibadah dianggap sebaik-baik amal. Mereka menamakannya sebagai kewalian dan penyembahan tokoh-tokoh adalah ilmu, fiqh, hikmah dan kebenaran. Kemudian disembah orang-orang tidak salih yakni fussaq. Akhirnya disembah orang-orang jahil. Mereka menolak al-Quran dan al-Hadith demi mengikuti pendapat-pendapat para tokoh. Hingga orang yang tidak mengikuti tokoh mereka dianggap kafir atau bid’ah.

Para muqallid jahil itu mengajarkan syirik dan bid’ah atau menganggap syirik dan bid’ah itu baik, lalu mereka mentaati tokoh mereka itu dan mereka menyangka itulah ulama muslihun. Hakikatnya mereka itu mufsidun tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dalam parti-parti bid’ah, khasnya yang memakai nama Islam, tokoh2 dan pemimpin mereka didewakan. Maka muncul golongan yang membenci mereka dan menentang lalu menubuhkan parti baru. Parti kedua itu sesat seperti parti yang mereka tinggalkan.

Muncul juga para ilmuan yang mengkkrtiik secara ilmiah dan jujur, tetapi tidak mendapat respons yang baik dari ahli2 parti yang buta hati dan aqidah.

Aqidah Bid’ah.

Dalam parti bid’ah, tiada diajarkan aqidah yang sahih aqidah salaf sawj yakni Aqidah Nabi dan Sahabat. majoriti mereka bertaqlid buta, ramai yang tidak menuntut ilmu, redha dengan kejahilan,  dan ramai juga yang mengikut ideologi jahmiyyah muktazilah. Bagaimana mereka mahu mentahkim syariah, sedangkan dalam aqidah mereka tidak bertahkim kepada al-Quran, Hadith sahih dan ijma’? bahkan merujuk kepada falsafah asha’irah jahmiyyah ?

Ceramah dan kuliah hanya berlegar aqidah asas dan cetek, tidak dapat menyelamaatkan dari azab kubur dan Akhirat. Sedikit Sirah, yang diisi dengan cerita2 dan unsur2 politik kepartian ala jahiliyyah ‘asabiyyah.

Dakwah tawhid uluhiyyah, rububiyyah dan Asma’ wa SIfat cukup terabai dalam kalangan mereka. Kalau ada pun hanya sekadar sentuhan secara cetek dan rambang sepintas lalu.

Wala’ Batil.

Cinta dan wala’ mereka bukan kerana Allah, Rasul, Islam dan Sunnah. tetapi kerana parti. sesiapa yang mengikuti parti mereka , mereka cintai dan sanjungi walaupun orang itu sesat, rafidi, jahmiyy, fasiq atau musyrik.

Sesiapa yang tidak menyertai mereka, akan dianggap ‘bukan orang kita’ atau musuh. Musuh mereka dan musuh islam. ini adalah aqidah sesat dan kufr. Ini membuktikan aqidah harakiyyin adalah rosak. Mereka terlibat dengan kesesatan hizbiyyah (taksub dan penyembahan parti). Mereka mengajak kepada parti, bukan berdakwah kepada Allah dan Rasul, Islam , Tawhid dan Sunnah.

Ibadat Batil.

Pengikut parti beribadah tidak menepati sunnah kerana mrk tidak peduli sunnah. tidak mempelajari sunnah dengan serius, masa dan umur diahbiskan dengan program parti karut dan sia-sia. Solat mereka tidak menepati sunnah, zikir doa dan selawat mereka tidak menepati sunnah, sekadar mengikut ajaran lama orang dulu2.

Ahli parti tidak mempedulikan syirik2 dan bid’ah2. Dengan andaian bid’ah itu benda baik tidak salah yang mereka namakan  bid’ah hasanah.

Mereka meremehkan ilmu, ahli ilmu, syirik dan bid’ah tetapi merasakan mereka muslimin haqiqi dan calon syurga sebiji seperti golongan yahudi dan kristian. Mereka adalah ahli bid’ah tegar.

Beriman Kepada Demokrasi dan Pilihanraya. 

Ini syirik atau wasilah kepada syirik akbar. Program, aktiviti, kuliah, ceramah mereka hanyalah bermatlamatkan menang pilihanraya. Matlamat teragung hanyalah kerusi dan kuasa.

Bila ditanya mereka akan menjawab “kami tidak beriman kepada demokrasi barat tetapi demokrasi hanya alat dan wasilah.” Seperti orang yang beriman dengan pengharaman zina dan arak tetapi asyik berzina dan menunggang arak.  Mereka juga ada mencela jihad sebagaimana mereka mencela sunnah dan salafiyyah. Pilihanraya seolah mjd tuhan dan tujuan hidup. Sedangkan islam tidak dapat ditegakkan dengan pilhanraya bahkan dengan ilmu sahih, dakwah dan jihad.

Menyokong Fatwa Gila dan Syirik. 

Apabila ada pemimpin tertinggi mereka yang pro syiah, membela syiah, atau beraqidah syiah, mempertahankan syiah sebagai muslimin dan mazhab islam, masing2 bisu seolah mengiyakan fatwa gila pemimpin mereka. Pemimpin mereka dianggap sentiasa betul, tidak akan salah, suci dan bermaqam tinggi. Sedangkan fatwa itu jelas batil, kufr dan syirik. Fatwa irjaa’ yang ekstrem yakni jahmiyyah!!

Kesimpulan

Parti Isle dan harakiyyin bukanlah ahl sunnah bukan salafiyyah. Mereka bukan parti islam, bahkan ahli bid’ah murji’ah jahmiyyah yang wajib dijauhi.

 

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: