Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Mak Menghadapi Kematian Dua Anaknya

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana sedihnya hati emak melihat anak sulongnya (Abg Wahab) meninggal terlebih dahulu. Aku tahu mak sangat menyanyangi Abg Wahab, mungkin melebihi sayangnya kepada aku sendiri.

Kemudian belum sampai sebulan Abg Shukri pula meninggal kerana kemalangan. selepas mensolatkan jenazah abg shukri, Aku melihat betapa sedihnya emak. Wajah abg shukri tidak dibuka. Cuma emak telah sakit teruk, lumpuh dan tidak mampu bersuara untuk menangis, meraung dan meratap.

Sebelum itu mak telah puas menangis kerana pemergian Abah dan Kakak Fatimah.

Isnin Okt 2018 emak bertemu Tuhannya, membawa hati yang pilu, meninggalkan kami yang akan menyusulinya tidak lama lagi.

Pulang ke rumah mak, aku terasa kehilangan yang amat sangat, sunyi, dan kosong. Aku melihat katil emak, tongkat emak, kerusi emak, katil emak, baju emak…dan…dan

Aku teringat hampir segala kenakalanku, kemanjaan berlebihan dan segala ‘kemitian’ terhadap emak. Mungkin antara anak emak, aku lah yang paling kuat merajuk, dan paling banyak kemitian.

Semoga emak memaafkan segala kenakalan anaknya ini, semoga emak Norjannah Yunus menunggu kami di Pintu Jannah. Di sana, kita semua akan bertemu semula dan ketika itu tiada lagi sebarang kesedihan. In shaAllah.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: