Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Emak 2018

Ahad 21 Okt 2018 –  Dapat wasap famliy bahawa emak telah hampir bertemu Tuhannya. Nadinya telah berhenti. Aku mula merasa cemas yang amat sangat.

Isnin – emak dibawa masuk ke Hospital Gemas, kemudian Kuala Pilah lalu dipindahkan ke Hospital Segamat.

Tengahari aku mula bertolak bersama isteri dan 5 anak. Atiyyah tidak dapat kami bawa sekali kerana sedang menduduki peperiksaan. Isteriku mengambil Aishah dan Hasna di SK Felcra dan aku mengambil Kak Yong Alyaa di SABK al-Aziz Parit.

Dari Seri Iskandar Perak, aku memecut ke Gemas.

Jam 4 petang, dapat berita bahwa emak telah pun meninggal dunia. Aku memandu dengan penuh kesedihan , pilu dan kecewa sambil menyembunyikan airmata.

8.00 malam aku sampai ke rumah emak dan melihat orang ramai berkumpul di sekeliling jenazah emak. Aku sempat mengucup wajah emak yang tenang.

Aku mensolatkan jenazah emak dengan penuh kesungguhan agar emak dirahmatiNya dan diampunkan. Bersungguh dan berulang2 aku berdoa utk emak dalam solat. (Aku mjd imam walau ada imam masjid datang kerana berpegang bahawa di rumah, tuan rumah paling berhak menjadi imam. berbeza di masjid, imam masjid lbh utama mengiimamkan jenazah).

Selepas solat jenazah, aku menjamakkan solat maghrib dan isyak di depan jenazah emak.

Apabila sampai di kawasan perkuburan bersama Bg Did, Bg Jalit dan Pakcik Udin (adik emak), aku agak terperanjat kerana emak telah pun ditanam.

Di kubur emak, aku membaca satu ayat quran dan  dua hadith, kemudian berdoa untuk emak. sambil berdiri sebagaimana sunnah Nabi saw.

Terasa kesedihan yang teramat sangat kerana tidak sempat memenuhi hasrat emak yg meminta aku pulang melihatnya. Aku ada menelefon emak bulan lepas. “Baliklah Doy, baliklah Doy tengok emak,” kata emakku.

 

Aku tidak pulang kerana ingin bercuti bersama emak di rumah emak ketika cuti sekolah hujung tahun. Tetapi taqdirNYA mendahului segala rancangan hambaNYA.

Aku terbayang betapa sedihnya emak kerana aku tidak pulang melihatnya. Pastilah emak kecewa dan sedih, menahan rindu yg sarat kepada anak-anaknya yang kebanyakannya tinggal berjauhan darinya. Ditambah lagi kesedihan dengan kematian Abg Wahab (abg sulongku) dan Abg Shukri yang baru meninggal kerana kemalangan. Pastilah bertimpa2 kesedihan mak. Sebelum itu kakak Fatimah meninggal dan aku lihat emak menangis sehingga 6 bulan. Emak bersangatan menangisi kematian kakak Fatimah seperti mana menangisi pemergian Abah.

Semalam adalah tangisanku yang terakhir. Tetapi hari ini apabila membaca tulisan Abg Ad tentang emak, aku berduka kembali.

Raya Haji lepas aku diminta menjadi imam dan berkhutbah, tidak berjaya pulang ke gemas. Selepas itu ke Penang untuk Dawrah Aqidah. Setiap  hari menghantar dan mengambil anak ke sekolah yang agak jauh. Selain menyampaikan kuliah-kuliah. Rindu kepada emak hanya terpendam di dalam hati…

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: