Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “October 27, 2018”

Maafkan Diriku Emak

Aku rasa aku telah membanggakan emak kerana aku pelajar terbaik di kampung. Aku berjaya memilki ijazah dan Master.

Aku masih teringat ketika aku terbaring sakit tidak mampu berjalan, setiap kali berdiri aku rebah, emak menghantarku ke sekolah menaiki basikal demi menduduki peperiksaan. Begitu besar pengorbanan emak, dan beribu2 lagi yang tidak dapat aku hitung dan sebutkan.

Maafkan Doy mak kerana …

banyak merajuk ketika kecil

Banyak kemitian (gabenor)
banyak cerewet susahkan mak
Kadangkala ponteng tolong mak di sawah, walau banyak juga menanam padi, menyabit padi dan membanting padi masak bersama emak,
Tidak menjual petai emak,
banyak bulan tidak mengirim duit kepada emak
pernah sekali tidak sabar menunggu di klinik jempol,

tinggal berjauhan dari mak (tidak memenuhi cadangan emak agar mengajar di gemas dan mjd imam kampung)

tidak menziarahi mak selalu ketika mak sakit (kerana jauh, selalu sakit2, kurang berduit, selalu terlelap ketika memandu, sibuk mengajar dan menguruskan anak-anak)

Ya Allah, sampaikanlah tulisanku ini kepada emak, dan sampaikanlah salam ku kepada emak…

Mak Menghadapi Kematian Dua Anaknya

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana sedihnya hati emak melihat anak sulongnya (Abg Wahab) meninggal terlebih dahulu. Aku tahu mak sangat menyanyangi Abg Wahab, mungkin melebihi sayangnya kepada aku sendiri.

Kemudian belum sampai sebulan Abg Shukri pula meninggal kerana kemalangan. selepas mensolatkan jenazah abg shukri, Aku melihat betapa sedihnya emak. Wajah abg shukri tidak dibuka. Cuma emak telah sakit teruk, lumpuh dan tidak mampu bersuara untuk menangis, meraung dan meratap.

Sebelum itu mak telah puas menangis kerana pemergian Abah dan Kakak Fatimah.

Isnin Okt 2018 emak bertemu Tuhannya, membawa hati yang pilu, meninggalkan kami yang akan menyusulinya tidak lama lagi.

Pulang ke rumah mak, aku terasa kehilangan yang amat sangat, sunyi, dan kosong. Aku melihat katil emak, tongkat emak, kerusi emak, katil emak, baju emak…dan…dan

Aku teringat hampir segala kenakalanku, kemanjaan berlebihan dan segala ‘kemitian’ terhadap emak. Mungkin antara anak emak, aku lah yang paling kuat merajuk, dan paling banyak kemitian.

Semoga emak memaafkan segala kenakalan anaknya ini, semoga emak Norjannah Yunus menunggu kami di Pintu Jannah. Di sana, kita semua akan bertemu semula dan ketika itu tiada lagi sebarang kesedihan. In shaAllah.

Emak 2018

Ahad 21 Okt 2018 –ย  Dapat wasap famliy bahawa emak telah hampir bertemu Tuhannya. Nadinya telah berhenti. Aku mula merasa cemas yang amat sangat.

Isnin – emak dibawa masuk ke Hospital Gemas, kemudian Kuala Pilah lalu dipindahkan ke Hospital Segamat.

Tengahari aku mula bertolak bersama isteri dan 5 anak. Atiyyah tidak dapat kami bawa sekali kerana sedang menduduki peperiksaan. Isteriku mengambil Aishah dan Hasna di SK Felcra dan aku mengambil Kak Yong Alyaa di SABK al-Aziz Parit.

Dari Seri Iskandar Perak, aku memecut ke Gemas.

Jam 4 petang, dapat berita bahwa emak telah pun meninggal dunia. Aku memandu dengan penuh kesedihan , pilu dan kecewa sambil menyembunyikan airmata.

8.00 malam aku sampai ke rumah emak dan melihat orang ramai berkumpul di sekeliling jenazah emak. Aku sempat mengucup wajah emak yang tenang.

Aku mensolatkan jenazah emak dengan penuh kesungguhan agar emak dirahmatiNya dan diampunkan. Bersungguh dan berulang2 aku berdoa utk emak dalam solat. (Aku mjd imam walau ada imam masjid datang kerana berpegang bahawa di rumah, tuan rumah paling berhak menjadi imam. berbeza di masjid, imam masjid lbh utama mengiimamkan jenazah).

Selepas solat jenazah, aku menjamakkan solat maghrib dan isyak di depan jenazah emak.

Apabila sampai di kawasan perkuburan bersama Bg Did, Bg Jalit dan Pakcik Udin (adik emak), aku agak terperanjat kerana emak telah pun ditanam.

Di kubur emak, aku membaca satu ayat quran danย  dua hadith, kemudian berdoa untuk emak. sambil berdiri sebagaimana sunnah Nabi saw.

Terasa kesedihan yang teramat sangat kerana tidak sempat memenuhi hasrat emak yg meminta aku pulang melihatnya. Aku ada menelefon emak bulan lepas. “Baliklah Doy, baliklah Doy tengok emak,” kata emakku.

 

Aku tidak pulang kerana ingin bercuti bersama emak di rumah emak ketika cuti sekolah hujung tahun. Tetapi taqdirNYA mendahului segala rancangan hambaNYA.

Aku terbayang betapa sedihnya emak kerana aku tidak pulang melihatnya. Pastilah emak kecewa dan sedih, menahan rindu yg sarat kepada anak-anaknya yang kebanyakannya tinggal berjauhan darinya. Ditambah lagi kesedihan dengan kematian Abg Wahab (abg sulongku) dan Abg Shukri yang baru meninggal kerana kemalangan. Pastilah bertimpa2 kesedihan mak. Sebelum itu kakak Fatimah meninggal dan aku lihat emak menangis sehingga 6 bulan. Emak bersangatan menangisi kematian kakak Fatimah seperti mana menangisi pemergian Abah.

Semalam adalah tangisanku yang terakhir. Tetapi hari ini apabila membaca tulisan Abg Ad tentang emak, aku berduka kembali.

Raya Haji lepas aku diminta menjadi imam dan berkhutbah, tidak berjaya pulang ke gemas. Selepas itu ke Penang untuk Dawrah Aqidah. Setiapย  hari menghantar dan mengambil anak ke sekolah yang agak jauh. Selain menyampaikan kuliah-kuliah. Rindu kepada emak hanya terpendam di dalam hati…

Hukum Bacaan al-Quran selepas Pengebumian

Soalan

Salam ustaz. Dlm kitab Azkar, Ada sebut imam Syafie menganjur membaca ayat alquran juga Ibnu Umar … selepas jenazah ditanam. Selepas Doa baca 5 ayat pertama Dan 2 ayat terakhir Surah albaqarah
[10/27, ]

~Ustaz Abid Annuriyy: Jawapan๐Ÿ”ต

Ya, itu x sahih.
Ustaz Abid Annuriyy: Ibn amr tidak membaca al Quran, dia hanya menunggu kubur ayahnya beberapa waktu dengan byk berdoa
ู‚ุงู„ ุงู„ุงู…ุงู… ุงุจู† ุจุงุฒ ุŒ
ุงู„ุฌูˆุงุจ: ู‡ุฐุง ู„ูŠุณ ุนู„ูŠู‡ ุฏู„ูŠู„ ูˆู„ูˆ ุตุญ ุนู† ุงู„ุดุงูุนูŠ ุฅู† ุตุญ ุนู† ุงู„ุดุงูุนูŠ ูู„ูŠุณ ุนู„ูŠู‡ ุฏู„ูŠู„ุŒ ูˆุงู„ุตูˆุงุจ: ุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠุณุชุญุจุŒ ูˆุงู„ุดุงูุนูŠ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ุนู„ู…ุงุก ุงู„ู…ุนุฑูˆููŠู† ุจุงู„ุณู†ุฉ ูˆู„ูƒู† ูƒู„ ูŠุฎุทุฆ ูˆูŠุตูŠุจ ูƒู„ ุนุงู„ู… ู„ู‡ ุฃุฎุทุงุกุŒ ู…ุซู„ู…ุง ู‚ุงู„ ู…ุงู„ูƒ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡: ู…ุง ู…ู†ุง ุฅู„ุง ุฑุงุฏ ูˆู…ุฑุฏูˆุฏ ุนู„ูŠู‡ ุฅู„ุง ุตุงุญุจ ู‡ุฐุง ุงู„ู‚ุจุฑุŒ ูŠุนู†ูŠ: ุงู„ู†ุจูŠ ๏ทบุŒ ูˆุงู„ู†ุจูŠ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… ูŠู‚ูˆู„:ย ูƒู„ ุจู†ูŠ ุขุฏู… ุฎุทุงุก ูˆุฎูŠุฑ ุงู„ุฎุทุงุฆูŠู† ุงู„ุชูˆุงุจูˆู†ย ูู„ูŠุณ ุนู„ู‰ ุงู„ู‚ุฑุงุกุฉ ุนู†ุฏ ุงู„ู‚ุจุฑ ุฏู„ูŠู„ ูˆุงู„ุณู†ุฉ ุฃู† ู„ุง ูŠู‚ุฑุฃ ุนู†ุฏ ุงู„ู‚ุจูˆุฑ ูˆู„ูƒู† ูŠุฏุนู‰ ู„ู„ู…ูŠุช ุจุนุฏ ุงู„ุฏูู† ูƒุงู† ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุฅุฐุง ูุฑุบ ู…ู† ุฏูู† ุงู„ู…ูŠุช ูˆู‚ู ุนู„ูŠู‡ ูˆู‚ุงู„:ย ุงุณุชุบูุฑูˆุง ู„ุฃุฎูŠูƒู… ูˆุงุณุฃู„ูˆุง ู„ู‡ ุงู„ุชุซุจูŠุช ูุฅู†ู‡ ุงู„ุขู† ูŠุณุฃู„ย ูˆู„ู…ุง ุฒุงุฑ ู‚ุจุฑ ุฃู…ู‡ ุงุณุชุฃุฐู† ุฑุจู‡ ุฃู† ูŠุณุชุบูุฑ ู„ู‡ุง ูู„ู… ูŠุคุฐู† ู„ู‡ุŒ ูุฌู„ุณ ุนู†ุฏู‡ุง ูˆุจูƒู‰ ูˆุฃุจูƒู‰ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ู„ู…ุง ุญุตู„ ู…ู† ุงู„ู…ุตูŠุจุฉ ููŠ ุนุฏู… ุฅุฐู†ู‡ ู„ู‡ ุณุจุญุงู†ู‡ ููŠ ุงู„ุงุณุชุบูุงุฑ ู„ู‡ุง ูˆูƒุงู†ุช ู…ุงุชุช ููŠ ุงู„ุฌุงู‡ู„ูŠุฉ.
ูˆู„ู…ุง ุญุถุฑุช ุงู„ูˆูุงุฉ ุนู…ุฑูˆ ุจู† ุงู„ุนุงุตย ๏ดย ุฃูˆุตู‰ ุจู†ูŠู‡ ูˆู…ู† ูŠุญุถุฑ ู‚ุจุฑู‡ ุฃู† ูŠุฌู„ุณูˆุง ุนู†ุฏู‡ ู‚ุฏุฑ ุฌุฒูˆุฑ ู‚ุฏุฑ ู…ุง ุชู†ุญุฑ ุงู„ุฌุฒูˆุฑ ูˆูŠู‚ุณู… ู„ุญู…ู‡ุง ูƒูŠ ูŠุณุชุฃู†ุณ ุจู‡ู… ุญุชู‰ ูŠู†ุธุฑ ู…ุงุฐุง ูŠุฑุงุฌุน ุจู‡ ุฑุณู„ ุฑุจู‡. ูˆู‡ุฐุง ู‚ุงู„ู‡ ู…ู† ุงุฌุชู‡ุงุฏู‡ ูˆู„ูŠุณ ููŠ ู‡ุฐุง ู‚ุฑุงุกุฉ ุฅู†ู…ุง ู‚ุตุฏู‡ ุงู„ุฏุนุงุก ู„ู‡ ูˆุงู„ุชุฑุญู… ุนู„ูŠู‡.
ูˆุณู†ุฉ ุงู„ุฑุณูˆู„ ๏ทบ ุจูŠู†ุฉ ููŠ ู‡ุฐุง ูˆู‡ูŠ ุฃู†ู‡ ูŠุฏุนู‰ ู„ู‡ ุจุงู„ู…ุบูุฑุฉ ูˆุงู„ุซุจุงุชุŒ ุฃู…ุง ูƒูˆู†ู‡ ูŠุฌู„ุณูˆู† ู‚ุฏุฑ ู…ุง ุชู†ุญุฑ ุฌุฒูˆุฑ ูˆูŠู‚ุณู… ู„ุญู…ู‡ุง ูู‡ุฐุง ู…ู† ุงุฌุชู‡ุงุฏ ุนู…ุฑูˆ ูˆู„ูŠุณ ุนู„ูŠู‡ ุฏู„ูŠู„ุŒ ุฅู†ู…ุง ุงู„ู…ุดุฑูˆุน ุฃู† ูŠุฏุนู‰ ู„ู‡ ูˆูŠุณุชุบูุฑ ู„ู‡ ุงู„ู…ูŠุช ุงู„ู…ุณู„ู… ุจุนุฏ ุงู„ุฏูู† ู‡ุฐุง ู‡ูˆ ุงู„ู…ุดุฑูˆุน.
ุฃู…ุง ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุนู†ุฏู‡ ุณูˆุฑุฉ ุฃูˆ ุณูˆุฑ ุฃูˆ ุฎุชู… ุงู„ู‚ุฑุขู† ู‡ุฐุง ู„ูŠุณ ุนู„ูŠู‡ ุฏู„ูŠู„ ูˆุงู„ุฐูŠ ูŠู†ุจุบูŠ ุชุฑูƒู‡. ู†ุนู….
Riwayat dari ibn umar daif jiddan tidak sahih sanadnya
Adapun kitab, dan pendapat tokoh itu bkn hujjah agama, semua itu terdedah kpd betul dan salah
Agama itu adalah al Quran, hadith sahih dan ijma’ Sahabat.
Begitu juga pendapat Shafi’i, Ghazali atau nawawi bukanlah hujjah agama. Hanya Diterima apabila mereka mendatangkan dalil sahih
Manakala pendapat peribadi seseorang sahabat bukanlah hujjah syarak
Ijmak Sahabat adalah agama dan wajib diterima diikuti
Mana2 pendapat tokoh atau kitab yg tersalah tidak boleh diikuti.
Dlm hadith2 sahih, membaca al quran itu di rumah
Bukan semua yang ada dalam kitab itu sahih. Yang sahih ialah al Quran, hadith sahih dan ijma’ Sahabat yang ada dalam kitab tersebut.
Pendapat-pendapat peribadi para tokoh dalam kitab-kitab tidak semestinya sahih, mungkin betul dan mungkin salah. Pendapat yang tersalah tidak boleh diterima dan tidak boleh dipakai
Apabila hadith itu diriwayatkan dengan sanad sahih maka wajib menerimanya, dan meninggalkan pendapat manusia semuanya. Pendapat ulama sebesar mana sekalipun wajib ditinggalkan apabila bersalahan dengan hadith sahih.

Al-Imam al-Shafiei r.a. berkata,
ุฅูุฐูŽุง ูˆูŽุฌูŽุฏู’ุชูู…ู’ ูููŠ ูƒูุชูŽุงุจููŠู’ ุฎูู„ูŽุงููŽ ุณูู†ู‘ูŽุฉู ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู‚ููˆู’ู„ููˆู’ุง ุจูุณูู†ู‘ูŽุฉู ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูˆูŽุฏูŽุนููˆู’ุง ู…ูŽุง ู‚ูู„ู’ุชู. ูˆูŽูููŠู’ ุฑููˆูŽุงูŠูŽุฉู ููŽุงุชู‘ูŽุจูุนููˆู’ู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู„ู’ุชูŽููุชููˆู’ุง ุฅูู„ูŽู‰ ู‚ูŽูˆู’ู„ู ุฃูŽุญูŽุฏู. (ุงู„ู†ูˆูˆูŠ ููŠ ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน 1/63)
โ€œApabila kamu temui dalam kitab saya yang bersalahan dengan sunnah Rasulullah saw maka ambillah sunnah Rasulullah saw dan tinggalkan apa yang saya katakan. Ikutilah ia jangan kamu menoleh kepada pendapat sesiapa pun.โ€

Sesiapa yang mengikuti ulama dan umaraโ€™ yang menghalalkan yang haram atu mengharamkan yang halal sedangkan ia mengetahui ia bersalahan dengan sunnah, maka ia telah menyembah ulama atau umaraโ€™ tersebut. Ia menjadi musyrik.

Al-Imam al-Shafiei juga berkata,
ูƒูู„ู‘ู ู…ูŽุณู’ุฃูŽู„ูŽุฉู ุตูŽุญู‘ูŽ ูููŠู’ู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฎูŽุจูŽุฑู ุนู†ู’ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽู‚ู’ู„ู ุจูุฎูู„ูŽุงูู ู…ูŽุง ู‚ูู„ู’ุชู ููŽุฃูŽู†ูŽุง ุฑูŽุงุฌูุนูŒ ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ูููŠู’ ุญูŽูŠูŽุงุชููŠู’ ูˆูŽุจูŽุนู’ุฏูŽ ู…ูŽูˆู’ุชููŠู’. (ุฃุจูˆ ู†ุนูŠู… ููŠ ุงู„ุญู„ูŠุฉ 9/107)
โ€œSetiap masalah yang sahih padanya khabar (hadith) dari Rasulullah saw di sisi Ahl al-Naql (ahli hadith) menyalahi apa yang saya katakan, maka saya rujuk kembali darinya ketika saya hidup dan selepas kematian saya.โ€

~Ustaz Abid Annuriyy

Post Navigation