Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Allah Maha Tinggi di atas ‘Arash.

Di Mana Allah

1. Aqidah Sahih : Allah Di Atas Arasy.

Aqidah yang benar ialah mengakui dan mengimani bahawa Allah SWT Yang Maha Pemurah istiwa’ secara haqiqi di atas Arasy sebagaimana yang layak dengan kebesaranNya dan keagunganNya tanpa menyamai istiwa’ makhluk. Yang berada di setiap tempat ialah ilmuNya, kuasaNya, penglihatanNya dan pendengaranNya. Dia Maha Tinggi di atas langit yang ke tujuh.

Adapun Dia Allah SWT, maha tinggi di atas langit ketujuh dengan ZatNya dan SifatNya, istiwa’ di atas arasy seperti yang layak dengan keagunganNya dan kebesaranNya. Inilah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sepertimana yang sabit dalam al-Quran dan al-Hadith. Selain ini adalah batil dan munkar.

2. ‘Allah Wujud Di Setiap Tempat’ Slogan Kufr dan Syirik.

Falsafah sesat jahmiyyah mu’tazilah ahli kalam yang bid’ah, iaitu kepercayaan ‘Allah itu di setiap tempat’ (wujuduhu fi kulli makaan), yakni ZatNya di setiap tempat. Keyakinan batil ini tiada dalilnya dalam al-Quran dan al-Hadith. Pemikiran ini sangatlah batil dan kufr kerana melazimkan Tuhan itu berada di setiap tempat-tempat kotor dan najis, di gunung-ganang, dalam perut manusia dan binatang, di dalam laut dan sungai-sungai. Juga kerana bermakna Allah itu sebahagian dari makhluk atau alam, dan alam atau makhluk bersatu dengan Allah! Ini falsafah syirik.

Dengan i’tiqad batil seperti ini terhasillah fahaman sesat hulul, ittihad dan wahdatul wujud iaitu Allah bersatu dengan alam! Yang jelas, sesuatu yang ada di setiap tempat ialah udara! Maha suci Allah dari khayalan ahli bid’ah, kafir musyrik dan dari sifat-sifat kelemahan dan kekurangan yang sangat tercela. Mengatakan Allah sebahagian dari alam atau makhluk adalah kufur sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zukhruf ayat 15,

وَجَعَلُوا لَهُ مِنْ عِبَادِهِ جُزْءًا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَكَفُورٌ مُبِينٌ
“Dan mereka menjadikan bagiNya sebahagian dari hamba-hambaNya (makhlukNya), sesungguhnya manusia itu sangat kafir dengan jelas (kepada Allah).” (surah al-Zukhruf ayat 15)
Sesiapa yang mengatakan ‘Allah di setiap tempat’ maka ia tidak beriman, bahkan kafir murtad terkeluar dari islam.

3. ‘Wujud Tanpa Tempat’ Slogan Atheis dan Syirik.
Falsafah sesat jahmiyyah mu’tazilah mutakhir, rawafidh dan pengikut mereka menyatakan “wujuduhu bila makaan” (Allah wujud tanpa bertempat), tidak ada di mana-mana, tidak di dalam alam atau di luar alam, tidak di atas dan tidak di bawah. Tidak kanan tidak kiri tidak di depan tidak di belakang. Ini hakikatnya menafikan kewujudan Allah!

Ini dicuri dari falsafah ‘aqliyyah semata-mata. Aqidah sesat dan falsafah syirik Aristotle ini diikuti dan dianuti oleh Ahli Kalam. Aqidah seperti ini tiada dalilnya dalam al-Quran, al-Hadith dan tiada dalam Kalam Salaf. Ini adalah falsafah Plato, Aristotle yang batil, bid’ah, sesat lagi menyesatkan lalu dicedok oleh ahli kalam yang menisbahkan diri mereka kepada muslimin (seperti al-Kindi) yang lemah dan keliru. Falsafah Allah tidak bertempat ditemui dalam kitab-kitab syiah rawafidh. Lalu dicuri oleh Asha’irah Maturidiyyah.

Akibatnya, penganut aqidah seperti ini tidak merasai kewujudan Allah dalam hati dan dirinya kerana Tuhan seperti tiada! Sehingga akhirnya hilang rasa kewujudanNya, rasa takut kepadaNya, tiada ‘ubudiyyah, tiada muraqabah, tiada ikhlas, lemahlah amalan salih, jiwa tidak kuat lagi meninggalkan munkar dan melakukan perintah-perintah dan amalan-amalan salih.

Mereka juga kebingungan tidak tahu di mana Tuhan mereka dan gagal mengenaliNya. Sesiapa yang meyakini keyakinan batil ini maka ia telah menyamakan Allah dengan al-ma’dum (sesuatu yang tiada), al-manqus dan al-jamad (benda mati). Sesiapa yang mengatakan ‘Allah tidak bertempat’ maka ia tidak beriman kepada Allah, bahkan menjadi kafir murtad terkeluar dari islam.

4. “Allah di dalam hati.” Ini kalimah kufur dan karut seolah Allah itu kecil, duduk di dalam hati manusia. Ini syirik.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: