Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “September 7, 2018”

4 Ustaz Palsu

Terdapat agamawan atau ustaz palsu yang tidak harus diambil ilmu darinya walau ia salih, pandai berceramah, menzahirkan sikap lemah lembut, suka menangis, berserban , berjubah berjanggut. dan rajin beribadah.

Al-Imam Malik ibn Anas rahimahullah berkata,

لَا يُؤْخَذُ الْعِلْمُ عَنْ أَرْبَعَةٍ: سَفِيْهٍ مُعلِنِ السَّفَهِ ، وَصَاحِبِ هَوًى يَدْعُو إِلَيْهِ ، وَرَجُلٍ مَعْرُوْفٍ بِالْكَذِبِ فِيْ أَحاَدِيْثِ النَّاسِ وَإِنْ كَانَ لَا يَكْذِبُ عَلَى الرَّسُوْل صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَرَجُلٍ لَهُ فَضْلٌ وَصَلَاحٌ لَا يَعْرِفُ مَا يُحَدِّثُ بِهِ

“Ilmu tidak boleh diambil dari empat orang iaitu

1.orang bodoh yang nyata kebodohannya,

2.sahib hawa (pengikut hawa nafsu lagi bid’ah) yang mengajak agar orang lain mengikuti hawa nafsunya, seperti berfahaman jahmiyyah asha’irah, khawarij, syiah, murjiah, dll

3.orang yang dikenal berdusta dalam pembicaraan-pembicaraannya dengan manusia, walaupun dia tidak pernah berdusta atas (nama) Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam,

4.seorang yang mulia dan salih yang tidak mengetahui hadith yang dia sampaikan.” (Ibn ‘Abd al-Barr, Jami’ Bayan al-‘Ilmi, hlm. 348). yakni menzahirkan warak, ibadah dan bersifat baik dan pemurah cthnya tetapi tidak mengetahui sahih dan daif, tidak mengetahui maksud sahih akan hadith2 yang disampaikannya.

Allah Maha Tinggi di atas ‘Arash.

Di Mana Allah

1. Aqidah Sahih : Allah Di Atas Arasy.

Aqidah yang benar ialah mengakui dan mengimani bahawa Allah SWT Yang Maha Pemurah istiwa’ secara haqiqi di atas Arasy sebagaimana yang layak dengan kebesaranNya dan keagunganNya tanpa menyamai istiwa’ makhluk. Yang berada di setiap tempat ialah ilmuNya, kuasaNya, penglihatanNya dan pendengaranNya. Dia Maha Tinggi di atas langit yang ke tujuh.

Adapun Dia Allah SWT, maha tinggi di atas langit ketujuh dengan ZatNya dan SifatNya, istiwa’ di atas arasy seperti yang layak dengan keagunganNya dan kebesaranNya. Inilah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sepertimana yang sabit dalam al-Quran dan al-Hadith. Selain ini adalah batil dan munkar.

2. ‘Allah Wujud Di Setiap Tempat’ Slogan Kufr dan Syirik.

Falsafah sesat jahmiyyah mu’tazilah ahli kalam yang bid’ah, iaitu kepercayaan ‘Allah itu di setiap tempat’ (wujuduhu fi kulli makaan), yakni ZatNya di setiap tempat. Keyakinan batil ini tiada dalilnya dalam al-Quran dan al-Hadith. Pemikiran ini sangatlah batil dan kufr kerana melazimkan Tuhan itu berada di setiap tempat-tempat kotor dan najis, di gunung-ganang, dalam perut manusia dan binatang, di dalam laut dan sungai-sungai. Juga kerana bermakna Allah itu sebahagian dari makhluk atau alam, dan alam atau makhluk bersatu dengan Allah! Ini falsafah syirik.

Dengan i’tiqad batil seperti ini terhasillah fahaman sesat hulul, ittihad dan wahdatul wujud iaitu Allah bersatu dengan alam! Yang jelas, sesuatu yang ada di setiap tempat ialah udara! Maha suci Allah dari khayalan ahli bid’ah, kafir musyrik dan dari sifat-sifat kelemahan dan kekurangan yang sangat tercela. Mengatakan Allah sebahagian dari alam atau makhluk adalah kufur sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zukhruf ayat 15,

وَجَعَلُوا لَهُ مِنْ عِبَادِهِ جُزْءًا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَكَفُورٌ مُبِينٌ
“Dan mereka menjadikan bagiNya sebahagian dari hamba-hambaNya (makhlukNya), sesungguhnya manusia itu sangat kafir dengan jelas (kepada Allah).” (surah al-Zukhruf ayat 15)
Sesiapa yang mengatakan ‘Allah di setiap tempat’ maka ia tidak beriman, bahkan kafir murtad terkeluar dari islam.

3. ‘Wujud Tanpa Tempat’ Slogan Atheis dan Syirik.
Falsafah sesat jahmiyyah mu’tazilah mutakhir, rawafidh dan pengikut mereka menyatakan “wujuduhu bila makaan” (Allah wujud tanpa bertempat), tidak ada di mana-mana, tidak di dalam alam atau di luar alam, tidak di atas dan tidak di bawah. Tidak kanan tidak kiri tidak di depan tidak di belakang. Ini hakikatnya menafikan kewujudan Allah!

Ini dicuri dari falsafah ‘aqliyyah semata-mata. Aqidah sesat dan falsafah syirik Aristotle ini diikuti dan dianuti oleh Ahli Kalam. Aqidah seperti ini tiada dalilnya dalam al-Quran, al-Hadith dan tiada dalam Kalam Salaf. Ini adalah falsafah Plato, Aristotle yang batil, bid’ah, sesat lagi menyesatkan lalu dicedok oleh ahli kalam yang menisbahkan diri mereka kepada muslimin (seperti al-Kindi) yang lemah dan keliru. Falsafah Allah tidak bertempat ditemui dalam kitab-kitab syiah rawafidh. Lalu dicuri oleh Asha’irah Maturidiyyah.

Akibatnya, penganut aqidah seperti ini tidak merasai kewujudan Allah dalam hati dan dirinya kerana Tuhan seperti tiada! Sehingga akhirnya hilang rasa kewujudanNya, rasa takut kepadaNya, tiada ‘ubudiyyah, tiada muraqabah, tiada ikhlas, lemahlah amalan salih, jiwa tidak kuat lagi meninggalkan munkar dan melakukan perintah-perintah dan amalan-amalan salih.

Mereka juga kebingungan tidak tahu di mana Tuhan mereka dan gagal mengenaliNya. Sesiapa yang meyakini keyakinan batil ini maka ia telah menyamakan Allah dengan al-ma’dum (sesuatu yang tiada), al-manqus dan al-jamad (benda mati). Sesiapa yang mengatakan ‘Allah tidak bertempat’ maka ia tidak beriman kepada Allah, bahkan menjadi kafir murtad terkeluar dari islam.

4. “Allah di dalam hati.” Ini kalimah kufur dan karut seolah Allah itu kecil, duduk di dalam hati manusia. Ini syirik.

Penipuan Pengajian Bersanad

Cara yang benar menuntut ilmu agama ialah

1.guru mestilah alim, hafiz sekiranya boleh, bertaqwa yakni beraqidah salaf
salafi sunni, Ilmu agama mesti diambil dari ahlinya. Bukan sebarangan.

2.Kitab atau silibus mestilah al-QUran, Hadith dan Fiqh Sunnah, Manhaj Salaf, iaitu silibus yang betul. Ini kerana guru dan silibus yang salah akan menyesatkan.

Tetapi hari ini puak-puak bid’ah mengatakan ilmu mereka bersanad, ilmu orang lain tidak bersanad. Sanad yg mrk maksudkan ialah mesti berguru dengan guru2 mrk yg jahil dan bid’ah itu.

Dilihat guru2 yg mendakwa diri mrk bersanad bukanlah ilmuan. Hanya ustaz jadi jadian, tiada pengajian arab, syariah dan agama secara formal. Bahkan di kalangan mrk aramai yg merupakan pendakyah syirik. Buku2 yg diajarkan adalah buku2 sufi sesat dan aqidah muktazilah. Itulah ilmu bersanad menurut mrk. AWas!

 

Sahabat kami al-Fadil Idris Sulayman menulis,

 

BELAJAR PERLU BERSANAD?

Ini adalah kalam batil yang berdiri atas dakwaan tanpa bukti dan hujah.

Sedangkan Allah berfirman,

“Tanyalah Ahli Zikir (ulama) jika kamu tidak tahu.”

Seorang Muslim diperintahkan bertanya dan menuntut ilmu daripada sesiapa sahaja yang dilihat berilmu yang boleh menerangkan kepadanya kebenaran yang berteraskan kepada Al-Quran dan Hadis menurut kefahaman Salaf As-Soleh.

Tidak lebih daripada itu.

Mana datang syarat “perlu bersanad”?

Sanad apakah yang dimaksudkan di sini?

Jika subjek hadis, ya, kita maklum perlu ada sanadnya yang bersambung dan terdiri daripada perawi yang tepat dan dipercayai, sehingga sampai kepada Rasulullah.

Ini hadis.

Tetapi dalam subjek lain, apa relevan sanad tersebut?

Contohnya kita mahu belajar kitab Bulugh Al-Maram karangan Al-Hafiz Ibnu Hajar. Apakah perlu memilih guru yang mempunyai rangkaian sanad bersambung sampai ke Ibnu Hajar?

Apakah dengan sanad tersebut maka terjaminlah ilmu yang kita ingin pelajari daripada kitab Bulughul Maram itu?

Di sini kita katakan, betapa celarunya pemikiran golongan yang menitik beratkan sanad ini. Mereka menekankan sesuatu yang tidak relevan dan dalam masa yang sama mengabaikan aspek yang sangat penting dalam menuntut ilmu iaitu:

Akidah dan Manhaj si guru itu.

Sedangkan ini yang dipesan oleh ulama Salaf semisal Ibnu Sirin (wafat 110H) yang berkata:

“Sungguh ilmu ini adalah Agama, maka lihatlah daripada siapa kamu menuntut ilmu.”

Pastikan guru itu mempunyai akidah dan manhaj yang lurus berdiri di atas Manhaj Salaf.

Bukan guru yang bermanhaj khalaf yang mengajak kepada ilmu kalam, taklid mazhab, mengajak kepada penyembahan kubur, berzikir tari menari, kepartian, aliran Ikhwani, Tablighi, Sufi dan seumpamanya.

Ini yang perlu diutamakan.

Bukan hal sanad tak sanad yang tidak memberi apa-apa faedah atau apa-apa kelebihan. Malah, kebanyakan yang mendakwa sanad pada hari ini hanya dakwaan semata-mata yang tidak lagi boleh dibuktikan sejauh mana ia bersambung dan sejauh mana boleh dipercayai individu-individu dalam rangkaian sanad tersebut.

Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang teguh melazimi Manhaj Salaf dalam menuntut ilmu.

– Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

Post Navigation