Cara Berdoa Untuk Ahli Kubur
Soalan
Bagaimana berdoa untuk penghuni kubur? Adakah berdoa untuk mereka dengan mengangkat tangan atau tidak?
Jawapan.
Memasuki kawsan perkuburan hendaklah menanggalkan selipar atau kasut. dan memberi salam sebagaimana sabit dalam hadith2 sahih.
Berniat untuk mengingati Akhirat.
Nabi saw pernah menziarahi Perkuburan Baqi’ berdoa untuk para sahabat di Baqi’, baginda mengangkat dua tangan baginda.
Tetapi ketika selepas pengebumian, tiada riwayat hadith menjelaskan bahawa mereka berdoa dengan mengangkat tangan. Allahu a’lam.