Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “September 6, 2018”

Khiyar al-Ummah

Terdapat golongan terbaik dari kalangan asatizah tetapi mempunyai syubuhat, syirik khafi dan bid’ah-bid’ah.

Antara nya ialah

1.guru-guru hadith yang mempunyai pemikiran liberal dan deobandiyyah jahmiyyah asha’irah maturidiyyah.

2.Puak nadawi yang ghuluww dengan tasawwuf batiniyyah spt mengamalkan rabitah ruhiyyah mebanyang wajah tokoh dan guru ketika berzikir.

3.Golongan hadith dan fiqh sunnah yg masih mempunyai saki baki pemikiran muktazilah, spt mengatakan hadith ahad bukan hujjah aqidah dan tidak qat’ei. Mrk itu agak jauh dari aqidah sunnah dan salafiyyah.

 

4.Golongan cergas yang mendakwahkan fiqh sunnah tetapi melakukan penipuan biodata dengan mengaku ustaz. Ini golongan yang tidak mempunyai pengajian islam dan syariah secara formal dan tinggi.

Syarat Pengabulan Doa

1.Ikhlas kepada Allah, tiada syirik kepadaNYA, tiada riya’ dan sum’ah. Tiada Bid’ah dan rekaan.

2.Menghinakana diri kepada Allah (Taddaru’) dan takut kepadaNYA serta dengan suara perlahan. Dalam keadaan takut dan harap.

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ} إلى قوله تعالى‏:‏ ‏{‏وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ} ‏[‏الأعراف‏:‏ 55، 56‏]‏‏.‏

3.Memakan yang halal, minum dan pakaian halal.

4.Melaksanakan kewajipan amr ma’ruf dan nahi munkar.

5.Iqbal al-qalb ‘ala Allah (hadir hati) dan yaqin Allah akan mengabulkan. Tidak berdoa dalam keadaan bosan , lesu, mengantuk, lalai atau malas.

6.Tidak berdoa meminta perkara dosa atau pemutusan silaturahim.

 

هذا؛ والدعاء أمره عظيم، ولهذا يقول سبحانه وتعالى‏:‏ ‏{‏وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ‏} ‏[‏غافر‏:‏ 60‏]‏‏.

Banyak Berdoa Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari mustajab doa. Hendaklah setiap muslim dan muslimah membanyakkan doa pada Hari Jumaat.

Pertama, bermula ketika imam naik minbar hinggalah selesai solat Jum’at, berdasarkan hadith,

هي ما بين أن يجلس الإمام إلى أن تقضى الصلاة

“Waktu tersebut adalah ketika imam naik mimbar sampai solat Juma’at selesai” (HR Muslim, 853 dari Abu Musa al-Ash’ari radhiallahu ’anhu).

Ini dipilih oleh Imam Muslim, Bayhaqi, Ibn al-Arabi, al-Qurtubi dan An Nawawi.

Kedua, yaitu setelah ashar hinggalh terbenamnya matahari. Berdasarkan hadits:

يوم الجمعة ثنتا عشرة يريد ساعة لا يوجد مسلم يسأل الله عز وجل شيئا إلا أتاه الله عز وجل فالتمسوها آخر ساعة بعد العصر

“Dalam 12 jam hari Jum’at ada satu waktu, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan. Carilah waktu itu di waktu setelah ashar” (HR. Abu Dawud, no.1048 dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ’anhu. Dishahihkan Al Albani di Shahih Abi Daud). Pendapat ini dipilih oleh At Tirmidzi, dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah. Pendapat ini yang lebih masyhur di kalangan para ulama.

Ketiga, setelah ashar, iaitu akhir-akhir hari Jum’at. Ini didasari oleh riwayat dari Abi Salamah. Ishaq bin Rahawaih, At Thurthusi, Ibnul Zamlakani menguatkan pendapat ini.

Ini pilihan Ibnu Hajar iaitu menggabungkan semua pendapat yang ada. Ibnu ‘Abdil Barr berkata: “Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan”. Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Jum’at tidak pada beberapa waktu tertentu saja. Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Ibnu ‘Abdil Barr.

Mustajab Doa Ketika turun hujan.

Hujan adalah nikmat Allah Ta’ala. Oleh kerana itu tidak boleh mencelanya. Sebagian orang merasa jengkel dengan turunnya hujan, padahal yang menurunkan hujan tidak lain adalah Allah Ta’ala. Oleh karena itu, daripada tenggelam dalam rasa jengkel lebih baik memanfaatkan waktu hujan dengan berdoa.

 

ثنتان ما تردان : الدعاء عند النداء ، و تحت المطر

Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078)

Tidak Disyariatkan Berdoa Selepas Solat

Berdoa selepas solat fardhu adalah tidak sunnah, tidak dilakukan Nabi dan Sahabat. Ia tidak diwajibkan dan tidak juga disunatkan, sama ada doa sendirian atau atau doa berjemaah. ia adalah bid’ah.

Ini kerana telah dianjurkan berdoa ketika

1. Ketika adzan berkumandang.
Selain dianjurkan untuk menjawab adzan dengan lafazh yang sama, waktu adzan dikumandangkan juga termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah sallallahu ’alayhi sasallam bersabda:

ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا

“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya iaitu ketika adzan berkumandang dan ketika perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR Abu Dawud, 2540, Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Nata’ij al-Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”)

2. Antara azan dan iqamah.
Waktu antara adzan dan iqamah adalah juga merupakan waktu yang dianjurkan untuk berdoa, berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam:

الدعاء لا يرد بين الأذان والإقامة

“Doa antara adzan dan iqamah tidak ditolak” (HR. Tirmidzi, 212, ia berkata: “Hasan Shahih”)

Dengan demikian jelaslah bahwa amalan yang dianjurkan antara adzan dan iqamah adalah berdoa, bukan shalawatan, atau membaca murattal dengan suara keras, misalnya dengan menggunakan mikrofon. Selain tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, amalan-amalan tersebut dapat mengganggu orang yang berdzikir atau sedang shalat sunnah. Padahal Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,

لا إن كلكم مناج ربه فلا يؤذين بعضكم بعضا ولا يرفع بعضكم على بعض في القراءة أو قال في الصلاة

“Ketahuilah, kalian semua sedang bermunajat kepada Allah, maka janganlah saling mengganggu satu sama lain. Janganlah kalian mengeraskan suara dalam membaca Al Qur’an,’ atau beliau berkata, ‘Dalam shalat’,” (HR. Abu Daud no.1332, Ahmad, 430, dishahihkan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Nata-ijul Afkar, 2/16).

Selain itu, orang yang shalawatan atau membaca Al Qur’an dengan suara keras di waktu jeda ini, telah meninggalkan amalan yang di anjurkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, yaitu berdoa. Padahal ini adalah kesempatan yang bagus untuk memohon kepada Allah segala sesuatu yang ia inginkan. Sungguh merugi jika ia melewatkannya.

3. Ketika sujud dalam shalat.

Yakni dalam setiap sujud.

Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد . فأكثروا الدعا

“Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu” (HR. Muslim, no.482)

4. Ketika sebelum salam dalam solat fardhu.
Rasulullah sallallahu ’alayhi wa sallam bersabda:

قيل يا رسول الله صلى الله عليه وسلم أي الدعاء أسمع قال جوف الليل الآخر ودبر الصلوات المكتوبات

“Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, kapan doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Diakhir malam dan diakhir shalat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499)

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud ‘akhir shalat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada salat wajib.

 

Imam dan Ahli Fiqh masa kini, Shaykh Ibnu ‘Uthaymin rahimahullah berkata:

“Adakah berdoa setelah solat itu disyariatkan atau tidak? Jawabannya: tidak disyariatkan, kerana Allah Ta’ala berfirman:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ

“Jika engkau selesai shalat, berdzikirlah menyebut nama Allah…” (An Nisa: 103). Allah berfirman ‘berdzikirlah’, bukan ‘berdoalah’. Maka setelah shalat bukanlah waktu untuk berdoa, melainkan sebelum salam.”    (Fatawa Ibnu Utsaimin, 15/216).

Namun kebanyakan kaum muslimin merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada shalat wajib yang sebenarnya tidak disyariatkan, kemudian meninggalkan waktu-waktu mustajab yang disyariatkan iaitu diantara adzan dan iqamah, ketika adzan, ketika sujud dan sebelum salam.

 

Cara Berdoa Untuk Ahli Kubur

Soalan

Bagaimana berdoa untuk penghuni kubur? Adakah berdoa untuk mereka dengan mengangkat tangan atau tidak?

Jawapan.

Memasuki kawsan perkuburan hendaklah menanggalkan selipar atau kasut. dan memberi salam sebagaimana sabit dalam hadith2 sahih.

Berniat untuk mengingati Akhirat.

Nabi saw pernah menziarahi Perkuburan Baqi’ berdoa untuk para sahabat di Baqi’, baginda mengangkat dua tangan baginda.
Tetapi ketika selepas pengebumian, tiada riwayat hadith menjelaskan bahawa mereka berdoa dengan mengangkat tangan. Allahu a’lam.

Golongan Paling Rugi dan Tertipu

ومنهم – وهو أشد الأنواع خطراً من عمل بالتوحيد، لكن لم يعرف قدره، ولم يبغض من تركه، ولم يكفرهم.

 

Dari kalangan golongan yang menyalahi para rasul itu, ada satu golongan paling bahaya iaitu orang bertawhid tetapi tidak mengetahui kebesaran dan nilainya, tidak membenci orang yang meninggalkan tawhid dan tidak mengkafirkan mereka.

al-Imam Muhammad ibn Sulayman al-Tamimi.

Durar Saniyyah, 2,22.

Post Navigation