Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “September 4, 2018”

Antara Doa Sahih Terbaik

Doa Yang Sahih.

((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ، وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ، وَالْبُخْلِ، وَالْهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ، اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا. أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا))([1]).
Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung denganMU dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, bakhil, tua nyanyuk, dan azab kubur.
Ya Allah, berilah (ilhamkanlah) diriku ketaqwaannya dan bersihkanlah ia, Engkau lah sebaik-baik yang membersihkannya, Engkaulah pelindungnya dan pembelanya.
Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari jiwa yang tidak kenyang dan dari doa yang tidak dimakbulkan. (Sahih Muslim dari Zayd ibn Arqam).
المفردات:
زكَّاها: أي طهرها.
فيه حرص الصحابة على نقل ألفاظ الحديث بكل دقة وأمانة كما سمعوها رضى الله عنهم اجمعين من النبي صلى الله عليه وسلم ، دون زيادة ولا نقصان دلالة على عدالتهم وصدقهم في القول والإخبار .
Para sahabat bersungguh-sungguh menukilkan lafaz-lafaz hadith dengan tepat dan amanah sebagaimana yang mereka dengar dari Rasulullah saw, semoga Allah ridha kepada mereka semuanya, tanpa penambahan dan pengurangan, bukti keadilan mereka dan kejujuran mereka dalam kata-kata dan pengkhabaran.
الشرح:
قوله: (اللَّهم آت نفسي تقواها): فيه طلب من اللَّه تعالى أن يعطيه تقوى النفس بأن يحرزها عن متابعة الهوى، وارتكاب الفجور، والفواحش.
Sabdanya, “…Ya Allah, berilah (ilhamkanlah) diriku ketaqwaannya…”. Di dalamnya ada permintaan dari Allah Taala agar memberikannya taqwa hati dengan menghalangnya dari mengikuti hawa nafsu, melakukan syirik, fujur dan pelbagai kekejian.
قوله: (وزكِّها أنت خير من زكَّاها): أي طهِّر نفسي من خلق ذميم، ومن كل عيب وذنب؛ لأنك ((أنت خير من زكاها)): أي لا مُزكّي لها إلا أنت، فإنك تطهر النفوس فتصبح طاهرة طيبة بمقتضى حكمتك ومشيئتك، وسعة علمك لمن استحق ذلك.
Sabdanya, “…dan bersihkanlah ia, Engkau lah sebaik-baik yang membersihkannya…” Yakni sucikanlah hatiku atau diriku dari akhlak buruk, dan dari segala aib dan dosa. Kerana “…Engkau sebaik-baik yang mensucikannya …” yakni tiada yang mensucikannya melainkan Engkau,
قوله: (أنت وليها ومولاها): وهذا استئناف على بيان الموجب، وأن إيتاء التقوى، وتصليح التزكية فيها، إنما كان لأنه هو المتولي لأمرها، وربها وسيدها ومالكها .
Sabdanya, “…Engkaulah pengurusnya dan pelindungnya,…” sesungguhnya memberikan taqwa , mencantikkan tazkiyah di dalamnya hanyalah kerana DIA sendiri yang mengurus urusannya, penciptanya, penguasanya dan pemiliknya.
قوله: (اللَّهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع): علم لا أعمل به، ولا أعمله، ولا يبدل أخلاقي وأقوالي لقلة الإخلاص، أو من رياء وسمعة، أو علم لا يحتاج إليه.
Sabdanya, “…Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, …” iaitu Ilmu yang saya tidak beramal dengannya, tidak memahaminya, tidak mengubah akhlakku dan kata-kataku kerana sedikitnya ikhlas, atau kerana riya’, sum’ah, atau ilmu yang tidak diperlukan.
قوله: (ومن قلب لا يخشع): لقساوته؛ لا يتأثر بالمواعظ، وبالزواجر، ولا بالنصائح، وفي قرن الاستعاذة من علم لا ينفع بالقلب الذي لا يخشع، إشارة إلى أن العلم النافع ما أورث الخشوع للَّه تعالى.
Sabdanya, “…dari hati yang tidak khusyu’,…” kerana kekerasannya, tidak terkesan dengan peringatan-peringatan menakutkan, ancaman-ancaman, nasihat-naishat, gabungan antara meminta perlinungan dari ilmu yang tidak bermanfaat dengan hati yang tidak khusyu’ adalah isyarat kepada ilmu bermanfaat menghasilkan khusyu’ kepada Allah. (khashyah wa ta’ah).

قوله: (ومن نفس لا تشبع): من جمع حطام الدنيا، ولا تقنع بما أتيتها من فضلك، ولا تفتر عن الجمع، ويدخل كذلك بالنهمة، وهي كثرة الأكل، والطعام دون شبع .
Sabdanya, “…dan dari jiwa yang tidak kenyang…” dari mengumpul harta dunia, tidak qanaah (puas dan syukur) dengan yang Engkau berikn dari kurniaanMU, tidak lesu mengumpul. Ini termasuk lah rakus tamak haloba, lahap makan banyak, makan-makan tanpa kenyang.
قوله: (ومن دعوة لا يستجاب لها): لفقدها شروط الاستجابة، أو لسوء بالداعي([2]), أو لعدم حسن ظنه بربه بالإجابة، أو دعوةٍ لا يحبها اللَّه لما فيها من سوء أو قطيعة رحم؛ فإن اللَّه تعالى سميع قريب مجيب كريم، لا يردُّ من دعاه لسعة كرمه وجوده وقربه من سائليه، فمن رُدَّ دعاؤه فقد خاب وخسر، والعياذ باللَّه، ومنع من خير الأبواب التي لا تغلق إلا على شقِيٍّ. ودلّ هذا الدعاء المبارك على أهمية التوسل بصفات اللَّه تعالى، ومنها صفة التزكية الفعلية (وزكها أنت خير من زكاها). فإن التوسل بصفات اللَّه تعالى وأسمائه أرجى في قبول الدعاء، ورفعه إلى ربّ الأرض والسماء .
Sabdanya “…dan dari doa yang tidak dimakbulkan.”, kerana ketiadan syarat-syarat pengabulan atau kerana buruknya yang berdoa, atau kerana buruk sangkanya kepada Tuhannya, atau doa itu tidak disukai Allah kerana di dalamnya ada kejahatan atau pemutusan hubungan rahim, sesungguhnya Allah itu maha mendengar, maha dekat, maha mengabulkan doa dan maha pemurah, tidak menolak doa sesiapa yang berdoa kepadaNYA kerana keluasan kemurahanNya, dan dekatnya DIA kepada para pemintaNYA.

Maka sesiapa yang ditolak doanya ia kecewa dan rugi dan dihalang dari kebaikan pintu-pintuNya yang tidak ditutup melainkan ke atas orang yang celaka.

Doa yang barakah ini juga menunjukkan kepentingan bertawassul dengan sifat-sifat Allah yang maha tinggi, antaranya sifat tazkiyah, “…anta khayru man zakkaha…”. Tawassul dengan sifat-sifat Allah dan Nama-namaNYA lebih diharap untuk dikabulkan doa, dan diangkat kepada Pencipta langit dan bumi.

Antara doa terbaik ialah meminta al-huda (hidayah aqidah yang sahih, amal salih yang menepati Sunnah), meminta taqwa, al-‘afaf dan al-ghina atau meminta ilmu bermanfaat dan ‘ibadah maqbulah dan rezeki halal. Keampunan doa dan syurgaNYA, keselamatan dari azab kubur, azab api neraka jahannam, fitnah dunia, dan fitnah kematian, dan fitnah dajjal.
________________________________________
([1]) أخرجه مسلم، كتاب الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار، باب التعوذ من شر ما عمل، ومن شر ما لم يعمل، برقم 2722. ([2]) فيض القدير، 2/ 153، الفتوحات الربانية لابن علان، 3/ 632.

Bahaya Deobandis

Deobandis Maturidiyyah jahmiyyah.💥

Maturidiyyah ialah golongan ahli kalam iaitu kesinambungan pemikiran kullabiyyah. Secara teorinya maturidiyyah bukanlah tulen Ahl al-Sunnah.

Antara tokoh mrk yg termashur ialah abu mansur al-maturidi, abul yasar al-Bazdawi, Abul Ma’in al-Nasafi, nuruddin al-Sabuni, dan yg plg akhir al-Kawthari. Walau menamakan diri mrk Ahl al-Sunnah, maturidyyah menyalahi beberapa prinsip Ahl al-Sunnah

1. Tawhid mrk tidak mengarah kpd tawhid uluhiyyah tetapi hanya berlegar sekitar rububiyyah. Mrk menamakan tawhid sbg tawhid zat, tawhid sifat dan tawhid af’al spt yg disebut ‘Ali al-Qari.

2.Bab al-Iman, iman di sisi mrk hanyalah tasdiq. Iman tidak bertambah dan xberkurang serta mengharamkan istithna’ dlm iman kununnya krn itu menunjukkan syak.

3.Masdar talaqqi mrk ialah akal krn akal itu qat’ei. sdgkan masdar talaqqi ahl sunnah ialah al-Quran dan al-Hadith.

4. Ma’rifah wujud Allah dgn tariqat al-huduth bkn dgn fitrah.

5. Inkar, Ta’til dan ta’wil al-Sifat dan Ithbat 7 sifat shj. Wajh dita’wil sbg Zat dan Wujud. Kalam haqiqi dijadikan kalam nafsiyy tanpa suara dan huruf. sifat uluww dan istiwa’ ditakwil secara jahmiyyah muktazilah

Dan byk lg.

Post Navigation