Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “August 26, 2018”

Cara Takbir Raya yang Sahih

Soalan
Bagaimanakah cara takbir raya yang sahih?

Jawapan

1.Cara takbir yang paling sahih ialah takbir dengan kuat selepas solat dan sepanjang masa dari subuh arafah hingga selepas asar akhir hari tashriq. Takbir bermula dari 1 zulhijjah hingga akhir tashriq.
Masing-masing bertakbir secara sendirian dengan kuat. Inilah yang saya amalkan.

2.Kedua, selepas salam imam menghadap ke arah makmum lalu bertakbir dan jamaah pun bertakbir. Ini riwayat al-Daraqutni. Ini ditulis oleh Shaykh Salih al-Fawzan dalam al-Mulakhkhas al-Fiqhi.

3.Menurut al-‘Uthaymin, al-Albani dan Muqbil al-Wadi’ei, tiada takbir muqayyad. semuanya takbir mutlaq. Selepas solat berzikir seperti biasa kemudian barulah bertakbir sendirian dengan kuat. Bukan takbir berjamaah.

4.Segolongan salaf seperti Muhammad ibn ‘Ali dan Muhammad ibn al-Munkadir mula bertakbir selepas solat sunat ba’diyyah.

 

فقد جاء في صحيح البخاري ج1/ص329
بَاب فَضْلِ الْعَمَلِ في أَيَّامِ التَّشْرِيقِ وقال ابن عَبَّاسٍ   وَاذْكُرُوا اللَّهَ في أَيَّامٍ   مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ وَالْأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ وكان ابن عُمَرَ وأبو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إلى السُّوقِ في أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ وَيُكَبِّرُ الناس بِتَكْبِيرِهِمَا وَكَبَّرَ محمد بن عَلِيٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ

Perkara ini sebenarnya luas. Mana2 cara yang diamalkan adalah harus dan tidak harus dikritik. Allahu a’lam.

Muslimah bertakbir dengan perlahan sekiranya di luar rumah. Di dalam rumah muslimah boleh bertakbir dengan kuat.

Post Navigation