Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Khutbah Aidil Adha 2018

KHUTBAH AIDIL ADHA 1439H (2018)
KHUTBAH 1
Jama’ah muslimin sekalian,
Antara tujuan perayaan aidil adha ialah agar mengangungkan syuar2 Allah dan mendpaat hati yang bertaqwa.

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ (32)
Sesiapa yang mengagungkan syiar2 Allah maka sesungguhnya ia adalah dari hati yang bertaqwa (Hajj: 32).

Taqwa itu di hati, dan amal hati terbesar ialah tawhid, membersihkan diri dari segala syirik, yakni semua syirik besar, kecil dan tersembunyi. Termasuk syirik ialah berpaling dari islam, al-Quran dan al-Hadith secara total, berfatwa tanpa ilmu, mendatangi bomoh, dukun dan ahli sihir, mengikuti ajaran sesat, semua itu adalah syirik yang membatalkan aqidah islam.

Aidil adha adalah untuk membesarkan Allah, kerana memberi hidayah islam tawhid dan iman, bersolat kepadanya semata-mata, menyembelih untuknya semata dan dengan namaNYA semata-mata. Ini termasuk tujuan korban dan Hari Raya korban.

Tawhid bermakna ifradullah bi al-‘ibadah iaitu menunggalkan segala ibadah untuk Allah semata-mata, bukan untuk selainNYA, serta meninggalkan segala syirik. Syirik adalah sarf al-‘ibadah li ghayrillah iaitu melakukan sesuatu ibadah untuk selain Allah atau kepada selain Allah spt bernazar utk selian Allah berdoa kepada selain Allah dan menyembelih kerana selain Allah.

Tawhid (Aqidah salaf ASWJ) adalah Anak kunci syurga, aqidah salaf adalah aqidah yang membawa ke syurga, aqidah Nabi saw, sahabat, tabi’in dan pengikut-pengikut tabi’in. Bukan aqidah Jahmiyyah Mu’tazilah, Asha’irah Maturidiyyah dan pengikut mereka, bukan juga aqidah Murji’ah dan Sufiyyah Zanadiqah.
فَإِنْ آَمَنُوا بِمِثْلِ مَا آَمَنْتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ﴾. [ سورة البقرة:137].
“Maka sekiranya mereka beriman sebagaimana kamu beriman (wahai Nabi dan Sahabat) maka sesungguhnya mereka telah mendapat hidayah, sekiranya mereka berpaling maka sebenarnya mereka dalam permusuhan (dengan Allah dan RasulNYA)…” (al-Baqarah: 137).
Aqidah dan iman seperti iman Nabi dan Sahabat, bukan seperti aqidah Ahli Kalam dan penyembah adat. Dari aqidah dan tawhid yang sahih, terhasillah iman yang sahih.

Iman yang sahih diperolehi dengan mempelajari tentang makna-makna shahadatayn dengan sempurna, mengetahui rukun-rukunnya, syarat-syaratnya dan pembatal-pembatalnya. Ingatlah, tawhid dan aqidah adalah kewajipan terawal dan ibadah terbesar, yang lebih besar dari 4 rukun islam yang lain. Bahkan solat, puasa, zakat haji umrah, qurban, tilawah, zikir, dakwah dll tidak akan diterima melainkan dengan adanya tawhid yang sahih.

Aqidah tauhid dan amal salih adalah asas kemenangan ke atas musuh dan asas khilafah (kuasa) di muka bumi.
Tawhid syarat khilafah
Sekiranya muslimin memulakan dakwah mereka dengan dakwah tauhid sebelum yang lain, nescaya pasti berjaya dakwah mereka dan pasti Allah memberikan kemenangan kepada mereka sepertimana Dia memberikan kemenangan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Firman Allah,

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ [النور 55]

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan beramal salih, bahawa pasti Dia akan memberikan kekuasaan kepada mereka di bumi…”. (Surah al-Nur ayat 55)
Yakni iman yang sahih (aqidah dan tauhid salaf, menepati al-Quran dan al-Sunnah, bukan bercampur aduk dengan pemikiran jahmiyyah, mu’tazilah, falsafah, kalam, rawafid saba’iyyah, liberal dan rasionalis. Juga dengan syarat amal salih yang menepati Sunnah dan tidak bid’ah.

Antara bukti kebesaran tauhid ialah Nabi saw menumpukan dakwah kepada tauhid dan meninggalkan syirik selama 23 tahun, selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Dengan aqidah yang sahih aqidah salaf, maka jihad, amar ma’ruf dan nahi munkar dapat dilaksanakan sehingga tercapai kemuliaan Islam. Dengan tawhid sahih, segala amal salih akan diterima. Tanpa tawhid segala ibadah adalah sia-sia seperti abu, debu berterbangan dan fatarmorgana semata-mata.

Antara keagungan tawhid ialah tawhid yang bersih dari segala syirik akan menghapuskan dosa-dosa semuanya, “…Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemuiKU (ketika setelah mati) dalam keadaan tidak menyekutukan Aku sedikit pun, pasti Aku akan berikan kepadamu keampunan sepenuh bumi .’”

Tawhid sahih juga menyelamatkan dari Fitnah dan Azab Kubur.
Tawhid yang sahih yakni kefahaman terhadap shahadatayn yang dilafazkan adalah penyelamat di dalam kubur. Itulah al-qawl al-thabit (ucapan yang teguh). Sesiapa mempunyai tawhid sahih ia Berjaya menjawab soalan kubur
Selamat dari azab kubur, yang dipenuhi api dan ular.

Dnagn tawhid sahih, seseoang hamba Mendapat nikmat di dalam kubur. Kuburnya satu taman dari taman syurga, sejuk harum. Serta mendpat pakain syurga dan tilam syurga. Diluaskan kuburnya saujana mata memandang.
Adapun melafazkan shahadah tanpa ilmu dan ikut-ikutan sahaja, itu tidak akan menyelamatkan dari azab kubur dan azab Jahannam.

Di Akhirat, dengan Tawhid sempurna seseorang itu mendapat naungan arasyh Allah
Minum dari telaga Nabi saw.
Mizan pahala nya akan mjd lebih berat dari timbangan dosanya,
Berjaya mentasi sirat dengan selamat lalu menuju ke syurga. Selamat dari api neraka Jahannam.
Berjaya Masuk ke dalam syurga dengan segala nikmatnya
Ia akan Melihat wajah Allah
Kekal abadi di dalam syurga selama-lamanya. Bersama nabi-nabi, siddiqin, shuhada’ dan orang2 salih.
Manakala Golongan yang tidak bertawhid tidak akan mendapat semua nikmat tersebut.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Seseorang hamba tidak akan masuk syurga melainkan dengan tawhid yang sahih. Sesiapa yang melafazkan tawhid dan shahadah dengan ilmu, faham dan yaqin, ia akan masuk syurga tanpa sebarang azab. Nabi saw bersabda “Sesiapa yang menemui Allah dalam keadaan bertawhid, tidak mensyirikkan Allah sedikitpun, maka ia akan masuk syurga (yakni tanpa azab).”

Dengan tauhid salaf ASWJ yang sempurna, seseorang tidak akan kekal dalam Neraka selama-lamanya, bagi sesiapa yang mentahqiqnya walau banyak melakukan dosa. Sesiapa yang sempurna imannya zahir dan batin serta menjauhi semua bentuk syirik maka tidak akan masuk Neraka. Bahkan ia akan memasuki syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Lantaran itulah membicarakan tentang tauhid, mentahqiqkannya dan menyebarkannya dan teguh di atasnya adalah lebih utama dari ‘itikaf, membanyakkan zikir, solat dan puasa sunat kerana tauhid untuk sekalian muslimin. Ibadat hanyalah untuk diri sendiri sahaja.

Sebaliknya sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan ada syirik, rugi-seruginya, batal segala amalnya, kekal abadi dalam api neraka, tidak akan keluar darinya selama-lamanya dan tidak akan memasuki syurga selama-lamanya. Wal ‘iyazu billah.

Aqidah adalah nilai dan ukuran sebenar seseorang muslim. Sekiranya aqidahnya rosak dimasuki syirik (walau satu syirik) tidak berguna segala ibadahnya, akhlaknya, ilmunya, dakwahnya dan pengorbanannya. Ini kerana Allah hanya menerima amalan orang bertawhid. Oleh itu, Jangan sesekali tertipu dengan penampilan, kefasihan, ibadah, akhlak dan kezuhudan seseorang.

Syiah Nusayriyyah biasanya menzahirkan Islam tetapi sebenarnya mereka atheis assassin pembunuh umat Islam sejak tahun 300H. mereka pernah memunuh puluhan ribu Jemaah haji, mernthkan kaabah dan mencuri hajar aswad. Mereka fasih berbicara tentang agama, Bahasa Arab mereka kemas, mempunyai barisan ulama belaan mereka, badan mereka tinggi dan tegap, tetapi jangan tertipu dan terleka tangan mereka penuh darah.

Seorang dari mereka kononnya melarang para khatib mendoakannya dalam khutbah tetapi memaksa rakyat Syria agar sujud kepada gambar dan patungnya. Rakyat Syria dibom, dibunuh, disiksa, dan dikenakan pelbagai kekejaman.
Lihat aqidah dan perbuatan mereka. Mereka tidak percaya kepada Allah Rasul dan Akhirat.
Tali barut Nusayriyyah berkeliaran di dunia islam, iaitu Ahbash Syiah Nusayriyyah, awas!
وان هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله، ذلكم وصاكم به لعلكم تتقون
بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم ، وتقبل مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم ، أقول قولي هذا ، وأستغفر الله العظيم لي ولكم ، ولسائر المسلمين والمسلمات ، فاستغفروه ، إنه هو الغفور الرحيم الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ، ولله الحمد،

_______________________________________________________________________

KHUTBAH 2
Ma’ashiral muslimin,
Orang yang bertauhid kepada Allah akan dihapus dosa-dosanya semuanya.
Dari Anas ibn Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Saya mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda, Allah Yang Mahasuci dan Mahatinggi berfirman,

…يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً.
“…Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemuiKU (ketika setelah mati) dalam keadaan tidak menyekutukan Aku sedikit pun, pasti Aku akan berikan kepadamu keampunan sepenuh bumi .’”
INI termasuk bukti keagungan tawhid sempurna yang tidak wujud di dalamnya sebarang syirk. Subhanallah.
الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر،

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Tanggal 10 zulhijjah ini, Allah swt menjadikannya sebagai hari raya kurban, hari kegembiraan, dan hari kesyukuran. Hari ini kita menyambut hari yg penuh kebesaran dalam Islam, iaitu ‘Idul Adha hariraya paling besar dalam islam selain ‘idulfitri,
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ، لا إله إلا الله والله أكبر، ولله الحمد،

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, amal salih dalam 10 hari zulhijjah lebih utama dari jihad di jalan Allah.

Semalam, adalah hari ‘arafah yang penuh dengan fadilat-fadilat dan kemuliaan, hari arafah adalah hari yang agung di mana Allah turun ke langit dunia, berpuasa pada hari ‘Arafah dengan ikhlas serta memenuhkannya dengan ibadat, seperti qiyamullal, nawafil, berzikir, bersedekah, menghapuskan dosa-dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datangg. Amat rugi bagi yang tidak berpuasa dan tidak beramal salih pada hari ‘Arafah. Hari syaitan dhinakan, sehina-hinanya.

قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ ” .

Al-Imam Musim mentakhrij dari ‘Aishah, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tiada satu hari pun yang lebih banyak Allah swt membebaskan hambanya dari neraka seperti hari ‘Arafah, dia menurunkan rahmatNya dan berbangga-bangga dengan mereka itu kepada para malaikat, dan berfirman, Apakah yang mereka itu mahu?”

Dalam riwayat lain disebut,

انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي شُعْثًا غُبْرًا ضَاحِينَ جَاءُوا مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ وَلَمْ يَرَوْا رَحْمَتِي وَلَمْ يَرَوْا عَذَابِي فَلَمْ أَرَ يَوْمًا أَكْثَرَ عَتِيقًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ”

Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang kusut masai, berdebu, mereka berkorban, datangg dari segenap pelusuk dunia yang jauh, sedangkan mereka tidaklah melihat rahmatKu (yakni syurga) dan belum melihat azabKu (api neraka Jahannam), dan tidak dilihat satu hari pun yang lebih ramai dibebaskan dari neraka dari Hari ‘Arafah.”

Dalam al-Musannaf, al-Hafiz ‘Abdurrazzaq, 8832, meriwayatkan,

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ كَرِيزٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا يَوْمٌ إِبْلِيسُ فِيهِ أَدْحَرَ ، وَلا أَدْهَقَ ، وَلا هُوَ أَغْيَظَ لَهُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، مِمَّا يَرَى مِنْ نُزُولِ الرَّحْمَةِ ، وَتَجَاوُزِ اللَّهُ تَعَالَى عَنِ الأُمُورِ الْعِظَامِ ، إِلا مَا رَأَى يَوْمَ بَدْرٍ ، قِيلَ : وَمَا رَأَى يَوْمَ بَدْرٍ ؟ ، قَالَ : إِنَّهُ رَأَى جِبْرِيلَ يَزَعُ الْمَلائِكَةَ ” .

Dari Talhah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Tiada satu hari pun Iblis lebih dihina, diusir, diburukkan keadaannya, lebih membuatnya marah, dari hari ‘Arafah, kerana ia melihat turunnya rahmat Allah, dan Allah menghapuskan dosa-dosa besar kecuali yang ia lihat dalam Perang Badr iaitu ia melihat Jibril yang mengetui para malaikat untuk berperang.”

Pada hari ‘Arafah, doa dimakbulkan, Rasulullah saw bersabda,

أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَأَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ” .

“Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari ‘Arafah. Sebaik-baik kalimah yang saya katakan begitu juga dengan nabi-nabi sebelum saya ialah Tiada Tuhan yang disembah, tiada sembahan yang benar, yang berhak disembah melainkan Allah satu-satuNya, tiada yang sama denganNya dan tiada sekutu bagiNya.” (HR al-Imam Malik dan al-Tirmidhi).

Hari ini, kita bertahlil, bertaubat, istighfar dan berzikir kepada Allah, serta bertakbir sebanyak-banyaknya.

Ingatlah, menyambut ‘idul adha bukanlah sekadar adat kebiasaan, bahkan ia adalah ibadat yang besar kepada Allah Ta’ala, hingga diharamkan berpuasa pada hari ini, diwajibkan menunaikan solat eid, mendengar khutbah di tanah lapang atau masjid, hatta ke atas perempuan2 muda dan haid, digalakkan makan dan minum, berbakti kepada ibubapa, berbaik sesama suami isteri, keluarga, sanak saudara, dan jiran tetangga, menyebarkan salam kepada sahabat2 dengan penuh jujur, serta bergaul dengan pergaulan yang baik. Sesungguhnya Nabi saw apabila pulang dari solat eid, baginda melalui jalan yang berlainan dengan pergi baginda. Oleh itu, jangan sesekali ibadat ini dirosakkan dengan dosa2 seperti syirik, mengumpat, namimah, mengadu domba, menipu, mendedahkan aurat, berjudi, meminum arak, menimbulkan fitnah dan api permusuhan, meninggalkan solat, dan lalai dari berzikir kepada Allah.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah, Disunnahkan agar memperbanyakkan amal salih dalam 4 hari ini.

Antara amalan hari ini dan 3 hari tashriq ialah,
1. Bertakbir sebanyak-banyaknya, bermula selepas subuh hari ‘Arafah sehinggalah selepas asar hari tashriq terakhir. Dalam al-Mustadrak, hadith 1047, al-Hakim meriwayatkan dengan sanadnya,

عَنْ عَلِيٍّ ، وَعَمَّارٍ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ فِي الْمَكْتُوبَاتِ بِ ” بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ” ، وَكَانَ يَقْنُتُ فِي صَلاةِ الْفَجْرِ ، وَكَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ” . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ ،

Dari ‘Ali dan ‘Ammar, Bahawa Nabi saw menguatkan bacaan Bismillahirrahim dalam solat fardhu dan baginda berqunut dalam solat subuh, bertakbir pada hari ‘arafah selepas solat subuh dan menghentikannya selepas solat asar pada hari tashriq terakhir.”

قال الله تعالى: وَاذْكُرُواْ اللّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ فَمَن تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (203) سورة البقرة.

Firman Allah ta’ala, “Dan berzikirlah kepada Allah pada hari2 yg dpt dihitung (iaitu hari2 tashriq),…” al-Baqarah 203.

2. Kedua, Berkurban. Bergembira dengan makan minum, bersyukur dan bersedekah. Tetapi bukan daging dan darah yang sampai kepada Allah melainkan taqwa kpd Allah dan korban yang dilakukan semata2 Allah, dari hati yang benar2 ikhlas, membesarkan Allah, tanpa riya’ dan sum’ah.

Al-Hafiz Abu ‘Isa al-Tirmidhi dan Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad sahih dari ‘Aishah r.ahna, Rasulullah saw bersabda,

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ دَمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي قَرْنِهِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلافِهَا ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ فِي الأَرْضِ ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

“Tiada amalan anak Adam yang ia lakukan pada hari qurban yang lebih dicintai Allah dari menumpah darah (haiwan qurban kerana ingin mendekatkan diri kepadaNYA). Sesungguhnya ia akan dataang pada Hari Qiyamat dengan tanduknya, bulu-bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah ditumpahkan (kerana taqwa) menyebabbkan redha Allah dan penerimaannNya sebelum jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu merasa gembira (yakni tidak terpaksa melakukannya).”

3. Ketiga, Bercukur selepas korban, memotong kuku, beriktikaf, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa serta melontar jamarat bagi yang menunaikan haji.

الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر،
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ 37

“Tidak akan sampai kepada Allah dagungnya dan tidak juga sampai darahnya (yakni dari kurban itu) tetapi sampai kepadaNYA taqwa dari kamu (yakni tawhid dan ibdah yang ikhlas menepeti sunnah). Begitulah Dia menundukkannya untuk kamu agar kamu membesarkan Allah kerana memberi hidayah kepada kamu, dan berilah berita gembira kepada orang2 yg berbuat baik (yakni ikhlas dan takut kepadaNYA) …” al-Hajj ayat 37.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله والله أكبر، ولله الحمد

إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما ، اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على نبينا محمد وعلى آل محمد ، كما جعلتها على إبراهيم ، إنك حميد مجيد : اللهم صل على سيدنا ونبينا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي ، وعلى آله وصحبه وسلم تسليما، …اللهم صل على نبينا محمد وعلى آل محمد، اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة ،

اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا، ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات ، برحمتك يا أرحم الراحمين ، اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلامِ ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهْرَ مِنْهَا وَمَا بَطْنَ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَأَزْوَاجِنَا ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ ، مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ ، قَابِلِينَ بِهَا ، فَأَتمَّهَا عَلَيْنَا ، اللهم أصلح سلطاننا وسادتنا وكبرائنا وولاة أمورنا ، ووفقهم لما تحب وترضى ، اللهم أصلح لنا ديننا الذي هو عصمة أمرنا، وأصلح لنا دنيانا التي …ربنا ظلمنا أنفسنا ،وإن لم ، …لا إله إلا أنت، سبحانك إنا كنا من الظالمين …
عباد الله ، إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (النحل:90)
فاذكروا الله العظيم يذكركم ، واشكروه على نعمه يزدكم ، وسلوه من فضله يعطكم، ولذكر الله أكبر ! والله يعلم ما تصنعون ، تقبل الله منا ومنكم ، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: