Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “August 15, 2018”

Tafrijiyyah Munkar

Kebatilan Salawat Palsu Tafrijiyyah.

Dinamakan juga nariyyah, taziyyah dll.

Lafaznya seperti berikut

 

اَللهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الَّذِىْ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ 

 

tanhallu bihi al-‘uqad …” maksudnya meleraikan segala kekusutan dan ikatan2. Ini tidak sahihkan dinisbahkan kepada Nabi saw. Ini hanya mampu dialukan oleh Allah.

tanfariju bihi al-kurab…” dengannya (Nabi saw) hilang segala kesususahan. Yang sahih hanya Allah yg menghilang kesusahan bukan oleh mana2 makhluk.

wa tuqdha bihi al-hawa’ij…ditunikaan dengannya atau dengan sebabnya (nabi saw) segala hajat. Sedangkan dalam al-Quran Allah menyatakan “Katakanlah: aku tidak memiliki untuk diriku sebarang manfaaat atau mudarat…”

tunalu bihi al-ragha’ib…dicapai dengannya segala cita2 yang dikehendaki. Ini batil.

wa husun al-khawatim…yang memberikan husnul khatimah.

wa yustasqa al-ghamam bi wajhihi al-karim…dan diminta turun hujan dengan wajahnya yang mulia. Ini salah, meminta hujan ialah dengan banyak istighfar, bertaubat dan solat istisqa’, bukan dengan wajah Nabi atau mana2 wali.

Tambahan2 ini semuanya bid’ah tidak wujud dalam al-Quran dan al-Hadith. Tiada dalam amalan ulama salaf ASWJ.

Fadhilat Batil Selawat Tafrijiyah

Antara kebaikan pengamal selawat ini:- (kononnya)

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Ini semua tiada dalilnya dari al-Kitab dan al-Sunnah.
.

ad-Dainuri berkata,

11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
.

al-Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
(note: Tidak ditmeui al-Qurtubi berkata spt ini)

.

Muhammad Khafi

Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

.

Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

.

Ini semuanya karut dan batil.

Minta hajat2 kamu dari Allah, mintalah pertolongan dariNYA shj bukan dari nabi2, malaikat2 atau wali2.

Post Navigation