Syirik Penyembahan Tokoh
Allah telah menegaskan bahawa merujuk kepada Nabi dan hadith adalah hidayah. Akhirnya muqallid jahil dan jumud menganggap mentaati Nabi dan hadith baginda sebagai salah. Yang betul hanyalah yang menentang Nabi, berpaling dari kata-jata baginda, membenci sunnahnya dengan mengikuti mazhab atau shaykh dan lain-lain.
Telah terjerumus ke dalam taqlid muharram ini ramai manusia termasuklah yang mendakwa ahli ilmu dan para penulis dalam fiqh, hadith dan Sunnah. Kemudian mereka menjadi jumud dan menganggap berbeza dengan mana-mana pendapat mazhabnya atau gurunya dianggap dosa besar atau terkeluar dari islam.
Mereka hanya membaca dan merujuk kitab-kitab, meninggalkan al-Quran dan al-Hadith. Sekiranya mereka membaca al-Quran atau Hadith hanyalah sekadar mengambil berkat, atau mencari pahala, bukan untuk menggali ilmu dan memahaminya. Mereka tidak menjadikan al-Kitab dan al-Sunnah sebagai hakim. Ini bersalahan dengan iman (al-Nisa’: 65).
Adakalanya hukum kafir diterima dengan hati yang tenang dan lapang. Hukum Allah dalam hadith diterima dengan berat hati dan sempit jiwa. Allah telah bersumpah dengan diriNYA yang maha agung, bahawa manusia seperti itu tidaklah beriman bahkan bukan muslim.
Sekiranya buruk adab bersama Rasulullah membatalkan amal salih, bagaimana dengan orang yang buruk adab terhadap hadith dan Sunnah baginda, mengangkat pendapat-pendaat manusia lebih tinggi dari kata-kata dan hukum-hukum baginda? Wajib menolak pendapat Malik dan Abu Hanifah sekiranya menyalahi pendapat Rasulullah, bagaimana dengan pendapat selain kedua-duanya?
Tetapi penyembahan ulama dan ahli ibadah dianggap sebaik-baik amal. Mereka menamakannya sebagai kewalian dan penyembahan tokoh-tokoh adalah ilmu, fiqh, hikmah dan kebenaran. Kemudian disembah orang-orang tidak salih yakni fussaq. Akhirnya disembah orang-orang jahil. Mereka menolak al-Quran dan al-Hadith demi mengikuti pendapat-pendapat para tokoh. Hingga orang yang tidak mengikuti tokoh mereka dianggap kafir atau bid’ah.
Para muqallid jahil itu mengajarkan syirik dan bid’ah atau menganggap syirik dan bid’ah itu baik, lalu mereka mentaati tokoh mereka itu dan mereka menyangka itulah ulama muslihun. Hakikatnya mereka itu mufsidun tetapi mereka tidak menyedarinya.