Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “August 12, 2018”

Kafirkah Syiah?

Soalan
Adalah syiah itu islam? Sekiranya kafir, di manakah kekafiran syiah rafidah?

Jawapan
Termasuk prinsip Ahl al-Sunnah ialah mengkafirkan sesiapa yang dikafirkan oleh Allah dan RasulNYA. Sesiapa yang mengi’tiqadkan aqidah kufr, atau melakukan perbuatan kufr atau melafazkan kalimah kufr maka ia kafir. Yakni setelah sampai kepadanya dakwah dan tertegak kepadanya hujjah. ASWJ tidak seperti khawarij dan murji’ah.
Syiah itu kuffar bukan islam dan bukan saudara kita. Syiah musuh Allah dan Rasul. Syiah mengkafirkan para Sahabat dan isteri-isteri Nabi saw, menghukum isteri-isteri Nabi sebagai kafir, pelacur dan ahli neraka. Syiah meminta pertolongan (istighathah) dari ‘Ali, Husayn, Fatimah dan para imam mereka. Di manakah keislaman syiah? Sekurangnya terdapat 12 KEKAFIRAN SYIAH

1.Beriman dengan imam (al-Wilayah).

Syiah musyrikin percaya bahawa para imam mereka adalah maksum dan dilantik oleh tuhan melalui nas. Imam syiah lebih agung dari semua malaikat dan nabi. Ia merupakan rukun iman yang pertama. Ini kufr.
2. Wilayah al-Faqih.
Memperhambakan manusia tanpa batas dan syarat. Imam syiah sahaja yang boleh memimpin umat, umat wajib membayar khumus kepada imam.
3. At-Taqiyyah

Iaitu memperkatakan sesuatu dan menyembunyikan sesuatu yang lain. (menghalalkan penipuan). Ini kufr.
4. Al-Ghuluww.

Ghuluww bermaksud melampau. Syiah mempunyai suatu kaedah taghut iaitu “Setiap apa yang diputuskan oleh akal itu adalah keputusan syarak”. Ini penyembahan kepada akal dan ini satu kekufuran.
5. Menyeksa diri di Hari Asyura (Tatbir).

Tatbir dilakukan pada 10 Muharram untuk memperingati Husayn. Siapa melakukannya mendapat syurga. Ini syariat baru yang merupakan kufr riddah dan syirik.
6. Syahadah ketiga ketika azan

Menambah lafaz dalam azan, “Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah”. Ini kufr mencipta ibadah sesuka hati.
7. Nikah Mut’ah
Perkahwinan sementara (yakni mengharuskan zina dan pelacuran). Ini kufr.
8. Solat Jumaat tidak wajib.

Ketika ketiadaan Imam Mahdi, solat Jumaat tidak wajib ke atas setiap orang Islam.
Telah dimaklumi bahawa meninggalkan solat jumaat dengan sengaja adalah kafir.
9. Penyelewengan al-Quran.

Syiah mendakwa Al-Quran yang wujud sekarang telah diselewengkan. Mereka mempunyai Al-Quran sendiri iaitu mushaf ‘Ali dan mushaf Fatimah. Al-Quran sebenar akan dibawa datang oleh al-Mahdi. Ini kufr. Syiah juga mendakwa Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Nabi saw.
10. Ar-Raj’ah

Kepercayaan bahawa para imam Syiah akan kembali ke dunia untuk membalas dendam sebelum Kiamat.
11. Al-Bada’.

Mengatakan Allah itu jahil, membuat kesilapan dalam menentukan takdir lalu membetulkannya semula. Ini kufr tanpa syak.
12. Al-Irhab (keganasan).

Menyerahkan diri kepada ketua tanpa ikatan dan syarat supaya boleh diheret melakukan keganasan. Menurut syiah, membunuh Ahl Sunnah adalah syarat untuk memasuki syurga. Ini kufr.

Allah Di Setiap Tempat?

SOALAN
Apakah hukum orang yang mengatakan Allah di setiap tempat?

JAWAPAN
Yang sahih ialah Allah maha tinggi di atas Arasy.

Sesiapa yang mengatakan Allah ada di setiap tempat atau tidak bertempat bermakna ia tidak beriman kepada Allah. Golongan sedemikian adalah kuffar. Kedua2nya adalah falsafah batil, bukan Aqidah Islam bukan ajaran al-Quran dan al-Hadith.

Post Navigation