Selawat Nuril Anwar Batil
SELAWAT NURIL ANWAR.
Selawat ini biasanya didendangkan dengan nada sayu sebelum solat fardhu oleh golongan jahil dan bid’ah. Mereka menyangka selawat palsu dan rekaan ini disyariatkan.
Lafaznya seperti berikut,
اللهم صل وسلم على نور الانوار وَسِرِّ الاَسرَارِ وَتِريَاقِ الاَغيَارِ وَمِفتَاحِ بَابِ اليَسَارِ سَيِّدِنَا ومولانا مُحَمَّد المُختَارِ وَالِهِ الاَطهَار وَاصحَابِهِ الاَخيَارِ عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَاِفضَالِهِ
Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, pengubat duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.
__________________________________
Dikatakan, selawat ini digubah oleh Ahmad Idris Badawi. Sejak bila Badawi berhak mencipta agama? Sejak bila Badawi diangkat Allah menjadi Nabi?
Yakni ia bukanlah berasal Nabi saw, tetapi direkcipta oleh manusia biasa yang tidak maksum.!
Badawi sendiri sebenarnya seorang syiah yang diutuskan ke Mesir untuk menyesatkan dan memurtadkan muslimin melalui tariqat tasawwuf. Bermakna pengamal selawat ini mengambil agama mereka dari syiah yang kafir musyrik !
APA KESALAHAN DALAM SELAWAT PALSU INI?
- nuril anwar. diterjemahkan sebagai cahaya segala cahaya. Siapakah yang menamakan Nabi saw sebagai cahaya segala cahaya? Tiada dalam al-QUran dan al-Hadith, ini bermakna ini hanyalah rekaan syaitan jin dan manusia. Boleh juga difahama bahawa Nabi itu asal bagi segala cahaya atau berasal dari cahaya. Ini batil kerana Nabi asal bagi segala cahaya kerana asal cahaya adalah dari Allah dan ciptaanNYA. Sekiranya dimaksudkan dgn nuril anwar ialah nabi itu berasal dari cahaya, ini juga batil kerana nabi lahir dari Abdullah dan Aminah, berasal dari Adam yakni dari tanah.
- Apa makna sirril asrar? rahsia segala rahsia? Adakah Nabi itu rahsia dan misteri. ? Ini tidak sahih kerana nabi dikenali seluruh alam bukan misteri. atau bermakna nabi mengetahui segala rahsia…? ini batil dan syirik!! kerana yang mengetahui segala rahsia hanyalah ALLAh.
- tiryaq al-aghyar, maksudnya ialah pengubat bagi segala makhluk. Ini batil dan syirik. Pengubat dan penyembuh makhluk dan segala penyakit makhluk hanyalah Allah.
- miftah bab al-yasar, anak kunci pintu kesenangan. Demi Allah, kesusahan atau kesenangan hanyalah dari Allah bukan dari mana2 makhluk. bukan mana2 nabi , wali, jin atau malaikat. Muslim hanya meminta pertolongan dan keseangan dari Allah semata2… wa iyyakan nasta’in. Hanya Allah yang berkuasa memberi manfaat dan mudarat. Nabi tidak menhetahui erkara gahaib dan tidak memberi manfaat sedikit pun. “Wahai Fatimah , beramallah, sesungguhnya ayah tidak dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah.” HR al-Bukhari.
Telitilah perkara ini wahai muslimin. Tinggalkan syirik2 semuanya. Gunakan akal yang waras, jangan bertaqlid kepada mana2 amalan atau tokoh yang tidak maksum.
Puak musyrikin sesat itu juga merekacipta fadilat2 tertentu bagi selawat palsu ini.
Fadhilatnya menurut Ahli Bid’ah itu ialah:
1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.
2. Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
4. Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.
5. Berkata Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi.
Ini semua batil , kufr, syirik dan zulumat.
KESIMPULAN
Selawat nuril anwar adalah rekaan syaitan.
selawat nuril berasal dari seorang syiah musyrik
selawat nuril tidak wujud dalam hadith bahkan di dalamnya terdapat ghuluww dan syirik2.
setiap amalan yang tidak diamalkan oleh Nabi dan Sahabat, maka ia batil , bukan ibadah dan tidak berpahala bahkan berdosa.
haram mendendangkan selawat palsu ini.
Kepada pengamal selawat karut ini hendaklah bertaubat dan mempelajari aqidah yang sahih dari ulama Ahl Sunnah.
Ahl al-Sunnah wal Jama’ah merasa puas dan cukup dengan selawat2 sahih yang diajarkan oleh Nabi saw. tidak mencipta selawat dan ibadat baru.