Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “August 6, 2018”

Jalan Selamat dari Bid’ah2

Jalan Selamat Dari Syirik Dan Bid’ah.

Cita2 terbesar stp muslim dan muslimah adalah hidup dan mati dalam keadaan bertawhid tanpa sebarang syirik dan bid’ah, dalam aqidah dan amalan.

1.Melazimi ilmu dan majlis ilmu mempelajari Aqidah Salaf ASWJ.

Ilmu adalah iman dan amal salih. Majlis ilmu adalah majlis iman dan tawhid. Hendaklah setiap diri mempelajari Aqidah Salaf iaitu Aqidah Sunnah agar selamat dari kesesatan. Begitu juga fiqh Sunnah. Pada zaman salaf ilmu sangat berkembang luas, majlis ilmu didatangi oleh puluhan ribu manusia. Kini masjid-masjid menjadi sunyi. Ahli Bid’ah, murji’ah dan juhhal dibawa masuk, diangkat sebagai ilmuan dan ulama. Tiada lagi bicara al-Quran, al-Sunnah dan kalam salaf, tiada bicara tawhid dan syirik, iman dan kufr, Sunnah dan bid’ah, yang didendangkan hanyalah hiburan, politik dan cerita-cerita. Allah al-Musta’an.

Mendalami makna-makna shahadatayn, rukun-rukunnya, syarat-syaratnya dan pembatal-pembatalnya. Ini meneguhkan iman seseorang muslim.

Allah meneguhkan orang-beriman dengan al-qawl al-thabit di dunia dan di akhirat. (Ibrahim: 27)
Dan sekiranya mereka melakukan apa yang diperingatkan dengannya nescaya itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan mereka di atas al-haqq. (al-Nisa’: 166).

2.Melazimi bacaan al-Quran.
Sentiasa membaca al-Quran, menghafaz, memahaminya dengan tafsiran salaf, mengikuti dan mengamalkannya. Membaca hadith Sahihayn, kitab-kitab salaf terutama ketika ketiadaan ulama sunnah dan majlis-majlis Sunnah. Semua ini meneguhkan hati dalam agama Allah dan menyelamat kan dari bid’ah-bid’ah.
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ ٱلْقُرْءَانُ جُمْلَةً وَٰحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَٰهُ تَرْتِيلًا
Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali gus saja?”; demikianlah supaya Kami perkuat teguhkan hati kamu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar). (Al-Furqan 25:32)

3.Banyak Membaca Hadith.
Setiap Muslim dan muslimah hendaklah banyak membaca hadith agar selamat tidak terjatuh dalam bid’ah yang menyesatkan. Al-Imam Ahmad berkata, “Telah muncul berleluasa bid’ah-bid’ah, sesiapa yang tidak mempunyai hadith ia akan terjatuh ke dalam bid’ah.”

4.Melazimi masjid.
Apabila solat dan masjid disia-siakan timbul penyakit mengikuti syahwat. Solat disia-siakan, ilmu al-Quran dan Hadith ditinggalkan, lalu arak dihasilkan dengan banyak, mudah dan murah. Zina berleluasa kerana solat disiakan, arak diminum berleluasa, teguhnya kejahilan, nikah disusahkan dengan pelbagai syarat, adat, enakmen dan dokumen.

5. ‘Uzlah dan Merujuk Ulama Hijaz.
Sepanjang sejarah, betapa ramai alim, abid, dan tokoh Sunnah yang tergelincir terjatuh ke dalam bid’ah. Ada yang di akhir hayat mereka mengikuti sufiyyah, ahli kalam jahmiyyah, mu’tazilah, khawarij dan murji’ah. Antara puncanya ujub, suka berdebat, membaca buku bid’ah dan bergaul dengan ahli bid’ah.

Berleluasanya kejahilan dan maksiat, jahil dianggap alim, amanah diangan khianat, pengkhianat dianggap amanah, penipu dianggap benar, yang benar dianggap penipu, yang jahat dianggap baik dan diangkat sebagai pemimpin. Diberikan jawatan kepada yang bukan halinya. Ketika itu muslim patut merujuk kepada ulama Sunnah di Madinah. Antaranya Shaykh Muhammad Ibrahim, Muhammad al-Amin al-Shanqiti, Ibn Baz, Salih al-Fawzan, ‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad, ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaykh, Salih Alu Shaykh dll.

Nabi saw bersabda,

“Sesungguhnya iman akan kembali berkumpul ke Madinah, seperti berkumpulnya ular dalam lubangnya.” Nabi saw bersabda, “Tidak akan berlaku Qiyamat sedangkan di bumi masih ada seorang yang menyebutkan : Allah.”

Ini isyarat agar merujuk kepada Ulama Hijaz yang kuat mempertahankan Sunnah. Ini syarat untuk teguh di atas Sunnah. Sekiranya tidak ditemui maka hendaklah melazimi ilmu, kitab-kitab salaf, dan mengamalkannya sekiranya mampu, membanyakkan ibadah dan ‘uzlah. Menjauhi ulama bid’ah dan pengikut-pengikut mereka.

6.Menghalang Awam Juhhal Berbicara Agama.
Niat yang baik sahaja tidak memadai. Bicara agama mesti berasaskan kelayakan, aqidah yang benar, ilmu yang mantap dan sahih. Yang berbicara tentang agama mestilah ahlinya. Awam yang membicarakan agama akan merosakkan agama dengan cerita-cerita khurafat, aqidah-aqidah sesat, hadith-hadith daif jiddan dan palsu, serta fatwa-fatwa batil. Mereka ulama palsu, ustaz2 jadian dan ahli2 ibadah yang jahil membahayakan aqidah umat.
7.Berdoa
Agar tetap di atas iman dan sunnah, dianjurkan berdoa dan beristighathah memohon pertolongan Allah. Hanya Allah tempat bergantung, berharap, dariNya sahaja daya dan kekuatan. Antara sifat muttaqin ialah kembali kepada Allah, bertawajjuh memohon dariNYA agar diteguhkan iman. “Wahai Tuhan kami, jangan ENGKAU sesatkan hati setelah Engkau beri hidayah kepada kami…” (Al ‘Imran: 8).
Aishah radhiyallahu ‘anha berkata, Nabi saw banyak berdoa, “Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMU.” (Musnad Ahmad).

8.Mentadabbur Kisah-Kisah Para Nabi.
Sejarah dakwah para nabi perlu dikaji. Ini untuk mengikuti mereka dan mengambil pengajaran dari pejuangan mereka serta beramal seperti amalan mereka. Dalilnya kalam Allah Ta’ala,
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ ۚ وَجَآءَكَ فِى هَٰذِهِ ٱلْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Hud 11:120)

9.Zikrullah.
Zikir menenangkan hati, orang yang berzikir adalah orang yang hidup, yang lalai berzikir seumpama mayat, Allah telah memerintahkan agar banyak berzikir pagi dan petang. Ini termasuklah istighfar dan selawat. Dengan itu mereka akan dapat keluar zulumat kepada cahaya iman, dan memperolehi kasih saying Allah.

10.Dakwah kepada Allah
Dakwah akan meneguhkan seseorang dalam iman, tawhid dan Sunnah. Yakni dakwah kepada Allah yang ikhlas kerana Allah, kepada Allah bukan kepada selainNYA, dakwah itu dakwah tawhid dan memerangi semua bentuk syirik. Disertai hujah yang jelas dan dalil-dalil yang sahih, bukan kabur, batil dan palsu. Dengan hikmah, nasihat yang baik dan lembut serta sabar. Itu wali Allah dan kekasihNYA, muslim sebenar, sunni dan sebaik-sebaik pengikut Nabi saw.
قُلْ هَٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى ۖ وَسُبْحَٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf 12:108)

11.Memilih Kawan-kawan yang baik.
Memilih kawan-kawan yang salih dan guru sunni, menjauhi yang fasiq dan mubtadi’ sangat penting dalam meneguhkan iman, tawhid dan sunnah. Ini kerana kawan pasti mempengaruhi sahabatnya seperti yang sabit dalam hadith sahih. Begitu juga duduk dengan ulama, salihun dan pendakwah yang salih.
وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا
Dan bersabarlah kamu dengan teguh bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang kerana mengharap wajahNYA (keridhaan-Nya) dan janganlah dua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Al-Kahf 18:28)
Dalam hadith al-Bukhari dan Muslim, Pembunuh yang membunuh 100 orang telah disuruh oleh alim agar dating ke perkampungan orang salih dan beribadah bersama mereka. Dia dilarang pulang ke negerinya kerana ramainya orang jahat yang pasti mempengaruhinya.

12.Meninggalkan Ahli Bid’ah.
Wajib meninggalkan ulama palsu, syirik dan bid’ah , rakan-rakan jahat serta penyembah maksiat agar selamat dari bid’ah dan kesesatan. Wajib meninggalkan ahli kalam dan falsafah. Ini sangat penting.
13.Membantah Ahli Bid’ah.
Membantah kesesatan dan bahaya ahli bid’ah termasuk kewajipan melarang munkar yang tidak harus dicuaikan. Mendiamkan bid’ah adalah pengkhianatan terhadap muslimin. Sekiranya ulama diam, bagaimana muslimin dapat mengetahui dan meninggalkan syirik, dan bid’ah. Awam tidak mampu membezakan antara sahih dan palsu.

14.Sabar dan Solat.
Sabar termasuk sebab keteguhan iman sesorang hamba dalam agama Allah. Sabar perlu diusahakan agar wujud dan ia adalah pemberian yang luas dan baik dari Allah. Begitu juga solat fardhu dan solat malam.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153)
Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang cuba bersabar, nescaya Allah menjadikannya sabar. Tidaklah seseorang itu diberi satu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari kesabaran.” HR al-Bukhari dan Muslim. Begitu juga solat malam akan meneguh hati mukimin.

15.Percaya akan bantuan Allah dan kemenangan islam.

Hadith tanda qiyamat ini bukanlah ajakan kepada putus asa kerana dalam al-Quran dan al-Hadith terdapat berita gembira tentang kemenangan Islam dan banyak anjuran agar terus berharap dengan kegemilangan Islam. Antaranya dalam surah al-Anfal ayat 36, al-Tawbah ayat 32, al-Saff ayat 8 dan 13, terdapat berita gembira tentang kemenangan Islam, janji Allah akan membantu orang-orang beriman dalam surah Ghafir ayat 51, al-Fath ayat 28, janji tentang khilafah dalam surah al-Nur ayat 55, al-Rum ayat 47, al-Qasas ayat 35.

Post Navigation