Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

4 Pengaku Sunnah. Siapa Yang Benar?

4 golongan pendakwa Sunnah. Siapakah yg benar-benar Sunnah?

—————————————————————————
1. aswj sunni salafi yakni aswj tulen dan haqiqi. Hanya salafi sunni aswj tulen sahaja yang berada di atas sunnah, diampunkan dan diredhaiNYA, yang dijamin selamat dari azab api neraka Jahannam lalu dimasukkan ke dalam syurga tanpa azab. Aswj tulen ialah golongan yang mengikuti aqidah Sunnah (aqidah salaf) dan ibadah Sunnah. Mereka benar-benar mempelajari Aqidah Sunnah dan mengiktiqadkannya dan betul-betul mempelajari Fiqh Sunnah dan mengamalkannya. Mereka ini selamat dari azab dan dijamin syurga inshallah.
Kebanyakan manusia mendakwa Sunnah secara palsu dan tertipu. Aswj hanya pada nama. Hanya pengakuan dan dakwaan lisan. Bukan benar2 mempelajarinya aqidah aswj dan fiqh Sunnah, dari kitab2 salaf dan ulama Sunnah. Mereka itu bukan aswj.
——————————————————————-

2.Ada golongan yang mengaku aswj tanpa belajar. Mereka tidak mempelajari aqidah salaf, tidak juga aqidah ahli kalam. Mereka hidup dalam keadaan lalai, hanya hidup untuk dunia, maka mereka ini ahl dunya wa jahl, bukan ahl sunnah. Ibadah mereka tidak berdasarkan ilmu yang sahih, tidak menepati Sunnah dan hadith-hadith sahih, tetapi hanya taqlid, ikut-ikutan dan mengikuti tradisi atau golongan majoriti. Mereka menyangka mereka aswj kerana mereka tidak menganut agama syiah. Sangkaan baik mereka bahawa mereka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tidak bermanfaat sedikit pun. Golongan ini zahirnya dalam api neraka jahannam. Golongan ini paling ramai dan ditakuti terlibat dengan syirik-syirik dan bid’ah-bid’ah. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan mengampunkan mereka.
————————————————————————-

3.Segolongan lain ialah golongan yang beragama pada zahirnya. Mereka mempelajari buku-buku aqidah kalam dan falsafah, mengimani sifat 20 secara jahmiyyah mu’tazilah asha’irah maturidiyah tetapi mengaku aswj. Ibadah mereka banyak bid’ah, tidak menepati Sunnah dan hadith-hadith sahih. Segolongan dari mereka menambah agama mereka dengan aqidah tasawwuf falsafi yang syirik dan mengikuti tariqat sufiyyah dengan sangkaan tariqat sufi itu adalah wajib, fardhu ayn dan syarat untuk menjadi aswj. Mereka itu bukan aswj, tetapi aswj palsu, ahli falsafah sesat dan diancam api neraka jahannam. Ditakuti mereka itu fussaq dan kuffar.

—————————————————————-
4.Segolongan lagi menamakan diri mereka golongan Sunnah (orang sunnah atau pro sunnah), yakni mereka mementingkan amalan-amalan Sunnah (Fiqh Sunnah) dan hadith-hadith sahih, anti amalan-malan bid’ah, tetapi tidak peduli atau tidak berminat kepada aqidah Sunnah. Tawhid dan syirik dianggap remeh. Mereka memasukkan golongan awam dan asha’irah jahmiyyah serta sekalian ahl bid’ah sebagai ahl Sunnah aswj bahkan duduk-duduk bersama Ahli Bid’ah. Ulama syirik dan asatizah bid’ah mereka gelarkan sebagai ahl Sunnah kerana kejahilan mereka. Mereka ini bukan aswj sunni salafi. Mereka adalah golongan yang tertipu, bid’ah, sesat dan diancam api neraka Jahannam. Mereka ditipu syaitan, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: