Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Bahaya Kolestrol

Apakah gejala kolesterol tinggi?

Kebanyakan orang dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Anda dan doktor anda tidak akan dapat mengesannya

Walau bagaimana pun antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

1.Angina iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu.
Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.

2.Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku.
Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung

3.Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial.
Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:

Berhenti merokok
Makan lebih produk susu.
Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.
Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.

Berikut ini adalah beberapa pilihan sumber maklumat dan sokongan yang tersedia :

Kesihatan Klinik dengan Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit yang mepunyai kumpulan kumpulan sokongan bagi pelanggan mereka –sila semak dengan klinik kesihatan terdekat anda atau pejabat kesihatan daerah untuk mengetahui tentang perkhidmatan ini
Nutrition Society of Malaysia (NSM).(NSM). http://www.nutriweb.org.my
Yayasan Jantung Negara (National Heart Foundation) http://www.malaysianheart.org National Heart Association of Malaysia Tingkat 1, Rumah Hati Akademi Bangunan 210 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur MALAYSIA Tel No: 603-4023 1500 Fax No: 603-4023 9400 Email: secretariat@malaysianheart.org

Kesimpulan

Pengendalian Penyakit Arteri Koronari dan kolesterol tinggi dalam penjagaan kesihatan adalah berdasarkan kepada faktor perubahan tingkahlaku, bio-perubatan dan psikologi dan pematuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan berdasarkan bukti saintifik dan pengamalan terapi tanpa ubat (non-pharmacological therapy). Doktor anda di kesihatan primer boleh memberikan pengendalian secara berterusan, sokongan dan kaunseling untuk memastikan pencegahan yang berkesan dan pengurusan kesihatan diamalkan sehingga beban penyakit jantung berlaku pada masyarakat dapat dikurangkan . Ini akan mengurangkan kos penjagaan kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka. Komplikasi daripada penyakit ini boleh dicegah dan akan meningkatkan produktiviti ekonomi penduduk Malaysia.

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis/Penterjemah : Dr. Mastura Ismail
Akreditor : Dr. Sri Wahyu Taher
Penyemak : Dr. Ainol Shareha Sahar

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/penyakit-jantung-dan-rendahkan-paras-kolesterol/

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: