Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “June 27, 2018”

Hakikat Kesesatan Asha’irah

Hakikat Asha’irah Ahli Ta’wil.

1. Mu’attilah Shirkiyyah.
Ahli Ta’wil dan Kalam puak Asha’irah adalah Mu’attilah. Ini kerana mereka menta’til (mengosongkan) sifat-sifat Allah yakni sifat-sifat ikhtiyariyyah fi’liyyah.
Ta’til termasuk Syirk.
Ta’wil batil oleh ahli kalam Asha’irah adalah syirik kerana mereka memperkatakan urusan agama tanpa ilmu, menta’wil Sifat-sifat Allah secara batil, jahil dan tahrif. Bahkan itu adalah sebesar-besar syirik yang mengekalkan seseorang dalam api neraka jahannam. Syirik kerana mengatakan ‘Allah wujud tanpa tempat’ yakni menyamakan Allah dengan jamadat, ma’dumat (benda tidak wujud) dan manqusat. Jahmiyyah Asha’irah juga mengatakan bahawa kalimah kufr dan perbuatan kufr, bukanlah kufr tetapi hanyalah petanda kufr.

2.Ahli Ta’wil Adalah Ahli Bid’ah dan Ahli Kalam.
Ta’wil batil Asha’irah adalah tahrif (penyelewengan) dan bid’ah (perkara baru) yang disandarkan kepada islam. Dalam Islam, Aqidah mesti dinisbahkan kepada Nabi, sahabat dan tabi’in (salaf). Menisbahkan aqidah kepada manusia yang tidak maksum adalah bid’ah, kejahilan dan perbuatan tercela. Menurut al-Imam Ahmad ibn Hanbal dan ‘Ali ibn al-Madini, sesiapa yang menjadi ahli kalam, maka ia bukan ahl al-sunnah.

3. Jahmiyyah Mu’tazilah
Kesesatan ingkar zahir nass (ta’til, ta’wil dan tahrif Asha’irah) dalam sifat Allah adalah dicedok dari Jahmiyyah iaitu dari Bishr al-Marisi, dari Jahm, dari Ja’d, dari Aban ibn Sam’an dari Talut dari Labid al-yahudi. Ibn Abi Du’ad al-Mu’tazili mengambil kesesatan jahmiyyah dari Bishr. Asha’irah juga menggunakan dalil huduth dan qidam jahmiyyah mu’tazilah.

4.Anti Hadith
Asha’irah mendiamkan ayat-ayat Sifat dalam al-Quran dan tafwidh mutlaq iaitu menyerahkan maknanya secara mutlaq kepada Allah. Ini batil dan ta’til. Mereka menolak hadith-hadith sahih dalam aqidah kononnya hadith sahih itu zanni thubut dan zanni dalalah atau mereka ta’wilkan secara menyeleweng (tahrif) yang hakikatnya adalah ingkar. Itulah perbuatan inkar Sunnah dan anti hadith.

5.Jabariyyah
Ahli ta’wil Asha’irah menta’wil bahawa kononnya qudrat, fi’l (perbuatan), istita’ah hamba bukanlah haqiqi tetapi hanya majaz. Hamba tidak mempunyai ikhtiyar tetapi majbur fi surat mukhtar (tunduk penuh kepada taqdir tanpa ada sebarang pilihan dan qudrat). Ini khusus bagi Asha’irah sahaja tidak maturidiyyah.

6.Murji’ah
Asha’irah adalah murji’ah. Ini kerana mereka memilih irja’ dalam iman yakni iman hanyalah sekadar tasdiq qalbi. Kufr pula hanyalah takzib qalbi atau istihlal qalbi atau jahil tentang Allah. Perbuatan kufr dan kalimah kufr tidak menyebabkan kekufuran tetapi hanya ‘alamat kufr. Ini fahaman jahmiyyah yang merupakan ghulat murji’ah.

7.Mutakallimun
Asha’irah itu mutakallimun (Ahli Kalam) kerana mengguna pakai ilmu kalam, ilmu mantiq dan falsafah Yunani dalam mengenal Allah dan membicarakan tentang Zat dan Sifat Allah. Mereka pentaksub dan penyembah ilmu kalam.

8.Kullabiyyah
Asha’irah dinamakan kullabiyyah kerana mengikut Kullabiyyah yang mengatakan kalam Allah hanyalah kalam nafsi. Bukan kalam haqiqi dengan suara. Yakni hakikatnya Asha’irah mengatakan Allah itu bisu.

9.‘Aqlaniyyun.
Asha’irah pendewa dan penyembah akal, kaedah taghut mereka ialah taqdim al-‘aql ‘ala al-naql (mengutamakan akal berbanding al-Quran dan Hadith). Akal Yunani dijadikan tuhan, taghut dan hakim. Ta’wil batil mereka adalah akibat akal fikiran mereka yang batil.

10.Mutafalsifah
Asha’irah mengambil beberapa prinsip falsafah yunani, dan pendapat-pendapat ahli falsafah sehingga menyamai batiniyyah dan qaramitah dalam falsafah mereka dan meninggalkan mazhab salaf. Hakikatnya mereka ahli falsafah yang tidak beriman.

11.Sufiyyah Zanadiqah
Asha’irah adalah sufiyyah kerana memasukkan tasawwuf falsafi sesat dan taghbir ke dalam aqidah mereka yakni golongan mutakhir Asha’irah.

12. Quburiyyah
Ini kerana Asha’irah melampau dalam memuja Ahli kubur yang mereka anggap wali-wali Allah yang salih. Mereka melakukan perjalanan jauh untuk menziarahi kubur-kubur kosong, meminta hajat dari kubur, memeluk mencium kubur, berqasidah dan bergendang di kubur-kubur, bahkan ada yang sujud kepada kubur. Ini berlaku di kalangan asha’irah muta’akhkhirin sahaja.

13. Batiniyyah
Ta’wil adalah penyakit golongan batiniyyah. Falasifah batiniyyah menta’wil halal, haram, solat, puasa, zakat, haji, hashr, hisab, mizan, syurga dan neraka. Pelampau asha’irah menta’wil nas-nas sifat Allah seperti ta’wilan batiniyyah.
Aib dan masalah bukan pada zahir nusus tetapi pada kefahaman akal yang dangkal dan sakit. Mengkafirkan ahl al-sunnah yang bermanhaj salaf adalah kesesatan dan kekufuran. Menghukumkan semua asha’irah sebagai sesat adalah batil kerana ada di kalangan mereka yang bermazhab salaf dan ada yang cenderung kepada mu’tazilah.

14.Khawarij.
Ahli Kalam Asha’irah tidak menerima aqidah salaf (Aqidah Nabi dan Sahabat). Mereka Khawarij kerana mengkafirkan sesiapa yang tidak mempelajari ilmu kalam dan pemikiran mereka yang batil. Mereka mengkafirkan muslimin yang tidak kafir dan tidak melakukan kekufuran. Asha’irah menamakan Ahl al-Sunnah al-Salafiyyah sebagai jahil, hashwiyyah, mujassimah mushabbihah, wahhabiyyah, mubtadi’ah dan kuffar.

15.Syiah
Asha’irah tergolong dalam kelompok Syiah kerana mencuri falsafah ‘Allah tidak bertempat’ yang terdapat dalam buku-buku syiah.

Post Navigation