Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Kesesatan Sifat 20

Soalan
Adakah sifat 20 itu termasuk Ilmu Kalam? Di mana kesilapan sifat 20?

Jawapan
Ya. Sifat 20 adalah aqidah Ahli Kalam dan Falsafah, bukan sifat2 Allah yang difahami ASWJ.

1. Yang menjadi masalah dalam sifat 20 ialah huraiannya yang menggunakan method Ahli Kalam dan istilah-istilah Falsafah. Sifat 7, 13 14 atau 20 ini disusun oleh Asha’irah mutakhir yang telah menjadi Jahmiyyah, Mu’tazilah atau Falasifah. Berbanding Asha’irah terawal yang lebih dekat kepada Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Hadith ASWJ.

2. Sifat 20 diambil dari akal semata-mata bukan dari al-Quran dan al-Hadith.

3. Sifat 20 menghadkan sifat Allah yang banyak kepada 20 sahaja. Ini sangat bahaya.

4. Sifat 20 hanya berkisar tentang rububiyyah Allah yang tidak menjadikan seseorang itu muslim kerana untuk menjadi muslim seseorang itu mestilah beriman kepada uluhiyyah Allah iaitu menjadikan segala ibadah hanyalah untuk Allah dan meninggal segala syirik dan bid’ah.

5. Sifat 20 tidak peduli dan tidak mengajarkan jenis-jenis syirik agar ditinggalkan seolah menghadkan syirik sekadar tajsim dan tashbih.

6. Buku-buku yang menghuraikan sifat 20 sesat dalam mentakrifkan tawhid, syirik, iman dan kufr mengikut takrifan murji’ah.

7. Sifat 20 iaitu manhaj asha’irah mutakhir menolak sifat-sifat Zat dan sifat-sifat Fi’liyyah Allah Ta’ala dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih. Kritikan terhadap asha’irah mutakhir itulah juga kritikan terhadap sifat 20.

8. Sifat 20 sangat beriman kepada falsafah hingga menggunakan istilah-istilah falsafah seperti huduth al-ajsam wa al-a’radh, ‘aradh, jawhar, jism, makan, jihah, hayyiz, qidam, mukhalafah, hawadith, dan banyak lagi.

9. Banyak sifat Allah ditafsir secara kalam sesat dan falsafah batil seperti wajh, yad, ‘ayn, uluww, istiwa’, nuzul, kalam, mentafsirkan sam’ basar sebagai ilmu, perbuatan-perbuatan Allah tidak haqiqi tetapi ditafsirkan sebagai iradat semata-mata.

10. Sifat 20 juga menggunakan kaedah tafwid mutlaq yang hakikatnya ta’til sifat Allah.

11. Sifat 20 menamakan sifat-sifat muhkamat sebagai mutashabihat.

12. Hakikatnya sifat 20 menafikan sifat dan zat Allah. Itulah hakikat ta’wil tahrifi dan tafwid mutlaq.

13. Sifat 20 kering, kaku, beku, tidak menarik, tidak menambah iman.

14. Sifat 20 bukan tawhid dan bukan ilmu tawhid, tetapi hanyalah ilmu kalam ‘aqli dicedok dari falsafah yunani.

Kesimpulannya Ilmu Kalam Sifat 20 adalah batil, tidak menjadikan seseorang itu muslim, tidak menyelamatkan dari azab kubur, dan azab api neraka Jahannam dan tidak memasukkan ke dalam syurga.

Bacalah Aqidah yg sahih spt Aqidah Sharh Sunnah oleh al-Imam al-Muzani dan Aqidah Salaf ASWJ oleh al-Hafiz al-Sobuni.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: