Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “May, 2018”

Murji’ah Silam dan Murji’ah Moden

Aliran-aliran Murji’ah

Murji’ah sesat itu terpecah kepada beberapa aliran. Antaranya

1.Murji’ah al-Fuqaha’. Menurut mereka, iman sekadar tasdiq dan qawl, amal bukan sebahagian dari iman bahkan amal itu di luar iman dan hanya syarat kesempurnaan iman. Bukan rukun wajib bagi iman. Ramai Fuqaha’, Muhaddith dan Ahli Ibadah Zuhhad menganut fahaman batil ini. Begitu juga segolongan yang mendakwakan Sunnah dan Salafiyyah secara palsu, hakikatnya mereka ada unsur mazhab irja’. Walau kelihatan remeh, ulama sunnah sangat tegas dan keras membid’ahkan ulama yang berfahaman murjiah.

2.Murji’ah Jahmiyyah. Di sisi Jahmiyyah, iman hanya sekadar ma’rifah (mengenal kewujudan Allah dan Rasul) dan kufr hanyalah takzib qalbi. Kalimah kufr dan perbuatan kufr bukanlah kufur, tetapi hanya ‘alamat kufr (petanda kufr).

3.Murji’ah Karramiyyah. Iman hanya sekadar lafaz. Ini aliran murjiah sangat jelas kesesatannya.

4.Murji’ah Asha’irah Maturidiyyah. Menurut Asha’irah, iman hanya sekadar tasdiq dengan hati. Lafaz pula adalah masalah khilaf dan hanya syarat duniawi. Amal pula adalah di luar lingkungan dan hakikat iman. Kufr hanyalah takzib qalbi. Kalimah kufr dan perbuatan kufr bukanlah kufur, tetapi hanya ‘alamat kufr (petanda kufr).

Semua kelompok ini adalah mubtadi’ah, sesat dan tersesat dalam memahami iman. Mereka semua diancam dengan Api Neraka Jahannam. Menurut al-Imam Waki’ ibn al-Jarrah, Ahmad ibn Hanbal, Abu ‘Ubayd dan ramai lagi, Ghulat Murji’ah terkeluar dari Islam.

Irja’ Membawa kepada kufr dan shirk.

Fahaman irja’ ini meremehkan amal dan menggalakkan manusia melakukan maksiat kerana mereka menganggap maksiat tidak memudaratkan iman. Akhirnya manusia meninggalkan ibadah dan syariah islam lalu jatuh dalam kekufuran. Islam hanya tinggal di dalam hati. Fahaman ini meruntuhkan islam secara total. Fahaman murji’ah melahirkan sekulerism, liberalism, pluralism dan akhirnya atheism.

Selawat Shifa’ adalah Palsu dan Syirik

Soalan :

Selawat shifa’ diamalkan dan dibaca oleh ramai. Di mana kesalahan selawat shifa’?

اللهمّ صَلِّ على سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةَََ طِبِّ القُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأبْدَان وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ

الأبصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Jawapan

1. Lafaz seperti ini adalah rekaan bukan datang dari al-Quran, Hadith Nabi yang sahih atau Sahabat r.a. Maka ia batil, bid’ah, sesat, dan palsu.

2. Lafaz ini menamakan Nabi sebagai ‘afiyatil abdan wa shifa’iha iaitu Tuhan yang menyembuhkan penyakit badan dan nuril absar wa diya’iha iaitu memberi kekuatan kepada mata untuk melihat, sedangkan ini hanyalah milik Allah, hanya Allah yang maha menyembuhkan penyakit dan memberi kekuatan bukan mana-mana makhluk ! Hanya Allah yang memberi kekuatan kepada mata untuk melihat.

Lafaz Ini bersalahan dengan tawhid. Ini Syirik akbar yang mengeluarkan seseorang dari islam !

Hendaklah setiap muslim muslimah beramal dengan selawat-selawat yang sahih sahaja dan meninggalkan semua selawat rekaan yang sesat dan menyesatkan tanpa sedar.

Ingatlah, semua amal sia-sia sekiranya ada syirik…pengamal shifa ini adalah musyrikin kuffar murtaddun.

Syirik membatalkan segala amal salih dan mengekalkan tuannya dalam Api Neraka Jahannam, wal ‘iyazu billah.

Begitu juga selawat palsu bernama nariyyah atau tafrijiyyah, dipenuhi kesesatan dan syirik.

 

Post Navigation