Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “November 25, 2016”

awas buku sesat!

Kalimah Kufr , yang membelanya adalah kafir🔴🔴🔴!

Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al-Fatani.


[Maka] Telah nyatalah bagimu bahawasa dua kalimah ini mengandung akan sekalian ʿaqā’id yang telah terdahulu bahkan sekalian hukum itu masuk di bawah Muḥammadurrasūlullah hingga berkata setengah ulama’ bermula Muḥammadurrasūlullah itu laut yang meliputi dan Lā’ilāha illallāh itu satu titik daripadanya artinya mentauhidkan Allah itu setengah daripada barang yang mendatang dengan dia oleh Rasulullah SAW dan barangkali kerana hikmah yang tersebut itu iaitu mehimpun keduanya akan sekalian ʿaqā’id serta pendek keduanya menjadi oleh shara’ akan keduanya terjemah bagi barang yang di dalam hati daripada iman dan tiada diterima iman daripada seseorang akan Islam melainkan dengan keduanya.

Kalimah Kufr

Berkenaan isu kenyataan “Allah tak setara mana.”

“Muḥammadur rasūlullah itu laut yang meliputi. Lā’ilāha illallāh itu setitik daripadanya”

ia diambil daripada buku sesat Farīdat al-Farā’id fī ʿIlm al-ʿAqā’id.

Ada yg cuba menulis dengan ruh irjaa’ membela kekufuran ini dengan menulis, “Untuk memahami perbahasan di dalam kitab ini, sebaiknya dan seadilnya adalah dengan merujuk kepada syarahnya iaitu ʿUmdat al-Ṭālib al-Mujtahid bi Sharḥ Farīdat al-Farā’id yang siap ditulis pada 1960 oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim bin Abdul Karim al-Fatani al-Jabi.

Ulasan.

Kedua2 buku adalah sesat. Sekiranya matnnya sudah sesat, tiada lagi keperluan melihat kepada syarah2nya lagi, yang seumpama tikus membaiki labu, atau atau seperti mengatakan iblis, dan syaitan itu muslim salih.

Post Navigation