Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Benarkah Allah hanya seperti setitik air?

Jawapan:
Ini sama sekali tidak benar walau siapa pun yang mengatakannya. Allah maha besar, bukan tidak setara mana, bukan seperti setitik air.

Kelebihan la ilaha illa Allah juga sangat besar, bukan seperti setitik air.

1. Dalam hadith sahih, disebutkan banyak kelebihan agung bagi kalimah tawhid ini. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca kalimat tahlil: ‘Laa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir’ sebanyak 100 (seratus ) kali dalam sehari, maka dia beroleh
-pahala sebanyak pahala memerdekakan 10 ( sepuluh) orang hamba
-dan dicatat untuknya seratus kebajikan,
– serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa),
-dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. -Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali.

Dan sesiapa membaca: ‘Subhanallaahi wa bihamdih’ sebanyak seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.” (Sahih Muslim dalam Bab – Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2313)

2.La ilaha illallah sebesar sekeping kad kecil menghapuskan dosa yg umpama lautan dan saujana mata memandang.

3.Dalam Hadis sahih: Jika tujuh petala langit dan 7 bumi diletakkan di satu dacing dan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

4.Dalam hadis lain : Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Ini bukti ia sangat besar bukan hanya seperti setitik air.

Ini membuktikan bahawa sesetengah guru pondok adalah golongan penipu, bebal dan dungu, bukan alim ulama bukan tokguru, buku2 aqidah pondok adalah sesat lagi syirik. Bahkan mereka adalah dajjal yang bertopengkan agama. Pondok2 jahmiyyah ilmu kalam adalah lubuk golongan zindiq yang sesat.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: