Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Makna Ashhadu an : la ilaha illa Allah

Sharh ‘Aqidah al-Sobuni.

Takrif

Takrif kalimah tawhid ini wajib diketahui , dan mengetahui makna kalimah ini adalah kewajipan teragung , terawal, dan nikmat Allah yang paling besar untuk para hambaNYA.

قال ابن عيينة‏: ‏”ما أنعم الله على عبد من العباد نعمة أعظم من أن عرَّفهم “لا إله إلا الله‏”، وإن “لا إله الله” لأهل الجنة كالماء البارد لأهل الدنيا‏” (كلمة الإخلاص لابن رجب 52- 53)

al-Imam Sufyan ibn ‘Uyaynah berkata, “Tiada nikmat Allah ke atas hamba2NYA yang lebih besar dari memahamkan mereka makna la ilaha illa Allah.”

Fa’lam annahu laa ilaha illah…maknanya ialah “ketahuilah makna tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan selainNYA semuanya sembahan batil.”

al-Imam Abu ‘Uthman Isma’il ibn ‘Abdir Rahman as-Sobuni berkata dalam awal kitabnya Aqidah as-Salaf wa Ashabil Hadiith, “Sesungguhnya Ashabul Hadith ASWJ, yang berpegang teguh dengan aqidah al-Kitab dan as-Sunnah, menyaksikan bagi Allah akan sifa wahdaniyyah…”

(‘Aqidatus Salaf, ms 37-38, terbitan Karya Bestari) yakni kitab dan sunnah dengan kefahaman sahabat Nabi, tafsiran salaf. bukan tafsiran dan kefahaman puak2 bid’ah kalamiyyah, jahmiyyah mu’tazilah dan pengekor mereka.

wahdaniyyah dalam zat, sifat dan namaNYA. dalam uluhiyyah dan rububiyyahNYA. Bukanah wahdaniyyah itu hanya sekadar keesaanNYA dalam dalam rubuiyyahNya, mentafsirkannya sbg semata khaliq, malik, ghaniyy, musharri’ atau mawjud.

Kaedah aqidah : Bukan semua yang mengucapkannya menjadi muslim. spt golongan musyrikin penyembah kubur dan jahil. (Orang jahil yang melakukan syirik akbar tidak dimaafkan kecuali dalam masa’il khafiyyah)

Pada zamaan fitan, kerosakan dan kesesatan yang banyak, ilmu tawhid adalah kewajipan yang paling besar dan paling utama.

Kejahilan dalam aqidah tidak dimaafkan. Sesiapa yang menyangka bahawa ucapan syahadah secara jahil dan kosong boleh memasukkan ke dalam syurga dan menyelamatkan dari neraka, maka ia telah tersesat, menyalahi al quran, sunnah dan ijma’.

Shaykhul Islam Abul ‘Abbas berkata,

من اعتقد أنه بمجرد تلفظ الإنسان بهذه الكلمة يدخل الجنة ولا يدخل النار بحال فهو ضال مخالف للكتاب والسنة وإجماع المؤمنين
“Sesiapa yang percaya bahawa apabila manusia dengan semata2 mengucapkan perkataan ini (shahadah) ia akan masuk syurga , tidak akan masuk ke dalam neraka dalam apa jua keadaan sekalipun, maka ia sesat menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah dan ijma’.” (al-Imam Abu al-‘Abbas al-Harrani, Majmu’ al-Fatawa).

Golongan yahudi, munafiqin, sekuler, ajaran sesat syiah dan tariqat batiniyya mengucap, tapi tiada guna syahadah dan tahlil mereka.

Syahadah mesti dengan almu, yaqin dan ma’rifah. Oleh itu Ashahadu bermakna a’lamu, uuqinu, a’rifu. Ayat fa’lam annahu… bermakna ketahuilah makna la ilaha illa Allah. kemudian ucapkan dan amalkan, dakwahkan dan sebarkan.

takrif la ilaa illa Allah, adalah qatiyy bukan ijtihadiyyah, bukan direka atau aqli. Tafsirannya sabit dan jelas dalam ayat2 al-Quarn, hadith-hadith sahih, dan tafsiran salaf. Maknanya ialah laa ma’buda bi haqqin illa Allah, atau la ma’buda haqqun illa Allah. spt sabit dalam Tafsir al-Tabari.

Sesiapa yang tidak memahami tawhid maka dia musyrik walau mengucap 1000 kali setiap hari.

Syahadah (kesaksian) dalam kalimah “ashhadu…” bermakna, a’lamu, a’tarifu, uqirru, a’rifu qat’an bila shakk, uuqinu, usaddiq bi jazm, ukhbiru wa ubayyin, ahduru, ahlif.

Kalimah syahadah tawhid ini adalah gabungan dua (2) perkara.

Makna kalimah ialah :

(1) meng ifraad kan Allah dengan segala ibadat seperti yang disyariatkan.

{وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ}[4] يعني أمر وأوصى ألا تعبدوا إلا إياه، وهذا هو معنى لا إله إلا الله، وهو أنه لا معبود حق إلا الله، فهي نفي وإثبات. نفي للإلهية عن غير الله وإثبات لها بحق لله وحده سبحانه وتعالى، فالإلهية التي يوصف بها غير الله باطلة وهي لله وحده بحق ثابتة له سبحانه وتعالى

{ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ}[5]، فالعبادة لله وحده دون كل ما سواه، وأما صرف الكفار لها لغيره سبحانه فذلك باطل ووضع لها في غير محلها، قال الله تعالى:{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}[6]، وقال سبحانه في سورة الفاتحة وهي أعظم سورة: {إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ}[7] أمر الله المؤمنين أن يقولوا هكذا: {إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ} يعني نعبدك وحدك وإياك نستعين وحدك،

وقال عز وجل: {وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شيئاً}[8]، وقال سبحانه: {وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ}[9]، وقال عز وجل: {فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ}[10]، وقال سبحانه: {فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ}[

Perhatikan juga ayat 64 Ali Imran yang Nabi saw bacakan kepada yahudi madinah dan rombongan kristian najran.

(2) menafikan uluhiyyah dan ibadah dari selain Allah, tiada ibadah kepada berhala2, kubur2, pokok2, tiada tawaf di kubur2, wali2 dan kubah2. Tiada ketaatan kepada makhluk walau siapa pun dia, dalam maksiat kpd Allah.

juga bermakna mengifradkan Allah dengan ibadah, mahabbah, ijlal, ta’zm, khawf, rajaa’, tawakkul, raghbah, inabah, rahbah,

bersih hati dari pergantungan kepada selainNYA,

tiada cinta kepada selain Allah, tiada takut kepada selainNYA, tidak mengharap kepada selainNya, tidak bertawakkal kpd selainNYA, tidak gemar melainkan kepadaNYA, tidak gerun melainkan kepadaNA, tidak berdoa meainkan kepadaNYA, tidak bersumpah melainkan dengan namaNYA, tidak taat melainkan perintahNYA, tidak bertaubat melainkan kepadaNYA, tidak sujud melainkan kepada Allah, tidak meminta pertolongan ketika kesusahan melainkan kepada NYA, tidak mengadu ketika ketika kesempitan melainkan kpd NYA, tidak berhukum melainkan kepadaNYA, tidak mengharap hilangnya mudarat melainkan darinya, tidak menyembelih melainkan untukNYA dan dengan namaNYA. tidak menyembuhkan melainkan Allah.

Antara makna kalimah tawhid ialah :-
لا تصديق لساحر، ولا ذهاب لكاهن ولا طاعة لعراف ومشعوذ يزعم أنه يعلم الغيب ويدفع الضر ويجلب النفع

tidak lagi pergi berjumpa bomoh dukun, tidak lagi mempercayai ahli sihir, tidak taat kepada ‘arraf pengamal ilmu hitam yang kononnya mengetahui ilmu ghaib, boleh menolak bala dan mendatangkan manfaat.

Kafir kepada taghut

haram

Bahaya besar bagi setiap muslim yang tidak mengkafirkan taghut dan musyrikin. Tiada iman bagi orang yang tidak kafir kepada semua taghut, walau setiap hari mengucap la ilaha illa Allah.

Kaedah : “Sesiapa yang tidak mengkafirkan musyrikin, atau syakk akan kekufuran mereka atau mensahihkan mazhab mereka, maka ia kafir.” Kafir tetap kafir, kafir mesti diiktiqadkan kafir.

Kelebihan

Kerana kalimah ini dicipta langir dan bumi, dunia dan akhirat, syurga dan api neraka, diutus rasul2, diturunkan kitab2, dihunus pedang di medan jihad, ia kalimah taqwa, urwatul uthqa, kalimah baqiyah.

Di dunia,

Kalimah ini adalah nikmat terbesar kepada para hambaNYA, dengan kalimah ini, seseorang manusia mjd muslim, haram harta dan darahnya. Pengucap kalimah ini menjadi saudara kepada sekalian muslimin. Kalimah ini kalimah tawhid, pembeza antara tawhid dan syirik. mengucapkannya dengan penelitian, ilmu, kefahaman dan pengamatan adalah tajdid iman.

{فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ} [محمد:19].

ia adalah sabil sa’adah, ia asas kesatuan dan kesatuan adalah kekuatan. Sekiranya diucapkan dengan memenuhi segala syaratnya dan selamat dari sebarang naqidh, segala ibadahnya akan mjd sahh. Sekiranya tidak, maka sebaliknya. Menghapuskan dosa2. Ia adalah afdal az-zikr.

masyarakat tawhid akan aman dan tenang. krn mrk meninggalkan yang haram, mengambil yg halal, berukuhwwah, ta’awun, mahabbah, adil, tidak zalim saling wala’ sebagaimana tuntutan aqidah la ilaha illa Allah.

ia amal yang paling utama (afdal).

وهي أفضل الأعمال: قال صلى الله عليه وسلم: «من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير في يوم مائة مرة كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا رجل عمل أكثر منه» (رواه البخاري ومسلم).

“…seumpama memerdekakan 10 orang hamba (RM5 juta), mendapat 100 pahala, dihapuskan 100 dosa, terpelihara dari syaitan sepanjang hari, ia mjd manusia yang paling afdal…”

ia adalah kalimah taqwa, kalimah haqq, al-qawl al-thabit, dan al-husna (surah al-Layl: ayat 5-7)

فَأَمَّا مَن أَعْطَى وَاتَّقَى وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى [الليل: 5-7]

Ia adalah kalimah tayyibah yang akarnya di dalam bumi, cabangnya di atas langit (yakni amala salih naik ke langit kepada Allah). ia adalah al-hasanah yang menghasilkan 10 kebaikan dan menyelamatkan dari ketakutan hururhara qiyamat.

قال تعالى إِنَّ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُم مِّنَّا الْحُسْنَى أُوْلَئِكَ عَنْهَا مُبْعَدُونَ لا يَسْمَعُونَ حَسِيسَهَا وَهُمْ فِي مَا اشْتَهَتْ أَنفُسُهُمْ خَالِدُونَ لا يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ الأَكْبَرُ وَتَتَلَقَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ هَذَا يَوْمُكُمُ الَّذِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ [الأنبياء:101-103] وقال الله تعالى: مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ [النحل:89]

ia ahsanul hasanat yang menghapuskan dosa2. ia adalah al-mathalul a’la di dunia dan Akhirat.

DI alam kubur, kalimah ini sekiranya dilafazkan dengan ilmu , ma’rifah, ikhlas dan yaqin, akan mjd peneman dan penenang kesunyiah, menyebabkan tuannya berjaya menjawab soalan2 kubur, dan menyelaamatkan dari azab kubur.

Allah telah mengambil janji (mithaq) dari para anbiyaa’ dan ulama’ agar menjelaskan makna kalimah ini dan mengajak kepadanya. ia adalah cbang iman yang paling tinggi.

Di alam kubur

Kalimah ini yang dilafazkan dengan ilmu kefahaman dan i’tiqadkan maknanya iaitu nafi segala sembahan batil (taghut) dan ithbat akan ilahiyyah Allah dan ubudiyyah hanya untukNYA, akan menyelamatkan dari fitnah kubur dan azab kubur, al-amaan min wahshat al-qubur, mjd penenman dan penenang di dalamnya dari kesunyian. Dengan kalimah ini, aqidah seseorang mjd sahih lalu kuburnya mjd sebuah taman syurga, dan diluaskan kubur seumama saujana maata memandang. didatangkan haruman syurga, dibawa pakaian dan tilam syurga.

Di Akhirat,

Pertama : Pengucap dan pengamal dengan ikhlas (bersih dari semua syirk besar, kecil dan khafiyy) akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis sahih, yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zayd bin Arqam radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani). Segala syirik dan bid’ah.

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka. sekiranya ucapan itu dengan ilmu , sidq dan kefahaman yang sahih.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Yang mengucapkan dengan i’tiqad, ilmu, kejujuran dan ikhlas, sekiranya melakukan dosa2 besar , ia tidak akan kekal dalam api neraka, bahkan pasti akan keluar darinya.

Keempat : Kalimah ini mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال‏: «‏قال موسى يا رب علمني شيئًا أذكرك وأدعوك به قال يا موسى: قل “لا إله إلا الله”، قال: كل عبادك يقولون هذا، قال: يا موسى لو أن السماوات السبع وعامرهن غيري والأرضين السبع في كفة و”لا إله إلا الله” في كفة مالت بهن ” لا إله إلا الله”» (رواه الحاكم وابن حبان).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah dacing yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

kalimah ini lah yang menentukan mizan seseorng hamba mjd berat atau ringan, kitab suratan amal diterima tangan kanan atau kiri,

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Mu’aaz bin Jabal radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat al-Imam Ahmad) dgn memenuhi haknya dan kefarduannya.

6. Allah telah bersumpah akaan bertanya tentang kalimah ini kepada semua hambaNYA, dan akan bertanya kepadan rasul2 tentang penyampaian mereka terhadap kalimah ini.

فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِيْنَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ [الحجر:92] وقال تعالى: فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ[الأعراف: 6] فأما سؤاله تعالى الذين أرسل إليهم يوم القيامة فمنه قوله تعالى: وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ مَاذَا أَجَبْتُمُ الْمُرْسَلِينَ[القصص:65] والآيات قبلها وبعدها وغير ذلك وأما سؤاله المرسلين فمنه قوله تعالى: يَوْمَ يَجْمَعُ الله الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجَبْتُمْ قَالُوا لا عِلْمَ لَنَا إِنَّك أَنْتَ عَلامُ الغُيُوب [المائدة: 109]

Tuntutan (Muqtadayat) La ilaha illa Allah.

1.Beriman bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah, tidak ditaati seorang pun dalam kemaksiatan kepada Allah, hukum hanyalah milik Allah semata2,

2.dan Rasulullah saw benar dalam segala yang baginda khabarkan, ditaati segala suruhannya, dijauhi segala yang baginda larang dan tegah, tidak disembah Allah melainkan dengan yang disyariatkan oleh Rasulullah saw .

Yang pertama menafikan segala syirik, yang kedua menafikan segala bid’ah.

3.Wala’ dan Bara’. Antara syarat kesahihan iman, bara’ dari segala taghut, kemudian dari semua yahudi, nasrani dan musyrikin..
Kemudian dari fussaq mubtadi’ah dan zalimin.

وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ وَلَكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (81)

“Sekiranya merka benar2 beriman kepada Allah dan Nabi dan al-quran yang kepada baginda, mereka tidak akan mengambil musyrikin sebagai wali-wali (tuan2 yang ditaati)…(al-Ma’idah: 81)

Wala’ dan bara’ adalah termasuk muqtadayat atau tuntutan iman.

Kaedah Fiqh : Yg tidak mahu melakukan  radd ke atas ahli bidaah, haram dia melarang orang lain melaksanakan kewajipan radd.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: