Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “October 27, 2016”

Kesalahan dalam Aqidah

Sufyan ibn ‘Uyaynah berkata, Tiada nikmat Allah ke atas hamba2nYA yang lebih besar dari memahamkan mereka makna la ilaha illa Allah.”

Bukan semua orang yang mengucapkan la ilaha illallah menjadi muslim. Bahkan lafaz syahadah itu mestilah diucapkan dengan ilmu, kefahaman dan yaqin.

Dalam 5 (lima) rukun islam, rukun yang paling penting adalah rukun yang pertama iaitu dua kalimah syahadah. Rukun inilah yang menjadi asas penerimaan keempat-empat rukun islam serta amalan-amalan ibadah yang lain. Rukun inilah yang menjadi asas sama ada seseorang itu Islam atau tidak.

Namun, berlaku kefahaman yang salah tentang makna kalimah syahadat La ilaha illallah beredar di kalangan kaum muslimin , sama ada kesalahan dalam masalah keyakinan mahupun amal perbuatan. Bahkan, kesalahan dalam memahami syahadah ini boleh mengakibatkan terjatuhnya seseorang ke dalam syirik. Oleh itu sangat penting bagi kita untuk mengetahui manakah yang benar dan yang salah dari syahadah tersebut agar kita tidak terjatuh ke dalam kesalahan yang boleh menyebabkan terjerumusnya kita ke dalam dosa syirik.

Allah berfirman yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia mengampunkan segala dosa di bawah syirik, bagi sesiapa yang DIA kehendaki. Dan sesiapa yang menyengutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang sangat besar. ” (An-Nisa’ : ayat 48).

Antara kesalahan-kesalahan itu adalah:

1. La Ilaha Illallah = Tiada Tuhan Selain Allah?

Antara kesalahan dalam syahadat adalah mentafsirkan La Ilaha Illallah dengan makna ‘Tiada Tuhan selain Allah’. Akibat dari kefahaman salah ini menyebabkan setiap orang yang mengakui Allah adalah Tuhan, maka ia telah masuk islam. Padahal, kaum musyrik Quraisy pun mengakui bahawa Allah lah Tuhan mereka, Allah lah yang menciptakan langit dan bumi, Allah lah yang menghidupkan dan mematikan mereka, Allah lah yang memberi mereka rezeki.

Namun pengakuan mereka ini tidaklah menyebabkan mereka islam. Mereka tetap dinyatakan kafir oleh Allah dan Rasul-Nya. Bahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun tetap memerangi mereka. Hal ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang artinya, “Katakanlah:” Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berKuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? “Maka mereka akan menjawab:” Allah “. Maka Katakanlah “Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya) mentauhidkanNya dengan menyembahNYa semata-mata?” (Yunus: 31).

2. La Ilaha Illallah = Tiada sembahan Selain Allah?

Kesalahan lain mengenai syahadat La Ilaha Illallah adalah memaknainya dengan Tiada sesembahan selain Allah. Suara rakyat ini jelas-jelas menyimpang daripada yang dimaksudkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kerana, akibat dari makna ini ialah bahawa seluruh ilah (sembahan) yang ada di muka bumi ini adalah Allah (sebagaimana pernyataan ‘Tidak ada Nabi kecuali lelaki’ bererti ‘Semua Nabi adalah lelaki’). Hal ini jelas-jelas mustahil, kerana apakah mungkin Budha, Isa, Dewa Wisnu, Dewa Krishna, Dewa Brahma, Dewi Sri dan sesembahan-sesembahan lain itu adalah Allah? Bahkan akibat pemahaman ini lebih buruk dari pemahaman orang Nasrani yang menjadikan Nabi Isa sebagai Allah itu sendiri. Sebagaimana firman-Nya yang artinya, “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:” Sesungguhnya Allah ialah Al masih putera Maryam “.” (Al Maidah: 72).

Pengertian yang benar dari syahadat La Ilaha Illallah

Lalu, apakah makna yang benar dari syahadat La Ilaha Illallah ? Makna syahadat La Ilaha Illallah adalah la ma’buda haqq illa Allah, bi haqqin , Tiada sembahan yang berhak untuk disembah / diibadahi selain Allah atau dengan kata lain Tiada sesembahan yang benar kecuali Allah.
Pengertian ini sangat sesuai dengan kenyataan yang ada di sekitar kita. Kita lihat bahawa sesungguhnya di dunia ini begitu banyak sesembahan yang disembah / diibadahi selain Allah. Namun semua sesembahan itu adalah batil. Sesembahan-sesembahan itu tidak layak dan tidak berhak untuk disembah / dibadahi. Hanya Allahlah satu-satunya yang berhak dan benar untuk disembah. Hal ini sebagaimana doa yang sering kita ucapkan berulang-ulang kali di dalam sembahyang kita “Hanya kepada-Mu lah kami beribadah, hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan”.
Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan penuh cinta, ta’zim, tunduk, patuh, tawakkal, takut, harap, kembali kepadanya dalam kesusahan, melainkan Allah, tiada sujud dan rukuk melkn kpd Allah, tiada solat dan doa melainkan keadaNYA sahaja satu-satuNYA. Selain Allah semua nya batil, kufr dan taghut.

Takrif al Ilaah
Al Imam al Harrani
الاله هو المعبود المطاع، فإن الإله هو المألوه، والمألوه هو الذي يستحق أن يعبد وكونه يستحق أن يعبد هو بما اتصف به من الصفات التي تستلزم أن يكون هو المحبوب غاية الحب، المخضوع له غاية الخضوع، قال: فإن الإله هو المحبوب المعبود الذي تألهه القلوب بحبها، وتخضع له وتذل له، وتخافه وترجوه، وتنيب إليه في شدائدها، وتدعوه في مهماتها، وتتوكل عليه في مصالحها، وتلجأ إليه وتطمئن بذكره، وتسكن إلى حبه، وليس ذلك إلا لله وحده، ولهذا كانت (لا إله إلا الله) أصدق الكلام، وكان أهلها أهل الله وحزبه، والمنكرون لها أعداءه وأهل غضبه ونقمته، فإذا صحت صح بها كل مسألة وحال وذوق، وإذا لم يصححها العبد فالفساد لازم له في علومه وأعماله
al-ilah ialah ma’bud (yang disembah) al-muta’ (yang ditaati).

Takrif al hafiz ibn qayyim.

وقال ابن القيم: (الإله) هو الذي تألهه القلوب محبة وإجلالاً وإنابة، وإكراماً وتعظيماً وذلاً وخضوعاً وخوفاً ورجاء وتوكلاً

al-Ilah ialah ynag disembah oleh hati dengan penuh mahabbah (cinta), ijlal (pengangungan) dan rujuk, memuliakan, mengagungkan, menghinakan diri, tunduk takut, harap dan tawakkal.

Takrif al Imam Ibn Rajab
وقال ابن رجب: (الإله) هو الذي يطاع فلا يعصى، هيبة له وإجلالاً، ومحبة وخوفاً ورجاء، وتوكلاً عليه، وسؤالاً منه ودعاء له، ولا يصلح هذا كله إلا الله عز وجل، فمن أشرك مخلوقاً في شيء من هذه الأمور التي هي من خصائص الإلهية كان ذلك قدحاً في إخلاصه في قول (لا إله إلا الله) وكان فيه من عبودية المخلوق بحسب ما فيه م
3.

ilah ialah yang ditaati tidak diderhakai, kerana gerun kepadaNya, ijlal, mahabbah, khawf, raja’, tawakkal kepadaNya.

3.Puak batiniyyah mengatakan la mawjud illa Allah. Allah sahaja lah kewujudan haqiqi, makhluk semua tidak wujud. Tafsiran in batil dan kufur.

4. Puak tabligh mengatakan tiada yang besar melainkan Allah, maksud kalimah ialah mengeluarkan keyakinan fasid dari hati, memasukkan keyakinan benar tentang zat Allah dalam hati. Ini batil.

5. puak ahli kalam mengatakan tiada yang berkuasa mencipta melainkan Allah, tiada yang memberi rezeki, manfaat dan mudat meainkan Allah.
menafikan ta’addud dlm zat, perbatan dan sifat Allah.
tiada pemilik langit bumi meainkan Allah.
Allah maha kaya, tiada yang kaya melainkan Allah, Dia tidak memberlukan mahluk, makhluk semua memerlukanNYA. (Umm al-Barahin, Aqidah najin). Tiada yang mentadbirkan langit bumi melainkan Allah, tiada menghidupkan dan mematikan melainkan Allah.
Kefahaman ini batil kerana musyriikin arab pun mengakui perkara ini, tetapi mereka tidak dianggap muslimin. Ini hanya sekadar pengakuan terhadap rububiyyah Allah yang turut diakui kuffar musyrikin.

6. Puak haraki “la haakim illa Allah” iaitu tiada pemerintah penguasa melainkan Allah, yakni tiada yang berhak mentasyri’ undang-undang melainkan Allah. Ini benar tetapi belum  sah, belum tepat , padat dan menyeluruh.

7. Tiada Pembatal Syahadat La Ilaha Illallah Selain Riddah (Tukar Agama)?

Antara kesalahan lain adalah pemahaman yang menyatakan bahawa seseorang tidak batal syahadatnya kecuali jika ia pindah agama dari Islam ke agama selain Islam. Atau dengan kata lain, apabila seseorang telah bersyahadat, maka ia tetap beragama islam kecuali ia pindah agama. Hal ini jelas salah, kerana bukan hanya pindah agama saja yang boleh menyebabkan seseorang batal syahadatnya dan keluar dari islam.

Banyak hal-hal lain yang dapat membatalkan syahadat seseorang, di antaranya adalah berdoa kepada wali atau orang soleh (serta perbuatan-perbuatan syirik lainnya), melakukan perbuatan sihir, tidak mengkafirkan orang kafir (seperti orang Yahudi, Nasrani, Buddha, Hindu, confusius dan lain sebagainya) atau ragu-ragu akan kekafiran mereka, membenci ajaran islam, menghina Allah, menghina Rasulullah, menghina ajaran islam, berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan mengamalkannya dan lain sebagainya. Orang yang melakukan salah satu dari pembatal syahadat tersebut dan tidak bertaubat, maka ia kafir. Walaupun ia salat, puasa, zakat, pergi haji serta melakukan ibadah-ibadah lain.

8. Upacara Tahlil

Antara kesalahan dan bid’ah lain yang tersebar di masyarakat berkaitan dengan kalimat La Ilaha Illallah adalah ritual tahlilan. Ritual ini merupakan ritual yang kerap dilakukan masyarakat untuk menghantar pahala bagi ahli keluarganya yang telah meninggal dunia. Dalam upacara ini biasanya diadakan jamuan makan yang diikuti dengan bacaan Al-Quran dan zikir kalimah La Ilaha Illallah . Upacara ini tiada asalnya dalam Islam, tiada dalam sunnah nabi saw. upacara khusus mestilah mempunyai dalil khusus, tiada ibadah melainkan dengan nass.

Dua rukun syahadah
1. Nafi
2. Ithbat.
Wajib menafikan bahawa selain Allah haram disembah, semuanya batil, wajib kufur kepada semua sembahan selain Allah. Tidak sah aqidah melainkan dengan kufur kepada semua taghut dan mengkafirkan semua musyrikin termasuk penyembah kubur. Nafi juga bermakna tark yakni meninggalkan semua berhala dan taghut. Agama agama kufur, ajaran sesat dan semua tariqat. juga bermakna ijtinab iaitu menjauhi sekalian taghut.

Nafi juga bermakna bara’, iaitu berlepas diri dari tuhan2 batil dan musyrikin, disertai kufr kepada taghut itu, memusuhi musyrikin dan membencinya. (al-Mumtahanah: 4).

ithbaat ialah mensabitkan, mengrarkan dan mengakui uluhiyyah Allah, DIA lah satu-satunya yang berhak dan wajib disembah. ithbat bermakna beriman kpd Allah, mengkhususkan ‘ubudiyyah hanya untukNya, dan inabah kepadaNya.

7 Syarat La ilaha illa Allah.

Bukan semua orang yang mengucapkan Laa ilaha illa Allah menjadi muslim. Untuk menjadi, muslim seseorang itu mestilah melafazkannya dengan ilmu dan kefahaman yakni memenuhi syarat-syaratnya.

terdapat 7 syarat-syarat Laa ilaaha illallah iaitu

  1. Al-‘Ilmu (mengilmuinya), dalam menafikan dan menetapkan. lawan dan Sebaliknya adalah Al Jahl (kebodohan). sekiranya mengucapkannya dengan jahil nafi dan ithbat, maka tidak sah syahadahnya.
  2. Al-Yaqin (meyakini), lawannya adalah Asy Syak dan Ar rayb (keraguan).
  3. Al-Ikhlas (ikhlas), lawannya adalah Asy Syirku (syirik) dan Ar Riya ‘ (riya).
  4. As-Sidq (membenarkan), kebalikannya adalah Al Kazib (mendustakan).
  5. Al-Mahabbah (mencintai), kebalikannya adalah al Karh (membenci).
  6. Al-Inqiyadu (mentaati), sebaliknya adalah At Tarku (tidak taat).
  7. Al-Qabul (menerima), sebaliknya adalah Ar Raddu (menolak).

1. Al Ilmu (ilmu)

Al ilmu di sini makna yang dimaksudkan adalah ilmu dalam menafikan dan menetapkan. Hal ini kerana anda menafikan semua jenis ibadah kepada seleuruh sembahan selain Allah, dan menetapkan semua ibadah hanya kepada Allah semata. Sebagaimana dalam firman AllahTa’ala :

{إياك نعبد وإياك نستعين} [الفاتحة: 5]

Hanya kepada-Mu lah kami beribadah dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan ” (QS. Al Fatihah: 5)

Maksudnya, kami menyembah-Mu semata yaa Allah, dan tidak menyembah selain-Mu, kami meminta pertolongan kepada-Mu sahaja yaa Allah dan tidak meminta pertolongan kepada selain-Mu.Maka orang yang mengucapkan “Laa ilaaha illallah” wajib berilmu mengetahui makna dari “Laa ilaaha illallah” itu sendiri. Allah Ta’ala berfirman:

{فاعلم أنه لا إله إلا الله واستغفر لذنبك} [محمد: 19]

Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada sembahan yang hak selain Allah ” (QS. Muhammad: 19)

Allah berfirman:

{إلا من شهد بالحق وهم يعلمون} [الزخرف: 86]

Kecuali sesiapa yang menyaksikan (mengetahui) yang hak (tauhid) dan mereka meyakini (nya) ” (QS. Az-Zukhruf: 86)

Para ahli tafsir menjelaskan, maksud dari ” illa man syahida ” adalah ‘kecuali mereka yang mengetahui’ apa yang mereka syahadahkan itu  oleh lisan dan hati mereka “. Dari ‘Uthman ibn ‘Affan radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

من مات وهو يعلم أنه لا إله إلا الله دخل الجنة

Barangsiapa yang mati dalam keadaan ia mengetahui bahawa tiada sembahan yang berhak disembah selain Allah, akan masuk syurga ” Sahih.

2. Al Yaqin (meyakini)

Al Yaqin menafikan syakk dan rayb (keraguan). Maknanya, seeorang meyakini secara tegas kalimat “Laa ilaaha illallah”, tanpa ada keraguan dan kebimbangan. Sebagaimana Allah mensifatkan orang Mu’min:

{إنما المؤمنون الذين آمنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم وأنفسهم في سبيل الله أولئك هم الصادقون} [الحجرات: 15]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar “(QS. Al Hujurat: 15)

Makna dari lam yartaabuu di sini adalah yakin dan tidak ragu.

Dan dalam Shahih Muslim , dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu ia berkata, RasulullahShallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

أشهد أن لا إله إلا الله, وأني رسول الله, لا يلقى الله بهما عبد غير شاك فيهما إلا دخل الجنة

Syahadah bahawa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan bahawasanya aku adalah utusan Allah, seorang hamba yang tidak ragu-ragu dan membawa kedua-duanya ketika bertemu dengan Allah, akan masuk syurga

Dan dalam Sahih Muslim , juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

من لقيت من وراء هذا الحائط يشهد أن لا إله إلا الله مستيقنا بها قلبه فبشره بالجنة

Barangsiapa yang engkau temui di balik penghalang ini, yang bersyahadat laa ilaaha illallah, dan hatinya yakin terhadap hal itu, maka berilah kabar gembiranya baginya berupa syurga

3. Al Ikhlas (ikhlas)

Al Ikhlas menafikan syirik dan riya ‘. iaitu dengan membersihkan amal dari semua cabang kesyirikan yang zhahir maupun yang samar, dengan mengikhlaskan niat untuk Allah semata dalam seluruh ibadah. Allah Ta’ala berfirman:

{ألا لله الدين الخالص} [الزمر: 3]

Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang ikhlas (bersih dari syirik) ” (Az-Zumar: 3)

Ia juga berkata dalam firmanNYA:

{وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين} [البينة: 5]

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus ” (QS. Al Bayyinah: 5)

Dan dalam Sahih Al Bukhari , dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam :
أسعد الناس بشفاعتي يوم القيامة, من قال لا إله إلا الله, خالصا من قلبه

Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari kiamat kelak adalah orang yang mengatakan laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari hatinya

4. Ash Sidq (jujur)

Ash Shidqu menafikan al kadzab (dusta). Yaitu dengan mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” secara jujur dari hatinya sesuai dengan ucapan lisannya. Allah Ta’ala berfirman ketika mencela orang munafik:

{إذا جاءك المنافقون قالوا نشهد إنك لرسول الله والله يعلم إنك لرسوله والله يشهد إن المنافقين لكاذبون} [المنافقون: 1]

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata:” Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah “. Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta “(QS. Al Munafiqun: 1).

Kerana orang-orang munafik mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” namun tidak secara jujur. Allah Ta’ala berfirman:

{الم (1) أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون (2) ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين} [العنكبوت: 1-3]

Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta “(QS. Al-‘Ankabut: 1-3).

Dalam Sahihayn , dari Mu’adz bin Jabal radhiallahu’anhu , dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam :

ما من أحد يشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله, صدقا من قلبه, إلا حرمه الله على النار

Tidak ada seorang pun yang bersyahadat bahawa tiada sesembahan yang hak selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, dengan jujur dari hatinya, kecuali ia pasti diharamkan oleh Allah untuk masuk neraka

5. Al Mahabbah (cinta)

Al Mahabbah (cinta) menafikan al bughdh (benci) dan al Karahiyah (marah). Yaitu orang yang mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” wajib mencintai Allah, Rasul-Nya, agama Islam dan mencintai kaum Muslimin yang menegakkan perintah-perintah Allah dan menjaga batasan-batasannya serta mencintai kalimah ini. Dan membenci orang-orang yang bertentangan dengan kalimat “Laa ilaaha illallah” dan mengerjakan lawan dari kalimat “Laa ilaaha illallah” iaitu berupa kesyirikan atau kekufuran atau mereka mengerjakan hal yang mengurangkan kesempurnaan “Laa ilaaha illallah” kerana mengerjakan syirik serta bid’ah.

Ini seperti sabda Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam :

أوثق عرى الإيمان الحب في الله والبغض في الله

Ikatan iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah

Dan yang juga menunjukkan disyaratkannya mahabbah dalam keimanan adalah firman AllahTa’ala :

{ومن الناس من يتخذ من دون الله أندادا يحبونهم كحب الله والذين آمنوا أشد حبا لله} [البقرة: 165]

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah;mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah “(QS. Al Baqarah: 165).

Dan dalam Shahihain , dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu ia berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما, وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله, وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار

Ada 3 hal yang jika ada pada diri seseorang ia akan merasakan manisnya iman: (1) Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selainnya, (2) ia mencintai seseorang kerana Allah, (3) ia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci untuk dilemparkan ke dalam neraka

6. Al Inqiyad (patuh)

Al Inqiyad (patuh) menafikan at tarku (ketidak-patuhan). Orang yang mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” wajib untuk patuh terhadap syariat Allah dan taat pada hukum Allah serta pasrah kepada aturan Allah. Allah Ta’ala berfirman:

{وأنيبوا إلى ربكم وأسلموا له} [الزمر: 54]

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi) ” (QS. Az Zumar: 54)

Dan Ia juga berfirman:

{ومن أحسن دينا ممن أسلم وجهه لله وهو محسن} [النساء: 125]

Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya “(QS. An Nisaa ‘: 125)

dan makna dari aslimuu dan ‘aslama’ dalam dua ayat di atas adalah patuh dan taat.

7. Al Qabul (menerima)

Al Qabul (menerima) menafikan ar radd (penolakan). Seorang hamba wajib menerima kalimat “Laa ilaaha illallah” dengan sebenar-benarnya dengan hati dan lisannya. Allah Ta’ala telah mengisahkan kepada kita dalam Al Qur’an Al Karim kisah-kisah orang terdahulu yang telah Allah beri keselamatan kepada mereka kerana mereka menerima kalimat “Laa ilaaha illallah”, dan orang-orang yang dihancurkan serta dibinasakan kerana takabbur  menolak kalimat tersebut. Allah Ta’ala berfirman:

{ثم ننجي رسلنا والذين آمنوا كذلك حقا علينا ننج المؤمنين} [يونس: 103]

Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman ” (QS. Yunus: 103).

Ia juga berfirman:

إنهم كانوا إذا قيل لهم لا إله إلا الله يستكبرون (35) ويقولون أئنا لتاركو آلهتنا لشاعر مجنون} [الصافات: 35-36].

Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka:” Laa ilaaha illallah “(Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri, dan mereka berkata:” Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair yang gila? “ ” (QS . Ash Shaafaat: 35-36)

Hanya kepada Allah lah kita semua memohon taufiq agar dapat menegakkan kalimat “Laa ilaaha illallah” sebenar-benarnya baik dalam perkataan, perbuatan dan keyakinan.Sungguh Allah lah semata yang memberi taufiq dan petunjuk kepada jalan yang lurus.

وصلى الله وسلم وبارك وأنعم على عبد الله ورسوله نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعي

10 nawaqidh syahadah.

Tafsiran yang Salah

تفسيرات خاطئة لشهادة أن محمدا رسول الله
Tafsiran2 yang Salah tentang Syahadah Muhammad itu Rasul Allah.

الأول:الافراط في حقه صلى الله عليه وسلم
وان كان كثيرا ممن يدعي أنه من أمته أفرط في حقه وغلا فيه حتى رفعه فوق مرتبة العبودية الى مرتبة العبادة له من دون الله فاستغاث به من دون الله وطلب منه مالا يقدر عليه الا الله من قضاء الحجات وتفريج الكربات قال تعالى:((قل لا أملك لنفسي نفعا ولا ضرا الا ما شاء الله)).
Pertama, ifrat (melampau) dalam hak baginda saw, sehingga mengangkat baginda mengatasi martabat ‘ubudiyyah (kehambaan) sehingga menyembah baginda selain Allah, dengan istighathah meminta kepada baginda , memohon dari baginda sesuatu yang tidak mampu memberikannya melainkan Allah spt memenuhi hajat2, menghilangkan kesusahan2. Ini ghuluww, kufr dan shirk. Firman Allah Ta’ala, “Katakanlah (wahai Muhammad), saya tidak memiliki untuk diriku sebarang manfaat dan tidak juga mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah…” (al-A’raaf: 188).

الثاني:التفريط في حقه صلى الله عليه وسلم
والبعض الأخر فرَط في متابعته واعتمد على لأراء الرجال والأقول المخالفة لما جاء به وتعسف في تأويل أخبار وأحكامه وتعصب للرجال وقدم أقوالهم على أقواله صلى الله عليه وسلم.

Kedua, tafrit (cuai) terhadap hak baginda saw. Cuai dalam mengikuti sunnah Baginda saw, mengikuti pandangan2 para tokoh dan pendapat2 yang menyalahi sunnah baginda. merapu , zalim dan batil dalam menta’wil khabar2 dan hukum-hakam, ta’assub kpd tokoh2, mendahulukan kata2 tokoh berbanding kata2 Baginda saw.

الثالث:أنه رسول للأمين دون أهل الكتاب
وهو قول اليهود والنصارى وحجتهم في هذا قوله تعالى:((ان هذا القرآن لك ولقومك))،فنقول لهم ان القرآن الكريم في محكم ومتشابه وأمرنا ربنا برد المتشابه الى المحكم بل ان اتباع المتشابه من علامات أهل الزيغ والضلال قال سبحانه:((هو الذي نزل عليك الكتاب منه آيات محكمات هن أم الكتاب وأخر متشابهات فأما الذين في قلوبهم زيغ فيتبعون ما تشابه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تأويله وما يعلم تأويله الا الله والراسخون في العلم يقولون أمنا به كل من عند ربنا وما يذكر أولو الألباب)).
بل ان رسالة محمد صلى الله عليه وسلم عامة لكل العباد انسهم وجنهم قال تعالى:((قل يأيها الناس اني رسول الله اليكم جميعا))،وقد قال سبحانه في نظير هؤلاء :((قل أتأمنون ببعض الكتاب وتكفرون ببعض))
Ketiga, meyakini bahawa baginda itu Rasul untuk orang2 Arab shj bukan ahli kitab.

الرابع:هناك من يعتقد أن النبي صلى الله عليه وسلم نور من الله وليس بشر
من اعتقد أن النبي صلى الله عليه وسلم نور من الله وليس بشر فهو كافر بالله ورسوله وهو من أعدائه لا من أوليائه لأنه تكذيب لله والرسول قال تعالى:((قل انما أنا بشر مثلكم)).

Keempat, mengi’tiqadkan bhw baginda dari Nur bukan manusia. Sesiapa yang i’tiqad seperti ini maka ia kafir, ini mendustakan Allah dan rasul.

الخامس:هناك من يعتقد ر أن النبي صلى الله عليه وسلم يعلم الغيب
وهذا كفر لأنه تكذيب لله والرسول ورفع مقام النبوة الى مقام الربوبية والنبي صلى الله عليه وسلم براء من أصحاب هذا الاعتقاد قال تعالى:((قل لا أقول لكم عندي خزائن الله ولا أعلم الغيب)) وقال:((عالم الغيب لايظهر على غيبه أحدا الا من ارتضى من رسول فانه يسلك من بين يديه ومن خلفه رصدا)).

Kelima, mempercayai bhaawa Nabi saw mengrtahu perkara2 ghaib
السادس:بعض التفسيرات الخاطئة التي ذكرها شيخ الاسلام ابن تيمية{ في كتابه الفرقان ص:41 ت/محمد بن رياض الأحمد ط/المكتبة العصرية بيروت لبنان}
قال:((…وكذلك من المنافقين الذين يظهرون الأسلام ويقرون في الظاهر بشهادة أن لااله الالله وأن محمدا رسول الله وأنه مرسل الى جميع الانس بل الى الثقلين الانس والجن ويعتقدون في الباطل ما يناقض ذلك مثل:أن يقروا في الباطن بأنه رسول الله وانما كان ملكا مطاعا ساس الناس برايه من جنس غيره من الملوك…أو يقول انه مرسل الى عامة الخلق وأن لله أولياء خاصة لم يرسل اليهم ولا يحتاجون اليه بل لهم طريق الى الله من غير جهته…أو أنهم لم يأخذوا عن الله كل ما كانوا يحتاجون اليه وينتفعون به من غير واسطة أو أنه مرسل بالشرائع الظاهرة وهم موافقون له فيها وأما الحقائق الباطنية فلم يرسل بها أولم يكن يعرفها أو هم أعرف بها منه أو يعرفونها مثل ما يعرفها هو من غير طريقه

السادس:هناك من يعتقد أنه يجوز الخروج على شريعته كما خرج موسى-عليه السلام- على الخضر.
قال شيخ الإسلام إبن تيمية-رحمه الله-:((ومن إحتج في ذلك بقصة موسى-عليه السلام-مع الخضر ،كان غالطا من وجهين:
أحدهما:أن موسى-عليه السلام-لم يكن مبعوثا إلى الخضر ،ولا كان يجب على الخضر –عليه السلام-اتباعه،فأن موسى –عليه السلام-كان مبعوثا إلى بني إسرئيل،واما محمدا صلى الله عليه وسلم،فرسالته عامة لجميع الثقلين:الجن والانس ولو أدركه من أهو أفضل من الخضر ،كإبراهيم وموسى وعيسى-عليهم السلام-وجب عليهم اتباعه،فكيف بالخضر سواء كان نبيا أو وليا ولهذا قال الخضر لموسى ((إني على علم من علم الله علمنيه الله لا تعلمه ،وأتن على علم من علم الله علمكه الله،لا أعلمه))،وليس لأحد من الثقلين الذين بلغتهم رسالة محمد صلى الله عليه وسلم أن يقول مثل هذا.
الثاني:أن ما فعله الخضر لم يكن مخالفا لشريعة موسى-عليه السلام-،بل كان موافقا لها،لكن موسى-عليه السلام-لم يكن علم الأسبابالتي تبيح ذلك،فلما بينها له،وافقه على ذلك،فإنه خرق السفينة ورقعها لمصلحة أهلها خوفا نت الظالم أن يأخذها،إحسان إليهم،وذلك جائز.وقتل الصبي جائز،وإن كان صغيرا.زمن كان تكفيره لأبويه لا يندفع إلا يقتله،جاز قتله.ولهذا قال إبن عباس-رضي الله عنهما-لنجدة الحروري-لما سأله عن قتل الغلمان-:إن كنت علمت منهم ما علمه الخضر من ذلك الغلام،فاقتلهم،وإلا،فلا تقتلهم.رواه البخاري
Keenam, i’tiqad bahawa harus keluar dari syarat Baginda spt keluarnya Musa a.s. dari syariat Khadir a.s.
Ini seperti sufiyyah, batiniyyah, ‘ilmaniyyah dan ahl kalam.

Makna Syahadah “wa ashhadu anna Muhammadan Rasulullah”

al-Imam as-Sobuni berkata,

“…dan Ashabul Hadiith menyaksikan bagi Rasul saw akan risalah dan nubuwwah…” (ms 37-39) yakni mengakui dan mengimani kerasulan dan kenabian baginda, bukan semata2 percaya bhw baginda itu sayyid, habib atau cendekiawan.

Rasul ialah utusan Allah yang diperintahkan mendakwah ramai manusia spt Nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa. Rasul lebih luas, mempunyai kitab, Diperintahkan menghadapi kuffar dan musuh2 Allah yang ramai dengan syariat baru, nabi biasanya penerus kepada syariat sedia ada kpd kaum tertentu sahaja. (Pandangan bhw nabi tidak diperintahkan untuk berdkawah adalah tidak benar).

Berkata Ulama’ , antara makna ashhadu anna Muhammadan Rasululullah saw ialah ,
الإقرار باللسان والقلب بأن محمداً مرسل من ربه أرسله الله عز وجل إلى جميع الخلق من أمته
“…mengiqrarkan dengan lidah dan hati bahaawa Muhammad saw diutuskan dari Tuhannya kepada seluruh makhluk (manusia dan jin) dari kalangan umatnya.

Sekiranya syahadah itu dengan lidah sahaja tanpa pengakuan dalam hati maka itu syahadah zur dan nifaq, tempatnya dlm api neraka Jahannam yang paling dalam, kekal di dalamnya selama-lamanya.

قال الله تعالى: (إذا جاءك المنافقون قالوا نشهد إنك لرسول الله والله يعلم إنك لرسوله والله يشهد إن المنافقين لكاذبون)

Firman Allah Ta’ala, “Apabila datang kepada kamu orang-orang munafiq mrk berkata…”

Makna Syahadah.

قال الشيخ محمد بن صالح العثيمين في “شرح ثلاثة الأصول”: (معنى شهادة “أن محمداً رسول الله” هو الإقرار باللسان والإيمان بالقلب بأن محمداً عبد الله القرشي الهاشمي رسول الله – عز وجل – إلى جميع الخلق من الجن والإنس) أ.هـ

Shaykh Muhammad ibnu Salih al-‘Uthaymin dlm Sharh Thalathatil Usul, makna syahadah bahawa sesungguhnya Muhammad itu rasul Allah ialah…

وقال الشيخ صالح الفوزان في “المنتقى من فتاوى الفوزان”: (ومعنى شهادة أن محمداً رسول الله الاعتراف برسالته ظاهراً وباطناً، وطاعته فيما أمر وتصديقه فيما أخبر، واجتناب ما نهى عنه وزجر، وألا يعبد الله إلا بما شرع، والاعتراف كذلك بعموم رسالته إلى جميع الثقلين، وأنه خاتم النبيين لا نبي بعده إلى أن تقوم الساعة).

Shaykh Salih al-Fawzan, makna syahadah anna Muhammadan Rasulullah ialah mengiktiraf risalah baginda dengan zahir dan batin, …, mengiktiraf keumuman risalah baginda kepada semua manusia dan jin, dan bahawa baginda penutup sekalian nabi, tiada nabi selepas baginda hinggalah berlakunya Qiyamat.

قيقة الشهادة هي ما قاله ابن القيم في “مدارج السالكين” (3/451):
Haqiqat syahadah ialah spt dalam Madarij al-Salikin (3/451), oleh Ibn Qayyim,
(فإن الشهادة تتضمن كلام الشاهد
وخبره وقوله، وتتضمن إعلامه وإخباره وبيانه، فلها أربع مراتب:
Syahadah itu mengandungi kalam penyaksi, khabarnya dan kata2nya, pengisytiharan, pengkhabaran dan penjelasannya, yakni mesti mempunyai 4 perkara,
فاول مراتبها علم ومعرفة واعتقاد لصحة المشهود به وثبوته.
Pertama, ilmu, makrifah dan i’tiqad akan kesahihan yng disaksikan dan kesabitannya. Menyaksikan sesuatu yang tidak diketahui itu bukanlah syahadah , itu kesaksian palsu, dusta dan nifaq.

وثانيها:
تكلمه بذلك ونطقه به وإن لم يعلم به غيره، بل يتكلم به مع نفسه، ويذكرها وينطق بها أو يكتبها.
Kedua, Mengatakannya, menuturkannya walaupun orang lain tidak mengetahuinya, walau dengan menulisnya.
وثالثها:
أن يعلم غيره بما شهد به ويخبره به ويبينه له.
Ketiga, memberitahu kepada orang lain akan kesaksiannya, mengkhabarkannya dan menjelaskannya
ورابعها:
أن يلزمه بمضمونها ويأمره به)
أ.هـ
keempat, mengamalkan kandungan syahadah itu dan menyuruh kepadanya.

Muqtada dan Makna2 lain bagi Syahadah.
الأول تصديقه فيما أخبر:
أي يجب تصديقه في كل شيء أخبر به صلى الله عليه وسلم، سواء كان في الأمور الماضية أو التي تقدم حصولها كأخبار أول الخلق ثم أخبار آدم ومن بعده من الرسل، أو الأمور المستقبلة كأخبار يوم القيامة وأشراطها وعلاماتها، أو ما يتعلق بالبرزخ والأخبار المتعلقة به وبغيره.
مع العلم أننا لا نفرق بين متواتر أو آحاد، فكل ما صح عن رسول الله فهو حق كما قال الطحاوي في “عقيدته”.
Pertama, mentasdiqkan baginda dalam semua yang baginda khabarkan, sama ada tentang perkara2 lalu, spt penciptaan terawal (arasy dan qalam), berita Adam dan rasul2 selepas itu, atau berita2 hari Qiyamat, tanda-tandanya, atau berkaiatan alam barzakh dan yang berkiatan dengnnya, (fitnah kubur, azab kubur, nikmat kubur) sama ada sabit dengan jalan Aahaad atau mutawatir.

الثاني امتثال ما أمر:
أي: امتثال أوامره صلى الله عليه وسلم طاعة لله وتعظيماً وإجلالاً وطلباً للقربة منه سبحانه باتباع نبيه وامتثال أمره.
Kedua, mematuhi perintah2 baginda saw kerana taat kepada Allah, menta’zimNya, mengagungkanNya dan krn mencari kedekatan kepadaNya SWT, dengan mengikuti NabiNya dan melaksanakan perintah baginda.

الثالث ترك ما نهى عنه وزجر:
أي: ترك ما نهى عنه رسوله صلى الله عليه وسلم، دون التفريق بين أمر وأمر.

Ketiga, meninggalkan segala yang baginda larang (syirik, bid’ah dan maksiat) tanpa membezakannya.

الرابع أن لا يعبد الله إلا بما شرع:
أي: لا يعبد الله سبحانه وتعالى إلا بما علمنا الله في كتابه وبما بينه رسوله صلى الله عليه وسلم في أقواله أو أفعاله أو إقراره، فما جاء عنه صلى الله عليه وسلم فهو شرح لما جاء في الكتاب وتبيين لمجمله وتفسير لمبهمه.

Keempat, tidak menyembah Allah dengan sesuatu ibadah melainkan (dengan yang Allah syariatkan) baginda syariatkan (spt dlm Kitab dan Sunnah).

ال الشيخ محمد بن عبد الوهاب في “ثلاثة الأصول”: (ومعنى شهادة أن محمداً رسول الله طاعته فيما أمر، وتصديقه فيما أخبر، واجتناب ما عنه نهى وزجر، وأن لا يعبد الله إلا بما شرع).
وقال الشيخ عبد الرحمن بن قاسم في “حاشية ثلاثة الأصول”: (هذا معنى شهادة أن محمداً رسول الله من طريق اللزوم. ولا ريب أنها تقتضي الإيمان به، وتصديقه فيما أخبر به، وطاعته فيما أمر، والانتهاء عما عنه نهى وزجر، وأن يعظم أمره ونهيه، ولا يقدم عليه قول أحد).

mengagungkan perintah dan larangan baginda, mengutamakan kata2 baginda seagung2nya dan tidak menguatamakan ke atas baginda kata2 sesiapa pun. (sama ada kata-kata shaykh, tokguru, ustaz, buku2, guru, wali, imam, mujtahid, alim dan semua manusia). Sekiranya tidak, amaka tidak sah iman dan syahadah seseorang itu. yakni masih kekal kufr dan shirk.

وذكر الشيخ صالح بن عبد العزيز آل الشيخ في “شرح ثلاثة الأصول” نحو هذا.
وقال الشيخ ابن عثيمين في “شرح ثلاثة الأصول”: (ومقتضى هذه الشهادة أن تصدق رسول الله صلى الله فيما أخبر، وأن تمتثل أمره فيما أمر، وأن تجتنب ما عنه نهى وزجر، وأن لا تعبد الله إلا بما شرع).

محمد بن عبد الوهاب الوصابي في “القول المفيد”: حيث قال: (ومعنى محمداً رسول الله أي:
لا متبوع بحق إلا رسول الله صلى الله عليه وسلم، وغير رسول الله إن اتبع فيما لا دليل عليه فقد اتبع بباطل).

Berkata Muhammad b ‘Abdil Wahhab al-Wassabi dalam al-Qawl al-Mufid, Makna sesungguhnya Muhammad iu utusan Allah ialah, tiada ikutan (imam matbu’) yang benar melainkan Rasulullah saw, selain Rasulullah saw sekiranya ia ikut tanpa dalil, maka ia telah mengikuti kebatilan.

Syarat2 Sah Syahadah

  1. Taat suruhan dan larangan baginda saw spt Huzaifah dalam Perang Khandaq,
  2. Tasdiq segala khabar baginda
  3. Tafdhil menguatamakan kata2 baginda mengatasi semua kata2 manusia
  4. Bertahakum kpd baginda (Kitab dan Sunnah) atau tahkim.
  5. Mengi’tiqadkn bahawa baginda Nabi terakhir tiada nabi selepasnya
  6. Mencintai Nabi SAW dan membantu baginda

2 rukun Syahadah Muhammad Rasulullah.

1.meyakini baginda itu hamba Allah bukan tuhan

2.meyakini baginda itu rasul diutuskan kepada seluruh manusia dan jin

Ma’rifah.

Apakah makna ma’na ma’rifah? dan ithbat tanpa tashbih?

Makrifah ialah mengenal Allah , Rasul dan Islam. Mengenal Allah melalui sifat-sifatNYA dan nama-namaNYA dalam al-quran dan al-Hadith, berbeza dengan takrif makrifat oleh ahli bid’ah. Menrima qada’ dan qadar Allah, dan mengenal kitabNYA.

makrifah Allah bid’ah ialah dengan mimpi2, khayalan2, lintasan2 hati, akal falsafi kalami, (lalu mrk mengkafirkan muslim yang tidak menerima ilmu kalam susunan mrk, kononnya sesiapa tidak mengenal Allah dengan akal atau dalil2 aqli maka kafir kekal dalam api neraka). masuk ke dalam tariqat dan tasawwuf falsafi, hingga hulul dan ittihad setelah suluk di tempat gelap dan terasing, atau dengan meyakini Allah tidak bertempat, itulah makrifat menurut ahli bid’ah.

Ahli bid’ah tidak ithbat sifat2 Allah, mrk hanya tafwidh mutlaq atau ta’wil. ta’wil ahli bid’ah adalah tahrif, ta’til, taghyir dan tabdil. Menurut ahli bid’ah, Hadith2 sahih bukan sumber aqidah yang mensabitkan sifat2 Allah. hadith2 sahih tidak qat’ei hanya zanni, zanni thubut dan zanni dalalah.!

Tawhid dan Tanzih.

Menurut Ahlul Hadith was Sunnah, ASWJ, Tawhid ialah menujukan ibadah semuanya untuk Allah dan kepada Allah, menafikan tuhan2 batil. mengingkari dan meninggalkan semua taghut yakni sembahan palsu. mentazihkanNay iaitu mensucikanNya dari semua syirik.

Tawhid Ahli Bid’ah.

Menafikan berbilang2nya Allah, menafikan jihah, makan, jism, aradh dan jawhar bg Allah. Menafikan siat2 Allah dengan menta’wilkannnya, krn zahirnya sifat2 itu batil menunjukkan jismiyyah, makan, jihah, sifat2 yg zatiyyah menunjukkan aradh, sifat2 fi’liyyah Allah menunjukkan hawadith. Maka wajib ta’wil, sekiranya tidak ta’wil, maka kafir mushrik. hakikat tawhid tanzih ahli bid’ah adalah nafi dan ta’tiil Sifat Allah. !

 

 

 

 

 

 

Post Navigation