Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Jahmiyyah dalam Masyarakat.

Pernahkah anda mendengar orang yang mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak di mana-mana, atau berada di mana-mana, mengingkari bahawa Allah tinggi di atas ‘Arsy, menolak semua sifat Allah (dengan nama ta’wil), mengingkari takdir, dan mengatakan Al-Qur’an adalah makhluk ??

Ketahuilah itu adalah sisa-sisa fahaman sesat aliran jahmiyyah. Meskipun tokohnya Jahm bin Shafwan telah disembelih oleh Salam bin Ahwaz al-Mazini penguasa Morwu di akhir pemerintahan Bani Umaiyyah kerana bahayanya pemikiran jahmiyyah, namun pemikirannya tidak mati dan menyebar luas sampai sekarang. Banyak yang tidak sedar bahawa dirinya terpengaruh fahaman Jahmiyah yang sesat ini.

Pelampau jahmiyyah ingin membuang semua ayat istiwa’ , wajh dan yad dalam al-Quran. Oleh itu, al-Imam ‘Abdullah ibn al-Mubarak menghukum jahmiyyah sbg bukan islam, bukan sekadar kelompok islam yang sesat.

A. SEJARAH JAHMIYYAH ?

Para ulama menyebutkan bahawa Ja’d bin Dirham merupakan pencetus dan penebar embrio pertama pemikiran Jahmiyyah yang kemudian disebarluaskan oleh Jahm bin Sofwan, sehingga pemikiran tersebut dinisbahkan kepadanya. Menurut salah satu riwayat bahawa Ja’d mengambil pemikiran dari Aban bin Sam’an, dan Aban mengambil dari Thalut anak saudara perempuan Lubayd bin al-A’sam, seorang Yahudi yang pernah menyihir Nabi. Lihat al-Milal wan Nihal, (173) karya as-Shahrastani, al-Farqu baina al-Firaq, hal.194, oleh al-Baghdadi dan Thabaqah al-Hanabilah (1/32) karya Ibnu Abu Ya’la, dan Maqalaat Islamiyyin (1/312).

B. KENAPA JAHMIYYAH DIHUKUMKAN SESAT ?

Jahm bin Safwan dianggap penyebar kesesatan aliran sesat ini, kerana ia telah menghimpun tiga bid’ah sesat yang sangat buruk dan berbahaya disamping beberapa bid’ah yang lain :

Pertama : Bid’ah kesesatan Ta’thil iaitu peniadaan sifat-sifat Allah dan menyangka bahawa Allah tidak disifati dengan sebarang sifat, kerana pemberian sifat-sifat mengakibatkan penyerupaan dengan makhluk-Nya. Lihat : Ar-Radd ‘alaa Jahmiyyah, hal.17 karya Imam ad-Darimi, dan Majmuu’ Fataawaa (5/20). Ahli ta’wil yg mendakwa diri mendakwa diri mrk ahl sunnah mengikuti kesesatan ini lalu menta’til dan tahrif beberapa sifat Allah yang zatiyyah dan fi’liyyah.

Kedua : Bid’ah Jabr iaitu pernyataan bahawa menusia tidak mempunyai kemampuan dan daya upaya sama sekali bahkan semua kehendaknya muncul dalam keadaan dipaksa oleh kehendak Allah, maka ia menganggap perbuatan manusia dinisbahkan kepadanya hanya sekadar majaz (metafora). Maqalaat Islamiyyin oleh al-Asy’ari (1/312). Ini diikuti golongan keliru dan bid’ah dari ahli kalam yang menisbahkan diri mrk kpd sunnah dengan lafaz kasb yakni perbuatan hamba hanyalah majaz krn haqiqat pembuat adalah Allah.

Ketiga: Bid’ah kesesatan Irja’ bahawa iman cukup hanya dengan ma’rifat (mengenal) atau tasdiq (percaya dalam hati), amal tidak termasuk dalam iman. Sesiapa yang inkar di lisan maka hal tersebut tidak membuatnya kafir sebab ilmu dan ma’rifat tidak lenyap kerana ingkar, dan keimanan tidak berkurang dan semua hamba setara dalam keimanannya serta iman dan kufur hanya dalam hati tidak dalam perbuatan. Maqalaat Islamiyyin (1/312)]. Di sisi murji’ah, tiada syirik, tiada bid’ah dan tiada nifaq. Amal dan sunnah bukan termasuk iman. Ini termasuk sebesar2 bahaya dan kesesatan yang membuatkan seseorang terkeluar dari aqidah ahl al-sunnah, mjd sesat dan kafir.

Dalam Islam dan sunnah, iman ialah haqiqah murakkabah iaitu gabungan aqidah, amal, qawl dengan lisan dan mengikuti sunnah. Ini sabit alam al-Quran , al-Hadith dan Ijma’. menyalahahinya adalah kesesatan dan kekufuran.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: