Adakah mujassim itu kafir?
Kesimpulan tajsim.
1.Perbahasan tajsim sangat luas. Jangan berbicara tentang tajsim sebelum banyak membaca dan mengkaji, bukan sekadar taqlid buta dengan satu guru sahaja. Berapa kitab, dan maqalah ilmiyyah tentang tajsim yang sudah kamu baca tentang tajsim untuk mentajsimkan orang? 100? 1000? 2000?
Tidak habis-habis mujassimah mujassimah…
Imam Ahmad pun dituduh mujassim kafir. Hatta Abu Hasan dituduh mujassim.
2.Mujassim sarih tidak wujud. Menuduh mana-mana muslim sebagai mujassim adalah tuduhan yang batil, jahat, gila, jenayah qazaf dan takfir, sangkaaan jahat dan berpunca dari kefahaman dangkal.
Allah yang maha pemurah lagi mahabesar, memang tinggi di atas arasy. Mahu percaya Allah bertempat, atau tidak bertempat atau di mana-mana, terpulanglah. Gaduh buat apa? Mengapa terlalu emosi? Sila belajar mengawal perasan benci dan marah, raikan perbezaan, elakkan mengkafirkan. Memang dalam pengaku ahl Sunnah sendiri ada 3 kelompok dan fahaman.
Paling penting solat, sesiapa tidak solat fardhu, ia kafir.
3.Pada saya, mujassim itu bid’ah, bukan kafir.
4.Orang yang menuduh tajsim tidak syak lagi adalah jahil , dia sendiri tidak kenal apa itu tajsim.
5.Tajsim.
Perkataan tajsim dan mujassim tidak dikenal di kalangan salaf. Ini kerana jism mempunyai makna yang benar dan batil.
Allah berjism atau tidak?
Allah tidak boleh disebut berjism, tidak blh juga disebut Allah tidak berjisim. Kerana ithbat jism dan nafi jism tidak disebut dalam nass secara sarih.
Tidak halal melabel orang islam sbg mujassim atau mujassimah (yakni mengkafirkan) krn mujassimah ialah orang yang mengatakan “Allah berjisim” atau “Allah berjisim tetapi tidak seperti jisim2 makhluk.” Secara sarih! Adapun Sekadar imrar dan ithbat wajah Allah dan tangan Allah bukanlah tajsim. Itu iman dan ithbat tanpa tashbih.
Ada ker Muslim yg mengatakan”Allah itu berjisim” secara sarih? Ada?
6.Membicarakan tentang jism adalah bid’ah dan takalluf, kebodohan, sia-sia dan membuang masa. Lebih baik gunakan masa anda untuk menghafaz quran, hadith2, fiqh 4 mazhab, mempelajari Bahasa arab, berzikir, bersolat, menutut ilmu, riyadah dan lain2 aktiviti bermanfaat utk dunia dan akhirat.
6.Salafiyyah yang mengimani dan ithbat sifat wajah Allah, tangan, pergi datangnya Allah, istiwa’ dan fawqiyyah tanpa menyamai sifat-sifat makhluk (imrar bi la kayf) adalah ahl Sunnah, bukan mujassimah.