Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “May, 2016”

Wudhu’ ketika Musafir

Wudhu’ dan solat dalam Kapal Terbang.
1. Hendaklah berwudhu’ seperti biasa sebelum bermusafir, kemudian memakai stoking atau khuff ketika wudhu’ masih ada.

2. Sekiranya batal wudhu’ , hendaklah berwudhu’ membasuh muka, tangan dan kepala seperti biasa, ketika membasuh kaki tidak perlu membuka stoking, hanya perlu meratakan air atas stoking.
Terdapat 3 perkara yang boleh membatalkan sapuan khuf tersebut iaitu tamatnya waktu menyapu khuf, berhadas besar (berjunub) dan membuka khuf atau stoking.

3. Ketika waktu solat, hendaklah solat di atas kerusi.

PTPTN riba atau ujrah?

Soalan.
Salam Ustaz. Benarkah ujrah 1% PTPTN itu benar2 ujrah bukan riba?

Jawapan:
Sekiranya ujrah pengurusan itu sama sahaja kadarnya cthnya RM150 bg setiap pinjaman tanpa mengira jumlah pinjaman sedikit atau banyak, maka ia boleh disebut ujrah.

Sekiranya ujrah 1% adalah dari jumlah pinjaman yang berbeza2 maka itu adalah riba yang haram, bukan ujrah.

Ijtihad atau Ijma’?

Soalan:
Adakah fatwa al-azhar ijtihad atau ijma’?
Jawapan.
Fatwa2 al-azhar adalah ijtihad bukan ijma’. Ia boleh diterima dan boleh ditolak. Begitu juga fatwa majlis agama dan fatwa JFK Malaysia.

Kontroversi Nikah Mut’ah

Soalan:
Mengapa ada ulama silam yang mengharuskan nikah mut’ah ketika darurat sedangkan nikah mut’ah telah diharamkan dalam hadith2 sahih?
**************************
Jawapan:
Berlaku fatwa sedemikian kerana mungkin hadith sahih itu tidak sampai kepada mereka atau hadith itu sampai kepada mereka tetapi mereka menganggapnya tidak sahih.
Menurut 4 mazhab, nikah mut’ah telah diharamkan hingga Hari Qiyamat. Menurut jumhur ulama, muslim muslimah yang nikah mut’ah hendaklah dita’zir oleh pemerintah. Menurut al-Zayn al-Malibari al-Shafi’i, sesiapa bernikah secara mut’ah (bertempoh), ia hendaklah dihudud, dan dita’zir sekiranya tidak mengetahui pengharamannya.

Taqlid dan Ittiba’

تقليد  دان  اتباع

Taqlid ialah mengetahui sesuatu qawl (pendapat), fatwa atau ijtihad tanpa mengetahui dalil-dalilnya. Muqallid adalah jahil.

Ittiba’ ialah mengikuti sesuatu sesuatu qawl, ijtihad atau fatwa dengan mengetahui dalil-dalil fatwa tersebut.

Post Navigation