Wudhu’ ketika Musafir
Wudhu’ dan solat dalam Kapal Terbang.
1. Hendaklah berwudhu’ seperti biasa sebelum bermusafir, kemudian memakai stoking atau khuff ketika wudhu’ masih ada.
2. Sekiranya batal wudhu’ , hendaklah berwudhu’ membasuh muka, tangan dan kepala seperti biasa, ketika membasuh kaki tidak perlu membuka stoking, hanya perlu meratakan air atas stoking.
Terdapat 3 perkara yang boleh membatalkan sapuan khuf tersebut iaitu tamatnya waktu menyapu khuf, berhadas besar (berjunub) dan membuka khuf atau stoking.
3. Ketika waktu solat, hendaklah solat di atas kerusi.