Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Jenayah dan Kesesatan Hasan Saqqaf.

Hasan Saqqaf lahir tahun 1961. Kini dalam tahanan di Jordan, membawa aliran beracun mu’tazilah jahmiyyah, rawafidh, khawarij. Saqqaf sangat memusuhi Ahl al-Sunnah al-Salafiyyah. Pernah datang ke Malaysia tahun 1989. Antara jenayah Saqqaf ialah,

1. Menuduh Abu al-Hasan al-Ash’ari sebagai mujassim dan menuduh Abu al-Hasan sbg bodoh.

“Jika dia (al-Imam Abu Hasan Al-Asy’ari) memaksudkan kepada Mu’tazilah yang dikatakan dia telah belajar dari mereka selama 40 tahun, sedangkan mereka (Muktazilah) tidak menyatakan sedemikian. Ini mengesahkan kisah-kisah yang dihikayatkan bahawa dia (Imam Abu Hasan Al-Asy’ari) mengetahui perincian mazhab Muktazilah adalah kisah-kisah khurafat, ataupun orang yang disebut dalam kisah itu (Imam Abu Hasan Al-Asy’ari) seorang yang bodoh, dari sudut dia telah duduk bersama suatu mazhab selama 40 tahun, tetapi tidak tahu pandangan mereka dan pemikiran mazhab tersebut. Kami juga melihat pada hari ini ramai dalam kalangan syeikh yang dinisbahkan kepada nama Asy’ari (pengikut mazhab Asy’ari), dan umur mereka menghampiri 76 tahun, kebanyakan mereka sejahil-jahil manusia dengan mazhab Asy’ari dan Asya’irah.” (Al-Ibanah, tahqiq Hassan Al-Saqqaf, ms: 192).

2. memakai aqidah mu’tazilah jahmiyyah, spt xmelihat Allah di Akhirat kononnya demi aqidah tanzih mu’tazilah. Allah tidak istiwa’ di atas Arasy, Allah tiada di atas langit, tidak tinggi di aatas segala makhluq, memakai ta’wil yang rosak dan tafwidh batil.

3.Saqqaf Menolak hadith2 sahih sbg sumber aqidah. Lihat ta’liqnya terhadap Daf’ Shubah Ibn al-Jawzi.

Kesesatan Hasan Saqqaf.
Saqqaf bukan setakat memperlekehkan al-Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari, bahkan Hasan Al-Saqqaf sampai menuduh al-Ash’ari berpegang dengan fahaman yang sesat lagi kufur iaitu tajsim (menjisimkan ALLAH) dan tasybih (menyamakan ALLAH dengan makhluk).
Kata Al-Saqqaf: “Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan bahawa beliau (Imam Abu Hasan Al-Asy’ari) memahami al-Quran berkaitan ayat-ayat sifat adalah secara zahir. Ia perkataan yang sama dengan al-Musyabbihah dan al-Mujassimah. Dan dia (al-Ash’ari) di sisi kami secara pasti sememangnya dalam kalangan mereka.” (Al-Ibanah, tahqiq Hasan al-Saqqaf, ms:200)
Sikap biadab Hasan Al-Saqqaf juga boleh dinilai melalui komennya terhadap Imam Abu Al-Hassan yang membantah golongan yang berkecuali dari menyatakan al-Quran itu makhluk atau bukan makhluk. Kata Imam Abu Al-Hasan: “Katakan kepada mereka: “Adakah ALLAH telah firmankan kepada kamu semua dalam kitabnya: “Berkecualilah (tawaqquf) kamu semua dalam persoalan ini…”.
Sikap biadab Hasan Al-Saqqaf juga boleh dinilai melalui komennya terhadap Imam Abu Al-Hassan yang membantah golongan yang berkecuali dari menyatakan al-Quran itu makhluk atau bukan makhluk. Kata Imam Abu Al-Hasan: “Katakan kepada mereka: “Adakah ALLAH telah firmankan kepada kamu semua dalam kitabnya: “Berkecualilah (tawaqquf) kamu semua dalam persoalan ini…”.
Semasa mengulas pendirian Imam Abu Al-Hasan ini, Al-Saqqaf menulis: “Bantahan yang buruk tiada nilai padanya. Ini mengesahkan penulis kitab ini (Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari) seorang bermazhab Hanbali yang tiada akal atau berpura-pura lagi munafik untuk mendapat reda dari al-Barbahari tetapi ia tidak memperolehinya.” (Lihat: Nota kaki Hasan Saqqaf dalam Al-Ibanah. ms: 162)

4. mengharuskan istighathah (meminta pertolongan) kepada nabi saw. yakni berdoa meminta kpd nabi, mengangkat nabi sbg tuhan yang ditujukan doa!

5. menolak tawhid uluhiyyah dan tawhid asma’ dan sifat.saqqaf menulis risalah al-Tandid bi man ‘addada al-Tawhid. Ini menunjukkan kekeliruan, kebingungan dan kejahilannya.

6. bertuhankan asha’irah, bermatian2 mempertahankan kesalahan2 asha’irah mu’tazilah jahmiyyah.

7. zindiq menghina Mu’awiyah r.a.

قال الإمام أبو زرعة ( إذا رأيت الرجل ينتقص أحداً من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فاعلم أنه زنديق … ) رواه الخطيب في الكفاية ( صحيفة : 97 )

8. menghina imam2 Ahl Sunah silam (termasuk Tabari, Ibn Kathir) dan kontemporari. menuduh para imam sbg mujasimah, mutamaslifah, bayangan yahudi, beraqidah firaun, dll.

طعنه في بعض الأئمة المتقدمين والمتأخرين منهم ووصفهم بأنهم مجسمة – ومتمسلفة ، وأشباه اليهود ، وأصحاب العقيدة الفرعونية ، وغير ذلك ، مما هو كثير في كتبه ، وذكر ضرباً منهم في تحقيقه لكتاب ابن الجوزي .

ومن هؤلاء الأئمة : ابن خزيمة ، وأبو يعلى ، والهروي ، وابن أبي حاتم ، والدارمي ، والخلال ، وشيخ الإسلام ابن تيمية ، وتلميذه ابن القيم ، وغيرهم من المعاصرين كالشيخ حمود بن عبدالله التويجري والألباني ،

9.menolak kesahihan kitab2 aqidah ahl sunnah spt al-Radd oleh al-Imam Ahmad, al-Sunnah oleh Abdullah, Ru’yah dan Sifat al-Daraqutni dll lihat dlm taliqnya terhadap Daf’ Shubah.

10. mengatakan al-Quran itu makhluq!

11. jenayah takfir.

( كل بلاء فيه ) ، فهو : قبوري رافضي جهمي عقلاني كذاب !

DUNIA Islam tidak pernah sunyi dengan pelbagai bentuk pemikiran yang menyeleweng daripada jalan yang benar.

Benarlah apa yang diingatkan Rasulullah SAW dalam hadis al-Tirmizi dan selainnya dan dinilai oleh al-Tirmizi hasan sahih, akan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat setelah kewafatan Baginda SAW lalu.

Baginda SAW mewasiatkan agar berpegang kepada sunnahnya dan sunnah khulafa al-Rasyidin, seterusnya menjauhi bidaah dalam agama.

Perpecahan yang berlaku kepada umat Islam disebabkan jauhnya mereka daripada petunjuk al-Quran dan Sunnah, berpaling daripada pada keduanya lalu mempertuhankan hawa nafsu semata, sesat dan menyesatkan.

Di sebalik itu antara rahmat ALLAH kepada umat ini adalah dibangkitkan pada setiap zaman ulama yang akan memikul bebanan dakwah berusaha menafikan penyelewengan mereka yang melampau, memerangi kebatilan dan takwilan mereka yang jahil terhadap agama.

Syiah berterusan

Saqqaf cenderung kepada rafdh, berusaha melakukan taqrib berdama Syiah Imaiyyah, Ibadiyyah dan Zaydiyyah. Di Malaysia, kesedaran tentang sesat dan bahayanya ajaran Syiah sudah meluas dan usaha ini wajib berterusan.

Tetapi dalam kerancakan masyarakat berkata mengenai kesesatan Syiah terdapat juga sekelompok kecil yang secara zahirnya mengaku ahli sunnah tetapi pegangan yang mereka anuti sebahagiannya mirip kepada fahaman Syiah.

Adakah mereka ini Syiah yang bertopengkan Sunni atau sebaliknya? Di Jordan nama Hassan al-Saqqaf terkenal dengan pemikiran yang mirip kepada Syiah dan bercampur aduk dengan pemikiran lain yang menyeleweng daripada ahli sunnah.

Dia mendakwa daripada keturunan Ali bin Abi Talib dan cukup berbangga dengan pangkat itu. Seorang yang cuba menonjolkan diri dia seorang ahli sunnah bermazhab Syafi’e.

Dalam Jurnal  Penyelidikan Islam bil 19, Cawangan Aqidah Jakim menyatakan al-Saqqaf dikatakan mempunyai kecenderungan kepada Syiah disebabkan pandangan yang menyebelahi Syiah seperti mempertikaikan sahabat Nabi Muawiyah, mentashihkan hadis “Aku bandar ilmu dan Ali ialah pintunya”, menolak hadis “kitab ALLAH dan sunnahku” dan sebagainya.

Akhirnya membawa kesan buruk kepada ahli sunnah tetapi memberikan kelebihan kepada Syiah apabila kitab-kitab Syiah menggunakan bahasa ahli sunnah untuk memburuk-burukkan ahli sunnah.
Sahabat jadi mangsa kutukan.

Melalui penulisan al-Saqqaf ia seolah-olah seperti mengisyaratkan akan pemikirannya yang cenderung kepada Syiah. Salah satu contohnya, dalam kitab ‘Al-Ibanah’ yang ditulis oleh Imam Abu Al-Hassan
Al-Asy’ari: “Apabila telah wajib keimaman Abu Bakar ra setelah Rasulullah SAW maka wajiblah Abu Bakar adalah orang Islam yang paling utama (Afdal)”.

Tetapi kata al-Saqqaf: “Bahkan Saidina Ali paling utama (afdal) di sisi kami (Saqqaf) dan di sisi sebahagian sahabat dan di sisi orang yang sesudah mereka”.

Apakah makna perkatan ini? Di samping itu antara sahabat yang menjadi sasaran kutukan dan cacian  al-Saqqaf ialah Muawiyah bin Abi Sufian.

Contohnya jenayah ilmiyyah yang dilakukannya dengan membawa riwayat yang tidak sahih, atau riwayat yang tidak lengkap atau riwayat yang diinterpretasikan sendiri olehnya berkenaan keburukan Muawiyah seperti beliau meminum arak, menuduh Muawiyah membunuh sahabat Nabi SAW yang bernama Hijr bin Adi juga menuduh Muawiyah mengarahkan untuk membunuh anak kepada Khalid Al-Walid iaitu Abdul Rahman yang kesemuanya tidak sahih.

Al-Saqqaf juga turut mengambil suatu yang diriwayatkan tanpa sanad berkenaan kisah Al-Hasan al-Basri mencela Muawiyah hanya kerana terdapat dalam kitab Al-kamil oleh Ibn Al-Atsir, sedang dalam masa yang sama telah sedia maklum kisah-kisah sirah tidak pernah selamat dari riwayat-riwayat yang lemah dan palsu. (Rujuk Amr Abdul Mu’im Salim, La Difa’an An Al-Albani Fahasb Bal Difa’an An al-Salafiyah)

Muawiyah bukan penulis wahyu?

Tuduhan liar terhadap Muawiyah bin Abi Sufian ini tidak akan didengari melainkan ia datang daripada mulut seseorang yang berakidah dan berfahaman Syiah.

Apa kata Imam Ahmad bin Hanbal kepada soalan yang diajukan kepadanya tentang perkataan seorang yang menyatakan Muawiyah bukan penulis wahyu, diragui dia seorang yang beriman.

Jawab Imam Ahmad bin Hanbal: “Perkataan ini sungguh jahat dan buruk, wajib menjauhi mereka ini dan jangan duduk bersama mereka dan hendaklah dijelaskan keadaan mereka ini kepada masyarakat”. (Kata al-Khallal dalam al-Sunnah no: 659 dan sanadnya sahih).

Kata Khallal dengan sanad yang sahih: menceritakan kepada kami Abu Bakar Al-Marwazi, dia bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal: Manakah yang afdal antara Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz?

Maka dijawab oleh Imam Ahmad: “Muawiyah lebih afdal, Kami tidak menqiaskan seorang pun dengan sahabat Rasulullah SAW kerana Nabi SAW bersabda sebaik-baik manusia ialah kurun di mana aku diutuskan bersama mereka”.

Lihatlah perbezaan perkataan antara Imam Ahli Sunnah iaitu Imam Ahmad bin Hanbal dengan si al-Saqqaf yang mengambil pendirian sama seperti Syiah.

Ini hanya dua contoh daripada sekian banyak penulisan al-Saqqaf yang memberi isyarat kecenderungannya kepada pemikiran tersebut.

Pemikiran al-Saqqaf

Antara lain yang menjadi kecenderungan pemikiran Hassan Saqqaf ialah menyesatkan, bahkan mengkafirkan tokoh-tokoh ulama ahli sunnah seperti menuduh Imam Ahli Sunnah wal jamaah iaitu Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Al-Imam Al-Baqilani sebagai berakidah tajsim iaitu akidah menyamakan ALLAH dengan makhluk.

Hassan Saqqaf memuji Aqidah Muktazilah sebaliknya mengeji Al-Imam Abu Al-Hassan dan Al-Imam Baqilani kerana kedua-dua mereka mengutuk Muktazilah.

Antara lagi tokoh ulama ahli sunnah yang banyak mendapat kritikan, kutukan, penyesatan bahkan pengkafiran daripada Al-Saqqaf ialah Ibn Taimiyyah.

Al-Saqqaf membuat fitnah terhadap Ibn Taimiyyah dengan menyeleweng fakta, menukilkan dari penulisan-penulisan Ibn Taimiyyah secara tidak amanah dan melakukan jenayah ilmiyyah yang sangat banyak.

Di negara-negara Timur Tengah, istilah ‘As Saqqafiyyah’ ini amat masyhur merujuk kepada pemikiran rosak golongan yang menjadikan penulisan-penulisan Hassan Saqqaf sebagai rujukan.

Ramai ulama menulis kitab yang membantah dan menjelaskan penyelewengan pemikiran Al-Saqqaf, antara mereka ialah Syeikh Al-Muhaddis Abdul Razak Abdul Muhsin Al-Badr, Syeikh Amr Abdul Mun’im Salim, Syeikh Ali Abdul Hamid Al-Halabi, Syeikh Sulaiman Al-Ulwan dan ramai lagi.Pentingnya untuk dijelaskan bahayanya pemikiran Hassan Saqqaf ini di Malaysia khususnya, disebabkan pemikiran seumpama ini pun berjaya meresap masuk ke dalam Malaysia melalui mereka yang belajar sendiri dengan Hassan Saqqaf, kemudian pulang ke Malaysia menyebarkan pemikiran ini.

Antara usaha mereka menterjemahkan buku-buku yang ditulis al-Saqqaf ke dalam bahasa Melayu. Menyebarkan pemikiran yang dibawa oleh guru mereka ini dengan menerapkan unsur-unsur yang berbaur Syiah seperti merendah-rendahkan martabat para sahabat Nabi SAW.

Mereka menyesatkan dan mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan mereka dan menimbulkan pecah-belah dalam masyarakat. Oleh itu umat Islam di Malaysia, khususnya Institusi-institusi agama dan badan-badan kerajaan wajib berwaspada daripada Syiah berbulu Sunni ini yang hanya membawa perpecahan dalam masyarakat.

Mohd Khairil Anwar Abdul Latif
Kaunselor Agama Institut Jantung Negara (IJN)

 

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: