Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Fiqh Mu’asir : Bab 6 Bon dan Sukuk.

URUS NIAGA BON HUKUM DAN SUKUK ISLAMIYYAH
BON
Menurut Frank K. Reilly, bon merupakan satu instrumen hutang jangka panjang yang diterbitkan sama ada oleh kerajaan atau swasta. Penerbitannya oleh kerajaan atau swasta kemudiannya akan dibuka dan diurusniaga kepada institusi-institusi kewangan atau orang ramai.

Menurut al-Qaradhawi, bon ialah perjanjian bertulis yang dibuat oleh bank, syarikat dan kerajaan kepada pemegang bon bagi tempoh yang tertentu ke atas hutang yang diberikan olehnya merujuk kepada faedah yang tertentu

Menurut istilah persuratannya, bon merupakan satu surat jaminan iaitu syarikat yang mengeluarkan sijil bon akan memberi jaminan kepada pemegang bon untuk membangunkan faedah secara berkala. Bon disini adalah satu kontrak antara syarikat pelabur dan para pelabur

Daripada takrifan yang telah diberikan dapatlah disimpulkan bahawa bon merupakan satu pengesahan sijil pernyataan hutang, satu nota janji hutang jangka panjang syarikat pengeluar atau kerajaan yang memberi jaminan berkontrak untuk membayar faedah secara tetap dan berkala serta membayar balik wang pokok pada akhir tempoh matang kepada pemegang sijil bon.

Seperti mana orang memerlukan wang, begitu juga syarikat dan kerajaan. Syarikat memerlukan dana untuk berkembang dan memasuki pasaran baru, manakala kerajaan memerlukan wang untuk apa sahaja keperluan dari infrastruktur hingga program sosial.
Masalah bagi organisasi besar alami ialah mereka biasanya memerlukan lebih banyak wang daripada yang pihak bank boleh sediakan. Penyelesaiannya ialah dengan meningkatkan wang dengan menawarkan bon (atau instrument-instrumen hutang lain) kepada pasaran awam.

Beribu pelabur kemudian setiap darinya menyumbang sebahagian daripada modal yang diperlukan. Benar, bon ialah tiada lain merupakan satu pinjaman di mana setiap daripada anda adalah pemberi pinjaman. Organisasi yang menjual bon dipanggil ‘issuer’ (pihak penawar) kepada pemberi pinjaman (pelabur).

Sudah tentu, tiada siapa mahu memberi pinjam wang mereka tanpa mendapat apa-apa. Pihak penawar atau ‘issuer’ bon mesti membayar para pelabur sesuatu yang ekstra ke atas kemudahan menggunakan wang mereka. ‘Ekstra’ ini datangnya dalam bentuk bayaran faedah, di mana ia dibuat pada kadar yang telah ditentukan terlebih dahulu dan berjadual.

Kadar faedah selalunya dirujuk sebagai kupon. Tarikh di mana pihak penawar perlu membayar balik jumlah yang dipinjamkan (dikenali sebagai nilai muka) dipanggil tarikh matang. Bon dikenali sebagai sekuriti pendapatan tetap kerana anda tahu jumlah tepat wang yang akan anda dapat semula jika anda pegang sekuriti berkenaan sehingga matang.

Sebagai contoh, katalah anda membeli satu bon dengan nilai muka RM1,000, kupon 8% dan tempoh matang 10 tahun. Ini bermakna anda akan menerima sejumlah RM80 (RM1,000*8%) faedah setahun untuk sepuluh tahun berikutnya.
Sebenarnya, kerana kebanyakan bon membayar faedah setiap 2 kali setahun, anda akan menerima dua bayaran berjumlah RM40 setahun untuk 10 tahun. Apabila bon telah matang selepas satu dekad, anda akan mendapat wang RM1,000 anda balik.

Asas Bon: Karakteristik

Bon mempunyai beberapa karakteristik di mana anda patut perhatikan. Kesemua faktor ini memainkan peranan di dalam menentukan nilai sesuatu bon dan dalam memperimbangkannya sebagai instrument pelaburan portfolio anda.

Nilai Muka / Nilai Par
Nilai muka (juga dikenali sebagai nilai par atau principal) adalah jumlah wang para pemegang akan mendapat semula setelah ia matang. Satu bon yang baru ditawarkan biasanya dijual pada nilai par. Bon korporat biasanya mempunyai nilai par RM1,000, tetapi jumlah ini boleh menjadi lebih besar bagi bon kerajaan.

Apa yang mengelirukan ramai orang ialah nilai par bukanlah harga bon. Harga bon berubah-ubah sepanjang tempoh bergantung kepada beberapa sebab (maklumat lanjut selepas ini). Apabila bon diniagakan pada harga lebih tinggi tinggi daripada nilai muka ia dikatakan dijual di bawah nilai muka, ia dipanggil dijual pada harga diskaun.

Kupon (Kadar Faedah)

Kupon ialah jumlah pemegang bon akan terima sebagai bayaran faedah. Ia dipanggil ‘kupon’ kerana kadang-kadang memang terdapat kupon fizikal di atas bon yang mana anda perlu koyak dan tuntutnya untuk bayaran faedah. Bagaimanapun, ia lebih banyak diamalkan pada masa lepas. Pada masa sekarang, rekod lebih kepada disimpan secara elektronik.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kebanyakan bon membayar faedah setiap enam bulan, tetapi tidak mustahil untuk mereka membayar setiap bulan, suku tahun dan tahunan. Kupon dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada nilai par. Jika bon membayar kupon 10% dan nilai par ialah RM1,000, maka ia akan bayar RM100 untuk faedah setahun.

Kadar yang kekal sebagai kadar faedah tetap daripada nilai par seperti ini dipanggil bon kadar tetap. Satu lagi kemungkinan ialah satu bayaran faedah boleh ubah,dikenali sebagaibon kadarfaedah diikat dengan kadar pasaran melalui indeks seperti kadar ke atas Bil Perbendaharaan.

Anda mungkin fikir fakir para pelabur akan membayar lebih untuk kupon tinggi berbanding kupon yang rendah. Semua perkara dianggap sama, kupon lebih rendah bermakna harga bon akan lebih kerap berubah-ubah.
Kematangan
Tarikh kematangan ialah tarikh masa depan di mana principal pelabur akan membayar dibayar balik. Kematangan boleh berbeza daripada serendah satu hari hingga sepanjang sehingga 30 tahun (malahan ada yang sehingga 100 tahun pernah ditawarkan).

Satu bon yang matang di dalam satu tahun adalah lebih mudah diramalkan dan dengan itu kurang berisiko berbanding satu bon yang matang dalam tempoh 20 tahun. Oleh itu, secara umum, lebih panjang tempoh kematangan, lebih tinggi kadar faedah. Juga, semua punca dianggap sama, lebih panjang tempoh bon akan berubah-ubah berbanding bon yang pendek tempohnya.

Pihak Penawar (Issuer)
Pihak penawar bon ialah faktor penting untuk mempertimbangkan, ini kerana kestabilan pihak penawar merupakan jaminan utama anda untuk mendapat bayaran balik wang anda. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia jauh lebih terjamin berbanding sebarang syarikat yang ada. Risiko ‘default’ (peluang yang hutang tidak boleh dibayar) adalah amat kecil-sangat rendah yang mana sekuriti kerajaan dikenali sebagai asset bebas risiko.

Sebabnya ialah pihak kerajaan akan sentiasa berupaya membawa masuk pendapatan pada masa hadapan melalui percukaian. Sebuah syarikat, sebaliknya, perlu sentiasa mendapatkan keuntungan di mana jauh daripada sebarang jaminan. Risiko tambahan ini bermakna bon korporat mestilah menawarkan kadar pulangan yang lebih tinggi untuk menarik pelabur – ini merupakan risiko / pulangan dalam tindakan.

Asas Bon: Jenis-jenis Bon

Bon Kerajaan
Pada umumnya, sekuriti pendapatan tetap diklasifikasikan berdasarkan tempoh masa sebelum kematangannya. Berikut adalah tiga kategori utama:

Bil – sekuriti hutang yang matang kurang daripada satu tahun.
Nota – sekuriti hutang yang matang dalam setahun hingga 10 tahun
Bon – sekuriti hutang yang matang lebih daripada 10 tahun
Contohnya sekuriti boleh niaga daripada kerajaan U.S. – dikenali sebagai Treasuries – memngingati garis panduan ini dan ditawarkan sebagai Treasury Bonds, Treasury Notes dan Treasury Bills (T-Bills). Secara teknikalnya, T-bills bukanlah dianggap bon kerana tempoh matangnya yang singkat.

Kesemua hutang yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kita dianggap sebagai sangat selamat, sebagai mana juga oleh pihak kerajaan di mana-mana negara stabil yang lain. Hutang daripada banayak Negara yang sedang membangun, bagaimaanpun mempunyai risiko yang tertentu. Seperti syarikat, Negara juga boleh gagal membuat bayaran.

Bon Korporat
Sebuah syarikat boleh menawarkan bon seperti juga ia boleh menawarkan saham. Syarikat besar mempunyai banayak fleksibiliti untuk berapa banayk hutang yang mereka boleh tawarkan. Hadnya ialah berapa sahaja yang pasaran sanggup tanggung. Umumnya, bon korporat jangka pendek kurang daripada 5 tahun, sederhana ialah 5 ke 12 tahun dan jangka panjang ialah lebih 12 tahun.

Bon korporat dikenali dengan pulangan yang lebih tinggi kerana terdapat risiko yang lebih tinggi sesesebuah syarikat gagal membuat bayaran berbanding sebuah kerajaan. Di sebaliknya ialah ia juga boleh menjadi pelauran pendapatan tetap paling menguntungkan kerana risiko yang sanggup diambil oleh para pelabur. Kualiti kredit syarikat amat penting : lebih tinggi kualiti, lebih rendah kadar faedah yang pelabur akan terima.

Jenis-jenis lain variasi bon syarikat termasuk bon boleh ditukar, di mana pemegang boleh menukarnya kepada saham, dan bon boleh panggil, di mana membenarkan syarikat menebusnya sebelum tempoh matang.

Bon Zero-Coupon
Ini merupakan jenis bon yang menjadikan tiada bayaran kupon tetapi sebaliknya ditawarkan pada harga diskaun daripada nilai par. Contohnya, katalah satu bon zero-coupon dengan nilai par RM1,000 dan tempoh kematangan 10 tahun diniagakan pada RM600 : anda akan membayar RM600 hari ini untuk bon yang akan bernilai RM1,000 dalam masa 10 tahun.

Hukum Bon
Pandangan Ulama Tentang Urusniaga Bon Konvensional

Pertama : Bon Tidak Harus
Kebanyakan sarjana Islam berpendapat bahawa penggunaan bon konvesionaladalah tidak diharuskan. Ini kerana faedah yang dibayar kepada pelabur disebabkanoleh penangguhan bayaran adalah haram. Ini jelas menunjukkan bahawa ianya adalahriba nasi’ah .

Riba nasi’ah berlaku apabila faedah dikenakan ke atas hutang yang ditangguhkan bayarannya. Antara ilmuan Islam yang sependapat dalam hal ini ialah Mahmud Shaltut, Muhammad Yusuf Musa, Yusuf Qaradhawi dan ‘Ali aI-Salus. Antara hujah mereka kenapa mereka tidak mengharuskan bon konvensional adalah seperti berikut:
i.Unsur Riba
Bon menjadi haram kerana pertambahan faedah dalam urusniaga bon terhimpun padanya ciri-ciri riba hutang yang tiga iaitu: hutang, bertempoh dan pertambahan hutang disyaratkan berdasarkan pertambahan tempoh. Dikuatkan dengan dalil dari al-Quran, al-Baqarah 278-279

ii.Unsur Keraguan
Bagi urusan niaga yang melibatkan unsur keraguan iaitu perihalbon, pihak penawar bon kebiasaanya tidak akan memaklumkan kepadapihak pembeli bon akan maklumt urusan niaga apa yang mereka akansertai. Samada urusan niaga yang melibatkan benda yang harus atautidak menjadi kata kunci di sini. Kebiasaan urusan niaga bon konvensionalmelibatkan urusan yang tidak mengikut garisan panduan Islam.Disebabkan itu, bon konvensional dilabelkan sebagai tidak harus didalam Islam kerana wujudnya unsur keraguan di dalam urusan niaga bonkonvensional dan sumber pulangan wang kepada si pembeli bon ataupunpelabur.Sedangkan, bon islamik memastikan bahawa pelabur akan melabur di dalam urusan niaga yang mengikut landansan Syariah agar urusan niaga tidak menjadi haram dan sumber pulangan keuntungan kepada pelabur adalah halal.
Kedua: Bon Harus
Golongan kedua pula berpendapat menggunakan bon konvesional adalah harus dan keuntungan daripada pelaburannya adalah halal. Pendapat mereka adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut
i. Sekuriti hutang merupakan satu bentuk muamalat baru, yangdilaksanakan untuk kepentingan individu dan masyarakat. Mengikut hukum asal muamalat adalah halal, oleh itu bon adalah harus kerana ia merupakan aktiviti muamalat yang berrnanfaat untuk semua pihak.
ii. Kadar faedah yang dibayar kepada pelabur adalah satu bentuk hibah atau upah dan mereka menggunakan dalil al-Quran:
Bermaksud: “Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik atau balaslah dengan serupa…” Surah an-Nisa, ayat 86;

Mereka menggunakan ayat di atas sebagai dalil di mana penerbit bon harus membayar faedah kepada pelabur sebagai balasan atas kebaikan yang dilakukan oleh pelabur meminjamkan wang mereka kepada penerbit bon

Persamaan Sukuk dan Bon.
Kedua-duanya adalah sijil pelaburan untuk keuntungan.

Perbezaan di Antara Bon Islamik (Sukuk Islamiyyah) dan Bon Konvensional.

Antara beza ketara bon islamik (sukuk) dan bon konvensional adalah

1.bon islamik terlibat di dalam urusan niaga halal yang mengikut garis panduan Islam iaitu menjauhi maysir (elemen perjudian), riba (elemen riba: bunga atau faedah yang memudharatkan) dan gharar (elemen ketidakpastian).

Manakala bon konvensional kebiasaan terlibat di dalam urusan niaga yang melibatkan elemen-elemen yang haram di sisi Islam.

2.Perbezaan dari sudut pelabur, bon islamik mempunya kelebihan yang lebih jika dibandingkan dengan bon konvensional. Bon islamik memberi peluang kepada semua jenis pelabur sama ada pelabur konvensional iaitu bukan Islam dan sebagainya dan juga pelabur Islam yang mahu mengikut garis panduan Islam dalam mencari keuntungan berbanding bon konvensional, pelabur adalah mereka yang bukan Islam sahaja.

3.Dari sudut kewangan, bon islamik lebih tinggi permintaan kerana kesan penjualan dan pembelian bon tidak memudaratkan mana-mana pihak termasuklah pihak penawar mahupun pihak pembeli bon. Akan tetapi, bon konvensional akan memberi implikasi terhadap penawar bon sekiranya mempunyai masalah dari segi pembayaran faedah kepada pembeli bon. Oleh itu, bon islamik ataupun Sukuk mendapat lebih permintaan berbanding bon konvensional semenjak pengenalan dunia pasaran modal.

Kesimpulan
Adalah harus bagi yang Islam untuk melibatkan urusan dunia hanya di dalam perkara-perkara yang di benarkan oleh Allah s.w.t iaitu menjauhi riba, perjudian, dan keraguan.

Pasaran modal adalah akar umbi akan pembangunan sesuatu ekonomi negara, dan ianya menjadi amat penting bagi mereka yang mahu mengembangkan perniagaan atau pun memulakan perniagaan ataupun dalam mencari keuntungan.Sudah pasti di dalam pasaran modal yang mana majority dari instrumen yang wujud di dalamnya adalah di asaskan oleh ilmu pengathuan yang diciptakan oleh manusia. Sudah pasti akan wujud unsur penindasan di dalam setiap urusan niaga. Ini menjadi satu kekangan bagi mereka yang Islam di dalam mencari keuntungan dunia.

Walau bagaimana pun, Islam adalah agama yang ringan dan tidak membebankan penganutnya. Oleh itu Islam memperkenalkan satu instrument alternatif untukmenggantikan instrumen yang sudah sedia wujud di dalam dunia pasaran modal iaitu
bon diganti dengan sukuk ataupun “Bon Islam”.

SUKUK ISLAMIYYAH (Bon Islam) dan Hukum
Definisi sukuk. Sukuk mufradnya sakk. Menurut bahasa sakk ialah :
i.darb : memukul dengan kuat. Talaqi shayayn bi quwwah wa shiddah. menutup sakk al-bab : aghlaqah.
ii.Kitab al-iqrar bil mal aw bi ghayrih. Ibn Manzur al-sakk: al-kitab. Al-sakk allazi yuktab li al-‘uhdah. Lisan al-‘Arab.
Sukuk (Arabic: صكوك‎, plural of صك Sakk, “legal instrument, deed, check”) is the Arabic name for financial certificates, but commonly refers to the Islamic equivalent of bonds. Since fixed income, interest bearing bonds are not permissible in Islam, Sukuk securities are structured to comply with the Islamic law and its investment principles, which prohibits the charging, or paying of interest. This is generally done by involving a tangible asset in the investment, such as by giving partial ownership of a property built by the investment company to the bond owner. The bond owner is then able to collect his profit as a rent, which is allowed under Islamic law.
ما هو التصكيك؟
التصكيك، أو التوريق، أو التسنيد هو ما يُعْرَف عند الاقتصاديين والماليين بـ Securitization، ويُراد بذلك تحويل الأدوات المالية والموجودات من الأصول والعقود – كعقود الاستهلاك، والإجارات – إلى صكوك متداولة تحقق ربحاً.
Sijil bernilai sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan
harta berwujud untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan aset
dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus, sijil ini berlaku
setelah menerima nilai sukuk, di saat jatuh tempoh dengan menerima dana
sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut. Tujuan sukuk adlah keuntungan.
Sukuk juga boleh dikenali sebagai Bon Patuh Syariah (Islamic Bonds).
Terdapat beberapa persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia selalu mempunyai tempoh matang (term maturity), mempunyai kupon profit,
serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).
Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:
1. Sukuk Ijarah: Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain
berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati
2. Sukuk Mudharabah: Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal
dan pengelola modal
3. Sukuk Musharakah: Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah
modal untuk sebuah motivasi.
4. Sukuk Istisna’ : Kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu
projek barang.

Hokum Sukuk (Tasnid wa Tawriq Islami)

Kesimpulan
Pelaburan sukuk merupakan antara pelaburan ideal bagi pelabur yang
menghendaki pulangan pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang
Shariah Compliant. Sukuk adalah harus.
Walau bagaimana pun, terdapat juga kontroversi dan
kritikan mengenai beberapa jenis struktur sukuk yang dikatakan miripnya
terlalu hampir dengan riba oleh Syeikh Taqi ‘Uthmani, pakar ekonomi Jepun dan Ibn Mani’.

Oleh itu sebelum anda membuat keputusan mengenai pelaburan anda, bolehlah membuat sedikit kajian mengenai instrumen sukuk yang anda minati. Di Malaysia, cukup
sekiranya sukuk itu telah diluluskan oleh Shariah Board Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia. Anda sudah boleh meyakinkan diri anda untuk melabur
dalam sukuk tersebut.
Kad kredit – bitaqat al-mughattah, bitaqat al-I’timan al-mughattah
Sukuk refers to the Islamic equivalent of bonds.
As opposed to conventional bonds, which merely confer ownership of a debt, Sukuk grants the investor a share of an asset, along with the commensurate cash flows and risk.
As such, Sukuk securities adhere to Islamic laws sometimes referred to as Shari’ah principles, which prohibit the charging or payment of interest.
The emergence of Sukuk has been one of the most significant developments in Islamic capital markets in recent years. Put simply, Sukuk instruments act as a bridge. They link their issuers, primarily sovereigns and corporations in the Middle East and Southeast Asia, with a wide pool of investors, many of whom are seeking to diversify their holdings beyond traditional asset classes. In this way, funds raised through Sukuk can be allocated in an efficient and transparent way to infrastructure initiatives and other deserving projects in the 56 member countries of IDB, as well as communities in over 100 non-member countries.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: