Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Fiqh Kontemporari TAJUK 8 : PEMBIAYAAN RUMAH & KENDERAAN – i serta PEMBIAYAAN PERIBADI-i

BBA dan al-Murabahah. [ البيع بثمن آجل ]
*******************************
Bay’ Bi thaman Aajil (perjanjian jual beli balik) atau BBA merupakan konsep perbankan Islam yang digunakan dalam pembiayaan sewa beli atau pembelian insurans. Di bawah konsep ini, bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta (rumah atau kenderaan) atau perkhidmatan dengan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada ‘vendor’ dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah keuntungan.
Pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran dan jumlah bayaran bergantung kepada:
• jumlah kos belian yang terlibat
• risiko pembayaran
• tempoh perjanjian
Kaedah BBA dianggap sebagai kaedah pembiayaan yang menggantikan kaedah pembiayaan berdasarkan pinjaman yang diamalkan oleh sistem perbankan konvensional.
Kaedah pembiayaan BBA diperkenalkan di Malaysia oleh Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang mula beroperasi pada 13 Mei 1983. Kaedah BBA ini walau bagaimanapun tidak diiktiraf oleh bahagian dunia lain yang mengamalkan perbankan Islam yang lebih selesa menggunakan kaedah murabahah atau kos tokok.
Pengarah Urusan BIMB ketika itu, Dato’ Abdul Halim Ismail menjustifikasikan penggunaan BBA berdasarkan ayat 282 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk tempoh yang tidak ditentukan, hendaklah kamu menulisnya.”
Di sini, beliau berhujah al-Quran membenarkan kaedah jualan bayaran tertangguh sebagai alternatif kepada kaedah pembiayaan hutang sistem perbankan konvensional.
Mahkamah Tinggi dalam keputusan penghakiman bertulis Hakim Datuk Abdul Wahab Patail pada 18 Julai 2008 memutuskan bahawa aplikasi kaedah Bai Bithaman Ajil yang banyak digunakan dalam kontrak pembiayaan pembelian rumah Islam adalah bertentangan dengan Akta Bank Islam 1983.
Kaedah pembiayaan BBA merupakan produk utama Bank Islam Malaysia Bhd yang juga merupakan produk utama perbankan Islam di Malaysia. Di Malaysia, dianggarkan hampir 70 peratus pembiayaan Islam diberikan mengikut konsep BBA.[1] Implikasi penghakiman ini dijangka akan menyebabkan bank dan institusi kewangan Islam mengkaji semula segala perjanjian pembiayaan berasaskan BBA yang dibuat dengan pelanggan.[2] Malahan, Bank Negara Malaysia dalam pekeliling kepada ketua-ketua eksekutif perbankan Islam pada 8 September 2008 menasihati mereka agar melihat semula penggunaan BBA.
Bay’ bi Thaman Aajil (BBA) maksudnya ialah (perjanjian jual beli balik) merupakan konsep perbankan Islam yang digunakan dalam pembiayaan sewa beli atau pembelian insurans. Atau Suatu kontrak jualan berdasarkan bayaran tertunda (bai’ nasiah/ بيع النسيئة) dan ansuran (bai’ bit taqsit (بيع بالتقسيط ) di dalam satu tempoh pembayaran yang dipersetujui.
Di bawah konsep ini, bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau perkhidmatan dengan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada ‘vendor’ dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah keuntungan. Pembeli membayar semula kepada bank sebagaimana yang dipertujui sama ada secara sekaligus atau secara ansuran. (2m)
Hukum BBA
**********
Ulama Syariah kontemporari berbeza pendapat dalam hukum BBA. Ijtihad pertama, BBA HARUS. Kedua, BBA tidak harus.

BBA Harus.

********
Hukum jual beli atau pembiayaan seperti BBA + Murabahah ini adalah HARUS. Dalilnya ialah firman Allah, “…Allah telah menghalalkan jual beli…” (al-Baqarah: 275). (1m)
(a) contoh Operasi prosedur dan langkahnya seperti berikut
1. Puan Adilah memilih rumah yang ingin dibeli.
2. Mendapatkan pembiayaan BBA di bank dan beraqad akan membeli asset tersebut pada harga jualan termasuk keuntungan
3. Bank membeli rumah tersebut secara tunai
4. Bank memiliki rumah tersebut
5. Bank menjual rumah itu kepada Adilah dan menyerahkan rumah itu kepada Puan Adilah dengan harga jualan tertangguh termasuk keuntungan
6. Puan Adilah membuat pembayaran secara tangguh dan ansuran dalam satu tempoh yang dipersetujui contoh 27 tahun atau 30 tahun. (6m)

Bai’ Bi thaman Ajil (BBA) atau Jual beli secara tangguh pembayaran adalah salah sebuah instrumen atau produk yang digunakan oleh kebanyakan bank-bank Islam di Malaysia. Konsep ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan yang berpusat di Bank Negara Malaysia dan juga kebanyakan bank-bank Islam di Malaysia.
Menurut statistik, konsep BBA ini amat popular dan digunakan dengan cukup meluas di Malaysia. Sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9 % dalam penerbitan Bon Islam (Sukuk) berbanding konsep-konsep lain. Manakala sepanjang tahun 2005 juga konsep ini digunakan sekitar 41 % pula di dalam produk pembiayaan kewangan pelanggan. Kedua-dua angka ini menunjukkan betapa konsep ini amat selesa diaplikasikan oleh perbankan Islam Malaysia. Malah ia juga amat popular di Brunei dan Bangladesh.
BBA TIDAK HARUS

***************
Bagaimanapun, konsep ini tidak diterima oleh bank-bank Islam di Timur Tengah termasuk Pakistan dan beberapa Negara lain. Ini adalah kerana majoriti Ilmuan dan Cendekiawan Shariah di rantau Timur Tengah tidak menerima konsep itu yang dianggap tidak menepati konsep tulen BBA, malah konsep BBA versi Malaysia juga dilihat sebagai gabungan dua konsep iaitu Bai’ al-‘Inah (Jual dan beli semula) dan Bai’ Muajjal (Jualan dengan bayaran bertangguh dan secara ansuran) yang dikhuatiri terlibat riba.
Justeru, ini menyebabkan pihak Bank-bank Islam di sebelah Timur Tengah lebih suka untuk mengutamakan konsep-konsep lain yang lebih menepati objektif Shariah menurut ijtihad mereka seperti Ijarah, Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bi al-Tamlik dan lain-lain.
Secara mudahnya BBA versi Malaysia berfungsi seperti berikut;
Apabila seorang pelanggan ingin membeli sebuah rumah berharga RM 200,000, maka si pelanggan akan membayar sejumlah wang kepada penjual / pemaju sebagai ‘booking’ dan kemudiannya membayar 10 % pula kepada pemaju/penjual sebagai wang pendahuluan (deposit).
Setelah itu, berbekalkan perjanjian jual beli (S&P agreement) antara si pembeli dan penjual, maka si pelanggan akan mula mencari bank Islam yang oleh memberikan pembiayaan perumahan kepadanya. Setelah menepati seluruh syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank. Pihak Bank bersetuju untuk membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM 180,000 (iaitu sama jumlahnya setelah di tolak deposit) dengan bayaran tunai. Dengan itu, rumah itu akan menjadi milik bank dan tanda pemilikan bank ke atas rumah itu adalah melalui satu surat ‘declaration of trust’ dan sebuah ‘charge’ sebagai tanda hak bank ke atas rumah tersebut. Bagaimanapun nama pemilik atas geran tidak akan ditulis nama Bank kerana ini bukanlah syarat dalam pemilikan Islam dan hanyalah bersifat urusan rasmi ‘formality’.
Setelah pemilikan ini sah di sisi undang-undang Negara dan diiktiraf oleh Shariah, maka pihak bank Islam akan menjualkan rumah (yang telah dibelinya tadi) itu kepada pelanggan yang sama dengan harga baru ( merangkumi modal beserta kadar keuntungan yang di tetapkan) iaitu RM 350,000 yang boleh dibayar oleh pelanggan secara ansuran bulanan selama 25 tahun atau lebih, bergantung kepada perjanjian.
Itulah gambaran ringkas bentuk pelaksanaan BBA di Malaysia yang merupakan sebuah produk yang dibina atas konsep jual beli dan bukannya pemberian pinjaman kepada pelanggan.
MASALAH BBA
Tidak dinafikan, walaupun konsep BBA ini telah hampir disepakati keharusannya oleh kebanyakan cendiakawan Shariah di dalam Negara, Semakin banyak isu-isu Shariah kelihatan timbul hasil dari cara pelaksanaan atau ‘implementasi’ BBA yang kerap tersilap akibat kurang pemantauan oleh individu Shariah di dalam Bank atau tidak difahami sebaiknya oleh para pegawai bank yang mengaplikasikan konsep ini di dalam produk mereka.
Konsep BBA yang diamalkan di nusantara ditolak oleh Ulama (Pakar Syariah) timur tengah atas alasan manipulasi riba. Mereka memilih konsep kontrak perkongsian berkurangan iaitu Musharakah Mutanaqisah (MM). المشاركة المتناقصة المنتهية بالتمليك
Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi akad fasid jika penjual gagal menyerahkan barang yang diakad ketika akad dibuat.

Dalam kes BBA, kontrak itu sepatutnya terbatal jika rumah gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh ditetapkan.

Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap perlu membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas bayaran yang sudah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual.

Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bi al-Tamlik (Kontrak Perkongsian Berkurangan) dan Ijarah Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berakhir dengan pemilikan).
Hasilnya, pelbagai pihak yang menyedarinya tampil membuat teguran, pertanyaan dan pelbagai tuntutan penjelasan dibuat. Tambahan itu, konsep ini juga dianggap menjadi satu imej perbankan Islam yang sedikit kurang inovatif di Malaysia di mata pihak antarabangsa, lalu kemungkinan menjadi salah satu faktor kurang minat pelabur Arab yang kaya untuk turut serta memeriahkan perbankan Islam di Malaysia dengan lebih hebat.
Tidak dinafikan, kewujudan beberapa Bank Islam antarabangsa dari Kuwait (Kuwait Finance House), Saudi (Ar-Rajhi Investment Bank) dan Qatar (Asian Finance Bank) menampakkan penerimaan Timur Tengah terhadap Malaysia, tetapi perlu diingat bahawa ketiga-tiga bank Islam antarabangsa ini tidak mengamalkan sebarang konsep BBA di dalam operasi mereka.
Kini, timbul satu fenomena yang agak sihat di kalangan cendekiawan Shariah tempatan dan pengamal perbankan Islam di Malaysia. Mereka dilihat semakin inovatif dan kreatif dengan mengutarakan pelbagai konsep baru yang lebih ‘mampu’ diterima oleh para ulama sedunia dan pengamal perbankan Islam antarabangsa. Sebagai contoh, produk BBA yang sering menjadi teras bagi pembiayaan perumahan kini sudah semakin kurang popular tambahan pula dengan isu-isu Shariah yang masih lagi berlegar di sekitarnya.
Kini konsep pembiayaan perumahan sudah mula di tukar kepada konsep baru yang lebih baik seperti Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bit Tamlik (Pemilikan berkongsi secara menurun) dan Ijarah Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berakhir dengan pemilikan). Pelbagai Bank Islam dan jendela Perbankan Islam ‘Islamic Banking window’ sudah mula melakukan kajian terhadap kesesuaian konsep ini dengan perundangan Negara. Malah sebahagiannya telah pun mengaplikasikan produk pembiayaan perumahan dengan cara ini. Setakat ini, ia terbukti lebih berkesan selain diterima oleh Ulama sedunia.
Majma’ al-Fiqh al-Islami meletak 6 syarat keharusan ‘aqd al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik. Iaitu :-
1. Terdapat dua aqad yang berasingan, dalam dua waktu yang berbeza. Aqad ijarah terlebih dahulu kemudian aqad bay’. Atau wujud wa’d (janji) untuk tamlik (serah milik) di hujung tempoh ijarah.
2. Ijarah benar-benar berlaku, bukan sekadar menutup jual beli.
3. Jaminan (daman) barang sewaan ke atra pemberi sewa (mu’ajjir), bukan ke atas penyewa (musta’jir). Oleh itu sebarang kerosakan yang bukan disebabkan oleh penyewa ditanggung oleh mu’ajjir.
4. Sekiranya aqad itu mengandungi insuran terhadap barang sewaan, wajib menggunakan ta’min ta’awuni (insuran kerjasama) bukan ta’min tijari, mesti ditanggung oleh pemilik yang menyewakannya, bukan ditanggung oleh penyewa.
5. Aqad ini wajib menepati semua hukum aqad ijarah biasa, dan menepati hokum-hukum bay’ ketika sudah dipindah milik.
6. Maintenance baikpulih yang non operasi atau perbelanjaan penyelenggaraan bukan operasi adalah ke atas pemilik iaitu pemberi sewa bukan atas penyewa sepanjang tempoh ijarah.
Sekiranya kedua-dua aqad ditandatangani dalam masa yang sama, yakni barang sewaan disewakan kepada anda, dalam masa yang sama kamu memiliknya, ini tidak harus kerana menyalahi hokum-hakam ijarah dan tamalluk.
Sekiranya aqad bay’ berlaku selepas tamat tempoh sewaan maka ini harus selagi memenuhi syarat-syarat di atas.
تكون نفقات الصيانة غير التشغيلية على المؤجِّر لا على المستأجر طوال مدة الإجارة “. وأما الصيانة التشغيلية ، ويراد بها ما تحتاجه الآلة للاستمرار في العمل كالزيت ونحوه ، فهذه تكون على المستأجر.
Perbelanjaan maintenance luaran adalah kewajipan pemberi sewa. Manakala siyanah tashghiliyyah iaitu perbelanjaan dan keperluan supaya kereta dapat berjalan seperti minyak hitam, petrol, minyak brek, adalah ke atas penyewa.
Murabahah [المرابحة]
Murabahah adalah transaksi penjualan barang dengan menyatakan harga perolehan dan keuntungan (margin) yang disepakati oleh penjual dan pembeli. Pembayaran atas akad jual beli dapat dilakukan secara tunai atau kredit. Yang membezakan murabahah dengan jual beli lain ialah penjual mesti memberitahu kepada pembeli harga barang pokok yang dijualnya serta jumlah keuntungan yang diperoleh.
Penjualan dapat dilakukan secara tunai atau kredit, jika secara kredit mesti dipisahkan antara keuntungan dan harga perolehan. Keuntungan tidak boleh berubah sepanjang akad. Sekiranya terjadi kesulitan bayar dapat dilakukan penyusunan semula dan sekiranya kesulitan bayar kerana lalai maka boleh dikenakan denda. Denda tersebut akan dianggap sebagai dana kebajikan. Wang muka juga dapat diterima , tetapi harus dianggap sebagai pengurang piutang.
المرابحة في اللغة: الزيادة، واصطلاحاً: نقل كل المبيع إلى الغير بزيادة على مثل الثمن الأول. (الموسوعة الفقهية). وقال الإمام ابن قدامة: (معنى بيع المرابحة: هو البيع برأس المال وربح معلوم، ويشترط علمهما برأس المال، فيقول: رأس مالي فيه، أو هو عليّ بمائة بعتك بها، وربح عشرة، فهذا جائز لا خلاف في صحته، ولا نعلم فيه عند أحدٍ كراهة) (المغني لابن قدامة، مسألة بيع المرابحة).
Murabahah dalam Bahasa Arab bermaksud ziyadah (tambahan atau lebihan). Menurut istilah Shariah, memindahkan semua barangan kepada orang lain dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal. Dikatakan yang terawal menyebut tentang keharusan murabahah ialah al-Imam al-Shafi’ei dalam kitab al-Umm.
ويعتقد أن أول من صرح بمشروعية هذا النوع هو الإمام الشافعي في كتابه “الأم” حيث قال فيه: “وإذا رأى الرجل الرجل السلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل فالشراء جائز،
Apabila seseorang melihat barangan lalu ia berkata kepada sahabatnya, “belilah barang ini, nanti saya beli dari kamu dengan harga yang lebih dari dari harga sekarang,” maka jual beli ini adalah harus. (Al-Shafi’ei, Al-Umm.).
المرابحة المصرفية
تعتبر المرابحة المصرفية، توسط البنك لشراء سلعة بناء على طلب الزبون ثم بيعها له بالآجل بثمن يساوي التكلفة الكلية للشراء زائداً ربح معلوم متفق عليه بينهما.
Murahabah masrafiyyah di bank-bank. Bentuknya : Bank membeli barang yang diminta oleh pelanggan. Kemudian bank menjualnya kembali kepada pelanggan dengan harga belian serta tambahan keuntungan seperti yang disepakati kedua-dua pihak.
Prof Dr. al-Qarah Daghi berkata,
المرابحة نوعان، هما المرابحة العادية، والمرابحة للأمر بالشراء التي تجريها البنوك الإسلامية. فالنوع الأول هو عبارة عن أن يكون لدى التاجر بضاعة فيأتي شخص إليه فيقول: أريد أن أشتري هذه البضاعة بالثمن نفسه الذي اشتريتها به مع ربح 10% مثلا، فيوافق التاجر على ذلك، فهذه المرابحة العادية التي تكون البضاعة جاهزة عند التاجر ويبيعها بالثمن الذي قامت عليه البضاعة مع ربح معلوم، وهذه المرابحة جائزة بالإجماع ولا خلاف ولا شبهة فيها، وهي كانت موجودة منذ عصر الرسول (ص).
Murabahah itu dua jenis. Murabahah biasa dan murabahah li al-aamir bi al-shira’. Murabahah biasa- contohnya seorang dating kepada peniaga yang memiliki barangan. Orang itu berkata, “saya mahu beli barang ini dengan harga yang sama ketika kamu membelinya dengan keuntungan 10% lalu peniaga pun bersetuju. Ini harus menurut ijma’ tanpa khilaf dan syubhah, dan telah wujud sejak zaman Rasul saw.
أما النوع الثاني، أي المرابحة للأمر بالشراء، فتتكون من عدة خطوات:
1) يأتي العميل ويطلب من البنك أن يشتري له سيارة أو بضاعة، ويتعهد بأنه في حالة تنفيذ البنك هذه العملية أنه سيشتريها.
2) يقوم البنك بشراء تلك البضاعة أو السيارة وتقبضها وتدخل في ملكية البنك.
3) ثم يقوم البنك ببيع تلك البضاعة أو السيارة للعميل الآمر بالشراء بالثمن ونسبة ربح معلوم، فلنفرض أن البنك قد اشترى سيارة 100ألف فيبيعها له 110آلاف مقسطة على أقساط شهرية أو نحو ذلك.
فهذا النوع من المرابحات جائز أيضا، عند جمهور الفقهاء المعاصرين؛ لأنه عقد مشروع ليس فيه محظور شرعي إذا توافرت الشروط المطلوبة.
Jenis kedua ialah ialah murabahah lil aamir bi al-shira’ seperti di bank-bank. Antara bentuk langkah ialah
• Seseorang datang kepada bank lalu meminta bank membeli kereta atau barangan, berjanji untuk membeli selepas itu,
• Bank pun membeli kereta atau barangan itu lalu memilikinya dan barangan itu ada dalam simpanan miliknya
• Bank menjual barang atau kereta itu, dengan harga yang sama ditambah dengan keuntungan yang dimaklumi. Cthnya RM100,000 lalu menjualnya dengan harga RM110,000. Murabahah ini adalah HARUS menurut Ulama Fiqh Semasa.
*********************

Bay’ al-Tawarruq (Pembiayaan Peribadi-i) [ بيع التورق ]

******************************************
At-Tawarruq adalah berasal dari perkataan wariq yang bererti perak dan menjadi tawarruq yang artinya mencari perak seperti ta’allum mencari ilmu. Ulama Hanabilah paling masyhur membincangkan tawarruq. Secara mudah, bay’ tawarruq ialah Membeli barangan secara ansuran, kemudian menjualnya kepada pihak lain (bukan penjual asal barangan) secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Tawarruq boleh dibahagikan keada dua bentuk, tawarruq haqiqi (real tawarruq) dan tawarruq munazzam (organized tawarruq).
Hukum Tawarruq
Ulama silam dan kontemporari berbeza pendapat tentang hokum bay’ al-tawarruq.
1.Harus. Jumhur ulama termasuk Iyas ibn Mu’awiyah, tawarruq harus berdasarkan ayat, “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (al-Baqarah). Antara ulama komtemporari, Ibn Baz, ‘Abd al-Rahman al-Sa’di, al-‘Uthaymin, Salih al-Fawzan, Lajnah Da’imah dan Majma’ al-Fiqh al-Islami. Ini kerana tujuannya sahih, sama ada ingin mendapatkan ‘ayn al-sil’ah (barang) atau ‘iwadh (manfaat barang).
2.Haram. Ini pendapat ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, satu riwayat dari al-Imam Ahmad serta mengatakan ia temasuk al-‘inah, dan dipilih oleh Abu al-‘Abbas al-Harrani. Mereka menganggap tawarruq adalah satu jenis riba.
3.Harus bersyarat.
Ini kerana adanya hajah dan kurangnya orang yang ingin memberikan pinjaman. Dalam Risalah al-Mudayanah, Ibn al-‘Uthaymin mengharuskan tawarruq dengan beberapa syarat, iaitu
i-sangat memerlukan wang. Adapun menggunakan tawarruq untuk meminjamkannya kepada orang lain, ini tidak harus.
ii-Tidak dapat meminjam dari mana-mana pihak lain.
iii-Aqad tidak menyamai bentuk riba, kerana ini seakan membeli duit dengan duit.
iv-Peminjam tidak menjualnya melainkan setelah memegangnya dan memilikinya. (Lihat juga al-Sharh al-Mumti’, 8/232)
Sebenarnya, peminjam (mutawarriq) Tidak harus untuk menjualnya kembali kepada pihak bank, ataupun pihak lain yang masih merupakan satu bahagian dari pihak bank kerana itu akan menjadi bay’ al-‘inah.
Bay’ Taqsit ialah jual beli secara bayaran ansuran. majoriti sarjana daripada empat mazhab utama mengharuskannya walaupun harga jualan secara ansuran berbeza daripada harga jualan tunai, dengan syarat jualan ansuran dipersetujui lebih awal.
SOALAN
Apakah perbezaan personal loan dengan bay’ at-tawarruq di bank-bank konvensional?
Apakah takrif bay’ tawarruq dan langkah-langkah perlaksanaannya?
Info: al-Tashri’ (membuat undang-undang) adalah sifat Allah dan milikNya sahaja. Merebutnya adalah syirik akbar tapi ia khafiyy (tersembunyi) dalam masyarakat akhir zaman. Dalam kitab-kitab Usul al Fiqh al Islami disebut, al-tashri’ haqqun lillahi wahdah

التشريع حق لله وحده
Tashri’ itu hak Allah satu-satuNYA.
Dalam system demokrasi yang mmbuat law ialah ahli parlimen.
Shaddad ibn Aws r.a. berkata, Para sahabat Nabi berkata, “Ada orang yang banyak melakukan amal salih sedangkan ia munafiq. Dia mengutuk pemimpin-pemimpinya dan mencela mereka.” Takhrij al-Hafiz Ibn Bishran dalam al-Amali.

SOALAN
1.Apakah takrif BBA?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2.Apakah takrif al-Murabahah?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.Pn. Adilah ingin membeli rumah melalui cara BBA. Sebutkan langkah-langkah tersebut.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.Sebutkan transaksi murabahah lil aamir bi al-shira’ seperti di bank-bank.
_______________________________________________________

5.Majma’ al-Fiqh al-Islami telah meletakkan 6 syarat keharusan ‘aqd al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik. Sebutkan.

_______________________________________________________

6.Sesetengah ulama kontemporari memfatwakan bahawa Bay’ Tawarruq adalah harus dengan bersyarat. Sebutkan syarat-syarat tersebut.

______________________________________________

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: