Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Fiqh Kontemporari. Bab 4 Hukum Wang Kertas.

Tajuk 4 HUKUM WANG KERTAS MENURUT ULAMA
APA ITU DUIT?
Secara mudahnya, semua item yang diterima umum sebagai perantara (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap sebagai duit.
Ada yang menggunakan batu tertentu, kulit kerang, garam sebagai duit. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka.
Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar ( emas) dan Dirham ( perak).
Selain itu wujud juga matawang jenis lain yang dihasilkan dari tembaga, dan lain-lain barangan bernilai seperti permata dan ain-lain. Sejarah membuktikan, penggunaan dinar emas dan dirham perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang. Sehingga hukum berkaitannya disebut khusus oleh Nabi s.a.w.
Dalam perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya. Perubahan paling ketara bermula pada tahun 1971. Penerangan selanjutnya berkenaan hal ini akan menyusul.
FUNGSI DUIT
Apabila melihat kepada fungsi duit, kebanyakan penulis-penulis ekonomi dan kewangan akan menggaruskan berikut :-
1) Medium of exchange
Perantara kepada urusan jual beli barang dan khidmat. Inilah fungsi duit yang pertama.
Dahulunya, orang menggunakan sistem barter (atau muqayadhah iaitu tukar barang dengan barang), Oleh sebab itu, setiap pembeli dan penjual mesti mencari orang yang boleh bertukar dengannya. Ini amat sukar.
Sebagai contoh Ahmad mempunyai sebuah kereta tetapi berkehendakkan kepada sebuah van. Ali memiliki van dan berkehendakkan kepada sebuah kereta. Bagaimana keduanya boleh bertemu jika kedua-duanya saling tidak mengenali dan berada di kawasan berbeza?.
Sememangnya amat rumit, hasil dari itu wujulah matawang atau duit. Ia akan berfungsi sebagai perantara kepada hasrat Ahmad dan kehendak Ali. Kedua-dua mereka boleh menjualkan kereta dan van masing-masing dan menerima sejumlah wang dari pembeli masing-masing di kawasan masing-masing. Seterusnya wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli kereta dan van yang masing-masing inginkan tanpa perlu bertemu.
2) Store of value
Duit juga berfungsi sebagai pemegang nilai untuk masa akan datang. Untuk itu ia sepatutnya mempunyai nilai tersendiri serta boleh dirujuk dan tidak kerap berubah. Hanya dengan itu, ia memegang nilai untuk beberapa tempoh masa dan boleh pula dirujuk.
Sebagai contoh, emas, kambing dan lain-lain lagi. Namun hari ini, wang kertas telah dibebankan dengan fungsi ini walalupun sebenarnya ia tidak layak. Akan diulas kemudian.
Sebagai contoh, katalah emas satu gram boleh ditukar dengan 20 kg beras. Dalam tempoh dua tahun, boleh dirujuk kepada nilai emas satu gram tadi, sama ada ia masih boleh membeli 20 kg beras atau mungkin lebih lagi. Justeru, harga barangan lain boleh dinilai dan disandar kepada nilai emas iaitu duit.
Dalam konteks duit kertas moden hari ini pula, wang berjumlah RM 5 pada 1 Julai 2008 boleh membeli sekilo ayam, dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang jumlah yang sama sepatutnya masih boleh membeli kuasa beli yang sama iaitu seklio ayam. Itulah fungsi duit, iaitu mampu mengekalkan nilainya bagi memberikan kuasa beli pada masa akan datang.
3) Unit of account (unit kira-kira)
Ia diperlukan untuk menentukan dan mengetahui nilai sesuatu barang, agar proses pertukaran hak milik (jual beli) dapat dijalankan dengan berkesan.
Sebagai contoh, sebuah laptop, bagaimana kita ingin menyebut berkenaan nilai dan harganya jikalau terdapat pembeli?. Adakah dengan saiznya?, beratnya atau apa?. Sudah tentu kita memerlukan satu nilai kira-kira khusus yang boleh difahami oleh pembeli dan juga penjual, maka itulah fungsi duit. Bertindak sebagai unit kira-kira (unit of account), iaitu kita tahu nilai dan harga laptop tadi nya adalah RM 3500. Itulah unit of account.
Untuk memenuhi tiga tujuan dan fungsi duit di atas, ia memerlukan syarat berikut bagi menjadi duit yang berkesan :-
1. Standardizable – nilainya boleh ditentukan dengan mudah.
2. Diterima meluas – punyai nilai tersendiri atau hasil penetapan oleh undang-undang.
3. Divisible – Punyai nilai yang boleh dibahagi-bahagikan untuk proses tukaran.
4. Mobile – Mudah dibawa ke sana ke mari.
5. Stable and durable – Stabil dan tidak mudah hancur, musnah dan hilang yang diakibatkan oleh struktur bentuk sendiri, sebagai contoh tidak seperti aiskrim yang boleh cair.
Hokum Fulus Besi atau Timah
Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. [6]
Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.
Fulus adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama. [7]
Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.[8]
Al-Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Beliau menulis dalam al-Umm,
وإنما أجزت أن يسلم في الفلوس بخلافه في الذهب والفضة بأنه لا زكاة فيه، وأنه ليس بثمن للأشياء كما تكون الدراهم والدنانير أثمانا للأشياء… انتهى.
Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illah athman ( store value ). [9] al-Umm, al-Majmu’.
Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fatwa dan Fiqh Islam Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama’aie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini.
Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau ia bagaimana?
Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-
بخصوص أحكام العملات الورقية : أنها نقود اعتبارية فيها صفة الثمنية كاملة ولها الأحكام الشرعية المقررة للذهب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم وسائر أحكامها
Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (Qararat wa Tawsiyat, Majma’ Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )
Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan ‘Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. [10] Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. [11]
Demikian juga apa yang disebut oleh al-Imam Malik bin Anas :-
لو أن الناس أجازوا بينهم الجلود حتى تكون سكة وعين لكرهتها أن تباع بالذهب والورق نظرة
Ertinya : “Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untuk menjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh” [12] Al-Mudawwanah, 3/90.
Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini.
Jika kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat (yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya.
Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh Antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.

Terdapat tiga pendapat dalam membincangkan tentang wang kertas ini.
1.Pendapat pertama adalah daripada Shaykh ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin Badran (1346H) dan Shaykh Ahmad Husayni, Shaykh Salam bin ‘Abdullah dan sebahagian Shaykh al-Azhar. Mereka berpendapat wang kertas bukan wang sebenar di sisi syarak dan tidak mempunyai ‘illah al-thamaniyyah. Wang tersebut dikeluarkan oleh negara berdasarkan nilai emas dan perak bagi setiap penyimpan daripada kalangan rakyat. Maka matawang sebenar adalah simpanan emas dan perak , manakala wang kertas hanyalah dianggap sebagai bukti simpanan individu dalam negara.

Hasil dari pendapat ini maka dapat disimpulkan bahawa tidak sah menjadikan wang kertas sebagai modal dalam perniagaan ataupun syarikat (perkongsian) dan juga tidak boleh dijadikan jual beli secara salam kerana wang kertas tersebut dianggap sebagai bukti hutang negara kepada penyimpan. Selain itu, tiada illah riba padanya. Ianya boleh dijual beli dengan nilai yang berbeza dan tidak disyaratkan berjual beli dalam waktu akad yang sama serta tidak wajib zakat ke atasnya. Dr Muhammad al-Ashqar memilih pendapat ini. Begitu juga al-Albani.

2.Pendapat kedua dari Shaykh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di, Shaykh Hasan Ayyub dan mufti Turki, Shaykh Khalil Kunnakh, menganggap wang kertas sebagai mal mutaqqawam yang mempunyai nilai sama seperti barang lain. Kertas dianggap sebagai mal mutaqawwam bukannya mempunyai nilai emas dan perak. Selain itu kertas tidak mempunyai sifat barang ribawi serta negara boleh menghapuskan penggunaannya pada bila-bila masa. Kesimpulan kesan dari pendapat ini sama seperti pendapat pertama :

(i) wang kertas bukti hutang negara kepada penyimpan – tidak sah dijadikan modal dalam perniagaan.
(ii) Tiada ‘illah riba padanya.
(iii) Tidak wajib zakat ke atasnya.

3.Pendapat ketiga : wang kertas mempunyai ‘illah al-thamaniah. Pendapat ini adalah pendapat majoriti ulama terkini. Antaranya Shaykh Abu Bakr Hasan al-Kashnawi, Shaykh ‘Abdullah bin Mani’, Dr. Wahbah Zuhaily dan Shaykh Yusuf al-Qaradawi. Pendapat ini juga merupakan pilihan dan keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami dalam muktamarnya yang kelima.
Hujahnya adalah:
1. Qiyas dengan matawang emas dan perak kerana kedua-duanya diiktibar sebagai
perantaraan dalam urusan jual beli.
2.Uruf seluruh manusia menggunakannya dalam semua urusan ekonomi.
3. Negara mengiktirafnya.
4. Maslahah manusia kerana manusia berhajatkan penggunaan matawang.
5. Kaedah sadd az-zara’i’. Sekiranya wang kertas tidak mempunyai ‘illah al-thamaniyyah akan
membatalkan hampir semua hukum syarak seperti tidak diwajibkan zakat dan tidak
terhasil riba padanya.

Kesan daripada hujah ini maka wang kertas sah dianggap sebagai modal syarikat ataupun mudharabah serta mempunyai illah riba. Wang kertas akan dikenakan zakat sekiranya mencapai nisob sama seperti emas dan perak.

Kesimpulannya, pendapat yang paling rajih adalah pendapat yang ketiga.

( 1 ) Pendapat yang mengatakan matawang kertas berdasarkan simpanan emas dan perak
dalam negara tidak tepat kerana pada zaman ini pengeluarannya berdasarkan kekuatan
ekonomi, politik dan ketenteraan.
( 2 ) Pendapat yang menganggap matawang kertas sebagai mal mutaqawwam ataupun
pendapat lain yang menyatakan ia hanyalah kertas biasa juga tidak boleh diterima
kerana seluruh masyarakat dunia mengaggapnya sebagai wang.
( 3 ) Nilai matawang kertas bukanlah pada kertas secara zahir semata-mata tetapi pada nilai
thamaniyyahnya berdasarkan uruf manusia.
ولا ريب اليوم أن العملات الورقية ثمن للأشياء، كما أن الذهب والفضة ثمن لها، فتأخذ حكمهما
علة الثمنية موجودة في النقد الحالي
فالنقدان حرم فيهما الربا بالنص والأوراق حرم فيها الربا بالقياس على النقدين،
Fatwa oleh Majlis Fatwa Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami).

بخصوص أحكام العملات الورقية : أنها نقود اعتبارية فيها صفة الثمنية كاملة ولها الأحكام الشرعية المقررة للذهب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم وسائر أحكامها
Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiyat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )

al-Imam Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fatawa Mu’asirah menyatakan :
“Wang kertas telah menjadi wang yang digunakan diseluruh dunia. Bagaimanakah ingin membatalkan hukum riba padanya sedangkan semua manusia bermuamalah dengannya dan tidak lagi dengan emas atau perak? Sesiapa yang memiliki wang ini dianggap kaya walaupun tidak mempunyai simpanan emas dan perak. Dengan wang kertas lelaki menjadikannya mahar kerana merupakan harta. Digunakan dalam jual beli , sewa dan untuk membayar diyat. Semua muamalat melalui wang kertas dan sudah tentu mencapai tahap emas dan perak”.

SOALAN.
Adakah mata wang fiat seperti RM termasuk dalam barang ribawi seperti emas, perak?
SOALAN
Wang kertas mempunyai ‘illah al-thamaniyyah. Pendapat ini adalah pendapat majoriti ulama terkini. Sebutkan hujah-hujah mereka.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.

PENJELASAN:

Sebagaimana dimaklumi bahawa pada hari ini mata wang kertas (wang fiat) merupakan medium pertukaran dalam urusan jual beli di seluruh dunia, dengan setiap negara mempunyai mata wang tersendiri.

Pada zaman awal Islam, medium pertukaran dalam urusan jual beli adalah emas dan perak. Hadis-hadis yang menyebut tentang bay’ al-ṣarf secara teksnya adalah merujuk kepada emas dan perak, ataupun dinar dan dirham.

Walau bagaimanapun, para ulama hari ini samada melalui fatwa secara individu, fatwa secara kolektif ataupun melalui resolusi persidangan badan-badan fatwa atau kajian Syariah yang terkenal, telah bersepakat bahawa mata wang kertas yang ada pada hari ini adalah sama hukumnya dengan emas dan perak dari sudut hukum riba, zakat dan salam serta lain-lain hukum yang berkaitan.

Majlis Fatwa Fiqh Islam Antarabangsa OIC (Majma al-Fiqh al-Islāmī al-Dawlī) di dalam persidangan ke-3 yang diadakan di Amman, Jordan pada 8-13 Safar 1407H bersamaan 11-16 Oktober 1986 telah memutuskan resolusi yang berbunyi:

“بِخُصُوْصِ أَحْكَامِ العُمُلَاتِ الوَرَقِيَّةِ: أَنَّهَا نُقُوْدٌ اعْتِبَارِيَّةٌ فِيْهَا صِفَةُ الثَّمَنِيَّةِ كَامِلَةٌ وَلَهَا الأَحْكَامُ الشَّرْعِيَّةُ المُقَرَّرَةُ لِلذَّهَبِ وَالفِضَّةِ مِنْ حَيْث أَحْكَامِ الرِّبَا وَالزَّكَاةِ وَالسَّلَمِ وَسَائِرِ أَحْكَامِهِمَا”

Maksudnya: “Berkaitan hukum-hakam mata wang kertas, bahawa ia adalah mata wang (nuqūd) secara i’tibārī, yang mempunyai sifat harga/nilai (al-thamaniyyah) yang sempurna, dan ia mengambil hukum-hakam syarak yang telah ditetapkan pada emas dan perak, dari sudut hukum riba, zakat, salam, dan segala hukum-hakamnya”. (Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islāmī, bil: 3, j. 3 h. 1650).

Kesimpulannya, mata wang kertas yang digunakan pada hari ini adalah termasuk dalam item ribawi seperti emas dan perak.
PEMAIN FOREX TRADING MELALUI INTERNET YANG PELIK
Individu yang sibuk meraih untung melalui perniagaan matawang atau forex trading sebenarnya adalah penyumbang-penyumbang kepada inflasi dan menambah lagi masalah money supply yang telah disebutkan kesan akibat darinya.
FATWA keharusan penggunaan fiat money itu sendiri hanya berlandaskan ‘hajiat tunnazzal manzilat ad-dharurat’, (iaitu keperluan yang tinggi yang hampir tergolong dalam kategori terdesak)
Terdapat individu yang mendakwa diri Islam menyalahkangunakan fatwa ini untuk memuaskan ketamakan diri dengan melibatkan diri dalam forex trading melalui platform pelik-pelik di internet. Ia bukan sahaja ditegah oleh undang-undang Malaysia malah juga hukum Syara’.
Lebih bermasalah apabila kumpulan pemain ini berhujjah kononnya financial leverage yang mereka sertai adalah halal tanpa sebarang masalah. Padahal masalah HUKUM sudah muncul di awal-awal lagi, iaitu pada matawang kertas fiat yang lahir dengan cara riba, juga tidak bersandarkan kepada emas dan perak.
Hasil pendapatan spt ini xdpt dibanggakan? Iaitu mengambil untung atas perbezaan nilai satu matawang fiat sebuah negara dengan matawang negara yang lain. Bertenggek atas matawang kertas fiat untuk memberi anak dan isteri makan?
Keadaan ini berbeza dengan kita orang biasa yang menggunakan matawang kertas fiat ini untuk jualbeli seharian kita. Ia termasuk dalam fatwa keringanan ‘rukhsoh’ dan hajiat yang dimaksudkan oleh fatwa para ulama sedunia.

Alternative Wang Dinar Emas
Dinar emas berdasarkan Hukum Syari’ah Islam adalah wang emas murni yang memiliki berat 1 mithqal atau setara dengan 1/7 troy ounce, sedangkan Dirham perak Islam berdasarkan ketentuan Islamic Mint Nusantara (IMN) memiliki kadar perak murni dengan berat 1/10 troy ounce,[1][2] atau setara dengan 3,11 gram.[3] Dengan demikian, dinar versi Islamic Mint Nusantara (IMN) memiliki berat 4,44 gram[4]. World Islamic Mint (WIM), mengikuti pendapat Syaikh Yusuf Qardhawi, menetapkan 1 dinar memiliki berat 4,25 gram[5]. Ketentuan berat 1 dinar = 4,25 gram ini diikuti oleh beberapa pihak seperti Kerajaan Kelantan di Malaysia, Wakala Induk Nusantara di Indonesia, dan Gerai Dinar di Indonesia.
Khalifah Umar ibn Khattab menentukan standard antara keduanya berdasarkan beratnya masing-masing: “7 dinar harus setara dengan 10 dirham.”
Wahyu menyatakan mengenai Dinar Dirham dan banyak sekali hukum hukum yang terkait dengannya seperti zakat, pernikahan, hudud dan lain sebagainya. Sehingga dalam Wahyu Dinar Dirham memiliki tingkat realita dan ukuran tertentu sebagai standar pernghitungan (untuk Zakat dan lain sebagainya) dimana sebuah keputusan dapat diukurkan kepadanya dibandingkan dengan alat tukar lainnya.[2]
Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah menyebutkan bahwa “Berat (dalam emas murni) dari dinar adalah tujuh-puluh dua biji gandum habbah sya’ir (Barli) ukuran sedang dan dipotong kedua ujungnya yang memanjang.”… “Hal ini ijma’ diakui para ulama dan merupakan konsensus umum di mana hanya Ibn Hazm yang menyelisihinya.” (Muqaddimah halaman 316).[1]
Kaum Muslimin menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar Dirham yang digunakan merupakan cetakan dari bangsa Persia.
Koin awal yang digunakan oleh Muslimin merupakan duplikat dari Dirham perak Yezdigird III dari Sassania, yang dicetak dibawah otoritas Khalifah Umar radhiyallahu anhu. Yang membedakan dengan koin aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan “Bismillah”. Sejak saat itu tulisan “Bismillah” dan bagian dari Al Qur’an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada koin yang dicetak oleh Muslimin. [6][7]
Standar dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mitsqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masihi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara resmi beliau menggunakan standar yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahus samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.
Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, yaitu, “La ilaha illa’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama otoritas atau Khalifah atau Amir dan tanggal pencetakan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam, dan kadang-kadang, ayat-ayat Qur’an.
Koin emas dan perak menjadi mata uang resmi hingga jatuhnya kekhalifahan Turki dan kesultanan-kesultanan muslim lainnya. Sejak saat itu, lusinan mata uang dari beberapa negara dicetak di setiap negara era paska kolonialisme dimana negara-negara tersebut merupakan pecahan dari negeri-negeri muslim.
Perlu diingat bahawa Hukum Syariah Islam tidak pernah mengizinkan penggunaan surat janji pembayaran menjadi alat tukar yang sah.
Jenis jenis koin Dinar Emas dan Dirham Perak
Koin Dinar dicetak dan di distribusikan oleh beberapa pihak. Design koin dinar emas dan dirham perak berbeda beda sesuai pencetaknya. Beberapa jenis koin dinar yang sudah dicetak saat ini :
Dinar Dubai
Uni Emirat Arab mencetak koin Dinar dengan desain Masjid Nabawi di Madinah dan koin Dirham dengan desain Masjidil Haram di Mekkah
Dinar Kelantan
Negeri Kelantan mencetak koin Dinar dengan simbol wilayah Kelantan. Dinar dan dirham telah menjadi mata wang rasmi selain ringgit di wilayah Kelantan.[8]
Dinar Wakala Induk Nusantara
Wakala Induk Nusantara mencetak dan mengedarkan koin Dinar Emas dan Dirham Perak dengan 2 seri, iaitu Seri Haji, Seri Nusantara. Untuk desain Seri Haji mirip dengan Dinar yang dicetak di Dubai Uni Emirat Arab. Selain koin tersebut, Wakala Induk Nusantara juga mengedarkan koin dari Kesultanan Cirebon dan Kesultanan Ternate. Kesultanan Cirebon telah mencetak dan mengedarkan dinar emas dan dirham perak sejak Desember 2012[9]. Koin yang diedarkan oleh jaringan Wakala Induk Nusantara berdasarkan berat 1 dinar = 4.25 gram dan diterbitkan dengan kemurnian 22 karat.
Dinar IMN
IMN adalah yang pertamakali memperkenalkan dan mencetak dinar dan dirham di Indonesia pada tahun 2000, kemudian pada tahun 2010 IMN mengeluarkan hasil penlitian sejarah, fiqh dan timbangan mithqal yang di ikuti dengan Fatwa Atas Berat dan Kadar Untuk Dinar dan Dirham. Hasil penting in adalah menyatakan dinar dan dirham adalah murni, 1 mishqal adalah 4.44 gram (1/7 troy ounce) dan 1 dirham adalah 3.11 gram (1/10 troy ounce).
Dinar Logam Mulia
PT Logam Mulia mencetak koin Dinar dan Dirham dengan desain Masjidil Haram di Mekkah
Dinar 24 Karat
PT Logam Mulia juga mencetak koin Dinar dengan kadar 24 karat dengan Desain hanya tulisan
Dinar Perhimpunan BMT Indonesia
Perhimpunan BMT Indonesia atau PBMT menyetak Dinar Emas Batangan atau Dinarbar dengan satuan berat 4,444 gram dengan kemurnian 9999. PBMT adalah perkumpulan Baitul Maal wat Tamwil seluruh Indonesia dengan keanggotaan hingga 5000 BMT seluruh Indonesia. Saat ini Dinar PBMT adalah Dinar yang paling banyak dipakai di Indonesia.
Dinar dan Dirham Logam Mulia Nusantara
Logam Mulia Nusantara adalah grup usaha pengembang dinar dan dirham di Indonesia yang memiliki unit-unit atau jejaring bisnis meliputi: Angsa Emas yang mengedarkan emas batangan, Dholtinuku sebagai jaringan toko emas di seluruh Indonesia, Sillaturrahim Emas sebagai jaringan pengusaha, pedagang, pengembang yang menggunakan dinar dan dirham sebagai alat transaksi dan investasi dan melakukan pelbagai pelatihan penggunaan dinar dan dirham.
Info: Wajib kufur ingkar kepada undang-undang jahiliyyah hari ini juga wajib ingkar sistem ribawiyyah.
SOALAN
Wang kertas mempunyai ‘illah al-thamaniah. Pendapat ini adalah pendapat majoriti ulama terkini. Sebutkan hujah-hujah mereka.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: