Soalan
Salam Ust Abid …mohon pencerahan status yang mengatakan nikah x sah sbb sepasang kekasih bermukah, si wanita hamil sebelum aqad nikah..dan status anak ?
~Jawapan Abid Annuriyy~:
Nikah itu sah dlm mazhab shafi’i tetapi shafi’iyyah mengatakan tidak dibinkan kepada si lelaki walaupun sesudah aqad kecuali aqad itu berlaku sebelum berlalu 3 bulan. Ramai salaf mengatakan boleh dibin kepada bapanya sekiranya cepat nikah.
Lihat bab: Istilhaq Anak Zina
Ini menunjukkan keluasan fiqh Islam dan termasuk rahmat ALlah.
al-Imam Abu Hanifah berkata, “Sekiranya seorang lelaki dan perempuan berzina lalu perempuan itu mengandung, lalu lelaki yang menzinai kekasihnya itu mengahwininya dan menutup aibnya, maka anak itu adalah anaknya (yg sah).”
قال أبو حنيفة: لا أرى بأساً إذا زنى الرجل بالمرأة فحملت منه أن يتزوجها ويستر عليها، والولد ولد له.
Ini juga pendapat al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Urwah, Sulayman ibn Yasar, Ibrahim al-Nakhaei dan Ishaq ibn Rahawayh.
Berkata Shaykhul Islam dalam Fatwanya,
وإن استلحق ولده من الزنا ولا فراش لحقه، وهو مذهب الحسن وابن سيرين والنخعي وإسحاق.انتهى
Menurut jumhur fuqaha’ pula, anak itu dinasabkan kepada ibunya dan keluarga ibunya. Anak itu menjadi rabib (anak tiri) kepada si lelaki (suami) dan berlaku hukum-hakam rabib (anak tiri) ke atas anak itu.
Yang rajih ialah pendapat Abu Hanifah, Allahu a’lam. Ini difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Soalan
Bagaimana jika c suami (yang berzina dgn wanita itu) mengahwini wanita itu dlm keadaan wanita itu hamil..kemudian dia menyentuhnya slps aqad..maksud sy bersetubuh..
Jawapan.
Boleh menyetubuhi.
Soalan
Bagaimana jika wanita hamil itu berkahwin dgn lelaki lain..mksdnya dia menikah dgn llki yg bukan menghamili dia dan kemudian bersetubuh?
~Jawapan Ust Abid Annuriyy~:
Menurut Hanafiyyah xhalal setubuhi sehinggalah beranak. Menurut Shafi’iyyah boleh setubuhi. Yang rajih boleh.