Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the day “January 6, 2016”

Bay’ al-Tawarruq Halal atau Haram?

Bay’ al-Tawarruq (Pembiayaan Peribadi-i)
At-Tawarruq adalah berasal dari perkataan wariq yang bererti perak dan menjadi tawarruq yang artinya mencari perak seperti ta’allum mencari ilmu. Ulama Hanabilah paling masyhur membincangkan tawarruq. Secara mudah, bay’ tawarruq ialah Membeli barangan secara ansuran, kemudian menjualnya kepada pihak lain (bukan penjual asal barangan) secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Tawarruq boleh dibahagikan keada dua bentuk, tawarruq haqiqi (real tawarruq) dan tawarruq munazzam (organized tawarruq).
Hukum Tawarruq
Harus. Jumhur ulama termasuk Iyas ibn Mu’awiyah, tawarruq harus berdasarkan ayat, “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (al-Baqarah). Antara ulama komtemporari, Ibn Baz, ‘Abd al-Rahman al-Sa’di, al-‘Uthaymin, Salih al-Fawzan, Lajnah Da’imah dan Majma’ al-Fiqh al-Islami. Ini kerana tujuannya sahih, sama ada ingin mendapatkan ‘ayn al-sil’ah (barang) atau ‘iwadh (manfaat barang).
Haram. Ini pendapat ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, satu riwayat dari al-Imam Ahmad serta mengatakan ia temasuk al-‘inah, dan dipilih oleh Abu al-‘Abbas al-Harrani. Mereka menganggap tawarruq adalah satu jenis riba.
Harus bersyarat.
Ini kerana adanya hajah dan kurangnya orang yang ingin memberikan pinjaman. Dalam Risalah al-Mudayanah, Ibn al-‘Uthaymin mengharuskan tawarruq dengan beberapa syarat,
i-sangat memerlukan wang. Adapun menggunakan tawarruq untuk meminjamkannya kepada orang lain, ini tidak harus.
ii-Tidak dapat meminjam dari mana-mana pihak lain.
iii-Aqad tidak menyamai bentuk riba, kerana ini seakan membeli duit dengan duit.
iv-Peminjam tidak menjualnya melainkan setelah memegangnya dan memilikinya. (Lihat juga al-Sharh al-Mumti’, 8/232)
Sebenarnya, peminjam (mutawarriq) Tidak harus untuk menjualnya kembali kepada pihak bank, ataupun pihak lain yang masih merupakan satu bahagian dari pihak bank kerana itu akan menjadi bay’ al-‘inah.
Bay’ Taqsit ialah jual beli secara bayaran ansuran. majoriti sarjana daripada empat mazhab utama mengharuskannya walaupun harga jualan secara ansuran berbeza daripada harga jualan tunai, dengan syarat jualan ansuran dipersetujui lebih awal.
SOALAN
Apakah perbezaan personal loan dengan bay’ at-tawarruq di bank-bank konvensional?
Apakah takrif bay’ tawarruq dan langkah-langkah perlaksanaannya?
Info: al-Tashri’ (membuat undang-undang) adalah sifat Allah dan milikNya sahaja. Merebutnya adalah syirik akbar tapi ia khafiyy (tersembunyi) dalam masyarakat akhir zaman. Dalam kitab-kitab Usul al Fiqh al Islami disebut, al-tashri’ haqqun lillahi wahdah

التشريع حق لله وحده
Tashri’ itu hak Allah satu-satuNYA.

Beli Kereta dengan aqad Murabahah

Murabahah
1. Murabahah adalah transaksi penjualan barang dengan menyatakan harga perolehan dan keuntungan (margin) yang disepakati oleh penjual dan pembeli. Pembayaran atas akad jual beli dapat dilakukan secara tunai atau kredit. Yang membezakan murabahah dengan jual beli lain ialah penjual mesti memberitahu kepada pembeli harga barang pokok yang dijualnya serta jumlah keuntungan yang diperoleh.
Penjualan dapat dilakukan secara tunai atau kredit, jika secara kredit mesti dipisahkan antara keuntungan dan harga perolehan. Keuntungan tidak boleh berubah sepanjang akad. Sekiranya terjadi kesulitan bayar dapat dilakukan penyusunan semula dan sekiranya kesulitan bayar kerana lalai maka boleh dikenakan denda. Denda tersebut akan dianggap sebagai dana kebajikan. Wang muka juga dapat diterima , tetapi harus dianggap sebagai pengurang piutang.
المرابحة في اللغة: الزيادة، واصطلاحاً: نقل كل المبيع إلى الغير بزيادة على مثل الثمن الأول. (الموسوعة الفقهية). وقال الإمام ابن قدامة: (معنى بيع المرابحة: هو البيع برأس المال وربح معلوم، ويشترط علمهما برأس المال، فيقول: رأس مالي فيه، أو هو عليّ بمائة بعتك بها، وربح عشرة، فهذا جائز لا خلاف في صحته، ولا نعلم فيه عند أحدٍ كراهة) (المغني لابن قدامة، مسألة بيع المرابحة).
Murabahah dalam Bahasa Arab bermaksud ziyadah (tambahan atau lebihan). Menurut istilah Shariah, memindahkan semua barangan kepada orang lain dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal. Dikatakan yang terawal menyebut tentang keharusan murabahah ialah al-Imam al-Shafi’ei dalam kitab al-Umm.
ويعتقد أن أول من صرح بمشروعية هذا النوع هو الإمام الشافعي في كتابه “الأم” حيث قال فيه: “وإذا رأى الرجل الرجل السلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل فالشراء جائز،
Apabila seseorang melihat barangan lalu ia berkata kepada sahabatnya, “belilah barang ini, nanti saya beli dari kamu dengan harga yang lebih dari dari harga sekarang,” maka jual beli ini adalah harus. Al-Umm.
المرابحة المصرفية
تعتبر المرابحة المصرفية، توسط البنك لشراء سلعة بناء على طلب الزبون ثم بيعها له بالآجل بثمن يساوي التكلفة الكلية للشراء زائداً ربح معلوم متفق عليه بينهما.
Murahabah masrafiyyah di bank-bank. Bank membeli barang yang diminta oleh pelanggan. Kemudian bank menjualnya kembali kepada pelanggan dengan harga belian serta tambahan keuntungan seperti yang disepakati kedua-dua pihak.
Prof Dr. al-Qarah Daghi berkata,
المرابحة نوعان، هما المرابحة العادية، والمرابحة للأمر بالشراء التي تجريها البنوك الإسلامية. فالنوع الأول هو عبارة عن أن يكون لدى التاجر بضاعة فيأتي شخص إليه فيقول: أريد أن أشتري هذه البضاعة بالثمن نفسه الذي اشتريتها به مع ربح 10% مثلا، فيوافق التاجر على ذلك، فهذه المرابحة العادية التي تكون البضاعة جاهزة عند التاجر ويبيعها بالثمن الذي قامت عليه البضاعة مع ربح معلوم، وهذه المرابحة جائزة بالإجماع ولا خلاف ولا شبهة فيها، وهي كانت موجودة منذ عصر الرسول (ص).
Murabahah itu dua jenis. Murabahah biasa dan murabahah li al-aamir bi al-shira’. Murabahah biasa- contohnya seorang dating kepada peniaga yang memiliki barangan. Orang itu berkata, “saya mahu beli barang ini dengan harga yang sama ketika kamu membelinya dengan keuntungan 10% lalu peniaga pun bersetuju. Ini harus menurut ijma’ tanpa khilaf dan syubhah, dan telah wujud sejak zaman Rasul saw.
أما النوع الثاني، أي المرابحة للأمر بالشراء، فتتكون من عدة خطوات:
1) يأتي العميل ويطلب من البنك أن يشتري له سيارة أو بضاعة، ويتعهد بأنه في حالة تنفيذ البنك هذه العملية أنه سيشتريها.
2) يقوم البنك بشراء تلك البضاعة أو السيارة وتقبضها وتدخل في ملكية البنك.
3) ثم يقوم البنك ببيع تلك البضاعة أو السيارة للعميل الآمر بالشراء بالثمن ونسبة ربح معلوم، فلنفرض أن البنك قد اشترى سيارة 100ألف فيبيعها له 110آلاف مقسطة على أقساط شهرية أو نحو ذلك.
فهذا النوع من المرابحات جائز أيضا، عند جمهور الفقهاء المعاصرين؛ لأنه عقد مشروع ليس فيه محظور شرعي إذا توافرت الشروط المطلوبة.
Jenis kedua ialah ialah murabahah lil aamir bi al-shira’ seperti di bank-bank. Antara bentuk langkah ialah
• Seseorang datang kepada bank lalu meminta bank membeli kereta atau barangan, berjanji untuk membeli selepas itu,
• Bank pun membeli kereta atau barangan itu lalu memilikinya dan barangan itu ada dalam simpanan miliknya
• Bank menjual barang atau kereta itu, dengan harga yang sama ditambah dengan keuntungan yang dimaklumi. Cthnya RM100,000 lalu menjualnya dengan harga RM130,000. Murabahah ini adalah HARUS menurut Ulama Fiqh Semasa.
2. JENIS MURABAHAH
2.1.Murabahah Berdasarkan Pesanan (Murabahah to the purcase order) li al-Aamir bi al-Shira’.
Murabahah ini dapat bersifat mengikat (ibram wa ilzam al-bay’) atau tidak mengikat. Mengikat maksudnya apabila telah memesan barang maka mesti dibeli (ibram al-bay’) sedangkan tidak mengikat maksudnya walaupun telah memesan barang tetapi pembeli tersebut tidak terikat maka pembeli dapat menerima atau membatalkan barang tersebut (dun ilzam al-bay’ wa baqa’ al-khiyar) seperti yang disebut al-Imam al-Shafiei.

2.2.Murabahah Tanpa Pesanan (biasa)
Murabahah ini termasuk jenis murabahah yang bersifat tidak mengikat. Murabahah ini dilakukan tidak melihat ada yang pesan atau tidak sehingga penyediaan barang dilakukan sendiri oleh penjual

Syarat Keharusan Aqad Ijarah Berakhir Pemilikan

Majma’ al-Fiqh al-Islami (Majlis Fatwa Sedunia) meletak 6 syarat keharusan ‘aqd al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik. Iaitu :-
1. Terdapat dua aqad yang berasingan, dalam dua waktu yang berbeza. Aqad ijarah terlebih dahulu kemudian aqad bay’. Atau wujud wa’d (janji) untuk tamlik (serah milik) di hujung tempoh ijarah.
2. Ijarah benar-benar berlaku, bukan sekadar menutup jual beli.
3. Jaminan (daman) barang sewaan ke atra pemberi sewa (mu’ajjir), bukan ke atas penyewa (musta’jir). Oleh itu sebarang kerosakan yang bukan disebabkan oleh penyewa ditanggung oleh mu’ajjir.
4. Sekiranya aqad itu mengandungi insuran terhadap barang sewaan, wajib menggunakan ta’min ta’awuni (insuran kerjasama) bukan ta’min tijari, mesti ditanggung oleh pemilik yang menyewakannya, bukan ditanggung oleh penyewa.
5. Aqad ini wajib menepati semua hukum aqad ijarah biasa, dan menepati hokum-hukum bay’ ketika sudah dipindah milik.
6. Maintenance baikpulih yang non operasi atau perbelanjaan penyelenggaraan bukan operasi adalah ke atas pemilik iaitu pemberi sewa bukan atas penyewa sepanjang tempoh ijarah.

******************************************

Sekiranya kedua-dua aqad ditandatangani dalam masa yang sama, yakni barang sewaan disewakan kepada anda, dalam masa yang sama kamu memiliknya, ini tidak harus kerana menyalahi hokum-hakam ijarah dan tamalluk.
Sekiranya aqad bay’ berlaku selepas tamat tempoh sewaan maka ini harus selagi memenuhi syarat-syarat di atas.

dalam kes pembelian kereta, insurans mesti dibayar oleh bank sebenarnya, wajib.

kerosakan yang bukan disebabkan kecuaian penyewa mesti dibiayai oleh bank

perbelanjaan dan keseelamatan enjin, cermin, ekon, lampu ke atas bank

تكون نفقات الصيانة غير التشغيلية على المؤجِّر لا على المستأجر طوال مدة الإجارة “.
وأما الصيانة التشغيلية ، ويراد بها ما تحتاجه الآلة للاستمرار في العمل كالزيت ونحوه ، فهذه تكون على المستأجر.

Benar. Ulama kontemporari berbeza pendapat dalam aqad ini.

Majlis Fatwa Ulama Besar Saudi.

Majlis Hay’at Kibar al-Ulama’ al-Sa’udiyyah menghukumkan ‘Aqd al-Ijarah al-Muntahiyah bi al-Tamlik sebagai tidak harus kerana beberapa sebab.

Pertama, kerana mengumpul dua aqad dalam satu barang.

Kedua, Bayaran bulanan secara upah, tetapi penjual boleh mengambil barang itu semula kerana dianggap sebagai barang sewaan tanpa memulangkan kembali bayaran-bayaran lepas yang telah dibayar penyewa.

Ketiga, merosakkan golongan faqir dengan menekan mereka meminjam yakni berlaku timbunan hutang sehingga menjadi muflis. ‘Abd al-‘Aziz Alu al-Shaykh, Salih al-Luhaydan, Salih al-Fawzan, al-‘Uthaymin dan Bakr Abu Zayd.

 

Post Navigation