Arabiyy

Tegakkanlah Agama Dan Janganlah Kamu Berpecah Belah

Archive for the month “January, 2016”

Kalam Batil

Terdapat ungkapan2 batil yg selalu diulang2 para karkun.
1- Makhluk tak ada kuasa langsung….hanya Allah ada kuasa.
Saya bertanya, “siapa yg menghantam muslimin syiria?
Jelas bhw ungkapan mrk yg diulang-ulang ini adalah fahaman batiniyyah jabariyyah murji’ah zanadiqah. Ia adalah kefahaman yang salah.
Yg sahih makhluk ada kuasa yg diberikan Allah dan kuasa itu adalah amanah.
2-makna kalimah Tawhid ialah : mengeluarkan kebesaran makhluk dari hati dan memasukkan kebesaran Allah di dlm hati.
Ini bagus tapi ini bukan tafsiran sahih dan jami’ bg kalimah Tawhid.
‪#‎Jadi‬ jgn tertipu dgn ungkapan2 madu yg haqiqatnya racun.

Hukum Nikah Pasangan Zina

Soalan

Salam Ust Abid …mohon pencerahan status yang mengatakan nikah x sah sbb sepasang kekasih bermukah, si wanita hamil sebelum aqad nikah..dan status anak ?
~Jawapan Abid Annuriyy~:
Nikah itu sah dlm mazhab shafi’i tetapi shafi’iyyah mengatakan tidak dibinkan kepada si lelaki walaupun sesudah aqad kecuali aqad itu berlaku sebelum berlalu 3 bulan. Ramai salaf mengatakan boleh dibin kepada bapanya sekiranya cepat nikah.

Lihat bab: Istilhaq Anak Zina

Ini menunjukkan keluasan fiqh Islam dan termasuk rahmat ALlah.

al-Imam Abu Hanifah berkata, “Sekiranya seorang lelaki dan perempuan berzina lalu perempuan itu mengandung, lalu lelaki yang menzinai kekasihnya itu mengahwininya dan menutup aibnya, maka anak itu adalah anaknya (yg sah).”

قال أبو حنيفة: لا أرى بأساً إذا زنى الرجل بالمرأة فحملت منه أن يتزوجها ويستر عليها، والولد ولد له.
Ini juga pendapat al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Urwah, Sulayman ibn Yasar, Ibrahim al-Nakhaei dan Ishaq ibn Rahawayh.

Berkata Shaykhul Islam dalam Fatwanya,

وإن استلحق ولده من الزنا ولا فراش لحقه، وهو مذهب الحسن وابن سيرين والنخعي وإسحاق.انتهى

Menurut jumhur fuqaha’ pula, anak itu dinasabkan kepada ibunya dan keluarga ibunya. Anak itu menjadi rabib (anak tiri) kepada si lelaki (suami) dan berlaku hukum-hakam rabib (anak tiri) ke atas anak itu.
Yang rajih ialah pendapat Abu Hanifah, Allahu a’lam. Ini difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Soalan

Bagaimana jika c suami (yang berzina dgn wanita itu) mengahwini wanita itu dlm keadaan wanita itu hamil..kemudian dia menyentuhnya slps aqad..maksud sy bersetubuh..

Jawapan.
Boleh menyetubuhi.

Soalan

Bagaimana jika wanita hamil itu berkahwin dgn lelaki lain..mksdnya dia menikah dgn llki yg bukan menghamili dia dan kemudian bersetubuh?
~Jawapan Ust Abid Annuriyy~:
Menurut Hanafiyyah xhalal setubuhi sehinggalah beranak. Menurut Shafi’iyyah boleh setubuhi. Yang rajih boleh.

 

Mutiara Nasihat al-Bukhari

Perkataan al-Imam al-Bukhari Buat Para Penghidup Sunnah;

قال ابو عبد الله محمد بن اسماعيل البخاري: “أفضل المسلمين رجل احيا سنة من سنن الرسول صلى الله عليه وسلم قد أميتت ، فاصبروا يا أصحاب سنن رحمكم الله ، فإنكم اقل الناس.” (الجامع لأخلاق الراوي و أداب السامع 1/112 ، رقم 90 )

Berkata Abu ‘Abdillah Muhammad bin Isma’il al-Bukhari:

“Seutama-utama orang Islam ialah orang yang menghidupkan sunnah daripada sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam yang telah dimatikan (ditinggalkan).
Maka bersabarlah wahai ashabus sunnan (ahli sunnah) semoga kalian dikasihi Allah, sesungguhnya kamu adalah amat sedikit.” (Al-Jami’ Li Akhlaq Ar-Rawi Wa Adab As-Sami’, juz 1, muka surat 112, no. 90)

12508978_1255324464483539_1206229957550083709_n

Bolehkah Solat Memegang Mushaf?

Assalamualaikum..ustaz..nak tanya jika imam baca qur’an dihadapannya semasa menjadi imam tarawikh..ape hukumnya..tlg bg pencerahan. Serta dalil leh ust.
[5:58PM, 1/11/2016]

*********************

~Jawapan Abid Annuriyy~:

Harus dalilnya perbuatan Anas dan Zakwan hamba Aishah. Riwayat al Bukhari secara ta’liq dgn sighah jazm dan ibn Abi Shaybah. Ya, salaf khilaf dalam perkara ini.

‘Aqd Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bi al-Tamlik

Musharakah Mutanaqisah

Musharakah mutanaqisah (perkongsian yang semakin berkurang) juga dikenali sebagai musharakah muntahiah bit tamlik (perkongsian yang diakhiri dengan pemilikan). Melalui konsep ini, bank dan pelanggannya berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset (dalam istilah fiqh ‘ala al-masha’ yakni berkongsi pemilikan tanpa pembahagian). Maka, pemilikan aset tersebut adalah ke atas kedua belah pihak. Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila dia telah membayar kembali kesemua pembiayaan yang diketengahkan bank dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berkala.

Sebagai contoh, Hasna telah memohon pembiayaan menggunakan kontrak musharakah mutanaqisah untuk membeli sebuah rumah teres. Setelah mengenal pasti banglow yang ingin dibelinya, Hasna membayar 10% daripada harga teres tersebut sebagai deposit. Baki sebanyak 90% dibayar oleh bank. Maka Hasna berkongsi milik dengan pihak bank ke atas teres tersebut sebanyak 1 : 9 (satu nisbah sembilan).

Hasna telah bersetuju untuk membayar kembali kepada pihak bank sebanyak 1% setiap bulan secara berkala untuk mendapatkan pemilikan penuh (kadar bergantung kepada kontrak yang dipersetujui di awal perjanjian). Maka, dalam tempoh itu pemilikan bank ke atas rumah tersebut akan berkurang, manakala pemilikan Hasna akan bertambah. Di akhir kontrak, pemilikan rumah tersebut telah berpindah sepenuhnya ke atas Hasna, menjadikan nisbah pemilikan 10 : 0.

Hukum.
Menurut Majlis-Majlis Fatwa Kontemporari, Antara syarat agar mubah dan sah aqad ini, mesti mempunyai 3 aqad berasingan.
Antaranya,
1.mestilah kedua-dua pihak memiliki aset tersebut secara haqiqi.
2.Kedua-dua pihak menanggung untung rugi bersama seperti sama-sama membayar insuran, siyanah (perbelanjaan maintenance), cukai-cukai, yuran pemindahan hakmilik dan bersama menanggung kerosakan atau kebinasaan asset mengikut nisbah masing-masing.
3.Kemudian menyewa bahagian partner secara ansuran dan membelinya.

Soalan.
Adakah kontrak Musharakah Mutanaqisah di bank-bank kontemporari memenuhi semua syarat sah ini?

Bay’ al-Tawarruq Halal atau Haram?

Bay’ al-Tawarruq (Pembiayaan Peribadi-i)
At-Tawarruq adalah berasal dari perkataan wariq yang bererti perak dan menjadi tawarruq yang artinya mencari perak seperti ta’allum mencari ilmu. Ulama Hanabilah paling masyhur membincangkan tawarruq. Secara mudah, bay’ tawarruq ialah Membeli barangan secara ansuran, kemudian menjualnya kepada pihak lain (bukan penjual asal barangan) secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Tawarruq boleh dibahagikan keada dua bentuk, tawarruq haqiqi (real tawarruq) dan tawarruq munazzam (organized tawarruq).
Hukum Tawarruq
Harus. Jumhur ulama termasuk Iyas ibn Mu’awiyah, tawarruq harus berdasarkan ayat, “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (al-Baqarah). Antara ulama komtemporari, Ibn Baz, ‘Abd al-Rahman al-Sa’di, al-‘Uthaymin, Salih al-Fawzan, Lajnah Da’imah dan Majma’ al-Fiqh al-Islami. Ini kerana tujuannya sahih, sama ada ingin mendapatkan ‘ayn al-sil’ah (barang) atau ‘iwadh (manfaat barang).
Haram. Ini pendapat ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, satu riwayat dari al-Imam Ahmad serta mengatakan ia temasuk al-‘inah, dan dipilih oleh Abu al-‘Abbas al-Harrani. Mereka menganggap tawarruq adalah satu jenis riba.
Harus bersyarat.
Ini kerana adanya hajah dan kurangnya orang yang ingin memberikan pinjaman. Dalam Risalah al-Mudayanah, Ibn al-‘Uthaymin mengharuskan tawarruq dengan beberapa syarat,
i-sangat memerlukan wang. Adapun menggunakan tawarruq untuk meminjamkannya kepada orang lain, ini tidak harus.
ii-Tidak dapat meminjam dari mana-mana pihak lain.
iii-Aqad tidak menyamai bentuk riba, kerana ini seakan membeli duit dengan duit.
iv-Peminjam tidak menjualnya melainkan setelah memegangnya dan memilikinya. (Lihat juga al-Sharh al-Mumti’, 8/232)
Sebenarnya, peminjam (mutawarriq) Tidak harus untuk menjualnya kembali kepada pihak bank, ataupun pihak lain yang masih merupakan satu bahagian dari pihak bank kerana itu akan menjadi bay’ al-‘inah.
Bay’ Taqsit ialah jual beli secara bayaran ansuran. majoriti sarjana daripada empat mazhab utama mengharuskannya walaupun harga jualan secara ansuran berbeza daripada harga jualan tunai, dengan syarat jualan ansuran dipersetujui lebih awal.
SOALAN
Apakah perbezaan personal loan dengan bay’ at-tawarruq di bank-bank konvensional?
Apakah takrif bay’ tawarruq dan langkah-langkah perlaksanaannya?
Info: al-Tashri’ (membuat undang-undang) adalah sifat Allah dan milikNya sahaja. Merebutnya adalah syirik akbar tapi ia khafiyy (tersembunyi) dalam masyarakat akhir zaman. Dalam kitab-kitab Usul al Fiqh al Islami disebut, al-tashri’ haqqun lillahi wahdah

التشريع حق لله وحده
Tashri’ itu hak Allah satu-satuNYA.

Beli Kereta dengan aqad Murabahah

Murabahah
1. Murabahah adalah transaksi penjualan barang dengan menyatakan harga perolehan dan keuntungan (margin) yang disepakati oleh penjual dan pembeli. Pembayaran atas akad jual beli dapat dilakukan secara tunai atau kredit. Yang membezakan murabahah dengan jual beli lain ialah penjual mesti memberitahu kepada pembeli harga barang pokok yang dijualnya serta jumlah keuntungan yang diperoleh.
Penjualan dapat dilakukan secara tunai atau kredit, jika secara kredit mesti dipisahkan antara keuntungan dan harga perolehan. Keuntungan tidak boleh berubah sepanjang akad. Sekiranya terjadi kesulitan bayar dapat dilakukan penyusunan semula dan sekiranya kesulitan bayar kerana lalai maka boleh dikenakan denda. Denda tersebut akan dianggap sebagai dana kebajikan. Wang muka juga dapat diterima , tetapi harus dianggap sebagai pengurang piutang.
المرابحة في اللغة: الزيادة، واصطلاحاً: نقل كل المبيع إلى الغير بزيادة على مثل الثمن الأول. (الموسوعة الفقهية). وقال الإمام ابن قدامة: (معنى بيع المرابحة: هو البيع برأس المال وربح معلوم، ويشترط علمهما برأس المال، فيقول: رأس مالي فيه، أو هو عليّ بمائة بعتك بها، وربح عشرة، فهذا جائز لا خلاف في صحته، ولا نعلم فيه عند أحدٍ كراهة) (المغني لابن قدامة، مسألة بيع المرابحة).
Murabahah dalam Bahasa Arab bermaksud ziyadah (tambahan atau lebihan). Menurut istilah Shariah, memindahkan semua barangan kepada orang lain dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal. Dikatakan yang terawal menyebut tentang keharusan murabahah ialah al-Imam al-Shafi’ei dalam kitab al-Umm.
ويعتقد أن أول من صرح بمشروعية هذا النوع هو الإمام الشافعي في كتابه “الأم” حيث قال فيه: “وإذا رأى الرجل الرجل السلعة، فقال: اشتر هذه وأربحك فيها كذا، فاشتراها الرجل فالشراء جائز،
Apabila seseorang melihat barangan lalu ia berkata kepada sahabatnya, “belilah barang ini, nanti saya beli dari kamu dengan harga yang lebih dari dari harga sekarang,” maka jual beli ini adalah harus. Al-Umm.
المرابحة المصرفية
تعتبر المرابحة المصرفية، توسط البنك لشراء سلعة بناء على طلب الزبون ثم بيعها له بالآجل بثمن يساوي التكلفة الكلية للشراء زائداً ربح معلوم متفق عليه بينهما.
Murahabah masrafiyyah di bank-bank. Bank membeli barang yang diminta oleh pelanggan. Kemudian bank menjualnya kembali kepada pelanggan dengan harga belian serta tambahan keuntungan seperti yang disepakati kedua-dua pihak.
Prof Dr. al-Qarah Daghi berkata,
المرابحة نوعان، هما المرابحة العادية، والمرابحة للأمر بالشراء التي تجريها البنوك الإسلامية. فالنوع الأول هو عبارة عن أن يكون لدى التاجر بضاعة فيأتي شخص إليه فيقول: أريد أن أشتري هذه البضاعة بالثمن نفسه الذي اشتريتها به مع ربح 10% مثلا، فيوافق التاجر على ذلك، فهذه المرابحة العادية التي تكون البضاعة جاهزة عند التاجر ويبيعها بالثمن الذي قامت عليه البضاعة مع ربح معلوم، وهذه المرابحة جائزة بالإجماع ولا خلاف ولا شبهة فيها، وهي كانت موجودة منذ عصر الرسول (ص).
Murabahah itu dua jenis. Murabahah biasa dan murabahah li al-aamir bi al-shira’. Murabahah biasa- contohnya seorang dating kepada peniaga yang memiliki barangan. Orang itu berkata, “saya mahu beli barang ini dengan harga yang sama ketika kamu membelinya dengan keuntungan 10% lalu peniaga pun bersetuju. Ini harus menurut ijma’ tanpa khilaf dan syubhah, dan telah wujud sejak zaman Rasul saw.
أما النوع الثاني، أي المرابحة للأمر بالشراء، فتتكون من عدة خطوات:
1) يأتي العميل ويطلب من البنك أن يشتري له سيارة أو بضاعة، ويتعهد بأنه في حالة تنفيذ البنك هذه العملية أنه سيشتريها.
2) يقوم البنك بشراء تلك البضاعة أو السيارة وتقبضها وتدخل في ملكية البنك.
3) ثم يقوم البنك ببيع تلك البضاعة أو السيارة للعميل الآمر بالشراء بالثمن ونسبة ربح معلوم، فلنفرض أن البنك قد اشترى سيارة 100ألف فيبيعها له 110آلاف مقسطة على أقساط شهرية أو نحو ذلك.
فهذا النوع من المرابحات جائز أيضا، عند جمهور الفقهاء المعاصرين؛ لأنه عقد مشروع ليس فيه محظور شرعي إذا توافرت الشروط المطلوبة.
Jenis kedua ialah ialah murabahah lil aamir bi al-shira’ seperti di bank-bank. Antara bentuk langkah ialah
• Seseorang datang kepada bank lalu meminta bank membeli kereta atau barangan, berjanji untuk membeli selepas itu,
• Bank pun membeli kereta atau barangan itu lalu memilikinya dan barangan itu ada dalam simpanan miliknya
• Bank menjual barang atau kereta itu, dengan harga yang sama ditambah dengan keuntungan yang dimaklumi. Cthnya RM100,000 lalu menjualnya dengan harga RM130,000. Murabahah ini adalah HARUS menurut Ulama Fiqh Semasa.
2. JENIS MURABAHAH
2.1.Murabahah Berdasarkan Pesanan (Murabahah to the purcase order) li al-Aamir bi al-Shira’.
Murabahah ini dapat bersifat mengikat (ibram wa ilzam al-bay’) atau tidak mengikat. Mengikat maksudnya apabila telah memesan barang maka mesti dibeli (ibram al-bay’) sedangkan tidak mengikat maksudnya walaupun telah memesan barang tetapi pembeli tersebut tidak terikat maka pembeli dapat menerima atau membatalkan barang tersebut (dun ilzam al-bay’ wa baqa’ al-khiyar) seperti yang disebut al-Imam al-Shafiei.

2.2.Murabahah Tanpa Pesanan (biasa)
Murabahah ini termasuk jenis murabahah yang bersifat tidak mengikat. Murabahah ini dilakukan tidak melihat ada yang pesan atau tidak sehingga penyediaan barang dilakukan sendiri oleh penjual

Post Navigation